GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 17 August 2012

10 HENTAMAN METEOR PALING DAHSYAT DI DUNIA

Bayangkan anda bersendirian seorang diri di depan rumah.

Masa itu langit cerah. Jam sekitar 2.00 pagi.

Anda takut?  Pada Tuhan, sepatutnya anda takut.

Anda sunyi? Bukankah Tuhan bersama anda? 

Anda menatap ke langit malam dan melihat sebuah titik kecil. Kemudian titik kecil  tersebut berubah menjadi lebih besar dan besar. Kemudian membesar dua kali ganda, sampai langit malam terlihat terang kerananya.

Lalu anda menyedari bahwa titik tersebut sebenarnya sangat besar, sebesar Bandaraya Kuala Lumpur. Ia kemudian menjunam turun, lalu membelah udara malam dengan kecepatan seperti suara,  datang tepat ke arah anda, BOOM !

 

Anda memejamkan mata. Anda takut memikirkan segalanya. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-dosaku. Dosa kecil, dosa besar, dosa lama, dosa baru, dosa zahir, dosa batin, dosa sengaja, dosa tak sengaja, dosa tersembunyi dan dosa terang-terangan.

 
BOOOOM. Anda terasa sebuah gegaran yang besar. Benar-benar mengegarkan. Benar-benar menakutkan. Lemah segala kepala lutut anda, segala urat sendi anda. Lemah segala penglihatan anda, lemah segala-galanya yang ada pada anda.

Nasib baik, ia tidak menghentam anda, keluarga anda atau kampong anda. Ia berlaku 30 km dari anda. Anda benar-benar bernasib baik. Sipi. Kalau tidak, pasti anda sudah mati. Tubuh anda sudah berkecai.


Atau anda terbakar rentung oleh api merah yang dahsyat. Tetapi Tuhan menyelamatkan anda. Syukur alhamdulillah.. 

Anda cuba melangkah untuk melihat lebih jauh, untuk melihat apa yang telah berlaku, tetapi anda tak berdaya. Anda seolah-olah menjadi lesu dan kaku.

Tetapi anda nak pergi juga. Anda cuba bangun mengagahkan diri.

Sebelum anda pergi, jangan lupa satu perkara….

Ucapkanlah SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H. MAAF ZAHIR BATIN.  

Maaflah saya bergurau sebentar dalam cerita saya tentang hentaman meteor ini. Perkara ini tidak pernah berlaku lagi pada era zaman moden ini, tetapi telah berlaku banyak kali sebelum ini. 

Saya suka memberikan anda satu doa penting mengelak kecelakaan seperti di atas.

 

Ertinya, aku berlindung kepadamu daripada bala yang datang secara tiba-tiba, buruknya pemandangan, qadha (ketetapan) yang buruk dan ketawa musuh terhadapku.
 
Kembali kepada cerita di atas. Terdapat 10 HENTAMAN METEOR TERBESAR DI DUNIA SEBELUM INI.

Kesan kerosakannya sangat besar dan menakutkan. Ia seperti  Mega tsunami 2004, atau seperti gempa bumi atau seperti  gunung berapi yang meletus di segala penjuru bumi.

Pada saat ia berlaku, cahaya siang hari menjadi gelap selama bertahun-tahun. Untuk anda yang selamat ia akan membunuh anda secara perlahan-lahan.

Hasilnya sangat menakutkan. Mujurlah, kita sekarang tidak lagi ditimpa meteor atau asteroid. Apa-pun, tolong awasi satu perkara, planet X / Nibiru selalu mendekati orbit kita.

Para saintis sangat takut memikirkannya. Kita bagaimana?  

Meteor atau asteroid pernah menghentam bumi suatu masa dulu. Buktinya, terdapat kawah-kawah besar pada daerah - daerah yang pernah ditabraknya. Kami susun kejadian ini berdasarkan diameter yang ditinggalkan.

Kita mulakan dengan nombor 10 terlebih dahulu.

10. Kawah Barringer, Arizona, Amerika Syarikat

 
49.000 tahun lalu, meteor (disebut juga batu bintang), ukurannya “hanya” 150 kaki dan berat sekitar 300.000 ton mengandung nikel dan besi, dengan kecepatan 40.000 batu/jam telah menabrak bumi.

 
Hasil dari tabrakan meteor ini dapat dilihat 55 km sebelah timur Flasgaff, Arizona. Ia  dinamakan kawah Barringer. Kawah ini adalah kawah terbaik yang diawetkan hingga sekarang. Kekuatan yang dihasilkannya sama dengan letupan TNT 20 juta ton.

Hasilnya diameter 148 ft ( 45 m ) dengan kedalaman 175 m, diketemukan oleh Daniel Barringer pada tahun 1902 untuk pelancongan. Sehingga hari ini,  kawah tersebut masih milik keluarga Barringer. Tempat tersebut juga dipanggil sebagai Meteor Crater, Coon Butte, dan Canyon Diablo.

