GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 4 July 2013

PERGOLAKAN MESIR (1) Permulaan Kepada Kewujudan Muhamad Muda.



PERGOLAKAN MESIR (1) Permulaan Kepada Kewujudan Muhamad Muda. Sebelum saya menceritakan kepada anda siapakah Muhamad Muda (MM) itu, mari kita melihat kepada kisah pergolakan Mesir yang semakin panas.

Di Kaherah, tentera Mesir pada Rabu, 3/7/2013 dengan jelas telah  menahan presiden pertama negara itu yang dilantik secara demokratik, beberapa jam selepas memaksanya berundur daripada jawatan itu.

Seorang pegawai kanan tentera berkata, penahanan itu dibuat sebagai “langkah pencegahan” dan dibuat selepas tempoh 48 jam diberikan kepada beliau berakhir.

PENYINGKIRAN & PENANGKAPAN
Pengumuman penyingkiran tokoh Islam itu dibuat Menteri Pertahanan Mesir yang juga panglima tentera negara itu, Jen Abdel Fattah al-Sisi, melalui siaran televisyen ke seluruh negara.

Pada masa sama, polis mengepung sejumlah pembantu utama Mohamed Mursi dan beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Waran tangkap juga dikeluarkan untuk kira-kira 300 pemimpin dan pegawai pertubuhan gerakan Islam berpengaruh itu.

Ketua Parti Kebebasan Dan Keadilan, Saad al-Katatni, serta Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Rashad Bayoumi, adalah antara tokoh yang ditahan dan dipindahkan ke penjara. Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya di Kaherah bersorak sepanjang malam meraikan penyingkiran Mohamed Mursi.

Akhbar yang dikawal kerajaan pula semalam memuji rampasan kuasa tentera itu dan menganggap penyingkiran Mohamed Mursi sebagai revolusi yang “sah.”

MUHAMAD MUDA?
Mari kita melihat pula siapakah itu Muhamad Muda? Saya sengaja memanggilnya sebagai Muhamad Muda (MM), sebab Hamba Allah itu bernama Muhamad dan dia pula berusia muda.

Ini hanya sebuah maklumat lampau yang pernah masuk ke dalam kepala saya. Cuma saya tak pasti dari mana. Mungkin dari pembacaan kitab, buku sejarah, kisah ramalan, perbualan atau apa sahaja.

Kononnya, Muhamad itu seorang askar. Dia kemudian tak berpuas hati dengan perlakuan tentera yang tidak adil dan zalim. Maka dia merampas kuasa & memimpin Negara. Pada zamannyalah, dia membawa Mesir tunduk kepada kekuasaan Imam Mahdi akhir zaman. Wallahu Ahlam.

SIAPA DI BELAKANG  PUJIAN INI?
Kemudian, mari kita tengok sikap sebahagian Negara Teluk berhubung cerita di Negara Mesir ini. Sebahagian pemimpin Negara ini memuji kejayaan tentera menahan Mohamad Mursi.

Negara Teluk yang tidak sehaluan dengan Ikhwanul Muslimin Mesir semalam mengiktiraf kerajaan baru yang dipimpin tentera selepas penyingkiran Presiden Mohamed Mursi.

Siapakah di belakang pujian ini? Saya yakin 100% bahawa Amerika Syarikat bertindak sebagai pemukul gendang dalam drama kekecohan ini.Di belakang tabir, Yahudilah penulis skrip dan pengarahnya.

Saya pernah menyebut sebelum ini bahawa Yahudi & Agen-agen Dajjallah yang merancang revolusi pertama menjatuhkan Husni Mubarak. Tetapi impian di sebaliknya ialah kebangkitan pemimpin baru yang memenuhi selera mereka.

Mereka tidak suka kepada Mohamad Mursi, kepada Ikhwanul Muslimin & para pejuangnya. Maka kerana itu, mereka mengadakan semula Revolusi Kedua Rakyat Mesir (KKRM) untuk mencari pemimpin yang menyebelahi mereka.    

Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara pengkritik utama Ikhwanul Muslimin  menyuarakan rasa puas hati dengan perkembangan di Mesir, menurut agensi berita rasmi.

Qatar yang sebelum ini menjadi penyokong kuat kerajaan Mursi, turut menghantar ucapan tahniah kepada presiden sementara Mesir, Adly Mansour. Ucapan ini datang dari pemerintah baru Qatar, Syeikh Bani Tamim berbanding ayahnya dahulu, Syeikh Hammad.

UAE mendakwa kumpulan Islam yang disokong Ikhwanul Muslimin berusaha menggulingkan sistem pemerintahan mereka yang disokong Barat. Inilah beberapa kisah di sebalik rencam politik Negara Teluk.

Di Arab Saudi, Raja Abdullah turut menghantar ucapan tahniah. Ini tidak perlu dijelaskan lagi kerana hubungan baik Arab Saudi dengan negara-negara barat. Cuma kami tidak tahu bagaimana hubungan selanjutnya antara baginda & ulamak-ulamak Wahabi dengan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

PRESIDEN SEMENTARA
Sementara itu, seperti yang disebutkan di atas, Ketua Hakim Mesir, Adly Mansour, mengangkat sumpah sebagai presiden sementara negara itu semalam, sehari selepas tentera menyingkir dan menahan tokoh yang dipilih rakyat melalui pilihan raya, Mohamed Mursi.

Melalui majlis itu, Adly berikrar untuk mempertahankan sistem republik dan menghormati perlembagaan serta undang-undang, selain menjaga kepentingan rakyat.

PUJIAN PALSU PENUH RACUN
Majlis itu diadakan di Mahkamah Perlembagaan Agung dan ia disambut dengan tepukan gemuruh. Pada acara itu, Adly turut memuji rakyat Mesir, media, tentera dan polis.

“Penghormatan untuk rakyat Mesir kerana memperbetulkan jalan gemilang revolusi ini pada 30 Jun,” katanya merujuk kepada protes yang menyaksikan jutaan orang awam turun ke jalan raya pada hari ulang tahun pertama Mohamed Mursi menjadi presiden.

Kata Adly, protes di seluruh dunia “membuktikan kepada dunia” bagaimana kesungguhan rakyat Mesir berdepan dengan kepelbagaian. Ketua hakim berusia 67 tahun itu kemudian memuji tentera kerana “sentiasa menjadi hati nurani rakyat” dan “tidak teragak-agak sedikit pun untuk memenuhi kehendak negara dan orang ramai”.

Mengenai media, Adly menganggap ia memiliki “keberanian memimpin rakyat serta membongkar salah laku rejim lama.” Sementara itu, seorang pegawai kanan tentera berkata, pasukan itu sedang menahan Mohamed Mursi.

SIMBOL KEMUSNAHAN YANG MUDAH
Kita mulakan takrifan ini dengan symbol yang mudah difahami. Mereka adalah penjilat-penjilat Yahudi & Dajjal.

Mereka melakukan revolusi (Arab Spring) untuk menjatuhkan Husni Mubarak. Kemudian mereka melakukan Revolusi Kedua Mesir untuk menjatuhkan Mohamad Mursi.

Di belakang mereka ialah agen-agen Dajjal yang ingin melihat Mohamad Mursi jatuh. Dan di belakang agen-agen Dajjal ini ialah Yahudi yang sedang bertepuk tangan.

KALAU BENAR MM WUJUD
Kami tidak berani dan pasti samada Teori MM itu benar atau tidak. Saya pun tidak ingat bila, di mana dan dari sumber apa berita itu sampai ke telinga saya & masuk ke dalam kepala saya.

Kalau benar Teori MM itu, syukur Alhamdulillah. Mesir pasti akan tunduk kepada Imam Mahdi dalam keadaan tertutup (menyerah tanpa peperangan). Insyaallah.

JUMAAT 5/7/2013. 


No comments:

Post a Comment