GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 23 January 2013

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (23) Rahsianya semakin jelas.



IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (23) Rahsianya semakin jelas.

Besok 24-1-2013 (KHAMIS) adalah hari Maulidur Rasul SAW. Hari itu pula bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1434H. Kata Abu Hurairah dalam kalamnya yang dikutip dari Rasulullah SAW (sila baca post saya, KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA), Al-Mahdi akan keluar sekitar 1420H atau 1430H.

Ini bukan kata-kata saya yang banyak dosa. Tetapi ini kata-kata dari Abu Hurairah, sahabat nabi yang mulia. Terpulanglah kepada anda. Saya Cuma nak memberitahu anda satu perkara sahaja. MASANYA SUDAH SANGAT DEKAT. THE TIME IS GETTING CLOSER. DO YOU UNDERSTAND ME?


Dahulu saya pernah memberitahu bahawa siri ini akan berlanjutan sehingga 13 siri sahaja. Tetapi semakin saya mengali & mengali, rahsia Imam Mahdi ini tidak dapat berhenti setakat ini. Sungguh hebat & berkuasa Allah S.W.T, Dia dapat menyembunyikan makhluk pilihannya ini tanpa dapat ditebak atau diteka oleh sesiapa.

Ceritanya sama seperti kisah Nabi Muhamad S.A.W. Orang-orang Yahudi di Madinah menyangka bahawa Nabi Akhir Zaman itu akan berasal dari keturunan mereka. Mereka mempunyai harapan besar bahawa melalui Nabi Akhir Zaman itu, mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka, suku Aus & Khazraj di Madinah.
Tetapi takdir Tuhan berlaku sebaliknya. Nabi Muhamad berasal dari Kaum Quraisy, keturunan Nabi Ismail a.s. Kemudian baginda membela pula suku Aus & Khazraj di Madinah sehingga baginda memberi pula nama yang mulia kepada mereka, iaitu Kaum Ansar, pelengkap kepada Kaum Muhajirin.

Saya sudah menyediakan sehingga 30 siri untuk anda. Bahkan mungkin lebih. Sekarang berada pada siri yang ke 23. Saya akan berusaha menyelesaikan satu persatu untuk anda sehingga saya berpuas hati mengenainya. Walaupun kerja ini susah, tetapi saya gembira dengan pencarian ini. RAHSIANYA SUDAH SEMAKIN JELAS.

Para sarjana dan cendekiawan Islam di seluruh dunia telahpun menghuraikan panjang lebar akan maksud atau kalimah Mahdi. Malah ada yang telah menulis risalah khusus yang hanya memperkatakan tentang asal-usul dan maksud perkataan Mahdi itu sahaja. Begitulah mendalam dan halusnya penelitian mereka terhadap soal istilah ini.

Syeikh Jaafar As-Sadiq berkata, apabila telah sampai semua perkara kepada Al-Mahdi, maka Allah angkat setiap yang rendah baginya dan Dia rendahkan baginya setiap yang tinggi., sehingga seolah-olah  dunia ini berada di tapak tangannya. Maka siapakah di antara kamu, jikalau berada di tapak tangannya hanya sehelai rambut, maka dia tidak akan melihat rambut tersebut? (Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms 6).
ADAKAH ANDA FAHAM MAKSUD PERKATAAN DI ATAS?

Dunia ini diibaratkan lebih rendah dari sehelai sayap nyamuk. Maka kalau anda dapat mengenal sayap nyamuk, maka mustahil pulak anda tidak mengenal sehelai rambut di tapak tangannya?

Pada zamannya, anda akan melihat dunia ini sangat hina. Dunia ini bukan tujuan kehidupan. Dunia ini hanya tempat singgahan sahaja sehingga kita tidak perlu leka dan lalai di dalamnya.

Perkataan Mahadi atau Mahdi adalah merujuk kepada suatu jawatan yang sangat mulia, yang akan muncul pada akhir zaman, iaitu membangunkan Islam dan meninggikannya di atas agama-agama lain.

