GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 8 June 2012

WASIAT IMAN SYAFIE TENTANG ILMU (1)



 Mari kita dengarkan beberapa wasiat Al-Imam Syafie tentang ilmu. Mudah-mudahan wasiatnya memberikan kita kefahaman & pencerahan ilmu.. 

[1] KEDUDUKAN ILMU
Semasa aku melihat ahli hadis, maka terbayang di mataku sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.  Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan amalan mereka, kerana mereka telah menyelamatkan ilmu yang tulen. Selain itu, mereka memiliki kelebihan atas kita dalam banyak perkara.

Ketahuilah bahawa semua ilmu, kecuali Al-Quran, hadis & fiqih membuat manusia sibok.Ilmu yang hak adalah yang jelas rawinya. Jika tidak, ilmu itu datangnya dari syaitan.

[PENJELASAN] Ilmu agama yang dipelajari mesti jelas sumbernya dan mempunyai silsilah yang boleh dipercayai. Jangan ceduk ilmu itu sebarangan, kerana syaitan akan mengelincirkanmu tanpa kamu sedari.

Aku rendahkan diriku di hadapan manusia dan kemuliaan diri mereka. Diri yang tak direndahkan tidak akan mendapat kemuliaan.  

[PENJELASAN]. Setiap orang yang berilmu semestinya bertawaduk (merendah diri). Semakin dia merendah diri, semakin tinggi darjatnya diangkat oleh tuhan.

[2] SYARAT MENUNTUT ILMU
Kamu tidak akan mendapat ilmu kecuali dengan enam perkara iaitu kecerdasan, semangat waja, rajin, tekun, perbelanjaan yang cukup dan bersahabat dengan guru dalam waktu yang lama.

[3] USAHA DAN KESUNGGUHAN
Jika engkau mendengar cerita dongeng tentang tongkat milik datukmu menjadi pohon dan berbuah, janganlah percaya sama sekali.

[PENJELASAN]. Jangan mudah percaya kepada sesuatu yang tak masuk akal

Jika engkau mendengar cerita seorang nenek jatuh di sungai ketika hendak minum kemudian tenggelam di tengah sungai, maka buktikanlah kebenarannya.

[PENJELASAN]. Jkalau cerita itu logik atau masuk akal, siasat dahulu. Jangan percaya melulu. Percaya melulu itu adalah satu kebodohan.

Seandainya kekayaan dapat dicapai hanya dengan berangan-angan, maka engkau akan dapati aku bergantung di tengah jutaan bintang yang bertaburan di langit.

[PENJELASAN].  Jangan suka berangan-angan

Tapi ingatlah Orang yang diberi darjat mulia kerana ilmunya mungkin diberi harta melimpah ruah, kerana ilmu dan harta tak mungkin berjalan bersama.

[PENJELASAN]. Orang yang berilmu mungkin berharta, tetapi ramai darpada mereka tidak berharta.

Sudah menjadi sunnah bahawa orang yang akan dinaikkan darjatnya sering diuji dengan penderitaan. Buktinya banyak orang pandai yang hidupnya melarat dan banyak orang bodoh yang hidupnya serba cukup dan mewah.

Orang yang diberi rezeki dengan mudah, pahalanya sedikit, tidak terpuji dan tidak mendapat hidayah. Kesungguhan itu dapat menyelesaikan masalah yang berat, bahkan dapat membuka pintu yang terkunci rapat.  

[4] KERANA ALLAH
Aku mendapati bahawa orang yang berilmu itu "menjadi" meskipun dia dilahirkan dalam keluarga yang buta huruf. Ilmu selalu dapat mengangkat darjat seorang manusia, sehingga semua orang yang mulia menghormatinya.Mereka akan mematuhi kata-kata si alim tersebut, ibarat pengembala yang menjadi raja bagi ternakannya.

[PENJELASAN] Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang. Ilmu dunia dapat mengangkat darjat ahli dunia. Begitu juga halnya dengan ilmu agama (ilmu akhirat)..

Setiap orang tidak akan merasakan kebahagiaan tanpa ilmu, dan tanpa ilmu kita tidak dapat mengenal halal-haram dalam kehidupan.

[PENJELASAN]. Ilmu adalah pencerah atau penyuluh jalan. Ibarat berjalan malam, orang yang ada cahaya dapat menemui jalan pulang. Mereka tahu melangkah dengan betul dengan tidak tersandung di tengah jalan.  

[5] HAMBA ILMU
Sesungguhnya ilmu itu mempunyai keutamaan. Keutamaannya ialah membuat semua orang mengabdi kepadanya. Memelihara ilmu itu adalah wajib sebagaimana wajibnya seorang manusia menjaga maruah dan dirinya. Baeangsiapa mempunyai ilmu, kemudian mewariskan kepada orang yang tidak berhak menerimanya, maka diatelah berlaku zalim.

[6] TAMAN KEBANGGAAN MANUSIA
Ilmu itu taman kebanggaan, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai terlambat memiliki ladang kebanggaan.

Ketahuilah, ilmu tidak akan dapat dicapai oleh orang-orang yang perhatiannya hanya pada makanan dan pakaian. Ilmu akan lebih senang diperolehi oleh orang-orang yang hidupnya sederhana.

Jadi, carilah ilmu sebanyak-banyaknya. Sekalipun perlu berkorban dan menderita. Kerana pada suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu serta mendapat penghormatan.   

No comments:

Post a Comment