GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday, 31 August 2012

3 CIRI ORANG YANG IKHLAS




Adakah anda mempunyai sifat ikhlas? Atau adakah anda termasuk orang yang ikhlas hatinya? 
Payah sebenarnya untuk menjawab soalan ini.
Keikhlasan terletak di dalam hati. Hati pula nun jauh di dalam dada. Sekali pun dada dibelah dengan pisau untuk melihat isi hatinya, namun keikhlasan tetap sukar dibaca dan ditafsirkan.
 
Keikhlasan adalah perkara batin yang tersembunyi. Walau bagaimana pun, ia mempunyai ciri-ciri zahir yang boleh dikesan oleh mata hati yang arif.
Orang-orang yang ikhlas memiliki ciri yang boleh dilihat, diantaranya:
[1]  Sentiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang banyak, baik ada pujian ataupun celaan.
 
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya (suka menunjuk-nunjuk) memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”

Perjalanan waktulah yang akan menentukan seseorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan cobaan, baik yang suka maupun duka, seseorang akan terlihat kualiti keikhlasannya dalam beribadah, berdakwah, dan berjihad.

Al-Qur’an telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat orang-orang munafik, membuka kedok (muslihat) dan kebusukan orang-orang munafik dengan berbagai macam cirinya.

Di antaranya disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 44-45, “Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.”

Jika kita mengambil kira keikhlasan itu dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan manusia seperti perjanjian, persahabatan, urusniaga dan sebagainya, maka ia juga akan mengalami perubahan terhadap perubahan masa.

Jika dahulu dia baik & akrab, sekarang dah berubah, maka keikhlasannya boleh diragui. Seseorang yang ikhlas sangat menjaga perhubungannya. Dia tidak memberi apa pun alasan sehingga perhubungannya menjadi lemah dan longgar.

Saya mempunyai beberapa orang saudara angkat. Saya menganggapnya sebagai adek-adek angkat saya kerana umurnya lebih muda. Rata-rata mereka berumur 40an dan lebih muda daripada saya yang berumur 51 tahun ini.

PERTAMA : USTAZ WAN SAMSURI BIN WAN ABDUL GHANI. Kami bersahabat semasa sama-sama mengajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Kelantan pada tahun 1991 - 1996.

Semasa MTAQ mula-mula ditubuhkan pada tahun 1991 & bertempat di bangunan KIAS sekarang (sebelum berpindah ke bangunan baru di Pulau Chondong), kami berempat sahaja menjadi tenaga pengajarnya.

Masa itu,  Ustaz Mansor bin Daud (Mudir), saya, Ustaz Wan Samsuri Wan Abdul Ghani  & Ustaz Nazarudin bin Jalaludin  merupakan tenaga awal MTAQ sehingga akhirnya saya berpindah ke KPM pada tahun  1996.

Sejuk hatiku melihat budak-budak ini menghafaz Al-Quran
Ustaz Wan Samsuri itu sangat baik dan akrab dengan saya. Dia memang warak dan terpuji akhlaknya. Mulutnya sentiasa kumaat-kamit membaca Al-Quran. Beliau merupakan guru Hafiz Quran yang terkenal kesolehannya.
Beliau pernah bermimpi jumpa Rasulullah

Paling mengesankan saya, beliau pernah bermimpi berjumpa Rasulullah masa mudanya. Dan kerana itu, saya sangat mengasihinya. Walau pun kami sudah lama tidak bertemu, tetapi wajahnya & akhlaknya tetap di hati saya.  

KEDUA : CIKGU TUAH BIN TONEL. Kami bersahabat semasa sama-sama mengajar di SMK Lurah Bilut pada tahun 1997 – 2001. Sampai sekarang kami masih berhubungan. Kalau saya ke KL, saya selalu singgah di rumahnya di Felda Rumah Bilut & makan di sana. Saya cukup suka sayur lemak keladi masakan ibunya. Dan kalau dia ke Kelantan, dia pasti menyinggahi rumah saya. Makan, tidur, bersembang sehingga akhirnya kami berpisah.
Sedap wei.
KETIGA : WAN SAMRI BIN WAN EMBONG : Walau pun beliau berasal dari Terengganu dan saya dari Kelantan, tetapi kami berjumpa & bersahabat semasa kami sama-sama menginap di Perak. Beliau merupakan seorang jurutera & bergiat aktif dalam jemaah tabligh. Isterinya, Azila merupakan seorang pensyarah di Politeknik Tanjung Malim.

