GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday 9 July 2013

PERGOLAKAN MESIR (4). Siapakah yang dapat meredam (menyejukkan) kepanasan api Mesir



PERGOLAKAN MESIR (4). Siapakah yang dapat meredam (menyejukkan) kepanasan api Mesir? Politik Timur Tengah sebenarnya penuh rahsia.


Sebelum ini konflik Syria seperti hujan yang mencurah-curah turun melemparkan rahsianya. Sekarang kita terpaksa bergelut dengan pergolakan Mesir yang tiba-tiba seperti lembing yang tajam membunuh persaudaraan sesama Islam.

Mari kita dengar sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhamad SAW pernah  bersabda : ''Imam Mahdi akan menundukkan Mesir dalam tujuh atau sembilan".

Hadis ini menerangkan bahawa penaklukan Mesir berlaku secara damai dan tidak akan mengambil masa lebih dari seminggu atau Sembilan hari. Ini kerana Raja Mesir pada masa itu ialah seorang lelaki yang mebinasakan Yahudi di Bukit Sinai dan mengusir sisa mereka daripadanya. Dan dia menghancurkan dengan kekuatan PBB, agen yang melucutkan senjata dari kebanyakan Sinai dan yang mendiamkan diri dalam menjaga perdamaian yang samar-samar. (Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms 193). 

Maka siapakah raja Mesir itu? Semua orang tertunggu-tunggu kedatangannya. Dialah yang akan menghalau segala Yahudi & agen-agen Dajjal yang merosakkan Mesir sekarang ini.

Dahulu ramai yang tidak percaya bila saya mengatakan semuanya (bermaksud Arab Spring & Konflik Syria) adalah permainan dan adu domba Yahudi & agen-agen Dajjal. Tetapi bila anda melihat pergolakan Mesir yang penuh huru-hara, adakah anda masih buta mata hati untuk tidak mempercayai kata-kata saya?

Di antara kerja mereka terakhir ini ialah [1] melaga-lagakan golongan Sunni & Syiah di Syria sehingga kelihatan Basyar itu manusia jahat, kejam & perosak. Tambah melukakan, bila para ulamak tertentu memberi fatwa jihad tertentu supaya Basyar digulingkan.

[2] Mewujudkan Revolusi Kedua Rakyat Mesir (RKRM) supaya Mursi dijatuhkan. Kononnya Mursi bukan pemerintah yang adil kepada semua. Tetapi mereka lupa, siapakah yang menganti Mursi. Presiden Sementara Mesir, Adly Mansour itu seorang kristian.

[3] Melaga-lagakan Sunni (maksudnya Ikhwanul Muslimin) & Wahabi-Salafi (Arab Saudi) dalam kisah pergolakan Mesir ini.Kalau anda merenung sedalam-dalamnya, nescaya anda akan mendapati umat Islam bukan semakin bersatu tetapi semakin bercerai-berai dan mengecil.

KERJA YAHUDI AKAN DATANG
King Abdullah dari Arab Saudi semakin hari semakin tenat dan akan meninggal dunia bila-bila masa sahaja. Mereka (maksudnya Yahudi) sudah menconggak huru-hara perkauman di Mekah bila berlaku perebutan kuasa menjadi khalifah (raja) nanti.

Masa inilah, mereka akan menyediakan seorang raja boneka untuk campurtangan di dalam krisis di Mekah itu. Dia itulah As-Sufyani  (pemerintah baru Syria) yang akan menentang Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.

MARI MELIHAT DENGAN MATA BATIN
Jangan sekadar menggunakan mata zahir anda sahaja. Mata itu tidak bisa menembusi kejahatan Yahudi & kuncu-kuncu Dajjal di seluruh dunia. Mari bersama saya melihat semuanya dengan mata batin.

Saya tidak ingin mengajar anda meraga sukma. Sebab tidak semua orang boleh melakukannya. Tetapi kejadian-kejadian itu ada rahsianya. Hanya mata batin yang tajam dapat berjalan ke dalamnya.

EMPAT KEMUNGKINAN AKAN DATANG
Mari kita melihat 4 kemungkinan yang akan terjadi dari pergolakan Mesir. Anda boleh percaya. Dan anda juga boleh menolak saya. Pendapat saya bebas. Dan saya tidak memerlukan oang lain untuk menyatakan ya atau tidak kepada saya.

KEMUNGKINAN 1
Tindakan pihak tentera Mesir (dengan menahan Mursi & menangkap beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin, IM)  termasuk memberi amaran keras dan tekanan brutal ke atas beberapa stesen TV yang menyiarkan demonstrasi IM.

Itu adalah beberapa tindakan brutal pihak tentera ke atas IM dan rakyat Mesir. Itu juga adalah taktik khas yang biasa dilakukan oleh watak otoritarianisme (pihak berkuasa yang terdesak) dan memang merupakan taktik yang sudah diduga. Kini sudah ada beberapa media yang khabarnya sudah tidak dibenarkan bersiaran lagi sesudah tekanan ini.

Pointnya, yang jelas dalam tahap pertama ini, pihak tentera sudah melangkah secara salah dengan memberangus  (bertindak kejam) ke atas badan penyiaran.

Pada zaman digital seperti ini, tentera  harus lebih hati-hati berurusan dengan pihak media massa  apatah lagi dalam suasana krisis politik.

Dengan tindakan ini, maka tentera sedang menggali lubang delegitimasi (khayalan)nya sendiri. Akan makin parah delegitimasi itu jika di dalam tubuh militer sendiri tidak ada satu suara dan kehendak.

Jika ini berlaku, apakah tidak terfikir oleh anda bahawa kubu tentera akan pecah? Dan akan wujud Muhamad Muda atau Muhamad Baru yang akan menstabilkan kerenyokan tentera Mesir itu?

Kemudian, ceritanya tentu lebih parah bila tentera didapati telah menembak peluru hidup ke atas Ikhwanul Muslimin (50 orang telah terbunuh) di dalam solat Subuh Ahad, 6/7/2013. Kebencian rakyat terhadap tentera semakin bertambah-tambah.

Dan tentu tidak mustahil jika ada sekelompok tentera merasa muak dan benci dengan kejahatan dan kezaliman sesama mereka.  

KEMUNGKINAN 2
Kerumitan membangunkan “dialog baru” sebagai dasar penyelesaian (antara penyokong Mursi & pembangkang) tentunya semakin sulit dan sukar sebagaimana yang dicadangkan oleh banyak pihak.

Kemudian pendukung-pendukung Mursi juga mengambil cadangan penyelesaian yang cukup keras. Mereka hanya akan mengadakan dialog penyelesaian  jika Mursi dibebaskan. Ini juga menandakan bahwa IM tidak akan selesai dari panggung politik nasional dengan cara begini.

Kalau anda tidak percaya, mari kita perhatikan kata-kata dari laman web berita ANTARA :

“Tidak ada dialog dengan mana-mana pihak sekalipun  kecuali setelah Presiden Moursi dikembalikan ke jawatannya sebagai pemimpin negara yang sah,” kata Badie yang disambut gegak gempita pendukungnya.

Jika anda tidak percaya, buka sahaja laman web ini sebagai bukti. (http://www.antaranews.com/berita/383783/bakar-bakaran-mulai-merebak-di-kairo).

Dengan hadirnya Muhammad Badie yang juga adalah Mursyid atau pemimpin tertinggi IM, kita tentu dapat membayangkan ‘arus balik perlawanan’ ini bukan sekadar gertak sambal.

IM mempunyai sejarah berpuluh-puluh tahun bergerak dalam represi (tekanan memanjang), dan, mereka pasti tidak akan mudah menyerah dalam masa sulit ini. Apalagi IM berkuasa dengan cara yang sangat demokratik.

Lalu bagaimanakah kesudahan pergolakan Mesir ini?. Saya melihat buku bertemu ruas dalam cuaca panas yang dikawal oleh tentera. Maka siapakah pemenangnya?

KEMUNGKINAN 3
Akan berlaku pertentangan yang tajam antara kumpulan penyokong Mursi dengan pembangkang. Setiausaha Agung PBB menyeru tentera Mesir supaya melindungi kepentingan kedua-dua belah pihak dan mencegah terjadinya pertempuran antara mereka.

Akan tetapi, hal ini (pengawasan adil pihak tentera) tentu sulit terjadi. Mari saya jelaskan keadaannya supaya anda Nampak bersama saya.

[1] Askar bertindak berat sebelah dengan kematian yang agak ramai di kalangan penyokong Mursi. Ini juga seolah-olah satu provokasi supaya penyokong Mursi terus mengamuk dan Negara dapat disitiyharkan darurat.

[2] Jeneral Abu Fattah Al-Sisi (digelar Sisi) adalah boneka dari Amerika Syarikat yang menghubungkan dirinya dengan Penasihat  Keselamatan AS, Susan Rice dan King Abdullah Arab Saudi.

Bahkan Susan Rice dikatakan pernah menghubungi Mursi supaya meletak jawatan. Kalau enggan, maka dalam masa 1 jam, beliau akan dipaksa meletak jawatan (terbukti dengan rampasan oleh Sisi).

[3] Kemudian Adly Mansour itu sendiri sangat tidak jelas agamanya. Saya mendapat maklumat dari rakan saya dari rakannya yang mengetahui detail tentang kisah Mesir itu, bahawa Adly itu seorang penganut Kristian. Wallahu Ahlam.

Saya sendiri telah menyelusuri banyak blog & Wikipedia bebas untuk mengetahui anutan agamanya. Kebanyakannya tertulis NA (Not Available) yang sekaligus menimbulkan kecurigaan kepada saya.

Bahkan sahabat baik saya, Ustaz Wan yang pernah belajar di Mesir memberitahu saya bahawa pemakaian nama seperti nama Islam bukan jaminan bahawa ia betul-betul seorang muslim. Wallahu Ahlam.

KEMUNGKINAN 4
Jika kita inginkan supaya Mesir segera keluar dari situasi ini, yang diperlukan sekarang (paling tidak) adalah badan berkuasa moral-spiritual yang dapat mengikat semua simpul yang berkonflik. Sementara itu, badan-badan keamanan negara, seperti tentera, polis dan sebagainya yang menjaga kestabilan Negara perlu dipastikan dahulu posisi politiknya.

Pertanyaannya : siapakah pihak berkuasa moral-spiritual yang dapat  diharapkan untuk meredam (menyejukkan) situasi di Mesir?.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi telah diusir keluar dari Mesir (semasa pemerintahan Husni Mubarak), kemudian menjadi pelarian dan sekarang menjadi rakyat Qatar. Jutaan umat Islam menyokongnya tetapi Negara Mesir tidak menyukainya.

Sekarang nasibnya juga kontang-kanting. Amir baru Qatar (Syeikh Bani Tamin) juga tidak mengemarinya. King Abdullah Arab Saudi juga tidak menyukainya kerana sikapnya yang pro Ikwanul Muslimin.

KEMUNGKINAN 5
Saya sengaja menambah kemungkinan 5 untuk anda. Bahawa Negara Mesir ini juga besar kemungkinannya akan jadi perang saudara seperti Syria. Apakah Muhamad Muda (yang memimpin tentera) akan muncul dari sana? Wallahu Ahlam.

Saya menunggu. Anda pun menunggu.

15 comments:

  1. nampaknya,sudah menjadi taqdir bagi rakyat Mesir, kekacauan akan terus ada,

    saat ini, Mesir ibarat 'badan tanpa kepala'
    orang-orang tidak bisa melihat 'pihak yang benar'

    semestinya ,saat ini imam qardawi harus mulai berjihad,SECEPATNYA ia harus memberitaukan kepada seluruh dunia: bahwa al mahdi akan segera datang .

    karena itu, di bulan yang do'a-do'a dikabulkan,seharusnya seluruh umat di dunia menagih Janji Tuhan-sabda nabiNya: yang akan memunculkan al mahdi di akhir zaman,


    tidak ada lagi cara, untuk mendamaikan dunia
    kecuali Pertolongan Allah,


    ReplyDelete
  2. Abah setuju dengan kamu tentang kemunculan imam mahdi itu. Tetapi Tuhan mempunyai rencanaNya sendiri berhubung IM itu. Abah yakin masanya sudah sangat dekat.

    Dalam hati abah, penuh rasa sedih melihat Syria & Mesir punah ranah dekat konflik perang sesama sendiri. Memang abah juga mengharapkan kedatangan IM.

