GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 11 June 2012

PENGHAPUS DOSA, PENENANG BATIN




























 SUBHANALLAHI WABIHAMDIH bermaksud Maha Suci Allah dengan Segala KepujianNya. 

Barangsiapa sentiasa berzikir dengannya 100X sehari, maka sesungguhnya dia telah melakukan suatu pekerjaan yang sangat terpuji.

Mana buktinya? Mana sandarannya?
Bukti dan sandarannya adalah sepertimana hadis Nabi S.A.W di bawah.

"Barangsiapa membaca Subhanallahi wabihamdih 100X setiap harinya,  maka akan berjatuhan dosa–dosanya walaupun sebanyak buih di lautan" (Shahih Bukhari).

Dan bersabda baginda S.A.W lagi  : “Kalimat yang paling dicintai Allah adalah Subhanallahi Wabihamdih” (Shahih Muslim)
Zikir ini bersifat multi fungsi (banyak kegunaan) iaitu mencerahkan wajah, menenangkan hati, menyejukkan jiwa, dan membuka banyak kemudahan. Anda tahu kenapa?

Kerana bila kita menyukai, mencintai dan mengamalkan ucapan yang dicintai oleh Allah S.W.T,.. sudah pasti  Allah akan memberi apa-apa  yang kita senangi dan sukai, yaitu kecerahan  wajah, kemudahan hidup, dan ketenangan hati.

Wahai saudaraku,  pernahkah anda merasa hidup ini penat? Kalau ya, cubalah anda mencari kerehatannya dengan membaca zikir mulia di atas. Percayalah, semakin anda membacanya, semakin dipermudahkan semua urusan anda sehingga anda menjadi hairan kerananya.

Dan andapun dapat berehat secukupnya dicelah-celah kepenatan anda itu.

Wahai saudaraku, pernahkah anda merasa hati anda kosong? Kalau anda merasa ya, penuhilah hati anda dengan keindahan zikir di atas. Semakin anda membacanya, semakin anda merasa hidup anda bererti.

Anda terasa wujudnya keintiman perhubungan antara anda dan DIA. Anda menyayanginya dan anda yakin DIA juga menyayangi anda.

Wahai saudaraku, pernahkah anda merasa  ingin lepas bebas dari dunia ini dan berpindah ke alam yang terhindar dari keserabutan & himpitan? Perbanyaklah berzikir seperti di atas.Anda pasti semakin rindu kepada Tuhan yang memiliki zikir di atas.

Wahai saudaraku, pernahkh anda merasa hidup ini banyak dosa dan anda ingin kembali padaNya? Kalau anda merasa ya, sucikanlah diri anda dengan berzikir kepadaNya. Orang yang kembali kepada DIA adalah orang yang mulia dan berhak mendapat pengampunanNya. 

Mulai sekarang,  berusahalah dan tanamkan dalam hati ini niat ikhlas untuk mendekat pada Nya.

Kerjakanlah segala  kewajiban yang fardu dan meninggalkan larangan Nya.

Dan jangan lupa mempratekkan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W sebagai tanda mencintai baginda. Salah satu sunnah yang ringan dan mudah dilakukan adalah dengan membaca dzikir diatas.
.
Cobalah sejenak berzikir seperti di atas sehabis solat subuh. Lakukannya perlahan-lahan. Maka dalam 1 hari itu kita akan menemukan sesuatu yang berbeda di hati kita.
.
Yakinlah dan percayalah, karena itu adalah sunnah nabi kita dan kita mengikutinya.

1 comment:

  1. Kita sebenarnya tidak cakna kepada apa yang Allah suka. Di antara yang Allah suka ialah ucapan zikir di atas. Kita tunaikan kesukaanNya, insyaallah kita akan disukaiNya.

    ReplyDelete