GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday, 2 July 2013

RAHSIA JEREBU MASAKINI (1) Melihat Apa Yang Tersirat.



RAHSIA JEREBU MASAKINI (1) Melihat Apa Yang Tersirat.

Dalam post yang lepas, APA MAKSUD KEDATANGAN JEREBU (AMKJ)?, ramai yang memberi respons kepada saya. Tetapi saya percaya, ramai lagi yang belum tahu rahsia sebenarnya kedatangan jerebu.

Kalau anda membuka Surah Ad-Dukhan (surah ke 44 dari 114 surah kesemuanya) & memadamkan kisah di dalamnya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, nescaya anda akan mendapati 7 rahsia besar seperti berikut.



RAHSIA 1.
Kejadian jerebu, asap atau kabut ini pernah berlaku di zaman Nabi Yusuf a.s. Kemudian berulang pada kisah Nabi Muhamad SAW. Kedua-duanya adalah utusan Allah (nabi) & kedua-duanya mempunyai rupa paras yang cantik. 

RAHSIA 2.
Nabi Muhamad SAW berdoa kepada Tuhan supaya dapat mengalahkan orang-orang kafir dengan cara mendatangkan kemarau (kabut yang panas) sehingga mereka terpaksa memakan bangkai & tulang-tulang binatang, sepertimana yang terjadi pada zaman Nabi Yusuf a.s. Sila rujuk ayat 10 dalam Surah Ad-Dukhan berkenaannya.

RAHSIA 3.
Jerebu, asap atau kabut ini berlaku sekarang (sekitar 2000), iaitu pada pra kemunculan tanda-tanda akhir zaman, iaitu sebelum kedatangan imam Mahdi  Sepertimana yang pernah saya sebutkan dalam AMKJ, jerebu di zaman moden ini pernah berlaku 3 kali iaitu pada tahun 1997, 2005 & 2013. Mereka berselang setiap 8 tahun sekali. 

RAHSIA 4.
Kemudian peristiwa Jerebu, asap atau kabut ini akan berlaku sebelum kiamat (pasca zaman Nabi Isa a.s) sehingga ia akan membutakan mata & memekakkan telinga para munafikin & kafirin pada masa itu. Mereka semua akan mati akibat kejadian itu.

RAHSIA 5.
Kejadian jerebu, asap atau kabut pada akhir zaman ini bukan sebagai hukuman terhadap tentangan dakwah Imam Mahdi & Nabi Isa. Yang pertama (Rahsia 3) lebih kepada menunjukkan sesuatu sebagai isyarat dari Tuhan.

Manakala yang kedua (Rahsia 4) lebih kepada membezakan antara kumpulan baik dan kumpulan jahat. Kelompok Imam Mahdi & Nabi Isa a.s akan tetap selamat manakala kelompok satu lagi akan binasa.

RAHSIA 6
Dari Rahsia (1), peristiwa (1) berlaku di Mesir kerana Nabi Yusof a.s berada di situ. Dari Rahsia (2), persitiwa (2) berlaku di Mekah kerana Nabi Muhamad SAW berada di situ. Persitiwa (3) berlaku di Asia Tenggara kerana…..???. Dan peristiwa (4) berlaku  di seluruh dunia (selepas zaman Nabi Isa a.s) sebagai peristiwa penutup akhir zaman.



RAHSIA 7
Kejadian jerebu, asap atau kabut ini diceritakan di dalam Al-Quran dan namanya diabadikan sebagai nama surah tersebut.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Haa Mim  Ad-Dukhan pada malam hari, keesokan paginya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

Sabda Rasulullah SAW : “Surah Ad-Dukhan digelar di sisi Allah sebagai Al-Mubarakah (Yang Diberkati). Allah Taala dan para malaikat akan memberkati orang yang membaca surah yang mulia ini”.

MARI PERHALUSI RAHSIA 6
Bila anda memperhalusi rahsia 6 di atas, anda akan menjumpai perkaitan antara tempat dan tokoh yang berkenaan. Saya sengaja mengosongkan tokoh pada bahagian Asia Tenggara (???) sehingga anda Nampak apa yang ingin saya katakan.

DI MANA SEBENARNYA DIA?
Apakah Al-Mahdi berada di Asia Tenggara? Ini satu soalan yang sangat berat untuk dijawab. Jawapan saya yang paling mudah ialah SAYA TIDAK TAHU. Saya tak berani mengatakan dia berada di sini. Saya tidak pernah bertemu dengan seorangpun hamba Allah yang mendapat isyarat dari Tuhan bahawa dialah Al-MAHDI AL-MUNTAZAR AKHIR ZAMAN.

