GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 27 September 2012

IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1)



Sudah lama saya tak menulis pasal Imam Mahdi (IM). Maaflah. Saya sibok sangat-sangat. Sibok giler, kata orang sekarang.

Dalam diam, saya merenung & berfikir. Dalam diam juga, saya mencari makrifat tentang siapa dan di mana sebenarnya IM.

Sebenarnya, semua orang tercari-cari IM. Saya pun. Bahkan saya telah berdoa sejak dahulu (semenjak 20 tahun dahulu) supaya tuhan menemukan saya dengan IM di Kota Mekah. Bila? Pada saat kemunculannya nanti.

Semua orang menaruh harapan. Bahkan saya juga menaruh harapan. Dan saya sangat yakin bahawa sampai masanya nanti, Tuhan akan mempertemukan saya dengan dia. Insyaallah. 

Mari kita dengarkan sebuah hadis tentang IM.

HADIS 1
Aisyah Umul Mu’minin telah berkata: “Pada suatu hari tubuh Rasulullah bergetar dalam tidurnya.” Lalu kami bertanya: “Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya wahai Rasulullah?”.

Rasulullah menjawab: “Akan terjadi suatu keanehan, yaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju Baitullah (Ka’bah) untuk memburu seorang ‘laki-laki’ Quraisy yang pergi mengungsi ke Ka’bah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir (Al Baida’) maka mereka ditelan bumi.”

Kemudian kami bertanya: “Bukankah di jalan padang itu terdapat bermacam-macam orang?” Baginda menjawab: “Benar, diantara mereka yang ditelan tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, ada pula yang dipaksa untuk berperang serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan menurut niat mereka masing-masing.” . Riwayat Imam Bukhari pada kitab Al Buyu’ ,Bab: Ma Dzukira fii Al Aswaak.

Dengan demikian orang-orang akan tahu bahwa laki-laki yang kembali ke Baitullah (Ka’bah) tersebut adalah Khalifatullah Al Mahdi, dimana Allah memberinya perlindungan dan pembelaan untuknya dengan membenamkan tentara yang akan mengejarnya, yakni tersungkur ke perut bumi.

Apabila orang-orang sudah mengetahui hal tersebut, maka mereka akan membai’atnya (membai’at Al Mahdi) dengan utusan-utusan, kelompol-kelompok dan ia akan didatangi oleh orang-orang “mulia” negeri Syam dan Irak yang terdiri dari para waliyullah, orang-orang taat dan pilihan. Mereka semua akan membai’at Al Mahdi.

Jika anda membaca entri saya sebelum ini, KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA, anda akan mendapati kalam Abu Hurairah r.a, sahabat Nabi S.A.W menjurus kepada beberapa perkara berikut :

[1] IM akan muncul sekitar 1420H atau 1430H, sedangkan sekarang 1433H. Bermakna saat itu sangat dekat. Bila? Sangat dekat, dekat & dekat.

[2] IM pernah dianaiyai oleh seorang pemimpin yang memerintah Iraq. Yang dimaksudkan itu ialah Saddam Hussin. Maknanya, IM berada di Iraq semasa pemerintahan Saddam Hussin.

[3] Maknanya, IM itu orang Arab dan telah lama berada di Iraq. Tertolaklah andaian bahawa IM itu bangsa Melayu dan berasal dari kepulauan Melayu.

Tidak ada sesiapa pun yang tahu di mana IM berada sekarang. Saya pun tak tahu. Akan tetapi hampir semua orang tahu tanda-tanda yang khusus (spesifik) dari kemunculannya.

Apa dia? Tanda kemunculan Imam Mahdi adalah “terbenamnya pasukan tentara yang diutus oleh penguasa untuk memeranginya”.

Sebelum ini, dia mungkin rakyat Iraq kerana keberadaannya di Iraq semasa penguasaan Saddam Hussin. Dalam hadis di atas pulak, dia diburu oleh penguasa Arab Saudi yang menunjukkan dia berada di Arab Saudi semasa kejadian tersebut.

Maksudnya, IM itu bergerak menurut perancangan Allah sehingga ia sukar dikesan oleh musuh-musuhnya.

Mari kita tengok hadis berikutnya.

