GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 8 June 2012

10 WASIAT ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A..S

Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan wasiat kepada Nabi Musa a.s di dalam Alwah 10 perkara iaitu,"

[1] Wahai Musa!, Jangan menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun kerana Aku telah memerintahkan api neraka supaya menyambar muka-muka orang-orang yang musyrik

[PENJELASAN]. Janganlah berlaku kufur atau musyrik kepada Tuhan. Itu dosa paling besar dan keji. Isu murtad sekarang ini  termasuk dosa besar. Barangsiapa yang mati dalam keadaan murtad, dia bakal menjadi penghuni neraka yang kekal abadi selamanya. Tak tercium bau shurga untuknya.

[2] Wahai Musa!, Taatlah kepadaku dan juga kepada kedua-dua orang tuamu. Nescaya aku akan memeliharamu dari sebarang bahaya. Aku lanjutkan usiamu dan aku berikan kamu penghidupan yang baik, lalu kamu akan dipindahkan ke alam yang lebih baik 

[PENJELASAN]. Taat kepada ibubapa diletak sebaris dengan taat kepada Tuhan. Maknanya, keredaan Tuhan bergantung kepada keredaan ibubapa juga. Penuhilah kedua-dua ketaatan tersebut. Nescaya anda mendapat 4 perkara berikut. Tuhan akan
[1] Menjaga atau memelihara hambaNya dari setiap bahaya 
2] Melanjutkan umur.
[3] Memberi berkah kepada penghidupannya.
[4] Memberi kehidupan akhirah yang lebih baik kepadanya.

[3] Wahai Musa!, Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan jalan hak. Jika tidak, nescaya dunia dan langit yang luas ini akan menjadi sempit bagimu dan kamu kakan dikembalikan kepada-KU dengan penuh kemurkaan lalu kamu dimasukkan ke dalam api neraka.

[4] Wahai Musa! Jangan sekali-kali bersumpah dengan nama-Ku dalam perkara dusta kerana Aku tidak akan membersihkan mereka-mereka yang tidak mensucikan dan mengagungkan Aku.

[PENJELASAN]. Jangan suka berdusta kerana ia akan mengotorkan bau mulut di sisi para malaikat. Lebih keji daripada itu, jangan bersumpah di atas nama Tuhan dalam menegakkan pendustaan tersebut. Orang semacam itu sangat keji dan sewajarnya mendapat kutukan tuhan.


[5] Wahai Musa!, Jangan iri hati terhadap apa yang telah Aku berikan kepada orang lain, kerana penghasut itu musuh nikmatKu, menolak kehendakKu dan membenci pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hambaKu. Sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, ia bukan dari hambaKu.

[PENJELASAN]. Jangan iri hati atau dengki  atas kelebihan orang lain. Ada 4 keburukan di situ.

[1] Penghasut itu  musuh kepada nikmat Tuhan .
[2] Dia menolak kehendak Tuhan dengan menganggap Tuhan tidak berlaku adil.kepadanya.
[3] Dia membenci agihan pemberian Tuhan dengan menganggap Tuhan tidak bijak memberi kurnia kepada orang yang Dia kehendaki.
[4] Dia bukan hamba Tuhan yang sebenar-benarnya, tetapi hamba nafsu & syaitan yang menguasainya.   

[6] Wahai Musa!, Jangan menjadi saksi terhadap apa yang engkau tidak ketahui dan engkau ingati dengan jelas, kerana Aku akan menuntut saksi-saksi tersebut atas persaksian mereka.

[PENJELASAN]. Sesuatu kejadian itu mesti jelas, lengkap dengan segala butiran & ciri-cirinya. Kita jangan menjadi saksi di atas perkara yang kabur. Kita juga tidak boleh menjadi saksi palsu, samada untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan orang lain yang bersangkutan.    

[7] Wahai Musa!, Jangan mencuri atau berzina dengan isteri jiranmu. Kerana Aku akan menutup wajahKu dan juga pintu langit darimu.

[PENJELASAN]. Kedua-dua sifat di atas sangat keji dalam Islam. Kalau di zaman Nabi Musa a.s, mereka dikehendaki bertaubat atau membersihkan diri mereka dengan jalan membunuh diri mereka sendiri.

Kalau di zaman Nabi Muhammad, hukuman bagi mencuri ialah dipotong tangan. Jika berterusan sehingga 4 kali, pemotongan tangan & kaki akan dilakukan berselang-seli. Kesimpulannya,.si pencuri adalah manusia yang sangat keji dan sangat tidak boleh dipercayai.

SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI
BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA MENCURI.

Bagi kes penzina pulak, kalau belum berkahwin, kedua-duanya dirotan 100X. Kalau dah berkahwin, mesti direjam sampai mati. Memang hukumannya berat.

[8]Wahai Musa! Jangan menyembelih binatang korban selain dari namaKu. Kerana Aku tidak akan menerima korban itu kecuali apa yang disebutkan namaKu serta ikhlas untukKu.

[PENJELASAN]. Berkorban mesti kerana Allah semata-mata.

[9] Wahai Musa! Cintailah sesama manusia sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri.

[PENJELASAN]. Ini sejajar dengan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud,"Tidak beriman seseorang kamu kecuali jika dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri".. Maksudnya, sebarkanlah kasih sayang di atas permukaan bumi ini. Jangan tumbuhkan rasa benci dalam hatimu. Jangan dengki mendengki. 

[10] Wahai Musa! Jadikanlah hari Sabtu itu sebagai hari beribadat kepadaKu dan hiburkanlah keluargamu. [Hari Sabtu adalah hari kebesaran bagi umat Nabi Musa a.s, dan Jumaat adalah hari kebesaran untuk umat Nabi Muhammad s.a.w]

[PENJELASAN]. Gunakanlah hari atau kesempatan yang tuhan beri untuk beribadah sekuat-kuatnya kepadaNya. Sebagai umat Nabi Muhammad, perindahkanlah hari Jumaat anda dengan banyakkan membaca Al-Quran & berselawat ke atas.Nabi

Pada Khamis malam Jumaat, perbanyakkan solat sunat. Kerana Imam Mahdi akhir zaman adalah seorang yang banyak mengerjakan solat sunat. Jumlah rakaatnya ialah 500 rakaat sehari semalam. Diajuga banyak berpuasa sunat.



.

3 comments:

  1. Hari Sabtu hari kebesaran bagi Bani Israel ummat Nabi Musa AS,
    Hari Ahad hari kebesaran bagi Bani Nasara ummat Nabi Isa AS,
    Hari Jumaat hari kebesaran bagi ummat Nabi Muhammad SAW,
    Hari Khamis dianggap hari kejayaan bagi pengikut2 Imam Mahdi AS...
    Mengapa Tuhan khususkan hari2 mereka berlaenan ada perbedaan..??
    Apakah kelebehan keistimewaan hari2 tersebut cobaklah direnongkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak tahu...Mungkin berhububungan dgn ALLAH menciptakan langit dan seisinya ...

      Delete
  2. sangat penting informasi yang dikogsikan ini..wajar disebarkan dengan lebih lagi..

    ReplyDelete