GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 20 October 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (3) Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Liputan




IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (3) Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Liputan

Dalam kita mencari dan cuba mengenali siapakah sosok mulia Imam Mahdi Al-Muntazar ini, hendaklah kita mengetahui bagaimana dia beramal dan beribadat kepada tuhan.

Seperti yang dapat anda fahami daripada tajuk, dia lebih menyukai beramal secara diam-diam (rahsia). Beramal secara rahsia adalah tanda ketiga sifat orang yang ikhlas kepada tuhan.

 

Sang mukhlis dari bahagian bumi mana pun, lebih menyukai amal yang dilakukan secara diam-diam berbanding amal yang disertai liputan dan didedahkan. Kalau dia bersolat sunat, dia memilih bersolat di rumahnya, sebanyak-banyaknya, sambil bermunajat dengan suara tangis kepada tuhan.

 

Jika dia berpuasa sunat, dia memilih untuk meminyaki bibirnya supaya orang lain tidak tahu dia sedang berpuasa. Dan dalam berpuasa itu, dia melakukan aktiviti sama banyak atau hampir sama banyak dengan orang ramai, supaya mereka tidak tahu bahawa sebenarnya dia sedang berpuasa.



Jika dia bersedekah, dia memilih untuk menggunakan konsep “tangan kanan memberi,  tangan kiri tidak tahu”. Sedekahnya dirahsiakan cukup ketat dengan saksinya hanya Allah semata-mata. Sang mukhlis tidak memerlukan kamera  atau media untuk menunjukkan kebaikannya kepada umum.

Jika dia berorganisasi, dia memilih untuk menjadi perajurit bayangan. Dia rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak dikenali.



Sepanjang pencarian saya terhadap tokoh-tokoh pemimpin muda dalam organisasi Islam Asia Barat, belum lagi saya ketemui orang yang bernama Muhamad bin Abdullah ini. Dia bukan orator (penceramah) yang berapi-api sehingga namanya dikenali. Dia hanya manusia biasa, hanya perajurit bayangan

Dengan kata lain, dia bukan pemimpin tersohor  atau pemimpin pelapis yang terkedepan. Dia tidak naik sebagai penggemar publisti atau penagih sokongan atau pencari pengaruh. Dia naik kerana Tuhan ingin melantiknya sebagai pemimpin.

Sehari dua ini, ada kegemparan kononnya Imam Mahdi (IM) berada di Indonesia. Bahkan dengar ceritanya, Pemuda Bani Tamin (PBT) orang kanannya dah bersiap-siap untuk mengistiyharkan dirinya. Hmmm. Saya malas masuk campur. Buat sakit kepala jew.

Di Malaysia pun ada, kisah Pemuda Bani Tamin pun mengelegak panas juga. Adakah munasabah, “orang yang dah mati beberapa tahun lepas” akan bangkit sebagai Pemuda Bani Tamin? Kemudian adakah munasabah “ Syeikh yang dah mati (l.k) seratus tahun dahulu” boleh hidup semula sebagai Imam Mahdi?  Lucu & tersangat lucu. Nak pitam rasanya memikirkan semua itu.

Sebelum ini, saya telah menolak dakwaan bahawa Imam Mahdi & Pemuda Bani Tamin berasal dari Asia Tenggara atau kepulauan berdekatannya. Alasan saya mudah sahaja. Saya berpegang kepada kalam Abu Hurairah, sahabat Nabi seperti di dalam entri saya sebelum ini, KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA.

Dikatakan bahawa Saddam Hussein dari Iraq pernah mengkhianati Imam Mahdi. Apakah bentok pengkhianatan itu, saya pun tak tahu. Tetapi dari penerangan itu, jelas kepada saya bahawa Imam Mahdi pernah menjadi mangsa kekejaman Saddam Hussein dan kuncu-kuncunya. Saya pun tak tahu adakah semasa kejadian itu, Imam Mahdi berumur 1 hari, 2 hari, 1 tahun, 2 tahun, 10 tahun,  20 tahun, 26 tahun atau 33 tahun?



So, saya nak bertanya kepada pendakwa-pendakwa Imam Mahdi dari Indonesia & Malaysia tersebut. Adakah Imam Mahdi anda pernah mengalami pengkhianatan dari Saddam Hussein? Kalau tak, cuba anda tanya diri anda, adakah sahabat Nabi, Abu Hurairah itu berbohong di dalam kata-katanya?.      

Mari kita sambung pembicaraan kita pasal Imam Mahdi. Dia tak suka berada di depan majlis. Dia tak suka pegang mikrofon. Dia tak suka tunjuk muka. Dia tak gila kepada publisti.

Dia lebih suka memilih menjadi sebahagian daripada suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah.

Atau seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat  berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas.

Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari Ahlul Bait. Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.

Kalau saya diberi kesempatan memilih, saya lebih cenderung memilih pemuda didalam entri saya, PEMUDA INIKAH BAKAL IMAM MAHDI? sebagai Imam Mahdi. Dia mempunyai jwa besar sebagai pemimpin. Dia setiap waktu berfikir tentang masalah umat & tidak mengharapkan sama sekali dirinya sebagai Imam Mahdi.

Dia pun lupa tentang dirinya & kisah silamnya. Mungkin dia & keluarganya pernah berada di Iraq semasa pemerintahan Saddam Hussein, Dan pernah pula mengalami intimidasi sewaktu kecilnya di sana. Waalahu ahlam bissawab.

Syauqy berkata di dalam syairnya:
Landasan yang tersembunyi
Tidak terlihat mata kerana merendah
Bangunan yang menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah

Di bahagian sebelum ini, telah dikemukakan sebuah hadith dari Mu’adz, “Sesungguhnya Allah sangat menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap.” 

Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman adalah manusia tersembunyi yang tidak dikenali sesiapa. Dia manusia “low profile” yang tidak pernah mensucikan dirinya dan mendewa-dewakan dirinya. SELAMAT DATANG, WAHAI MAHDI AL-MUNTAZAR.

Disiapkan pada 21.10.2012  1.53 pm

No comments:

Post a Comment