HADIS 2
Tirmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id Al Khudri katanya: “Kami bimbang akan berlaku sesuatu fitnah sesudah kewafatan Nabi kami, kerana itu kami bertanya Nabi s.a.w., Sebagai menjawab Nabi s.a.w. berkata: “Sesungguhnya di kalangan ummatKu ada Al Mahdi. Ia akan muncul. Dia akan hidup selama lima atau tujuh atau sembilan”.  Berkata Abu Sa’id, kami bertanya: “Apakah yang dimaksudkan lima, tujuh atau sembilan itu? “Rasulullah s.a.w. menjawab, “Tahun”. Kemudian Rasulullah s.a.w. menceritakan: “Orang datang kepadanya seraya berkata: “Wahai Mahdi! Berikan kepada saya”. Maka dapat dia mengaut harta dengan tangannya dan diisi ke dalam kain orang itu sebanyak yang termampu dibawanya”. (Hadith Tirmizi jilid.2 ms.45 Bab Kemunculan Mahdi)

Hadis tersebut menerangkan bahawa pada zaman IM, akan berlaku kekayaan yang sangat luar biasa pada umat Islam. Tetapi saya ingin mengajak anda fokus kepada perkara berikut.

[1] Jika ia zahir pada umur 40T, maka selama 5 tahun sehingga umurnya 45T, ia akan berjuang menegakkan daulah Islamiyah di seluruh dunia. Namanya akan terkenal sebagai seorang pejuang yang gigih, berani dan cekal. Bahkan dia sangat terkenal kerana prinsip perjuangannya untuk menegakkan Islam.

Untuk melihat keadaan perjuangan IM pada akhir zaman, mari kita telitikan hadis berikut.

HADIS 3
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya: “Ketika kami berada di samping Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang beberapa orang anak muda dari Bani Hasyim. Bila mereka dilihat oleh Rasulullah s.a.w, berlinanglah air matanya dan berubahlah air mukanya, langsung kami bertanya, Baginda menjawab, “Kami adalah ahli keluarga yang Allah s.w.t. pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku nanti akan menghadapi berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang dari pihak Timur bersama mereka bendera-bendera hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan maka mereka berperang sehingga mendapat kemenangan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak mahu pula sampailah mereka berikan bendera itu kepada seorang pemuda dari keluargaku. Ia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana mereka (penduduk dunia) memenuhinya dengan kezaliman. Sesiapa yang sempat bertemu dengan mereka maka hendaklah ia datang kepada kumpulan itu walaupun dalam keadaan mengengsot di atas salji.” (Sunan Ibnu Majah ms 299)

Saya mahu tekankan kepada anda ayat ini, BERBAGAI-BAGAI UJIAN, PENGUSIRAN & PENGHALAUAN.

Imam Mahdi, keluarganya & pengikut-pengikutnya mengalami pelbagai kesulitan dalam usaha menegakkan DAULAH ISLAMIYYAH. Nabi S.A.W menyuruh kita mengabungkan diri dengan mereka sekalipun terpaksa mendaki gunung yang tinggi.

“MENGENGSOT DI ATAS SALJI”  menunjukkan tingginya gunung yang terpaksa didaki atau dipanjati untuk bersama IM.

Tetapi awas, tidak semua orang Islam menyokongnya. Bahkan Yahudi & kuncu-kuncunya akan membasuh (brainwash) pemikiran umat Islam supaya menganggap dia & pengikut-pengikutnya sebagai manusia jahat, pemecah belah masyarakat, lapar kuasa dan sebagainya.

Awasilah media massa akhir zaman sehingga anda tidak terjerat sama melabelkan manusia suci (Imam Mahdi) ini dengan gelaran yang keji, kotor dan buruk.

KEANEHAN AKHIR ZAMAN : Manusia berakhlak baik dan mulia seperti Imam Mahdi dianggap sangat jahat dan kotor. Itulah putar belit Yahudi & kuncu-kuncu Dajjal.

[2] Seterusnya lagi dia berjuang sehingga pada umurnya 47T, dia dan Nabi Isa a.s menewaskan Dajjal. Dikatakan Dajjal keluar pada tahun ketujuh dari saat kemunculan IM.

Dajjal keluar untuk meyaingi kewibawaan & prinsip perjuangan IM. Dajjal akan keluar dengan berpura-pura warak & alim.

Awasilah juga media massa akhir zaman sehingga anda tidak terperangkap sama melabelkan Dajjal itu sebagai manusia warak & alim. Kata Nabi, semua orang Islam boleh mengenalnya melalui tulisan KAF PA RA (KAFIR) pada dahinya.

Akan tetapi, ramai orang Islam yang tertipu. Bahkan terikut-ikut mengaku dia sebagai Nabi Akhir Zaman pada saat Dajjal mengistiyharkan dirinya begitu.

Lebih teruk daripada itu, ramai juga orang Islam yang terpengaruh bila Dajjal mengaku dirinya sebagai Tuhan. Inilah zaman krisis keyakinan tauhid yang paling besar dalam sejarah manusia bila manusia bertuhankan manusia lain dalam hidupnya.    

