GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 15 August 2012

KISAH BINATANG LAUT PALING BERBAHAYA

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
Tinggal beberapa sahaja lagi untuk kita menyambut raya. Terawih pun dah tinggal beberapa sahaja lagi.
Dalam kita bergembira, kita mesti juga berwaspada. Ingat, jangan memandu laju di atas jalan raya.
Jangan juga ghairah bermain mercun. Takut2 pecah muka dan buta mata.
Kepada  yang menggunakan sungai dan laut di hari raya ini, pastikan anda membaca info saya ini. INI KISAH BINATANG LAUT PALING BERBAHAYA.
Manusia boleh saja menganggap dirinya sebagai makhluk paling unggul di seluruh daratan di atas muka bumi. Tapi bagaimana dengan kehidupan di bawah laut? Dapatkah manusia mengatasi dan membebaskan dirinya daripada bahaya yang ada di sana?
Kalau pun manusia mampu menaklukinya, tetapi manusia harus selalu berwaspada karena bahaya selalu mengintainya.

Berikut adalah daftar sebahagian mahkluk bawah laut yang sangat berbahaya. Kesemua mereka menjadi ancaman bagi makhluk air yang lainnya. Dan tentu saja, ancaman berbahaya bagi manusia.
1. Belut Laut
YANG HIDUP DI AIR CETEK

YANG HIDUP DI LAUT  DALAM

Gigitan kuat dari gigi tajam belut laut dapat mengakibatkan luka serius. Dan mungkin sahaja terkena infeksi bakteria dari mulut haiwan primitif ini.
Belut ini kerap bersembunyi di celah-celah lubang dan batu karang pada siang hari dan memburu makanan di malam hari. Pakar menyarankan kepada para penyelam untuk menjauhkan tangan dari celah atau lubang yang mencurigakan untuk menghindari serangan.
Satu lagi, jangan pernah memberi makan kepada haiwan ini jika tidak mahu diserang oleh kawanannya.
2. Singa Laut


JANGAN MANJAKAN SANGAT ANAK TU

NAMPAK BAIK, TTP MUNGKIN JUGA GANAS
 Singa laut dapat digolongkan sebagai binatang imut (jinak), mudah dilatih, dan banyak menjadi bintang (maksudnya binatang popular) di beberapa zoo binatang. Walau bagaimana pun, haiwan ini kadang-kala menyerang manusia.
Di California, AS, beberapa berita serangan singa laut dilaporkan terjadi di pantai Manhattan, Newport, dan San Francisco pada 2006. Beberapa pakar setempat mengatakan perilaku singa laut sukar diduga dan ia mungkin sahaja tiba-tiba menjadi agresif.
3. Ikan Pari
BAHAYA DENGAN EKOR TAJAMNYA.


NAMPAK GANAS MUKA DIA.

Nama haiwan ini begitu banyak menarik perhatian dunia semenjak kematian tragis ahli biologi sekaligus pembawa acara “Crocodile Hunter” Steve Irwin pada 2006.
Ekor ikan pari yang berbentuk seperti tombak dan mengandungi banyak racun telah menusuk Steve dan membuatnya mengalami masalah kegagalan jantung.
4. Buaya Air Masin


Buaya air masin memiliki reputasi sebagai salah satu pemangsa paling ganas di dunia. Haiwan yang dapat membesar  sehingga lebih dari enam meter (18 kaki)  dan berjisim 1.500 kilogram ini memiliki mangsa yang pelbagai, antara lain monyet, kangaroo,  ikan yu, dan bahkan manusia.
Dengan menggunakan kekuatan dahsyat, buaya air masin menggigit sambil memutar-mutar mangsanya di dalam air untuk melumpuhkan dan kemudian memakannya.
5. Ikan Singa
CANTIK TETAPI MEMPUNYAI RACUN BERBISA
CANTIK TETAPI  MERBAHAYA

Ikan ini adakalanya diletakkan dalam aquarium. Ia cantik dipandang dengan tubuhnya yang berwarna-warni. Walau bagaimana pun, ikan singa ini terkenal dengan duri-durinya yang beracun.
Walaupun tidak terlalu mematikan pada manusia, tetapi racunnya dapat mengakibatkan sakit kepala, muntah-muntah, dan gangguan pernafasan. Menurut beberapa laporan, gejala tersebut berlangsung selama beberapa minggu.
6. Ular Laut
Ketakutan kebanyakan manusia pada ular menempatkan spesies ini pada daftar haiwan laut yang berbahaya. Namun pada kenyataannya, ular laut ini hidup tersembunyi di laut dan tidak terlalu mengancam kehidupan manusia.
Walau bagaimana pun, racun ular ini tetap saja menjadi momok yang menakutkan, terutama sekali kepada para penyelam.dan mereka yang selalu menggunakan lautan. Dengan sekali gigitan, racun ular ini mampu melumpuhkan mangsa dan membunuhnya dalam masa 1 saat.
7. Ikan Buntal
Racun berbisa yang mematikan bernama Tetrodotoxin (TTX) terkandung dalam ikan berbadan gendut ini.

Racun yang lebih kuat dari sianida tersebut mengakibatkan kesulitan bernafas pada seseorang sebelum berakhir dengan kematian. Yang uniknya, terdapat chef profesional di Jepun mengambil sebahagian dagingnya  sebagai hidangan ekslusif di hotel-hotel besar. .

 SEKIAN DAHULU. 15 8.2012    8.26 PM

No comments:

Post a Comment