GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 5 August 2012

11 RAHSIA DARI AL-FATIHAH

Hidup ini memang penuh dengan rahsia. Ke mana pun kita pergi, rahsia membelit diri kita, Apa pun yang kita baca, ia juga penuh dengan rahsia.

Berikut saya tampilkan 11 rahsia yang mesti anda tahu.

Ia berkaitan dengan hidup anda sebagai seorang Islam. ANDA MESTI TAHU.

Sebelas Rahasia Membaca Basmalah oleh Habib Ali Akbar bin Aqil
Semua orang Islam kenal Basmalah. Dan hampir semua orang membacanya, terutama sekali sewaktu hendak makan dan membaca Al-Quran. Nabi S.A.W telah bersabda, ”Barangsiapa memulakan perkerjaannya tanpa Basmalah, maka ia terputus (dari rahmat Allah S.W.T).

Bahkan Nabi menganjurkan, sesiapa yang tertinggal Basmalah sewaktu  makan, hendaklah ia membaca doa ini sebagai gantinya. Bismillahi awwaluhu wa aakhiruhu. Dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya.

Dalam kitab Syarh Marâqil Ubûdiyyah, hasil pena Syaikh Nawawi Al-Bantani, tersebut penjelasan yang sangat baik tentang kalimah Basmalah. Kitab ini adalah penjelas kepada kitab Bidayatul Hidayah, karya Imam Ghazali.

Seperti kebiasaan,  para ulama salaf dalam menulis buku selalu mengetengahkan dan meletakkan basmalah بسم الله الرحمن الرحيم , Imam Ghazali juga mengawali dengan kalimat tersebut. Syaikh Nawawi sebagai penjelas kitab beliau, turut mengulas dengan indah dan penuh pelajaran untuk kita.

Gambar iilustrasi : Syaitan pengoda manusia
Menurut Syaikh Nawawi, kalimat Basmalah merupakan kesatuan dari empat kata yang berdiri secara berjajar: بسم, الله, الرحمن, الرحيم. Hal ini sebagai isyarat adanya pertolongan Allah kepada para hamba-Nya yang beriman dari gangguan setan. Sebagaimana firman-Nya:

ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

“Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Qs. Al-A`raf: 17)

Berdasarkan ayat di atas, menurut Syaikh Nawawi, dengan membaca Basmalah, Allah akan memberikan perlindungan dan pengawasan dari segala mara bahaya dan rasa was-was.

Di samping itu, sebagai petunjuk bahwa kemaksiatan seseorang berporos (berpaksi) pada empat hal, iaitu kemaksiatan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, terang-terangan, di waktu pagi, dan di waktu siang. Dengan membaca Basmalah, dosa kemaksiatan akan terhapus dan pupus berkat membaca Basmalah.

Lebih lanjut, Syaikh Nawawi memberi arti di sebalik tiap huruf yang menempel pada kalimat Basmalah ini.

[1] Pertama, Ba` : Barâ-atullah. Artinya jaminan keselamatan kepada orang-orang yang berbahagia dengan iman dalam dadanya. Dalam makna yang lebih dalam, orang beriman tidak boleh alpa dari membaca Basmalah dalam keadaaa apapun, selama perbuatan itu berada dalam kebaikan.

SUATU RENUNGAN
Meski pun Firaun engkar dan sombong kepada Tuhan, namun hati kecilnya ada rasa percaya kepada keberkatan Basmalah. Dikhabarkan dia menempel kalimah ini pada pintu istananya dengan niat supaya ia tidak mati di dalamnya.

Maka, Tuhan mentakdirkan kematiannya di dalam Laut Qalzum.  Ia selamat di rumahnya, tetapi ia tidak selamat di tempat lain.

[2] Kedua, Sîn : Satrullah. artinya perlindungan Allah. Makna ini memberi penjelasan bahwa orang mukmin tidak pernah melewatkan tiap langkahnya dengan membaca Basmalah yang dengannya, kala ia bertemu orang yang melawan Allah, ia berlindung dari kebodohannya.

