GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 13 June 2012

SAPA PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG TU?

Tadi isteri saya menelefon saya di sekolah. Barangkali dia terlalu ghairah nak bercerita pasal perempuan berambut panjang yang disampaikan oleh Ani. Ani itu adalah isteri kepada Cikgu Razak. Mereka suami isteri adalah jiran terdekat kami.

Kata Ani,  dia pernah mendengar cerita dari Ku Mat (jiran kami) bahawa pada suatu malam, semasa dia sedang tidor bersendirian di rumah, dia terlihat bayang seorang perempuan sedang berjalan di tepi jendelanya. Berpeloh-peloh dia malam itu menahan ketakutan.

Kata Ani juga, dia pernah juga mendengar cerita dari Fiza, isteri Ustaz Rosli tentang perkara tersebut. Masa itu, hanya dia bersama anak-anaknya sahaja berada di rumah. Ustaz Rosli tiada di rumah. Dia terlihat seorang perempuan berambut panjang di tepi katil anaknya, 

Anaknya, Muiz terkumat-kamit seperti dikuasai sesuatu. Sapa perempuan tu?

Ya, sapa perempuan tu?

Cerita di atas sejalan dengan peristiwa yang pernah berlaku  kepada keluarga saya. Kisah itu berlaku sebulan yang lepas. Masa itu, saya sedang mengadap komputer di ruang tamu saya. Jam pada laptop menunjukkan sekitar pukul 11 pm.

Ekor mata saya tiba-tiba terperasan satu "asap" yang menyerupai seorang wanita bergerak masuk ke ruang tamu rumah saya. Asap apa itu?

Kalau anda belajar Prinsip Bernoulli dalam Fizik, anda tentu dapat bayangkan arah pergerakan udara pada bahagian atas dan bawah sayap aerofoil. Lebih kurang begitulah arah pergerakan asap yang terlihat oleh saya. 

Tiba-tiba juga saya merasa seperti ada orang di belakang saya. Ishh, apa benda ni?

Saya kuatkan keberanian saya. Saya tak layan perasaan takut di hati saya. Tetapi dalam keberanian saya meneruskan kerja saya di depan laptop, saya merasa bulu roma saya merinding juga. Dia tegak sedikit demi sedikit.

Sapa perempuan ni? Segera saya bingkas bangun & memulakan bacaan Ayat 33 saya. Suara saya berkumandang memenuhi seluruh ruang rumah. Saya tahu, jin & syaitan merasa panas dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Suasana menjadi reda. Saya kemudian masuk tidur seperti biasa. Pagi besoknya, isteri saya memberitahu, pada saat saya sedang mengadap komputer, dia terasa seperti ada seseorang cuba menganggu tidurnya.

Anak saya pula memberitahu, dia seperti terlihat ada seorang perempuan berambut panjang di tepi katilnya.Huh, sapa perempuan itu?    

Bermula sejak malam itu, saya  selalu membaca wirid Ayat 33 pada setiap pagi dan malam. Dan tidak ada lagi usikan-usikan yang menakutkan itu di rumah saya. Di rumah jiran-jiran, mungkin berlaku lagi. Sebab itu, cerita ini kembali panas.

Saya menasihatkan kepada isteri dan anak saya. Baca Ayatul Kursi sebelum tidur. Kalau keuzuran, baca Bismillah 21X. Mudah-mudahan selamat.     



No comments:

Post a Comment