Masa itu, saya tinggal di Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim & aktif sebagai Setiausaha, Masjid Behrang 2020 yang baru dibuka. Hubungan keluarga kami macam adek-beradek. Selalu ziarah menziarahi & bertanya khabar. Sampai sekarang pun, hubungan kami masih berterusan.
Ilustasi sahaja

KEEMPAT : USTAZ SYED SYAMSURI : Walau pun beliau berasal dari Perak, tetapi beliau pernah memondok (belajar pondok) di Pasir Tumboh, Kelantan. Semasa kami bersahabat, kami selalu berbincang hal-hal keagamaan & pentadbiran organisasi masjid. Akhlaknya sangat baik & lembut. Tetapi terlihat ketegasannya dalam perkara hukum-hakam. Saya sangat menghormatinya.
Kawasan Pondok Pasir Tumbuh
Saat saya meninggalkan Perak pada tahun 2004, saya amanahkan jawatan Setiausaha Masjid, Bandar Behrang 2020 kepadanya. Pilihan saya tepat kerana ramai orang menyukainya. Kerjanya pun berkualiti dan boleh dipercayai.
Dia selalu mengirim khabar berita kepada saya menceritakan tentang masjid BB2020 yang saya tinggalkan dahulu. Terima kasih Ustaz. Saya menyayangimu.

Kemudian, mari kita sambung syarat kedua tentang keikhlasan.
       
[    [2]  Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh daripada
      mereka.

Disebutkan dalam hadits, “Aku beritahukan bahawa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu.  Tetapi mereka adalah suatu kaum yang jika bersendirian, melanggar yang diharamkan Allah.” (HR  Ibnu Majah).

     Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah ridha Allah,  bukan ridha manusia.   Sehingga, mereka senantiasa memperbaiki diri dan terus beramal,  baik dalam keadaan mereka bersendirian  atau  di khalayak ramai,  dilihat orang atau tidak,  mendapat pujian atau celaan.  Karena  mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk sekecil apapun.

   
    Sepatutnya, saya, anda, kamu, mereka atau sesiapa sahaja merasa TAKUT daripada perbuatan  berpura-pura warak atau baik.  Kita mesti  takut kepada Tuhan dalam semua situasi dan keadaan.

    Dan lagi, jangan berurusan dengan manusia  menggunakan NIAT atau TATACARA yang  tidak betul. Janganpepat di luar, tetapi rencung di dalam.  Anda  mesti ikhlas zahir dan batin.

     Saya selalu mengamalkan solat istikharah untuk mengetahui tentang patut  atau tidak saya  bersahabat atau menjalin perhubungan dengan seseorang

          Bila Tuhan memberi petunjuk bahawa seseorang itu baik dan sesuai untuk saya,  memang hasilnya begitu
   
      Tetapi jika sebaliknya, memang saya selalu bersedia untuk menghadapi segala risikonya.

SESUNGGUHNYA  ALLAH  ITU  MAHA   MELIHAT,  MAHA  MENDENGAR  LAGI MAHA MENGETAHUI

          Sekarang, mari kita lihat syarat keikhlasan yang ketiga.
     
    [3] Dalam dakwah, akan terlihat bahwa seorang dai (pendakwah) yang ikhlas akan merasa senang jika  kebaikan terealisasi  (terlaksana) di tangan saudaranya yang juga seorang dai (pendakwah),  sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya.

Para dai yang ikhlas akan menyadari kelemahan dan kekurangannya. Oleh karena itu mereka senantiasa membangun amal jama’i (berjemaah) dalam dakwahnya. Sentiasa menghidupkan syura (mesyuarat) dan mengukuhkan peringkat dan sistem dakwah. Berdakwah untuk kemuliaan Islam dan umat Islam, bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri atau kumpulannya semata-mata.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment