GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 13 July 2013

PERGOLAKAN MESIR (6) Kerja Gila Tentera Mesir & 13 Rahsia Besar.



PERGOLAKAN  MESIR (6) Kerja Gila Tentera Mesir & 13 Rahsia Besar. Peritiwa ngeri yang berlaku minggu lepas, (Ahad, 6/7/2013) benar-benar mengejutkan saya. Tembakan oleh tentera Mesir ke atas jemaah Ikhwanul Muslimin (IM) sewaktu solat Subuh menunjukkan 13 perkara besar kepada saya.

Sebelum saya melanjutkan pembukaan rahsia 13 perkara itu, mari kita dengar terlebih dahulu kata seorang mangsanya.

“Saya lebih rela ditembak terus di kepala dan syahid demi mempertahankan Mesir sebagai negara Islam,” kata Mohamad Mahmood, 32, yang cedera parah akibat terkena tiga das tembakan peluru di kedua-dua belah kakinya oleh tentera Mesir dalam peristiwa tersebut.

Dia mungkin pincang, tempang dan tidak dapat lagi berkerja selepas ini. Tentera bukan sekadar merosakkan perasaan dan jiwanya, tetapi juga anggota tubuhnya.

RAHSIA 1
Pada tarikh 12/8/2012 Abdel Fattah Al-Sisi menjadi ketua tentera Mesir dan Menteri Pertahanan yang ke 44 dalam sejarah Mesir Moden sejak 200 tahun lampau.  

Umurnya sekitar 55 tahun dan adalah yang termuda dalam Majlis Tentera yang sebelum ini di bawah pimpinan Field Marshall Hussein Tantawi.

Sisi telah diserahi tugas ini oleh Presiden Mohamed Morsi sendiri, di mana pegawai-pegawai kanan yang lebih berkelayakan dibersarakan lebih awal, termasuk Tantawi sendiri dan Sami Anan (Ketua Staff Tentera Mesir).  

Saya percaya perlantikan ini sudah dirancang lebih awal. Siapakah yang empunya tangan ghaib, mendorong Mursi supaya memilih Sisi memegang 2 jawatan penting sekali gus.

RAHSIA 2
Sisi pernah menjadi pengarah perisikan tentera sejak Majlis Tentera mengambil alih kuasa pada 11 February 2011, berikutan kejatuhan bekas Presiden, Hosni Mubarak.

Dia berpangkat kolonel tetapi langsung tidak mempunyai pengalaman berperang (no combat record) Beliau bukan seperti Tantawi yang merupakan seorang field marshal.

Ia lebih teruk daripada Tantawi & langsung tidak berpengalaman di medan perang. Orang semacam dia tidak patut menerima kenaikan pangkat mendadak.

Sebab itu, kami mencurigai dia dari sudut kesetiaannya (loyality). Tmbahan pula, dia mempunyai rangkaian luas dengan banyak pihak (rujuk tugasnya dalam perisikan).

RAHSIA 3
Sisi pernah memalukan Majlis Tentera dengan satu kenyataan kepada BBC dan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) pada Jun 2012 bahawa pihak tentera Mesir telah mengadakan ujian dara kepada penunjuk-penunjuk perasaan wanita atas tuduhan berlaku perogolan oleh tentera ke atas mereka.

Walau bagaimanapun, Majlis Tentera dengan segera membantah kenyataan ini. Tetapi imej tentera sedikit tercemar dengan kenyataan ini.

Ia membayangkan 2 sifat yang tidak patut ada kepada seorang lelaki yang sudah berumur dan bergelar pemimpin. Dia itu [1] emosional & [2] kebudak-budakan (childish).

Ini juga menunjukkan fikirannya lebih dikuasai oleh emosi (nafsu) daripada akal. Dan sebab itu jugalah, ia mudah dibeli oleh Yahudi & agen-agen Dajjal untuk melakukan penggulingan terhadap Mohamed Mursi.

RAHSIA 4
Pada hari Morsi dilantik sebagai presiden Mesir, hos TV terkenal, Tawfiq Okasha menuduh Sisi sebagai mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood).

