GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 5 September 2012

ERTI MIMPI PELIK ITU



Minggu lepas, saya telah memasukkan sebuah entri tentang mimpi di sini. Terima kasih kerana sudi membaca MIMPI PELIK yang saya sajikan. Rupa-rupanya, ramai orang yang  tertarik untuk mengetahui tentang mimpi.


Anda tentu nak tahu tentang tafsir mimpi saya minggu lepas. Saya ulangi balik kisahnya.

KISAHNYA : Saya tiba-tiba berada di dalam sebuah istana yang tidak saya kenali. Istana yang sederhana besar. Istana siapa ini? Mana rajanya? Di mana pula permaisurinya? Di dalamnya, terlihat ramai orang. Tetapi tak ada seorang pun yang saya kenal. Mana rajanya? Mana permaisurinya?

Dalam mimpi itu, saya bergerak ke sana ke mari dalam istana memberi arahan kepada yang hadir. Tetapi saya bukan raja, bukan pula menterinya, bukan pula pembesarnya.    

kawasan dalaman sebuah istana.
Terbangun sahaja, saya tidak pasti perasaan saya yang sebenarnya. Gembirakah? Atau saya tergamankah? Saya tak pernah melangkah masuk ke dalam mana-mana istana, berjumpa raja atau bercakap dengannya. Paling tak munasabah, saya tak pernah berlaku biadap dalam mana-mana istana pun di dunia ini.

Bila saya membuka kitab Tafsir Mimpi Ibnu Sirin, tafsirnya mengatakan bahawa orang yang bermimpi itu akan mendapat kemuliaan dan kehormatan dari orang ramai.  Saya terpegun. Bagaimana dan di mana?

Beberapa hari selepas itu, barulah rahsia mimpi itu terbongkar.

Pada Rabu, 24.8.2012, barulah terbongkar rahsia mimpi saya. Pakda Mamat, jiran saya telah mengadakan kenduri dengan menyembelih seekor kerbau. Semua orang kampong dijemput makan. Riuh rendah rumahnya. Gegak gempita suasananya. 
Kerbau..sedap gulai dagingnya...
Sedap wei,,cicah roti lagi sedap

Pada hari tersebut, saya diamanahkan sebagai imam solat hajat di rumah beliau. Kemudian saya diserahi tugas memimpin Majlis Khatam Al-Quran 3 orang anaknya. Dan Kemudian melakukan tahlil sebagai penutup.

Alangkah besarnya penghormatan beliau kepada saya. Terima kasih.

Kemudian pada Rabu, 29.8.2012, (seminggu selepas itu), saya bermimpi lagi. Kali ini, mimpinya agak serupa dengan yang sebelum ini. Ini bukan tentang istana, tetapi tentang bukit & rumah-rumah yang tersergam indah di atassnya.

KISAHNYA : Saya berada di atas sebuah bukit yang tinggi. Kemudian saya memasuki sebuah rumah (tuannya tiada) yang tersergam di bukit itu. Kemudian saya berkereta dan menuju ke bukit yang berdekatan. Saya juga memasuki rumah yang ada di situ seolah-olah ia rumah saya. Perbuatan itu saya ulangi sehingga kepada bukit yang kelima dan rumah yang kelima.

bunglow atas bukit
Tafsirnya? Entahlah. Kalau merujuk kepada Kitab ANDA BERMIMPI? APAKAH ERTI MIMPI ANDA? Alih bahasa oleh Mizan Asrori Zain M dari kitab asalnya oleh SYEIKH MUHAMMAD BIN SIRIN (Ibnu Sirin), didapati tafsirnya adalah seperti berikut.

Barangsiapa bermimpi mendaki gunung/bukit, maka ia akan mendapat kemuliaan (ms 45).

Setiap pendakian dalam mimpi tidurnya, bererti pencapaiannya dalam agama, harta dan darjatnya (ms 46).

Jika rumah itu tidak diketahui bangunannya, asal usul penghuninya & tempatnya, maka takbirnya mengandungi maksud akhirat. Maka keadaannya di akhirat nanti dan amal kebaikannya yang telah diakukannya adalah menurut keadaan rumah yang dilihat dalam mimpinya itu samada sempit atau lapang serta indah atau tidak (ms 47).

 Cuma beberapa hari selepas itu, baru saya mendapat khabar bahawa ramai orang kampong di tempat saya menunggu untuk bermesyuarat di surau pada hari Khamis, 30.8.2012, selepas Isyak. Mereka tersalah faham sebenarnya.

Sebenarnya, tarikh asal mesyuarat ialah pada 30.8.2012 (Khamis malam Jumaat). Tetapi atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan, saya menundanya kepada 4.9.2012 (Selasa Malam Rabu). Saya telah membuat pembetulan tarikh tersebut & memberitahu beberapa rakan saya supaya dipanjangluaskan berita tersebut. Malangnya, ada yang tak perasan tentang perubahan tersebut.

Mereka berkumpul ramai menunggu saya, sedangkan saya ada 3 majlis serentak pada malam tersebut. [1[ Majlis Sambutan Merdeka Raya di SMKH2, [2] Majlis Tahlil 40 hari Arwah Penghulu Mustaffa Kg Bagan. Saya pergi lebih awal untuk berjumpa sahaja dengan isterinya, [3] Mesyuarat Surau di tempat saya, yang saya tangguhkan kemudiannya kepada 4.9.2012.

Saya sangat menyayangi penduduk-penduduk di tempat saya. Mereka baik dan sangat cinta kepada agama. Walau pun saya bukan penduduk asli di kampong tersebut, namun saya diterima dengan baik & dilantik pula sebagai Pengerusi Surau & Imam untuk mereka.

Walau apa pun tafsirannya, saya tetap menganggap mimpi saya itu baik dan benar. Syukur kepada Tuhan kerana memberi kedudukan dan kemuliaan yang baik kepada saya.

Sesiapa yang pernah bermimpi dan ingin mendapat tafsirannya, boleh publish mimpi anda itu pada komentar. Saya akan cuba menghurai setakat mampu.

Sebarang komentar/komen/cadangan/luahan atau apa sahaja, sila pilih ANONYMOUS atau NAME/URL. Taipkan nama anda & abaikan url.

5.9.2012    5.36 pm.

2 comments:

  1. salam, sekiranya bermimpi mendapat dua bentuk cincin?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya berminat nak tahu juga. Ada siri-siri mimpi yang ditulis pada blog saya. Boleh lawati penulisbayang.blogspot.com di bawah tag mimpi. Review ke emel saya. Terima kasih.

    ReplyDelete