NESCAYA ANDA AKAN MENANGIS
Bila anda melihat Islam dimuliakan dan dibangunkan sewajarnya, nescaya anda akan menangis melihat betapa indahnya hidup secara Islam. Tidak ada tindas-menindas, cantas-mencantas, ketuk-mengetuk & hina menghina. Yang ada hanya kasih sayang, hormat-menghormati & lengkap-melengkapi.
 
 
Biasanya orang-orang Melayu menyebutnya sebagai Imam Mahadi, sebagai suatu penghormatan kepada beliau. Malah ada orang Melayu menyebutkannya sebagai baginda, merujuk kepada ketinggian keturunannya. Ada juga ulama yang menggunakan isim muannas, iaitu dengan menyebutnya Mahdiah, atau pengikut Mahdiah.

MENGAMBIL BERKAT AL-MAHDI
Sehubungan itu, untuk mengambil berkat daripada gelaran al-Mahdi itu, ramailah orang Melayu di Nusantara ini sejak dahulu lagi, menamakan anak mereka dengan nama Mahadi, sama ada secara tunggal atau ditambah nama lain di hadapan atau belakangnya. Contohnya Mahadi bin Abdullah. Yang ditambah namanya seperti Puteh Mahadi bin Puteh Ramli dan sebagainya. Yang dua di atas adalah sekadar contoh sahaja, bukan sebenarnya.

Namun, orang-orang Melayu pada hari ini sudah kurang menghormati Imam Mahdi, kerana para sarjana dan cendekiawan Islam-Melayu hanya menyebutkan beliau sebagai Mahdi atau Al-Mahdi sahaja, tidak seperti yang lazim dilakukan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu, yang memanggilnya Imam Mahadi sebagai tanda penghormatan kepadanya.

ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK?
Menurut bahasa Arab pula, istilah Al-Mahdi atau Mahdi bererti ‘orang yang mendapat petunjuk’. Dari segi istilahnya pula, petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk dari Allah, iaitu sama dengan petunjuk yang pernah diterima oleh keempat-empat orang Khalifah Rasulullah SAW dahulu.


Di dalam kitab Al-Hawi, karangan As-Sayuti, terdapat riwayat berikut, “Dia (Imam Mahdi) muncul atas setiap orang yang diktator dan anak orang yang diktator” (Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms 6)

Bila kita perhitungkan maksudnya, terlihat keadaan bahawa Imam Mahdi itu pernah hidup dalam 2 zaman kediktatoran di zamannya.

MAKSUD YANG LONGGAR
Kalau kita mengambil maksud yang longgar, ia membawa maksud bahawa Al-Mahdi itu muncul pada waktu para dictator (seperti Saddam Hussein, Hafeez Al-Assad, Hosni Mubarak, Muammar Ghadafi dan sebagainya) berkuasa di Asia Barat. Kemudian ia juga ada pada waktu berikutnya (di zaman anak-anak dictator itu hidup).

MAKSUD YANG DIKETATKAN
Kalau kita mengetatkan kefahaman kita, maka kita boleh mengatakan bahawa zaman berkenaan boleh dirujuk kepada Hafeez Al-Assad & anaknya, Basyar Al-Assad. Dalam kedua-dua zaman pemerintahan tersebut, Imam Mahdi sudah muncul dan ada sebagai manusia biasa.

Kami tidak memasukkan King Abdullah (nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud, lahir 1-8-1924, umur 88 tahun) sebagai dictator dalam pembicaraan kita. Baginda adalah Raja Arab Saudi yang keenam.

Sebelum itu, baginda bergelar Putera Mahkota Abdullah dan mencapai puncak kekuasaan (menjadi raja) pada 1-8-2005 setelah kematian Raja Fahd, bapa saudaranya.

Ia telah tampil sebagai penguasa de facto dan mewakili hiraki Raja Arab Saudi sejak tahun 1995, yaitu sejak Raja Fahd mengalami penurunan kesihatan akibat stroke.