Ia pandai berpura-pura untuk mengambil hati sang presiden. Bahkan mungkin tangan ghaib telah mengatur perancangan khusus untuk menaikkannya dan merancang penggulingan Mursi setahun kemudian.

RAHSIA 5
Moataz Abdel Fattah, seorang professor sains politik  di Universiti Kaherah mendakwa Sisi lebih berwibawa mengawal tentera daripada Tantawi. “Dia bukan ahli Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood),” Abdel Fattah menulis dalam Twitternya. “Tetapi dia memang seorang yang warak (He is merely a religious man).”

Kami tidak kenal Moataz itu, tetapi kami percaya bahawa dia mempunyai pandangan kelabu (atau pandangan yang telah dikelabukan) terhadap Sisi. Kalau benar dia seorang yang warak, dia tentu tidak melakukan 3 perkara berikut.

Tiga perkara dimaksudkan ialah [3] menjadi alat kepada kuasa asing untuk menjatuhkan presiden yang sah, [2] percaya dan yakin kepada kesahan perlantikan Mursi sebagai presiden dan [3] menembak para  penunjuk perasaan dari IM sehingga 51 orang terbunuh.

RAHSIA 6
Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi itu seorang talibarut AS & orang kepercayaan Yahudi. Dia berhubung rapat dengan Setiausaha Keselamatan AS, Susan Rice & sentiasa mengakrabkan diri dengan King Abdullah untuk tujuan menghantar laporan kepadanya.

Kami telah menyebut perkara ini dalam siri-siri yang lepas. Maka dengan itu, tangan ghaib yang dimaksudkan ialah Yahudi dan Amerika Syarikat.

RAHSIA 7
Presiden Sementara Mesir, Adly Mansour hanya menjadi Ketua Makhamah Kehakiman selama 2 hari sahaja sebelum pihak tentera menamakannya sebagai pemimpin.

Paling pelik, dia dinamakan sendiri oleh Morsi ke jabatan kehakiman paling tinggi di Mesir. Dan akibat tindakan tentera itu, dia kemudian dinamakan sebagai Presiden Sementara.

Semacam satu perancangan yang cukup terancang. Sisi dinaikkan untuk membolehkan satu rampasan kuasa. Kemudian Adly dinaikkan pangkat untuk menjawat jawatan Presiden. (Walaupun Presiden Sementara Mesir, tetapi jawatan itu sangat berguna).

RAHSIA 8
Berusia 67 tahun dan ayah kepada 3 anak, Adly pernah mendapat biasiswa “France’s Ecole Nationale de l’Administration”, Dia pernah menjadi hakim yang lama berkhidmat di bawah pemerintahan Hosni Mubarak.

Masa itu, dia Cuma berkhidmat di bawah pentadbiran makhkamah sivil dan jenayah sahaja. Kemudiannya, Adly menolong membuat draf undang-undang bagi pilihanraya presiden yang mengangkat Morsi ke puncak kuasa pada 2012.

Ia tidak naik di zaman Husni Mubarak, tetapi ia naik di zaman Mursi. Petunjuk paling jelas ialah Husni lebih berhati-hati terhadap musuhnya berbanding Mursi. Husni kekal memerintah selama 30 tahun tetapi Mursi cuma 1 tahun.

RAHSIA 9
Dia kemudian menjadi Timbalan Ketua di Mahkamah Persekutuan Agung daripada tahun 1992. Ini  berbeza dengan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini,  Mohamed El Baradei (pemenang hadiah Novel Keamanan) dan  Amer Mossa (Ketua Liga Arab).

Seorang hakim sepatutnya dapat berjalan di celah-celah lorong pertempuran antara 2 puak tanpa dikenali. Tetapi Adly Mansor membawa watak berbeza.

Gambarnya tidak dibawa oleh sesiapa, tetapi dia naik secara tiba-tiba..

Ini menunjukkan bahawa ada tangan ghaib yang melonjaknya naik ke atas. Siapa dia? Jawapannya ada pada anda. Semoga anda mengerti.