KEANEHAN AKHIR ZAMAN : Manusia keji, jahat & kotor seperti Dajjal diberi pengiktrifan dan kemuliaan oleh ramai manusia. Ini juga putar belit Yahudi & kuncu-kuncu Dajjal yang menyokongnya.

Tetapi Tuhan Maha Hebat. Dia mentakdirkan Dajjal yang jahat itu mati di tangan Nabi Isa a.s. Yang batil itu kalah, yang hak itu tetap menang.

Kalau IM ditakdirkan Tuhan muncul pada tahun 2013M (1434H), maka tahun kemusnahan Dajjal dan bermula leburnya Negara Yahudi adalah 7 tahun kemudiannya iaitu 2020M (1441M).

Ini bertepatan dengan ramalan beberapa orang pengkaji, termasuk saya bahawa Negara Yahudi itu akan padam daripada peta dunia sekitar tahun 2023.
 
[3] Seterusnya lagi dia berjuang sehingga pada umurnya 49T, maka Daulah Islamiyyah tertegak di atas permukaan bumi ini. Semua negara, kecil atau besar, tunduk kepada kekuasaannya sepenuhnya.

Pada masa inilah, Daulah Islamiyyah sangat kaya-raya dan umat Islam merasa nikmat daripada pemerintahan yang dipimpin oleh IM.

KAMI SANGAT MENGHARAPKAN KOMEN/RESPONS JUJUR ANDA DALAM PERBINCANGAN INI. SEMOGA IA DAPAT MENAMBAH MAKUMAT YANG LEBIH MEMBINA.

Sekian, terima kasih   27.9.2012   9.52 pm

 

8 comments:

  1. Al-Hadis : Jika kamu ketahui dimana beradanya itu Imam Mahdi, maka bersegeralah kamu berbaiah dgnnya, walo utk ketemu dgnnya kamu terpaksa merangkak atas "salji"... Sekiranya ketika itu Nabi SAW berada diNusantara, koq mungkin kita disuruh merangkak atas "sawah padi" ato memanjat "gunong ganang yg tinggi"...

    Begitulah gambarannya betapa susah payahnya ujiannya kalo mahu mencari utk berbaiah dgn Imam Mahdi. Apalagi perit derita ujiannya serta pengorbanan dlm perjuangan bersama Imam Mahdi demi mengembalikan semula Islam Sejati yg telah ranap hanyut hingga ditelan "Fitnah Akhirul Zaman"...

    Maka dari sini koq mungkin keberadaan Imam Mahdi itu ada 2 versi :

    (1) Kalo salji dinegara2 Islam yg ada koq cumaan kawasan Khurasan. Maka negeri2 Khurasan itu banyak berjaluran. Apakah Imam Mahdi bakal bangkit dari salah satu negeri dikawasan Khurasan..?? Jawabannya terpulang pada fahaman masing2, ngak ada paksaan...

    (2) Kalo sawah padi ato gunong ganang yg tinggi ngak ada dlm Hadis Nabi. Yg ada dibilang : Islam bakal bangkit dari Timur. Dan lagi Sabdanya : Tuntutlah ilmu sampei kenegeri China. Apakah Imam Mahdi bakal bangkit dari Nusantara ato China..?? Jawabannya terpulang juga pada fahaman masing2, ngak ada paksaan...

    Namun perlu diingat, Timur / Nusantara hingga keChina pernah melalui zaman gemilangnya dibawah kuasa Raja Iskandar Zulqarnaen. Masa dan zaman sering berubah, setelah dilanda angkara konspirasi licik Sang Dajjal As-Masikh, semunya telah musnah. Apakah era gemilang itu bisa berulang semula..?? Ngak ketahuan...

    Pepatah Melayu ada menyatakan : Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Maka dibilang orang adalah lebeh baik dinegeri sendiri. Dan lagi : Kuman diseberang lautan jelas kelihatan, sedangkan gajah besar didepan matanya dia teraba2 buta, koq kelabu asap ngak kelehatan...

    Semoga kita sama2 dibimbing-Nya dijalan kebenaran. Tidak ada itu kebenaran selagi Imam Mahdi Sejati itu tidak muncul, membawa perubahan, dari kepalsuan kepada Kebenaran Al-Haqq... Persoalannya : Kebangkitan Imam Mahdi sudah dekat. Tetapi dari negara Islam manakah bakal munculnya..?? Jawabannya : Allahu'alam Wasalamu....