Kami mendapat khabar bahawa Imam Mahdi akan muncul bila Raja Arab Saudi di zamannya meninggal dunia.  Kalau kita menganggap bahawa zaman kemunculan itu sudah dekat, maka saat kematian King Abdullah adalah titik penting dalam pembicaraan kita.

MARI KITA KEMBALI KEPADA KISAH MAHDI
Al-Mahdi bermaksud “orang yang mendapat petunjuk”. Petunjuk yang dimaksudkan adalah petunjuk untuk membawa seluruh manusia kepada Allah, petunjuk dalam kepemimpinan mereka dan petunjuk khusus untuk diri mereka, yang tidak diperolehi oleh sebarang orang, pada sebarang masa dan pada sebarang tempat.


Dia (Imam Mahdi Al-Muntazar) itu menjadi laluan (wasilah) untuk orang ramai mendapatkan Tuhan mereka, sehingga mereka menjadikan Allah SWT itu penuh di segenap ruang hati mereka, sentiasa basah di hujung lidah mereka, sentiasa bergerak pada setiap suku anggota tubuh badan mereka, sentiasa turun dan naik bersama-sama turun dan naiknya nafas mereka, sentiasa hidup bersama-sama roh mereka dan sentiasa mencahayai akal fikiran mereka.

MAKSUDNYA GURU KEROHANIAN
Kalau anda membaca kenyataan di atas dengan berhemat dan penuh sopan, nescaya anda akan mendapati bahawa Al-Mahdi itu guru kerohanian yang membimbing umat Islam mengenal Tuhan sebenar-benarnya. Dengan kata lain, beliau itu adalah guru tarekat yang menyemai rasa cinta dan kasih sesama mukmin.


Tuhan itulah cinta kasih mereka, cinta agung mereka, malah segala-galanya Tuhanlah yang dihadapkan, seterusnya menjadikan mereka bangsa yang tinggi imannya, tinggi takwanya, tinggi amalannya, tinggi agamanya dan tinggi sebutannya.

Perkara-perkara inilah yang perlu diperjuangkan semula oleh kita, agar kita mendapatkannya semula, suatu permata paling berharga yang telah sekian lama hilang dari dalam diri kita. Tenggelam ditelan oleh lubuk lumpur jahiliyah kali kedua yang lebih dikenali oleh kita sebagai jahiliyah moden. 

MAKSUD PETUNJUK LAINNYA
Juga dimaksudkan bahawa sesiapa yang mengikut sungguh-sungguh Imam Mahdi itu setelah munculnya kelak, akan diberikan petunjuk oleh Allah SWT kepadanya dalam urusan agamanya, akhiratnya dan dunianya.

Dan orang yang tidak mahu mengikut Imam Mahdi itu, nyata dilihat oleh mata kasar, tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah.Maksud-maksud yang seni dan mendalam inilah yang masih terselimut kukuh daripada pengetahuan para sarjana dan cendekiawan Islam, dan jika mereka tahu pun, tidak dapat diselesaikan atau diketemukan lagi.

2 BANGSA, 2 BAHASA
Demikianlah serba sedikit huraian mengenai istilah Mahdi itu sendiri, dari persepsi dua bahasa dan dua bangsa, yang menguasai dunia dan memperjuangkan Islam pada dua zaman. Itulah bahasa Melayu dan bahasa Arab, bangsa Melayu dan bangsa Arab, yang menguasai dunia pada awal kurun Hijrah dan pada akhir kurun Hijrah.

Mereka jugalah yang gigih memperjuangkan Islam pada awal kurun Hijrah dan akhir kurun Hijrah.Dan seperti dimaklumi, al-Mahdi itu adalah gelarannya, bukan namanya. Namanya yang sebenar adalah Muhammad bin Abdullah. . Namanya di langit ialah  Ahmad

Walau bagaimana pun, kami suka menjelaskan sekali lagi bahawa penerangan kami di atas bukan bermaksud Imam Mahdi itu dari bangsa Melayu. Kami tetap menghargai kemuliaan bangsa Quraisy dan sangat yakin ia berasal dari rumpun itu pada saat kemunculannya di Harrah, Arab Saudi.
 