RAHSIA 10.
Seorang Yahudi atau seorang Kristian tidak boleh dipercayai ketulusan hatinya. Melantik mereka bererti merobohkan kepercayaan kita terhadapnya. Contohnya, Adly Mansour dalam peristiwa pergoalakan Mesir.

Ada orang kata Adly itu seorang Kristian Koptik (termasuk saya). Dan ada juga yang kata dia itu Jewish (Yahudi). Sepanjang saya mencari identity agamanya, saya hanya ketemu symbol N/A (Not Available). Kenapa dia perlu berahsia atau kenapa identity agamanya perlu dirahsiakan oleh pihak ketiga?

Sesiapa yang dapat membuktikan dia itu Islam, sila beritahu nama blog atau portal kepada saya. Terima kasih.

RAHSIA 11
Ketetapan Tuhan tetap tidak berubah dari dahulu sampai sekarang. Yahudi dan Nasara (Kristian) boleh bersatupadu antara mereka untuk meranapkan Islam. Tidak ada baiknya (untungnya) menghubungkan diri dengan mereka.

Adly Mansour telah menjual negaranya kepada Yahudi dan agen-agen Dajjal. Dia juga telah mengigit tuannya (Mohamad Mursi) dengan gigitan gila seorang manusia lupa diri.

RAHSIA 12
Manusia kafir (samada Kristian, Yahudi atau Musyrikin) memilih manusia yang sama kotor dengan mereka untuk makan nasi dalam satu hidangan.

Maka itu bermakna, Jenderal Abdul Fattah Al-Sisi seorang manusia derhaka (asi) yang jahat akhlaknya dan buruk perangainya. Dia rela menjual negaranya kepada Yahudi dan agen-agen Dajjal.

Dia ibarat seekor kibasy yang terkena penyakit sawan di tengah padang pasir.

Saya berhenti di sini dahulu. Saya akan membuka RAHSIA TERAKHIR (13) pada penghujung post ini. Teruskan membaca.

Mari kita kembali kepada kisah Mohamad Mahmood yang terkena 3 das tembakan tentera itu. Dia yang masih menerima rawatan di dewan Masjid Rabiatul Adawiyah, di sini, jelas tidak takut untuk mati demi memastikan pihak tentera mengembalikan semula kuasa Presiden yang dirampas dari Presiden Mesir, Mohamed Mursi, Khamis lalu.

Menurutnya, kesakitan kedua-dua kakinya yang ditembusi peluru tidak mampu menandingi rasa sakit hati akibat penolakan dan rampasan kuasa dilakukan pihak tentera terhadap pemimpin Islam, Mursi.

“Saya tidak boleh terima kerja gila pihak tentera Mesir. Mereka sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya membunuh rakyat tidak berdosa.

“Ini kerja pihak yang hauskan darah dan kuasa. Mereka menganggap nyawa kami (penyokong Mursi) tidak berharga,” katanya yang terselamat dalam tragedi berdarah itu yang mengorbankan lebih 51 satu nyawa.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semua mangsa ditembak ketika menunaikan solat Subuh berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini.

“Mereka (tentera) cuba menjadikan negara ini persis negara pengganas atau negara Syria pimpinan Presiden Bashar Assad,” katanya kecewa.

Seorang lagi mangsa terselamat, Abdul Majeed Mahmood, 52, berkata, belakang tubuhnya ditembusi peluru kecil akibat tembakan senapang tentera Mesir ketika cuba menyelamatkan diri sebaik mereka diserang gerombolan anggota tentera yang mengepung dari segenap arah.

Menurutnya, dia yang melarikan diri ke arah Medan Rabaah bagaimanapun ditembak dari arah belakang menggunakan peluru penabur bersaiz sebesar manik.

“Walaupun sakit dan berlumuran darah di pinggang dan belakang badan, saya tetap berlari. Saya menangis apabila melihat ramai rakan saya yang terbujur kaku akibat ditembak mati tanpa perikemanusiaan.