    Semoga Tuhan mendengar dan memakbulkan segala doa kita. Insyaallah

    ReplyDelete
  3. Nampaknya perang bakal merebak lagi. Tanda tanda kemunculan al mahdi kan?

    ReplyDelete
  4. Ya. Besar kemungkinan begitulah

    ReplyDelete
  5. Dan tnda2 pengakhiran dunia ini semakin hampir bila IM muncul.....Ya Allah,rasanya bgai tidk ckup bekaln utk sya bawa ke akhirat sana abah..Ampunilh dosa dosaku dn umat islam sedunia ini.....

    ReplyDelete
  6. Amiin. Semoga Allah mengampuni dosa kita semuanya.

    ReplyDelete
  7. http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/2011/04/imam-mahdi-al-muntazar.html?m=1
    Harap abah dapat buka link di atas erk ..terima kasih..sekadar berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  8. salam.. hadis itu teksnya bagaimana? tujuh atau sembilan (jam/hari/minggu/bulan/tahun)? Jika raja mesir ketika itu seorang yang menjadi pengikut al Mahdi, kenapa perlu sehingga 7-9 hari? bukankah sepatutnya jika raja mesir itu tahu bahawa al Mahdi sudah muncul, terus dibaiahnya al Mahdi yang masanya pasti tidak sampai satu jam sahaja. jadi 7-9 hari itu bagaimana? saya ada perasaan bahawa 7-9 hari adalah tempoh maksimum al Mahdi memerangi mesir dan penguasanya, itu pun jika mereka tidak mahu tunduk padanya.

    ReplyDelete
  9. Teksnya sudah sempurna seperti di atas. Maka ulamak-ulamak hadis telah mengartikannya sebagai hari. Saya sendiri telah menyalinnya (menurut kefahaman penulis tersebut) sebagai hari.

    Saya tidak berani mentafsir secara terburu2. Memang benar kata tuan, tetapi adakah 7 hari itu terlalu lama bagi seorang raja berbincang dengan para menteri dan kabinetnya untuk satu keputusan menyeluruh?

    Kemudian ada satu hadis yang berkaitan, bahawa Mesir akan menyerah kepada Al-Mahdi secara tertutup (perdamaian) manakala Syam menyerah kepadanya dalam keadaan panas (maksudnya peperangan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari pun terlalu lama apatah lagi 7-9 hari adalah terlalu-lalu lama bagi orang yang sudah mengetahui ciri-ciri al mahdi, merinduinya dan menjadi ikhwannya. tetapi 7-9 hari masih dalam tempoh tolak ansur bagi orang yang belum mengenalnya. al Mahdi pun seorang yang sangat luas rahmahnya, hanya yang menentang akan ditentang. mungkin apa yang abah kata benar. terima kasih

      Delete
  10. Salam
    mungkin ada berita gembira buat kita sekalian umat islam di bulan ramadhan ini dari tanah ninda kita di makkah dan madinah.

    ReplyDelete
  11. wassalam. apakah berita itu? Izinkan abah mendengarnya

    ReplyDelete
  12. Kata Ali Hashemi Rafsanjani, semasa khutbah Jumaat di Universiti Tehran pada 8.2.2002 :

    “Tentera Iran telah memerangi TALIBAN, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN”.

    Katanya lagi “…seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!“

    Sementara pemimpin lain Iran iaitu Muhammad Ali Abtahi, bekas Naib Presiden Iran kepada Presiden Mohamad Khatami ,pada Ucapan perasmian penutup seminar Teluk : Cabaran Dan Masa Depan di UAE pada 15.1.2004 berkata :

    “Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah!

    ReplyDelete
  13. ko ni obses sangat pasal mesir apehal .. taksub ar luu ni.. bodo =D

    -dajjal ensem-

    ReplyDelete
  14. CASINO ROOMS LAS VEGAS, NV - Mapyro
    CASINO ROOMS LAS 계룡 출장마사지 VEGAS, NV. 3131 Las Vegas Blvd. 안양 출장마사지 South Las 정읍 출장샵 Vegas, NV 89109. 삼척 출장안마 Driving Directions. Las 안양 출장안마 Vegas, NV, United States. 3131 Las Vegas Blvd. South,  Rating: 4 · ‎6 reviews

    ReplyDelete