    Hari2 makan pengat sendirilah mahu diingat,
    Malam ini mlm Jumat jangan lupa amalan sunat,
    Selamat termenong sambil istirehat dimlm Jumat,
    Pesan Baginda Nabi mahulah rameikan Ummat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sosok imam mahdi itu makin jelas kelihatan. Tetapi saya tidak mahu berkata2 apa lagi sebelum masa pembaaihannya. Jika sampai waktunya, pasti semua orang tahu bahawa Al-mahdi itu ada di sini.Wallahu ahlam.

      Delete
  2. Dari timur...........apakah india ini dari timur?...persoalan saya ...apakah bila imam mahdi ini datang baru nak bentuk jemaahnya atau jemaahnya tu memang sudah ramai.....jika baru nak bentuk maka ia mengambil masa yg sangat panjang. ATAU im memang sudah mempunyai jemaah seperti mana hadist telah beritahu bahawa jemaahnya yg telah memenuhi dunia...

    Siapa jemaah IM yg telah memenuhi dunia?.....
    Sedangkan bayak kumpulan kumpulan di dunia ini yg mengaku dan menunggu kedatanagan im........

    Persoalan disini kita kena jawab dgn telus dan munasabah.................

    Kita cari jemaah yg memenuhi dunia.......siapa.

    1. Hamas
    2.Hizbullah
    3.Mujaheediin
    4.al qaedah
    5.ji
    6.wahabi/salafi
    7.pas
    8.Nu
    9.abu sayap
    10.syiah
    11.abim
    12.jakim
    13.pengebom berani mati.
    14. Tareqat ...
    15.?????????????


    Ternyata secara rasionalnya kumpulan kumpulan itu hanya di tempat mereka sendiri sahaja tidak memenuhi dunia........

    Cuba2 kita alihkan pandangan keluar jendela fikiran kita yg terhimpit oleh banyak persoalan ...

    Satu jemaah yg kita tidak nampak kekuasaannya,kerana tidak angkat senjata , dan tidak main politik
    Adalah JEMAAH TABLIGH..............

    ada apa dgn jemaah ini... dalam penyelidikan jemaah ini telah memenuhi dunia.....seluruh dunia mereka ni bergerak dan dimana mana masjid merdka ni dapat kita saksikan.dan tujuan mereka hanya menyampaikan dakwah islam kalimah Allah......

    Dan sepanjang pengatahuan saya jemaah ini memang ada mengatakan bahawa IMAM MAHDI akan muncul dan memerangi orang kafir bersama jemaahya seluruh dunia iaitu jemaah tabligh ini.......dan bendera akan dibuat dibawa dari timur oleh tenteranaya.........

    Dari segi hadis ada hadis dari Annasa'ih bahawa dua golongan yg depelihara dari neraka adalah mereka yg berdKwah di india dan bersama isa ibnu maryam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang yang saya tahu, Imam Mahdi akan didahului oleh Pemuda Bani Tamin (PBT) selama 1.5 tahun (18 bulan). Maksudnya, PBT keluar dalulu, selepas itu baru Al-Mahdi.

      Mereka mungkin kenal satu sama lain. Mungkin juga tidak. Tetapi PBT itulah yang akan menyediakan tapak pemerintahan untuk Mahdi.

      Sila baca post2 saya berkaitan Al-Mahdi & PBT dalam siri yang berlainan. Sekian. TQ

      Delete
  3. Sejak berzaman Umat Manusia terutama dari Agama Samawi menunggu kedatangan ‘Penyelamat dunia’:
    Kepada umat Islam Imam Al-Mahdi, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

    Kami adalah Pendokong Imam Al Mahdi (a.s), pengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s). Kami daripada pelbagai bangsa dan negara keseluruhannya memperakukan bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah pendiri (Qoim) keluarga Muhammad (a.s) iaitu Al Yamani, pewaris dan utusan Imam mahdi (a.s) kepada umat Islam, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

    Untuk lebih mendalam sila rujuk:

    http://www.hashemstudios-board.com/ English – video ‘The Arrived”
    http://almahdyoon.org/ - Laman rasmi Arab
    http://www.saviorofmankind.com/ Laman rasmi English
    http://pendokongalyamani.blogspot.com/ - Ansar Nusantara
    http://yamani.org/ - Ansar Nusantara

    yang benar
    hanizie@gmail.com

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assallamuallaikum wr wb. Salam Keteduhan Alam Semesta. Semoga Allah SWT senantiasa memberikan petunjuk kepada kita semua tentang Al Mahdi Pemimpin Besar Revolusi dan Renovasi Akhir Zaman. Semoga kita semua adalah orang orang yang diberkahi dan orang orang yang mendapat petunjuk Allah SWT .... Amin .....

      Delete