“Mayat semua mangsa yang terkorban disusun di pekarangan masjid Rabiatul Adawiyah termasuk pensyarah kuliah perubatan Universiti Al-Azhar, Doktor Yassir Taha, 38,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Seorang lagi mangsa, Amrul Mahros, 29, turut cedera parah di leher dan patah tulang peha kaki kanan selepas dibelasah anggota tentera Mesir menggunakan belantan.

Mangsa yang mengadakan protes di belakang kawad berduri di hadapan Bangunan Pengawal Republik dibelasah hingga pengsan sebelum diselamatkan penunjuk perasaan lain.

Lebih menyayat hati apabila mangsa yang dipukul teruk di bahagian kemaluan mungkin akan mengalami cacat kekal kesan kecederaan saraf di belakang leher.

RAHSIA 13
Kisah yang berlaku di atas menunjukkan Yahudi & Agen-agen Dajjal tetap campur tangan di mana sahaja. Mereka tidak mahu Islam tegak sebagai teras kepimpinan Negara. Kelompok tentera-sekular-kehakiman-koptik telah bergabung menyerang Ikhwanul Muslimin (IM). Mereka telah diperbodoh-bodohkan dan diperalatkan.

Bilakah saatnya kita semua patut sedar?

SABTU 13/7/2013

7 comments:

  1. Salam,

    Jika kamu menyokong ikhwan muslimin, maka apa sahaja yang bertentangan dengan ikhwan akan kamu tentang. begitu juga di malaysia, jika kamu seorang penyokong kuat pas, maka apa sahaja yang bertentangan dengan pas akan kamu tentang. Sedangkan belum terbukti lagi pun golongan yang dikatakan Islam itu benar-benar Islam.

    Di Mesir, adakah kedengaran akan dikembalikan sistem khalifah dan keinginan untuk menghancurkan demokrasi dari bumi mesir selepas ikhwan muslimin berkuasa? Yang dilihat ialah mereka masih menerima dan mahu mempertahankan demokrasi? sedangkan demokrasi itu satu cabang besar dari fitnah besar akhir zaman.

    Di mesir, adakah kedengaran akan dikembalikan sistem muamalat Islam yang asal dan menghapuskan sistem kapitalis wang fiat keseluruhannya dari bumi mesir selepas ikhwan muslimin berkuasa? Yang dilihat ialah mereka masih sayang dengan sistem kapilatis wang fiat ini dan bergantung padanya bahkan sanggup merendahkan diri memohon dana bantuan wang fiat dari IMF. Sedangkan sistem kapitalis wang fiat sekarang adalah satu cabang besar yang lain dari fitnah besar akhir zaman. Lihatlah gambar perbincangan Morsi dengan Lagarde dan Kerry. Memang pemimpin Islam ini tidak mahu mengambil pengajaran?

    Adakah Islam/ Negara Islam itu hanya pada menegakkan hukum hudud sahaja?

    sesetengah pengkaji barat sendiri mengatakan "Muslim Brotherhood were, are, and will be Western Proxies" sedangkan ikhwan tidak mahu sedar bahawa mereka telah digunakan. sepatutnya mereka sudah sedar ketika era revolusi menjatuhkan Hosni Mubarak lagi. ketika itu mereka mendapat bantuan dari US dan sekutu untuk menjatuhkan Hosni. Tetapi malangnya mereka tidak mahu mengambil pengajaran. US hanya menggunakan seseorang jika dia menguntungkan mereka, apabila sudah tidak menguntungkan, habis dicantas semuanya. adakah ikhwan tidak tahu perkara ini? cabang tentera FSA dari kalangan ikhwan yang mendapat "heavy support" dari US di syria yang sedang giat berperang dengan Assad juga akan mengalami nasib yang sama jika mereka tidak mahu mengambil pengajaran.

    sebelum Morsi melantik Adly, sepatutnya beliau mengkaji secara terperinci siapa Adly. sekarang nasi dah jadi bubur, agamanya juga tidak diketahui, maka siapa yang salah? atau memang Morsi hanya pandai dengar cakap (baca: nasihat) orang sahaja?

    sebelum Morsi melantik Al Sisi, sepatutnya beliau mengkaji secara terperinci siapa al Sisi, sekarang nasi dah jadi bubur, siapa yang salah? atau memang Morsi hanya pandai dengar cakap (baca: nasihat) orang sahaja?

    atau kemungkinan lain, adakah Morsi melantik mereka bagi memenuhi tuntutan demokrasi yang dilihat akan menguntungkan ikhwan?

    sebagai Presiden, beliau ada kuasa tetapi malangnya semuanya sudah terlambat. apa pula pandangan Imam Azhar, Sheikh Azhar, Grand Mufti Mesir tentang pergolakan yang terjadi? mereka sokong Ikhwan atau Tamarud?

