GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 28 October 2012

SERONOKNYA KALAU HARI-HARI DAPAT BEGINI



SERONOKNYA KALAU HARI-HARI DAPAT BEGINI
Saya nak berehat sekejap dari kisah Imam Mahdi Al-Muntazar. Saya berhenti sekejap pada episode (6). Ada lagi 7 episod. Kesemuanya ada 13 episod.

Apa perlunya saya menulis semua itu? Jawapan saya mudah jew. I LOVE ISLAM. Kerana itu, saya mencintai Allah sebagai sumber kekuatan saya, saya mencintai Nabi Muhamad S.A.W sebagai insan paling mulia yang paling dicintai Allah, saya mencintai Islam sebagai wadah kehidupan saya.

Di atas maksud yang sama, saya mencintai sesiapa sahaja yang dicintai oleh Allah & membenci sesiapa sahaja yang dibenci olehNya. Noktah.

Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman adalah manusia pilihan dari keturunan mulia Rasulullah  S.A.W. Dialah yang akan menghidupkan semula agama Islam & membangunkan semula Daulah Islamiyah yang telah roboh.



Kalaulah diizinkan tuhan, saya ingin berada di sisinya pada saat kemunculannya, berjuang bersama-samanya, menikmati keindahan Islam yang dibangunkannya & hidup dalam Daulah Islamiyah yang penuh keindahan & kedamaian.


Pagi tadi, saya bangun seawal 4.44 am. Kemudian mendirikan tahajjud & bermunajat kepada Tuhan dengan wirid dan zikir yang biasa saya amalkan. Alangkah sejuk rasa hati bila kita dapat membaca Al-Quran dan menderasinya.

Kemudian saya teruskan dengan doa Nabi Sulaiman (DNS) yang cukup hebat & ampuh itu. Saya percaya bahawa di antara sebab utama kepada penyakit manusia adalah kerana pola pemakanan yang tak sihat. Akan tetapi saya juga cukup percaya bahawa sebahagian penyakit di dalam tubuh manusia ada kaitan dengan gangguan jin & syaitan.

Anda faham maksud saya? Mari kita tengok contohnya, iaitu kemalangan yang biasa berlaku di jalan raya. Sebahagian sebabnya adalah kerana kecuaian pemandu & keadaan fizikal kereta yang kurang baik. Akan tetapi setengahnya kerana gangguan jin & syaitan.

Mereka menyamar diri sebagai bayi 2 tahun yang merangkak di atas jalan raya. Atau seperti bayi yang tersengih-sengih manja di atas cermin depan pemandu kereta. Atau seperti gadis berambut panjang di tengah jalan raya. Semuanya boleh menyebabkan gangguan kepada pemanduan kereta. Akibatnya, DUMMM, berlaku kemalangan antara 2 buah kereta atau kereta terjunam ke dalam sungai atau termasuk gaung.

Mudah-mudahan DNS dapat memberikan saya kesihatan yang baik, sesuai dengan apa yang saya percayai. Biiznillah. Insyaallah.

Kemudian saya lanjutkan dengan Doa Nurrun Nubuwwah (maksudnya Doa Cahaya Kenabian). Ia sebuah doa yang baik & sangat mustajab diamalkan. Saya tengok ramai anak-anak muda sangat berminat dengan doa ini. Baguslah. Tetapi jangan berdoa sahaja. Solat 5 waktu mesti dijaga dengan baik. Kalau boleh, biasakan berjemaah di surau.

Masa saya muda dahulu, saya kuat mengamalkan Doa Nurrun Nubuwah ini. Hasilnya, saya selalu mendapat mimpi yang baik & benar, termasuk berperang dan bertempur dengan jin & syaitan di dalam mimpi saya. Bahkan muka mereka yang dikatakan hodoh, buruk, tak smart, tak macho, dsb dapat saya lihat di dalam mimpi saya.

Betullah kalau ada orang kata, seburuk-buruk muka manusia adalah secantik-cantik muka jin. Depa tak smart langsung. 

Dan daripada mimpi saya itu juga, saya dapat melihat bahawa jin & syaitan sangat takut kepada keampuhan Ayatul Kursy. Saat saya membaca & menghembus kepada mereka, tubuh mereka (dalam penyamaran sebagai manusia) pecah berkecai & kembali kepada tubuh asal mereka. Di situlah saya melihat diri mereka yang sebenar. Huduh, buruk, tak smart & tak macho langsung.  

Seterusnya, saya baca doa pengusir bala & doa perlindungan yang diajarkan Rasulullah S.A.W. Hidup kita ini sebenarnya tidak ketahuan. Kita terdedah kepada sebarang musibah dan bala. Tetapi kita harus percaya & yakin, musibah & bala itu boleh dihindari jika kita berpegang teguh & yakin dengan kekuasaan Tuhan. Noktah.

Kemudian saya lanjutkan dengan Tasbih Nabi Khidir, Tasbih Nabi Yunus, Asmaul Husna & Al-Ma’thurat. Sedar tak sedar, jam menunjukkan pukul 5.56 am. Syukur kepada Tuhan kerana mengerakkan hati saya untuk melihat jam. Segera saya ke surau untuk solat Subuh berjemaah.