KENAPA DIPANGGIL AL-MAHDI
Sebab-sebab beliau digelar sebagai Al-Mahdi itu adalah kerana Rasulullah SAW sendiri yang menyebut beliau dengan panggilan Al-Mahdi. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW hendaklah menghormatinya dengan memanggilnya Imam Mahdi. Rasulullah SAW bolehlah memanggilnya Mahdi sahaja kerana ImamMahdi itu adalah anak cucunya, sedangkan kita adalah pengikut dan umatnya sahaja.

Selain itu,baginda SAW adalah seorang yang bertaraf rasul, sedangkan Imam Mahdi itu hanyalah seorang yang bertaraf wali sahaja. Layaklah baginda SAW memanggilnya Mahdi sahaja. Baginda SAW juga adalah rasul kita semua, dan Imam Mahdi itu adalah salah seorang umat baginda SAW sendiri. Dikeranakan itu pula, layaklah pula kita memanggilnya Imam, sebagai tanda kita amat mengasihi dan menghormatinya.

Hal ini sebenarnya telah dipersetujui oleh sekalian ulama, kerana menurut mereka, gelaran al-Mahdi itu adalah suatu gelaran yang bersifat syar’i. Ulama hadis telah menapis semua riwayat mengenainya hingga nyatalah kebenarannya. Demikian dihuraikan akan kata-kata Al-Allamah al-Muhaddis as-Sayid Ahmad al-Ghumari

ATSAR PARA SAHABAT
Selain itu, ada dua buah atsar sahabat RA yang menjelaskan sebab-sebab beliau dinamakan sebagai Al-Mahdi. Atsar pertama datang daripada riwayat Imam Amrud Dani al-Hafiz , dalam Sunannya. Beliau mengambil riwayat daripada  Abdullah bin Syauzab, yang katanya, sebab beliau dinamakan dengan al-Mahdi adalah kerana dinisbahkan kepada sebuah gunung di Syam, tempat lembaran-lembaran Kitab Taurat yang asli akan dikeluarkan kembali yang akan membuktikan kesesatan kaum Yahudi hingga mereka mengakuinya dan memeluk agama Islam.

Maknanya, Imam Mahdi itu dapat membawa petunjuk kepada ramai kaum Yahudi yang amat kukuh dibelenggu oleh kesesatan itu.

Riwayat kedua adalah atsar yang datang daripada Kaab bin Alqamah yang berkata, sebab beliau dipanggil al-Mahdi kerana beliau memberi petunjuk dalam hal-hal yang tidak jelas atau tidak nyata.Beliau juga akan mengeluarkan peti yang berisi lembaran-lembaran Kitab Taurat dan lain-lain. Riwayat ini telah dikeluarkan oleh  Imam Nuaim bin Hamad dalam kitabnya,  Al-Fitan

Ringkasnya,Imam Mahdi adalah orang yang dapat memberi petunjuk dalam hal-hal yang selama ini tidak jelas atau tidak nyata, hingga nyatalah hukumnya dan rahsia-rahsianya kepada sekalian umat Islam dan juga orang-orang bukan Islam, termasuk orang-orang Yahudi.

MAKSUD BUAIAN
Selain itu, istilah Al-Mahdi di dalam bahasa Arab juga bermaksud buaian. Ini adalah istilah umum yang digunakan oleh orang Arab, malah ada beberapa buah hadis yang menggunakan istilah Al-Mahdi dengan erti buaian. Contohnya sebuah hadis dhaif yang selalu kita dengar yang menyatakan kewajipan menuntut ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

MAHDIYYIN MAHDIYYUN
Para pengikut Imam Mahdi digelar sebagai  Mahdiyyin atau Mahdiyyun , yang ertinya golongan Mahdi atau pengikut Imam Mahdi. Istilah ini masih belum digunakan secara umum lagi pada hari ini kerana para pengikut Imam Mahdi masih belum dapat ditentukan batang tubuhnya oleh orang ramai.

