GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 17 June 2012

RAHSIA DISEBALIK PENGHARAMAN HARI IBU & HARI BAPA.




















Hari ini adalah Hari Bapa. Kononnya, setiap anak patut menyayangi bapa masing-masing pada hari ini. Saya yang kehilangan bapa pada umur 20 tahun terasa sangat susahnya hidup ini kalau tak ada bapa. Macam-macam kerja mesti dibuat. Macam-macam perkara mesti difikir.

Kalau bapa saya masih ada waktu itu, tentu kesusahan dan penderitaan hidup saya tidak sesukar yang saya alami. Tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya. Dia memberi sebuah latihan hidup yang sangat praktikal untuk saya di sebalik kematian ayah saya. Alhamdulillah.

Apa hukum mengyambut Hari Bapa?  Anda mesti tahu hukum menyambut Hari Bapa dan juga Hari Ibu di sebalik kasih sayang anda terhadap mereka.

Maka jawabnya adalah seperti berikut. Menurut farwa yang dikeluarkan oleh  ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah, maka hukumnya adalah HARAM.

Menyambut Hari Ibu adalah haram. Menyambut Hari Bapa juga haram.

Mari kita lihat kenapa Sambutan Hari Ibu itu haram. Ini adalah kerana Hari Ibu  asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God bermaksud hari Ibu Tuhan. Orang kristian mengangap Siti Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s adalah ibu Tuhan. 

Agama Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu  setiap masa dan waktu. Ia berlangsung sepanjang tahun tanpa henti (non-stop), bukan setakat satu hari sahaja.

Begitulah juga dengan HARI BAPA, semua ini tiada dalam Islam. Silakan anda baca sejarah mengenainya di bawah. Sejarah Hari Bapa ada kaitan dengan agama Kristian & gereja.

Malangnya, kita mudah terikut-ikut. Kita ini jahil sangat. Disebabkan kita ni jahil sangat, orang sambut kita sambut, sedangkan kita tidak tahu apakah itu dari Islam ataupun tidak.

SEJARAH HARI BAPA.
Sambutan Hari Bapa yang mempunyai lanskap moden berusia sekitar ratusan tahun di Amerika Syarikat. Pelopor pertamanya ialah  Sonora Louise  Smart Dodd, berasal dari  Washington. 

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih berani menunjukkan bahawa ia berlaku sekitar 4000 tahun yang lepas. Sungguh mengejutkan. Ia sebuah sejarah yang sangat tua.

Khabarnya, ia mula berlaku pada zaman runtuhan Babylon. Kalau betul begitu, maknanya ia berlaku pada zaman Nabi Ibrahim a.s lagi

Mereka telah mencatat bahawa peristiwa ini berlaku seperti berikut. Seorang budak lelaki bernama  Elmesu telah menulis mesej Hari Bapa kepada ayahnya menggunakan tanah liat sekitar 4000 tahun yang lepas.  Elmesu mengharapkan agar bapanya sentiasa sihat dan panjang umur.  Walaupun tiada rekod konkrit tentang apa yang terjadi kepada Elmesu dan ayahnya, namun tradisi tersebut telah berkembang selama beberapa kurun di beberapa buah negara di dunia ini.

SEJARAH HARI BAPA DI AMERIKA SYARIKAT.
Sejarah Sambutan Hari Bapa secara moden bermula di Amerika Syarikat dan kemudian berkembang ke seluruh dunia. Pencinta Hari Bapa tentunya gembira dengan usaha Miss Sonora Louise Smart Dodd, seorang anak gadis dari Spokane, Washington. Dari usaha beliaulah, kononnya, Sambutan Hari Bapa berkembang segar sehingga ke hari ini.

Idea Sambutan Hari Bapa bermula dalam minda Miss Sonora takkala dia melihat Sambutan Hari Ibu oleh para rahib wanita dalam tahun 1909. Pada umurnya 29 tahun, dia mula memikirkan kenapa Hari Ibu ada, tetapi Hari Bapa tak ada?

Dia merasa dia perlu berjuang untuk penubuhan Hari Bapa di atas rasa kasih sayangnya kepada ayahnya, Mr William Jackson Smart, seorang  pesara tentera. Ibunya mati takkala melahirkannya. Maka kerana itu, bapanya terpaksa membesarkan dia dan abang-abangnya dengan penu kasih sayang. 

Didorong oleh usaha-usaha yang diperjuangkan oleh Miss Anna Jarvis's untuk mengadakan sambutan Hari Ibu, maka  Miss Dodd juga melakukan kempen untuk merayakan sambutan Hari Bapa di Amerika Syarikat.