    "dan Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka..." (Al Baqarah: 120)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ".....cabang tentera FSA dari kalangan ikhwan yang mendapat "heavy support" dari US di syria....."

      Nampak sangat awak tak tau perkara sebenar pasal FSA dan Syria.

      Mungkin sekadar dapat maklumat dari Michel Chossudovsky, atau PressTV yang dipunyai oleh Iran (Syiah) atau sumber berita bukan Islam atau ASWJ.

      Delete
    2. Anonymous17 July 2013 20:41,

      cuba cross check dengan Pengakuan FSA sendiri bahawasanya mereka menerima support-support dari segi Peralatan senjata, bantuan logistik dan kewangan dari West&Arab Alliances - USA, Nato, Saudi Arabia, Qatar, Turki dan lain-lain. FSA sendiri bersuara bahawa mereka menerima bantuan tersebut dari barat dan arab, tiba-tiba kamu pula kata "tidak, tidak, tidak". FSA ada banyak batalion, kamu dari batalion FSA yang mana? Sungguh pelik...

      US skarang sudah menyiapkan beberapa plan untuk memulakan Direct Intervention di Syria (maksudnya bantu FSA untuk menumpaskan Assad secara perang terbuka). Dempsey cakap nak guna Kinetic Strike, Obama pula masih main tarik tali. ntahlah..

      satu lagi, Israel pergi menyerang Syria (kemudahan tentera kerajaan Syria) beberapa kali sehingga menyebabkan kemusnahan senjata dan kehilangan nyawa tentera kerajaan Syria itu bagaimana? Israel sokong FSA dengan Air Support ke?

      sebenarnya saya pun pening dengan pergolakan ini semua. yang paling kesian ialah ummat Islam yang diratah hidup hidup

      nasihat untuk kamu, sebelum kata orang tak tahu, nilai diri kita sendiri adakah kita tahu semua perkara. dan disini saya mengaku apa yang saya tahu sangat sangat sedikit. Mungkin juga kamu dapat maklumat dari ikhwan dan sekutunya sahaja jadi kamu kata orang lain tidak tahu. jadilah yang tengah-tengah tidak berpihak kerana di akhir zaman ini tiada yang benar-benar betul sehinggalah kebenaran yang haq dibawa kembali oleh Imam Zaman yang dinanti.

      Delete
  2. Kebanyakannya saya perhatikan para penyokong Hizbut Tahrir memang bijak bercakap. Kemungkinan Anonymus 13/7/13 20:57 di atas juga penyokong HT. - MUS.

    ReplyDelete
  3. Hulubalang Diraja15 July 2013 at 07:25

    Allahu Akhbar!!!

    Sungguh dahsyat FITNAH akhir zaman ini sehinggakan sampai satu tahap kita sendiri tidak dpt membezakan yg mana benar dan yg mana dusta.

    Ini belum lagi fitnah DAJJAL yg sebenar. Ini sangat mengerikan.

    "Ya ALLAH, kami mohon perlindungan Mu drp seksa Neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah DAJJAL...Amin"

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua. Blog saya ini neuytal. Saya tak sokong mana-mana pihak. Saya cuma cakap yang benar. Diharap semua pihak dapat menerima penjlasan & penerangan saya dengan adil.

    Janganlah mengata saya sebagai Syiah kerana menyokong Basyar Al-assad. Janganlah mengata saya Ikhwanul Muslimin kerana menyokong mereka di Mesir.

    Saya hanya sokong yang benar pada pandanga saya. Harap maklum

    ReplyDelete