Juga kerana Imam Mahdinya sendiri pun masih belum keluar ke dunia ini, maka pengikutnya pun masih belum ditentukan lagi. Yang pasti, pengikut Imam Mahdi ini bukanlah orang yang biasa, malah merupakan orang-orang yang sangat istimewa pada zamannya dan amat terpilih diantara yang amat terpilih.

Istilah Mahdiyyin atau Mahdiyyun juga digunakan untuk kumpulan atau golongan yang mempercayai konsep Imam Mahdi, atau menerima hadis-hadis mengenai Imam Mahdi dengan penuh yakin di dalam hati mereka. Golongan ini adalah majoriti masyarakat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini, didahului oleh para ulama muktabar yang bertaraf mujaddid dan mujtahid, mendapat darjat wali-wali besar dan utama di kalangan umat ini.

AL-MAHDI ITU AHLULBAIT
Imam Mahdi Al-Muntazar ialah Muhammad bin Abdullah, Ahlulbait  Inilah al-Mahdi yang sebenar, yang telah menimbulkan terlalu banyak kontroversi, suatu jawatan yang cukup diminati oleh sekian banyak orang, yang dibuktikan dengan terlalu banyaknya dakwaan sebagai Imam Mahdi. Namun satu perkara yang pasti adalah, al-Mahdi yang sebenar tetaplah Imam Mahdi, manakala yang palsu tetap akan lenyap.Ini sesuai dengan firman Allah SWT, “Apabila datang yang hak, yang batil pasti akan sirna…”

4 comments:

  1. Begitulah ghairahnya manusia mencari Imam Mahdi,
    Cedok doktrin palsu dibilang itu sebener dari Nabi,
    Sebagei penyedep menyokong pintar akal sendiri,
    Dilanda gelombang tsunami maseh ngak sedar lagi..

    Omongan ikut2an lojik akal hanya mendapat megah,
    Terlajak perahu bisa ubah terlajak kata bawa ranah,
    Sekali air bah koq sekali pasir pantei bisa berubah,
    Ada 2 benteng kukoh bakal roboh tersembem musnah..

    "Al-Mahdi Membangkitkan - Zulqarnaen Merobohkan"

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
  2. Dalam 99 Asmaul Husna ada satu Nama-Nya Al-Hadi,
    Dalam 99 Asmaul Rasol ada pula Nama-Nya Al-Mahdi,
    Makna Al-Mahdi itu orang yg diberi petunjuk Ilahi.
    Hakeqat Al-Mahdi satu kekuatan Tohan Al-Mighty..

    Mahdi dlm Arab dikiaskan buaian karna ada misteri,
    Tersirat satu miracle Mukjizat Terakhir bagi Nabi,
    Kandong menanggung hingga berjuntai kaki kebumi,
    Bangkit Mahdi Sejati terhurai siapa Ahlulbait Nabi..

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum wr,wb ... Pertama-tama kami mengucapkan terima kasih banyak atas khazanah pengetahuan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada hamba pilihannya untuk membuat tulisan di dalam situs atau blog ini. Dengan hormat dan sangat memohon maaf, kalau kami mengajak dan mengundang saudara untuk mengunjungi situs atau blog kami www.laskarbuniarroadtothe.blogspot.com sekedar untuk berbagi informasi dan pengetahuan. Semoga bermanfaat untuk kita semua. JANJI AKHIR DI GUNUNG PAMATON PUTRA BUNIAR / SATRIO PININGIT (PEMUDA GHAIB ATAU TERSEMBUNYI) TANGGAL 24 OKTOBER 2014 M / BERTEPATAN MALAM 1 MUHARRAM 1436 H
    Wassalam …

    ReplyDelete