TERPUTUS HUBUNGAN
Saya sendiripun sudah lama terputus hubungan dengan Muhamad. Facebook (fb) saya yang asal tiba-tiba sahaja rosak. Kemudian saya buat yang lain, pun rosak juga. Kemudian ada kenalan saya yang lebih pakar membina fb untuk saya, tetapi cuma bertahan beberapa hari sahaja. Sekarang dah rosak juga. Maknanya, hubungan saya dengan Muhamad dah putus 100%. Masyaaallah. Semuanya takdir Tuhan. Saya reda dengan segala ketentuan ini.

Tetapi saya sangat berharap Muhamad akan selalu membaca blog saya. Dan saya yakin dia selalu melihat dan membacanya. Saya sangat rindu kepadanya & mendengar kata-katanya.

Tentunya ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Wallahu Ahlam.

ISNIN 22/7/13

6 comments:

  1. takdak kebetulan melainkan ketentuan, sabagh ja la huhu...

    ReplyDelete
  2. tanya aja ama muhammad sang Imam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa harus sinis begitu? Saya tidak pernah membaca bahwa Muhammad mau menjadi imam. saya juga tidak pernah membaca bahwa Abah telah menetapkannya sebagai imam. jika tidak setuju baik disampaikan dengan sopan. Seseorang yang memiliki pandangan jernih tentu menyadari beratnya tugas seorang imam mahdi, tidak ada zona nyaman dalam jabatan itu. Maka dari itu seorang Muhammad yang insyaAllah memiliki pandangan jernih tentu menolak dengan keras dirinya dianggap sebagai calon imam.

      Bahkan jika Allah SWT telah membuka rahasia siapa imam yang sebenarnya, saya yakin di dalam hatinya pasti imam yang sebenarnya merasa sangat berat. Hadits yang menceritakan masa keberadaannya selama paling lama 9 tahun akan menjadi hiburan baginya. Mungkin akan selalu terlintas di pikirannya, "hanya paling lama 9 tahun diri ini harus memikul amanah tak terkira, setelah itu bebas... kembali ke hadirat penuh cinta Yang Maha Tinggi." Wallahualam.

      --mel--

      Delete
    2. saya beri tahu, al mahdi itu ingin sekali jadi imam,

      buktinya maret lalu saya umroh dengan niat: untuk membuktikan diri saya sebagai al mahdi,

      anda akan bertanya, mengapa saya pilih bulan maret ,sedangkan al mahdi muncul bulan Muharram?
      MARET berasal dari kata mi'raj (berangkat bertemu Pemilik Baitullah)
      Insya'Allah, bila september saya dah menikah dengan Ibrahim, oktobernya saya ingin berhaji dengan dia lewat Madinah,

      bila belum meikah, saya akan umroh lagi di bulan Muharram, untuk membuktikan bahwa saya almahdi, juga untuk bertemu dengan dia lagi,
      semestinya niat benar ke baitullah adalah mengunjungi Pemilik baitullah

      awal maret itu saya dapat mimpi, saya tak berhasil ke puncak telaga warna biru ,karena saya tertinggal di tangga terakhir karena kelelahan mendaki tangga yg besar-besar.

      saat saya bangun, saya coba berpikir arti mimpi itu,

      saya simpulkan: saya harus segera umroh,mengunjungi tempat baiah al mahdi, yaitu anatara maqom Ibrahim dan hajar aswad.

      ada pepatah Jerman:

      KEMAUAN MENDATANGKAN MUKJIZAT

      al mahdi-raja dunia memang mustahil ada
      kecuali akan lahir seseorang yg punya kemauan kuat untuk jadi Muhammad Baru,

      karena kemauaan kuat dari diri al mahdi ,maka mukjizat diturunkan

      almahdi ingin sekali jadi imam, bahkan ia sengaja mendatangi baitullah, untuk menggenapi taqdir

      Delete
    3. to anon 09:09

      good luck

      Delete
  3. Salam. Abah tak suka kalau sampai kita sindir menyindir & kata mengata. Itu bukan mukmin sejati. Betul kata mel, saya tak pernah malabel Muhamad sebagai IM. Saya hanya membuat dugaan awal atau dengan kata lain, ia mungkin calun IM. Itu pun bersyarat dengan melihat adanya persamaan2 fizikal antara dirinya & keterangan hadis & ulamak.

    Kalau anda merasa tidak setuju, maka kami sangat menghargai pandangan pribadi anda itu. Bahkan kami tidak memaksa sama sekali agar anda mengikut kami.

    Peerbezaan pendapat adalah sesuatu yang isitmewa dalam kehidupan kita bermasyarakat. Tetapi janganlah mencoret kata2 sinis sehingga kita merasa kecewa membacanya.

    Terima kasih Mel kerana terus hadir ke dalam blog abah. Abah sayang kepadamu kerana Tuhan dan Nabinya sangat sayang padamu. Semoga kamu dapat terus bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Insyaaallah.

    ReplyDelete