SUATU NASIHAT
Bacalah Basmalah 21X sebelum tidur dengan niat supaya selamat dari mati terkejut dan aman daripada segala mara-bahaya. Bacalah juga Basmalah dan Ayatul Kursi sewaktu memulakan perjalanan supaya selamat dan berkat perjalanannya.

[3] Ketiga, Mîm : mahabbattuhu. Artinya rasa cinta Allah kepada seorang Muslim yang membaca Baslamah. Seseorang yang ingin memperoleh cinta Allah, tentulah bibirnya tidak kering dari Basmalah.

SUATU INGATAN
Orang yang sentiasa membaca Basmalah, akan diberikan “mulut masin”. Maksudnya, sangat makbul doa. Di mana pun dia berdoa, bersendirian atau di khalayak, doanya sangat mustajab.  

Tuhan sangat mengasihinya kerana zikir dan ingatannya kepada Tuhan. Barangsiapa banyak berzikir kepadaNya, tentu sekali tuhan mencintainya dan menyebut-yebut namanya di hadapan para malaikat.

[4] Keempat, Alif : ulfatuhu. Artinya keramahan Allah. Allah itu Maha Ramah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Keramahan Allah akan semakin muncul kepada mereka yang membaca Basmalah.

RENUNGAN
Kalau ada manusia yang bersikap kasar terhadapmu, tentu kamu merasa benci dan kecewa. Kamu tentu mengharapkan dia memberi layanan baik kepadamu dengan wajah yang sopan, perkataan yang baik dan budi bahasa yang mulia.

Kamu juga tentu mengharapkan tuhan bersikap ramah, lembut dan baik kepadamu, maka dapatkanlah melalui Basmalah.

Bacalah Basmalah setiap masa sebagai tanda zikirmu kepada Allah. Insyaallah, DIA akan menyayangimu dan memeliharamu. 

[5] Kelima, Lâm: lathâfatuhu. Artinya kelembutan Allah. Hikmah di balik membaca Basmalah mendapat kenyamanan dan kelembutan dalam hatinya. Sikap dan sifat jelek akan hilang berganti kebaikan dan hati berhias kelembutan.

SUATU NASIHAT
Sekiranya anda seorang yang berwatak keras dan kasar, elok anda amalkan Basmalah 41X atau lebih. Mudah-mudahan Tuhan melembutkan hati anda & memberikan anda sifat sopan dan lembut.

[6] Keenam, hâ` : hidâyatuhu. Artinya petunjuk Allah. Seseorang yang membaca Basmalah, akan terbimbing dan terarah dalam naungan hidayah.

SUATU NASIHAT
Manusia ini mudah tergoda dan tersesat dalam banyak perkara. Bila tergoda oleh harta, kuasa atau wanita, mereka mudah gelap mata dan kabur membuat tindakan. Amalkanlah membaca Basmalah setiap masa dan sebelum membuat tindakan. Mudah-mudahan tuhan memberikan kamu petunjuk.

[7] Ketujuh, Râ` : ridhwânuhu. Artinya kerelaan Allah. Ridha Allah akan menempel pada sosok insan yang melafazkan Basmalah. Jika Allah telah ridha pada seseorang, tidak ada lagi gundah dan gulana, karena ridhaNya telah hinggap dalam diri. Pelaku maksiat pun yang membaca Basmalah dengan niat taubat kepada Allah, maka bacaan tersebut menjadi jembatan ridha Allah.

HURAIAN
Kalau anda mencari keridhaan manusia, maka anda akan diperbudak-budakannya. Tetapi kalau anda mencari keridhaan Allah, maka anda akan jadi manusia agung pada sisiNya.

Basmalah adalah perkataan yang agung. Pengucapnya berterusan mendapat nilai keagungan itu kerana yang memberinya adalah Tuhan Yang Maha Agung. Bila tuhan rela dan ridha kepadamu, maka ia akan memberi apa sahaja.

Carilah kerelaan Allah S.W.T berbanding kerelaan manusia. Tuntutlah keredhaanNya sekali pun seluruh manusia tidak menyukaimu.