Ramai orang tahu & kenal Tasbih Nabi Yunus (TNY) tetapi tidak ramai yang tahu Tasbih Nabi Khidir (TNK). Di ruang yang terhad ini, saya hanya boleh bercerita sedikit sahaja tentang TNK. Ia sejenis tasbih yang jika dibaca 7X, boleh meredakan kemarahan sesiapa sahaja. Bahkan saya selalu menggunakannya untuk mendamaikan dua pihak yang bertelagah, lebih-lebih lagi suami isteri. Mujarab. Insyaallah.

Sepanjang hidup saya, baru 2X saya mengijazahkan TNK ini. Kedua-dua Hamba Allah berkenaan mempunyai masalah pribadi yang sangat kritikal dengan rakan-rakan/masyarakat sekitar. Kaifiatnya mudah sahaja. Baca 3X pagi & petang. Kalau tiap-tiap selepas solat, lagi baik. Kemudian tiup pada telapak tangan & sapu ke muka. Insyaallah, semua makhluk Tuhan menyayangi anda. Manusia, jin, binatang & pokok-pokok kayu di sekeliling anda. 

Tetapi sebelum mengijazahkannya, saya dahului dengan amaran keras. Jangan salah guna. Saya tak benarkan sesiapapun jua menyalahgunakan ilmu yang saya beri kepadanya. Saya tak redha. Tak suka.  

Tasbih Nabi Yunus
Tasbih Nabi Yunus saya baca setiap masa, terutama sekali setiap selepas solat 3X. Pada waktu yang kritikal atau pada waktu yang saya berhajat kepada pertolongan Tuhan, saya akan baca sehingga 41X. Kemudian dengan rendah hati, saya berdoa. Masa itu hati saya benar-benar merasa dingin & sejuk. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. Hasilnya benar-benar di depan mata saya.

Asmaul Husna saya cukup mudah. Saya suka berzikir YA ALLAH 66X secara berlagu, berzikir mengikut cara orang sufi. Atau bahasa mudahnya, mengikut kaedah Syeikh Abdul Kadir Jailani. Caranya halus, lembut, beralun, syahdu & mengetarkan. Cara ini boleh meruntun jiwa & mengeluarkan air-mata. Sesudah berzikir itu, saya beristigfar beberapa kali kepada Tuhan tanda kerendahan hati. Kalau anda ingin mengamalkannya, berzikirlah 66X setiap selepas solat.

Kemudian saya berzikir YA HAMIID (Yang Maha Terpuji) 100X. Tujuannya untuk mendapat akhlak atau budi pekerti yang baik. Elok anda amalkan zikir ini. Berkat amalan ini, insyaallah anda akan menjadi hambaNya yang soleh dan terpuji. Nama anda akan menjadi wangi & mendapat sebutan yang baik pada sisi Tuhan.

YA NUUR (Wahai Tuhan Pemberi Cahaya). Zikir ini saya baca 100X setiap selepas solat. Pada saya, zikir ini sangat mengesankan. [1] Ia boleh menyinari hati & mengelak dari sifat-sifat kebekuan, kekaratan & kekerasan hati. [2] Ia boleh menyinarkan wajah & menjadikannya bercahaya.

Arwah guru saya, Tuan Haji Basir bin Khatib selalu mewajibkan muridnya membaca doa cahaya setiap selepas selesai wirid kami. Dan saya selalu membaca doa cahaya tersebut mengiringi zikir YA NUUR yang saya amalkan. Hati akan jadi bercahaya & wajah akan jadi bersinar.                      

Semasa arwah guru saya masih hidup, wajahnya putih bersinar & memancarkan cahaya yang tajam kepada sesiapa yang melihatnya. Doa cahaya itu adalah doa & amalan Nabi Muhamad S.A.W. Baginda selalu membacanya, terutama sebelum solat Subuh di pagi hari. Kalau anda ingin merasakan nikmatnya, mari amalkan bersama kami.

Waktu Subuh adalah waktu yang sangat bening. Nikmat solat Subuh itu sangat besar. Kalau anda ingin menjadi mukmin yang kuat, gagah & perkasa, marilah kita membina sifat-sifat itu melalui Solat Subuh yang Tuhan wajibkan kepada kita. Insyaallah, kita akan mencapainya. 

Solat Subuh berjemaah, kemudian berzikir dengan wirid pilihan anda sesudahnya adalah amalan mulia yang patut dijaga & diteruskan. Kemudian jika anda dapat melakukannya pada Solat Zohor, Asar, Maghrib & Isyak, maka itu bertambah baik untuk anda.

Jika anda dapat memperkasakan amalan anda dengan Solat Tahajjud & wirid-wirid yang anda sukai, maka alangkah bahagianya hidup seperti itu. ALANGKAH SERONOKNYA KALAU HARI-HARI DAPAT BEGINI.

No comments:

Post a Comment