Persatuan Menteri-Menteri Spokane (The Spokane Ministerial Association) dan Persatuan Pemuda Kristian (The local Young Men's Christian Association (YMCA)) menyokong usaha Sonora tersebut. Hasilnya, Spokane merayakan Sambutan Hari Bapanya yang pertama pada 19.6.1910.

Bermula dari tarikh itu, sambutan itu merebak ke setiap negeri di Amerika Syarikat.

Melihat kepada sambutan Hari Bapa yang terus meriah di seluruh USA, maka  Presiden Woodrow Wilson meluluskan idea ini pada tahun 1916.

Presiden Calvin Coolidge juga menyokong idea Sambutan HARI BAPA peringkat kebangsaan di USA pada tahun 1924 dengan tujuan  "untuk mewujudkan sambutan yang lebih erat antara bapa dan anak-anak mereka dan untuk menzahirkan penghormatan secukupnya terhadap bapa”.

Selepas 4 dekad berjuang,  Presiden Lyndon Johnson akhirnya menandatangani pengisytiharan umum bahawa Sambutan HARI BAPA seluruh Negara jatuh pada hari AHAD, Minggu ke 3 pada tahun 1966.

Kemudian pada tahun 1972,  Presiden Richard Nixon menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantau Kebangsaan untuk memantau sambutan Hari Bapa berjalan mengikut jadual, iaitu pada setiap hari AHAD, Minggu ke 3 pada bulan Jun.

Sonora Smart Dodd telah diberi penghormatan di atas sumbangannya pada satu majlis besar-besaran di Spokane pada tahun 1974. Beliau telah mati pada tahun 1978 pada umurnya 96 tahun.


BEBERAPA TEORI LAIN HARI BAPA
Terdapat beberapa teori lain. Sebahagiannya percaya bahawa Sambutan pertamanya diadakan .di sebuah gereja di West Virginia pada tahun 1908.

Yang lain pula mengatakan bahawa ia diadakan di Vancouver, Washington.

Presiden Lions' Club (sebuah pertubuhan Kristian), di Chicago, Harry Meek telah dilaporkan mengadakan Sambutan Hari Bapa yang pertama di dalam organisasinya dalam tahun 1915 dengan tujuan mencari bapa-bapa yang terpiih.

Dia memilih hari Ahad yang ketiga dalam bulan Jun untuk merayakan Sambutan Hari Bapa, satu tarikh yang hampir sama dengan harijadi Meek semdiri.

Sebagai penghargaan kepada semua kerja Meek, the Lions Clubs of America memberikan beliau satu jam emas, yang tertulis di atasnya,  "Originator of Father's Day," (Pengasas Hari Bapa) pada majlis harijadinya, 20.6.1920.

Beberapa pakar sejarah lainnya berpendapat dan bersatu hati mengangkat  Mrs. Charles Clayton of West Virginia (seorang tokoh Gereja Khatolik), sebagai pengasas Hari Bapa.

Dalam mana-mana negara di mana Gereja Khatolik agak berpengaruh, Sambutan Hari Bapa diadakan pada setiap Hari Joseph (setiap 19 March)..

KESIMPULANNYA, samada Hari Ibu atau Hari Bapa, semuanya ada kaitan dengan agama Kristian. Haram merayakannya. 



7 comments:

  1. sangat menarik... sekarang, ramai owam suke sambut ari bapa n ari ibu termasop sy sendiri.. arap, entri ni dapat memberi kesedaran kepada sume lapis masyarakat islam di luar sana ^_^

    ReplyDelete
  2. LEPAS NI,XPAYAH SAMBUT LA HARI AYAH HARI IBU....JUST BANYAKKAN DOA UNTUK MEREKA

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya sambut time hari ank sulung dilahir kn... time tula mereka start menjd mak dan ayah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada benarnya jugak....yang penting, eratkanlah hubugan dengan ibu dan ayah.

      Delete
  4. terima kasih untuk info ni! kalau sambut pun tapi tak doa dekat diorang, tak ada guna juga! hari ayah dan hari ibu ni hari-hari boleh sambut! tak payah nak tunggu tarikhnya! lagipun, ini orang kristian punya! harap dengan info ini dapat menyedarkan orang ramai hukum menyambut hari ayah dan hari ibu ini! terima kasih sekali lagi ya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hayrin Matahir20 June 2016 at 23:51

      Betul.. Lagipun ia semua tiada dalam kategori HARI BESAR sama dgn Hari Kekasih dan Hari Pekerja

      Delete
  5. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/buat-sendiri-sirop-obat-batuk-ini-di.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/wedding-cake-tradisi-dalam-pernikahan.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/di-jepang-vending-machine-tawarkan.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete