GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 11 October 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (2) menuduh diri sendiri



Sifat Ikhlas yang pertama telah saya bincangkan sebelum ini. Sang mukhlis (panggilan kepada orang-orang yang ikhlas) mempunyai sifat menolak kemasyhuran di dalam hidup mereka. Mereka mesti berkerja kerana Allah semata-mata, bukan kerana mencari popularity atau supaya terkenal di mata manusia.

Kali ini saya akan membincangkan sifat kedua bagi tanda orang yang ikhlas. Sifat yang dimaksudkan ialah menuduh dri sendiri

Orang yang mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sebagai orang yang berlebih-lebihan di sisi Allah dan kurang di dalam melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tidak diterima.

Kerana sikap seperti ini, ada sebahagian di antara para salaf yang menangis tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?”

Beliau menjawab, “Apa yang membuatkanku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku yang masuk dalam timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah telah berfirman, Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa,”

PENGAKUAN PALSU YANG MENTAH & BODOH
Kalau anda membuka blog-blog yang bertaburan di dalam internet, anda akan menjumpai sebahagiannya mengaku sebagai blog Imam Mahdi. Sayalah Imam Mahdi. Akulah Imam Mahdi. Anda taip sahaja kerajaan Imam Mahdi pada yahoo, nanti akan tertera beberapa blog yang cukup jijik saya membacanya.

Saya selalu mengulangi, TIDAK ADA SESIAPA pun yang tahu siapa Imam Mahdi, bahkan orang yang bakal menjadi menjadi Imam Mahdi itu pun tidak tahu bahawa dialah bakal menjadi Imam Mahdi Al-Muntazaar.

Anda tahu kenapa dia sendiri pun tidak tahu? Kerana dia selalu menganggap dirinya manusia yang serba kurang. Kurang di segi ilmu, amal, takwa & pengabadiannya di sisi Tuhan. Dia selalu menuduh dirinya  sebagai manusia yang berlebih-lebihan di segi pengakuan (menganggap dirinya baik) tetapi sangat kurang di segi amalan & kewajipan beribadat.

Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dari itu al-Quran menambahinya dengan firman Allah yang bermaksud: “Maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati..”  (al-Hajj: 32)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Taqwa itu ada di sini,”  Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya.  (HR Imam Muslim)

Sayyidah Aishah pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang orang-orang yang dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka.”  (al-Mu’minun: 60)

“Apakah mereka orang-orang yang mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kepada Allah?”

MEREKA TAKUT AMALNYA TIDAK DITERIMA
Baginda menjawab, “Bukan wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tidak diterima. Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.”  (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)

Orang yang mukhlis sentiasa takut terhadap riya’ yang menyusup ke dalam dirinya, sedangkan dia tidak menyedarinya. Inilah yang disebut syahwah khafiyyah yang menyusup ke dalam diri orang yang meniti jalan kepada Allah tanpa disedarinya.

Sesungguhnya Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman sudah mendapat beberapa nama gelaran yang baik sebelum kemunculannya. Dia tidak meminta & tidak mengharapkan gelaran itu diberikan kepadanya.

Kepada mereka yang mengaku sebagai Imam Mahdi, anda patut malu kepada diri sendiri. Janganlah berlebih-lebihan kepada diri anda dengan merasa takjub yang bukan-bukan.

Apakah gelaran yang sesuai untuk kamu, selain si tamak dan pelalut?

Mari kita lihat beberapa nama gelaran yang diberikan kepada Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.

[1] AL MAHDI
Dalam beberapa hadis, beliau dijuluki dengan al-Mahdi. Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda, “Nama al-Mahdi adalah namaku.” Maka jelas kepada kita, nama Al-Mahdi itu Muhamad bin Abdullah. Jelas. Noktah.

Mengapa beliau dijuluki demikian? Hal itu dikarenakan Allah selalu menunjukkannya kepada hal-hal ghaib yang tidak diketahui oleh siapa pun.

Berkenaan dengan hal ini Imam Muhammad al-Baqir  berkata, “Jika al-Mahdi telah bangkit, ia akan membagi-bagikan (harta) dengan sama rata dan berbuat adil terhadap rakyat jelata. Barangsiapa mentaatinya, maka ia telah mentaati Allah dan barangsiapa menentangnya, maka ia telah menentang Allah. Ia diberi nama al-Mahdi, karena Ia selalu menunjukkannya kepada sesuatu yang rahasia.”

[2] AL-QA’IM
Julukan beliau ini mengungkap sebuah makna yang sangat signifikan. Al-Qâ`im adalah orang yang berdiri atau bangkit. Kebangkitan beliau kelak di akhir zaman berbeda sekali dengan kebangkitan yang sezaman dengannya dalam sejarah  manusia. Dapat kita katakan bahawa kebangkitan beliau adalah kebangkitan menyeluruh yang merubah semua system.  

 Jika kebangkitan-kebangkitan yang pernah terjadi sepanjang sejarah hanya bersifat separa dan territorial (meliputi kawasan dan zon sahaja), kebangkitan beliau ini bersifat universal dan mendunia. Beliau akan menebarkan semerbak wangi kebenaran ke seluruh penjuru dunia sehingga setiap orang pasti dapat menikmatinya dengan penuh keleluasaan.

Imam Ja’far as-Shadiq  pernah berkata, “Ia dinamai al-Qâ`im karena ia akan menegakkan kebenaran (dengan kebangkitannya).” 

[3] AL-MUNTAZAR
Jika dalam keyakinan masyarakat dunia pekerjaan menunggu dan menanti adalah sebuah kegiatan yang menjemukan, menunggu kedatangan seorang juru penyelamat dari segala penderitaan adalah sebuah harapan yang dapat memberikan energi baru bagi kegiatan seseorang dalam kehidupan sehari-harinya. Dalam konteks ini beliau diberi julukan al-Muntazhar, orang yang selalu dinantikan kedatangannya.

Imam al-Jawad  pernah ditanya: “Wahai putra Rasulullah, mengapa ia dijuluki al-Qâ`im?” “Karena ia akan bangkit setelah dilupakan dan ramai umat islam  murtad setelah kemunculannya”, jawab beliau. “Mengapa diberi julukan al-Muntazhar?”, beliau ditanya kembali. “Karena ia memiliki sebuah ghaibah (kisah ghaib) yang sangat panjang. Orang-orang yang tulus akan selalu meunggu kehadirannya dan orang-orang yang kotor akan mengingkarinya”, jawab beliau tegas.

Penerangan khusus : Anda patut ingat 2 perkara berikut

(a). Imam Mahdi Al-Muntazar akan muncul  pada saat ramai manusia melupakannya. Pada tahun tersebut, ramai orang tidak mengambil berat atau mengambil cakna tentang namanya, cirri-cirinya, sifat-sifatnya,  kepentingannya, silsilahnya & dan yang berhubungan dengannya.

(b) . Pada saat dia keluar, ramai manusia yang menentangnya, termasuk sebahagian umat Islam sendiri. Kerana itu, mereka menjad murtad. Maka berhati-hatilah saudaraku semua. Imam Mahdi adalah petanda kekuasaan Allah dan dari keturunan Rasulullah S.A.W yang mulia.     

[4] AL-HUJJAH
Dalam keyakinan Islam, hujjah Allah pasti selalu ada pada setiap masa. Tidak pernah berlalu sebuah masa yang hujjah Allah tidak kedapatan di situ. Karena ia adalah satu-satunya perantara faidh (anugerah dan karunia) Ilahi untuk seluruh makhluknya. Tanpa hujjah, faidh Ilahi akan terputus dan seluruh alam semesta akan luluh & lantak.

JANGAN KEMARUK ATAU TAMAK
Dalam hal kemaruk (tamak) nama dan gelaran yang baik ini, ramai manusia yang tanpa segan-silu mensucikan dirinya atau mendewa-dewakan dirinya. Akulah Imam Mahdi, Sayalah Imam Mahdi, Ana Imam Mahdi. Ia berlaku pada seluruh bangsa, termasuk kepada bangsa Melayu kita sendiri. Hentikanlah. Itu semua perbuatan yang datang dari hati yang kotor dan dari dorongan syaitan yang menguasaimu.

Kadang-kala mereka melakukan itu terhadap ketua atau pemimpin mereka yang disayangi. Itu pun suatu hal yang seakan-akan sama seperti individu di atas. Saya suka mengulangi semula hakikat sebenar Imam Mahdi. Tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman, hatta batang tubuhnya sendiri.

Dalam hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan, “Kepentingan peribadi dalam kederhakaan amat jelas dan terang. Sedangkan kepentingan peribadi di dalam ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yang tidak nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yang masuk ke dalam dirimu dan orang lain juga tidak melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila orang lain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dalam beribadah. Maka kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah terhadap dirimu. Tidak perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata mereka.”

Imam Mahdi tidak pernah menganggap dirinya hebat, apatah lagi sempurna melebihi orang lain. Dia hanya menganggap dirinya manusia biasa. Tuhanlah yang memberi kelebihan padanya dengan menaikkan darjatnya sebagai pemimpin akhir zaman.    

1 comment:

  1. Assalamualaikum Warahmatullah

    Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

    Saidina Ali pernah berkata
    Janganlah mengenal kebenaran itu berdasarkan orang tertentu, tetapi kenalilah kebenaran itu (maka) engkau akan mengenal pemiliknya

    Maafkan saya jika menggangu.. saya cuba untuk menghubungi tuan melalui emel tetapi tidak saya ketemukakan alamat tuan di sini

    dijemput tuan mengunjungi blog pendokong Al-Yamani di http://pendokongalyamani.blogspot.com/

    Sesungguhnya tanda dan petunjuk itu semakin jelas.

    Jika tidak keberatan, harap tuan dapat hubungi saya melalui emel renman271@gmail.com.


    ReplyDelete