[8] Kedelapan, Hâ : Hilmuhu. Artinya Kesabaran Allah. Hikmah ini memberi pelajaran tentang kesabaran Allah pada orang-orang yang berdosa. Mereka yang berbuat aniaya, kezaliman, kegaduhan yang merugikan umat manusia, kekecohan, akan tetap memperoleh kesabaran dari Allah dengan bacaan Basmalah.

SUATU INGATAN
Sekalipun kamu berdosa, janganlah kamu berpaling dari Tuhan. Sebutlah nama Allah dengan Basmalah, mudah-mudahan tuhan menarikmu kepadaNya.

Jika kamu dapat kembali kepadaNya dengan taubat nasuha, maka perbuatanmu itu sangat bernilai bagi tuhan. Kegembiraan tuhan menyambut taubatmu lebih besar dari kegembiraan seorang penternak menyambut untanya yang hilang.   

[9] Kesembilan, Mîm : Minnatuhu. Anugerah Allah. Orang-orang beriman yang membaca Basmalah mendapat anugerah, kebajikan, dan anugerah Allah. Oleh karenanya, setiap perbuatan dan perkataan yang diawali dengan Basmalah, menjadi berkah untuk semua.

HURAIAN
Anugerah Allah itu luas. Dan keluasannya sampai tidak terjangkau oleh kita. Saat anda membaca Basmalah pada nasi yang ingin dimasak, anda berharap ia memberi berkat pada suami dan anak-anak. Semoga semuanya berperangai baik & kuat mengerjakan ibadat.

Saat anda mulai menanam padi, anda bacakan Basmalah. Semoga padi anda hidup subur dan memberi pulangan yang baik kepada keluarga.

Kalau anda seorang guru, mulakanlah dengan Basmalah. Mudah-mudahan proses P & P anda di dalam kelas  berjalan lancar dan sempurna. Mudah-mudahan juga segala curahan ilmu anda memberi manfaat kepada pelajar anda.

[10] Kesepuluh, Nûn : Nûrul Ma`rifah. Artinya cahaya pengetahuan. Dengan kata lain, kalimat basmalah mengandung unsur cahaya Ilahi. Dan cahaya itu diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

SUATU PERINGATAN
Di dalam kalimah Basmalah, ada 3 nama tuhan iaitu Allah, Arrahman & Arrahim. Ketiga-tiganya mempunyai cahaya (nur) masing-masing.

Sekiranya nama Allah dibaca 66X setiap selepas solat, nama anda akan jadi harum di alam rendah (bumi) dan alam tinggi (langit). Anda bertambah akrab dengan Allah dan kasih sayangNya akan melimpah-limpah kepada anda. Malaikat akan memuji anda & sentiasa mendoakan untuk anda.

Sekiranya nama Arrahman dibaca 100x setiap hari, anda akan diberi kekuatan berfikir dan kekuatan hafalan. Anda mudah ingat akan sesuatu. Segala ilmu mudah menyerap masuk ke dalam hati anda.

Sekiranya nama Arrahim dibaca 100X selepas Asar, anda akan jadi kesayangan semua orang. Semua orang akan merasa rindu untuk melihat wajah anda, bercakap dengan anda dan bersembang sampai bila-bila pun dengan anda. Anda mempunyai kelembutan wajah yang menarik pandangan sesiapa sahaja. Bahkan suara anda sangat merdu kepada telinga semua orang.     

[11] Kesebelas, Yâ` : Yadullâh. Artinya tangan (penjagaan) Allah. Allah memberikan penjagaan pada diri orang yang membaca basmalah. Bacalah pada saat di rumah, kendaraan, tempat kerja, dan di mana saja. Dengan membaca tersebut, Allah turunkan penjagaan dan pengawasan kepadanya.

Sekianlah penjelasan 11 perkara yang penting ini. Fahami dan amalkanlah dalam hidupmu.


SEKIAN. TERIMA KASIH.    6.8.2012.  11.17 PM

No comments:

Post a Comment