09. Bosumtwi, Ghana

 Photobucket
Berada di 30 km sebelah tenggara kota Kumasi, Ghana. Terkenal dengan Tasik Bosumtwi padahal tasik tersebut adalah kesan dari tabrakan meteor 1,3 juta tahun yang lalu.

Diameternya 10.6 km dengan kedalaman 45 m. Woo, luasnya. Hujan yang terus menerus menggenangi bekas tabrakan tersebut membuatnya terbentuk menjadi tasik atau danau.

Kepercayaan penduduk setempat menganggap danau tersebut adalah tempat  jiwa yang mati untuk menghadapkan kepada tuhannya, Twi.

08.Deep Bay, Canada
 
Berada di Barat daya Tasik Saskatchewan, Kanada dengan lebarnya 13 km dan kedalaman 220 m. Ia terjadi sekitar 100 juta tahun yang lalu. Dilihat dari strukturnya, memang sebuah hentaman yang dahsyat.

 07. Aorounga Impact Crater, Chad

Aorunga adalah sebuah kawasan ketika sebuah meteorit sebesar 1 mil ( 1.6 km ) menghentam bumi sekitar 300 juta tahun yang lalu. Lokasinya ialah sebuah daerah di gurun Sahara sebelah utara Chad, Afrika.

Alangkah ngerinya kalau hentaman seperti ini berlaku di bandaraya Kuala Lumpur yang padat penduduknya itu. Tentu berjuta-juta manusia akan mati. 

06. Gosses Bluff, Australia

Photobucket
Sekitar 142 juta tahun lalu, sebuah komet dengan lebarnya 22 km menghentam daratan Autralia, dengan kecepatan 40 km/saat. Kesannya dapat disamakan dengan ledakan 22.000 megaton TNT.

Wow . . .hasil yang ditinggalkan cukup mengesankan. Cukup tragic dan menakutkan. Sebuah kawah dengan diameter 24 km dengan kedalaman 5000 m terbentok.

05. Mistastin Lake, Canada




Bertempat di Labrador, Kanada. Tasik Mistastin ini adalah bentuk yang  terhasil pada saat meteorit menabrak bumi. Kesannya,  sebuah lobang atau kawah dengan diameter 28 km terhasil. 

04 Clearwater lakes, Canada


Woo . . . yang ini lebih dahsyat lagi. Sekitar 290 juta tahun lalu,  asteroid kembar menghentam bumi dekat dengan pantai teluk Hudson Kanada.

Hasilnya, sebuah lubang dengan diameter 32 km dari asteroid yang besar, dan 22 km dari asteroid yang kecil. Dua buah lubang atau kawah yang sangat besar.

 03. Kara-Kul, Tajikistan

Di suatu ketinggian 13.000 kaki (3.900 m ) diatas permukaan laut, terdapat Kara – Kul atau dikenal juga sebagai Qarokul. Ia mempunyai luas 16 mil (25km) di Pegunungan Pamir di Tajikistan, dekat perbatasan Cina.

Danau ini ditabrak meteor lebih dari 5 juta tahun lalu, Kara-kul  hanya ditemukan baru-baru ini, melalui pengesanan satelit.

02. Manicouagan, Kanada

 
Manicouagan Reservoir (Tasik Manicouagan) juga dikenal sebagai “mata dari Quebec”. Ia terbentok sekitar 212 juta tahun lalu akibat hentaman sebuah asteroid yang mempunyai lebar 5 km. Ia telah meninggalkan lubang raksasa dengan diameter 100 km.

 Fuh, besarnya kawah yang terhasil. 2X ganda Pulau Singapura.

01. Chicxulub, Mexico

 Photobucket
Dikuburkan di bawah Semenanjung Yucatán di Mexico, berhampiran kampong  Chicxulub (yang berarti “ekor dari setan” di uCu). Ini adalah kawah kuno dengan dampak yang paling besar dengan diameter 107 km.

Tabrakan ini terjadi kira-kira 65 juta tahun yang lalu ketika sebuah komet atau Asteroid seukuran sebuah kota kecil (mungkin sebesar Bandar Machang, Kelantan) menghentamnya.

Kekuatan hentaman adalah setara dengan 100 teratons TNT. Akibatnya, telah berlaku mega-tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi di seluruh dunia.

Beruntung , Tuhan masih sayang kepada kita walau pun kita berterusan melakukan maksiat. DIA Cuma memberi musibah yang kecil sahaja.

Bagaimana kalau Tuhan mentakdirkan hentaman demi hentaman meteor ke atas kita kerana dosa-dosa kita. Tentu merana kita.

Sekian dahulu. Terima kasih

18.8.2012    6.14 am

No comments:

Post a Comment