GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 18 July 2013

PERGOLAKAN MESIR (7) Semuanya Penuh Tipudaya.



Ini sebuah cerita terbaru dari Mesir. Elok anda baca supaya anda tahu betapa beratnya perjuangan dan betapa liciknya sebuah tipudaya.

Sebelum itu, saya minta maaf banyak-banyak sebab lama sangat tak menulis. Saya benar-benar sibok. Keduanya, dulu saya berjanji nak tulis pasal konflik Syria. Tetapi saya kena tangguh dahulu, cerita pergolakan Mesir ini lebih menuntut perhatian.

Mari kita sambung kepada cerita di Mesir itu. Kami mendapat khabar, Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi (selepas ini dipanggil Sisi) sudah beberapa kali meminta Mursi berundur sebagai presiden dan dijanjikan  akan dibebaskan oleh tentera. Namun Mursi tetap tidak berganjak walaupun sudah 20 hari dalam tahanan.

Mursi tetap kukuh pada pendiriannya. Dia naik secara demokratik. Dan dia juga mahu turun secara demokratik. Tidak ada sesiapapun, termasuk tentera yang boleh memisahkan jawatan itu dari badannya. Itu kepunyaannya dan dia berhak mempertahankannya.

Tidak itu saja, Sisi juga meminta agar Mursi memerintahkan (memberi perintah) supaya para penyokongnya  bubar dan pulang kerumah. Jika ini dapat ditunaikan, maka seluruh tahanan politik IM akan dibebaskan,

Ikhwanul Muslimin (IM) juga tidak akan dikenakan intimidasi (tekanan) lagi oleh tentera. Bahkan menurut Sisi lagi, IM akan mendapat jumlah kursi yang cukup banyak di kementerian. Namun Mursi tetap tegar & keras jiwa. Dia sedikitpun  tak tergiur oleh rayuan sang jendral yang pandai bermuka-muka itu.

Kenapa Mursi tak melayannya? Mengapa Mursi sedikitpun tak tergiur? Anda tentu ingin tahu kenapa dan mengapa? Ada sedikit cerita mengenainya. Mari kita dengar.

Sebelum Mursi di tahan tentera, dia dikatakan telah  bertemu dengan seorang pemikir kristian koptik, namanya Rafiq Habib. Terjadilah dialog antara Rafiq Habib dengan Mursi.

Sebelum kita mendengar dialog antara mereka, elok anda tahu siapa itu Rafik Habib.

Rafik Habib (lahir 1959) adalah seorang penganut Keristian (Evangelical) Mesir. Dia merupakan seorang  pengkaji, aktivis, pengarang dan sekaligus seorang ahli politik.

Dia merupakan seorang pengkaji dan penganalisis tentang isu-isu semasa (berkaitan politik & social) Mesir. Dia merupakan seorang pengarang dan pengarah bagi  Coptic Evangelical Organization for Social Services (CEOSS).

Pada July 2011, dia telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan. Walau bagaimanapun, pada December 2012, dia mengumumkan perletakan jawatannya dan bercadang untuk menjadi penasihat Presiden Mursi. Dialah satu-satunya penasihat Mursi dari kalangan penganut Kristian.

Berikut ialah latarbelakang keluarganya. Habib telah dilahirkan pada 1959 di  Minya, Mesir Utara. Ayahnya,  Samuel Habib, adalah seorang paderi (evangelical pastor) dan telah menjadi Presiden (Evangelical Denomination Of  Egypt) daripada tahun 1980 hingga 1997.

Dalam tahun 1982,  Habib telah mendapat ijazah dari Fakulti Bahasa (dalam bidang Psikologi) dari Universiti Kairo. Dalam tahun 1988, dia mendapat PhD.dalam bidang psikologi daripada Universiti  Ain Shams.  

Kemudian timbul sedikit krisisi antara dia dan Pope Shenouda. Dia telah dituduh oleh Pope Shenouda  sebagai seorang  Protestant yang kurang baik (menyeleweng).

Interaksi pertamanya dengan Ikhwanul Muslimin adalah pada tahun 1989. Pada masa itu, dia memulakan pengkajian serius  tentang pergerakan Islam. Boleh jadi, itu yang menjadi sebab perpbalahannya dengan Pope Shenouda.

Demikianlah serba sedikit kisah tentang Rafik Habib. Sekarang mari kita teruskan tentang perbualan antara mereka.

Mursi bercerita tentang Syeikh Abdul Qadir Audah yang digantung pada zaman pemerintahan rejim Jamal Abdul Nasir. “Anda masih ingat Audah?” tanya Mursi.



Menurut Rafiq Habib, Mursi tidak akan mengulangi tragedi tertipunya Audah yang dipujuk untuk membubarkan para penyokongnya pulang ke rumah.

Pada zaman itu, rakyat Mesir memprotes penggulingan Muhammad Naguib yang dilakukan tentera, pimpinan Jamal Abdul Nasir.

Muhamad Naguib juga seorang tentera tetapi dia memilih jalan demokrasi untuk naik ke atas memimpin Negara. Dia bukan seperti Jamal Abdul Nasir yang memilih jalan kotor dan busuk.

Kembali kepada kisah Syeikh Abdul Qadir Audah. Setelah beliau berhasil memujuk para penyokongnya pulang  ke rumah, Jamal Abdul Nasir rupa-rupanya seorang pembohong. Janjinya meleset. Syeikh Abdul Qadir Audah kemudiannya tetap dibawa ke tali gantung.

Demikianlah kisah pahit manis Syeikh Abdul Qadir Audah dalam perjuangan IM. Beliau akhirnya syahid di tali gantung pada 7 Disember 1954 atas arahan Jamal Abdul Nasir yang sangat berdendam kepada Syeikh  Abdul Qadir Audah kerana kedudukannya dan kekuatan peribadinya. Penggantungan itu juga melibatkan sahabat-sahabatnya iaitu As-Syahid Muhammad Farghali, As-Syahid Yusuf Thal'at, As-Syahid Ibrahim Ath-Thayyib, As-Syahid Mahmud Abdul Latif, dan As-Syahid Hindawi Duwair.

Pelaksanaan hukuman gantung terhadap keenam-enam Syuhada' ini berlangsung satu demi satu di penjara Mesir selama 3 jam. Pada hari itu, kebencian dan kemurkaan memenuhi seluruh penjuru dunia Islam. Jamal Abdul Nasir secara zalim telah memilih untuk membunuh secara zalim keenam-enam pejuang IM atas dasar kebencian.

Ketika Penguasa mengiringi Abdul Qadir Audah bersama rakan-rakan syuhada' yang lain untuk dijatuhkan hukuman mati, Syeikh Abdul Qadir Audah maju ke tiang gantungan dengan berani dan hatinya mendekatkan diri kepada Allah dengan menerima takdirnya. Perkataan terakhir yang beliau ucapkan sebelum matinya ialah "Darahku akan menjadi laknat atas pemimpim-pemimpin revolusi".

Allah mengabulkan doa Syeikh dan tiada seorang pun di antara orang yang zalim ini selamat dari seksaan Allah di dunia. Mereka mengalami tragedi secara berturut-turut.

Gamal Salim, yang merupakan Ketua Mahkamah telah menderita penyakit Saraf. Saudara Gamal Salim iaitu Shalah Salim juga dihukum Allah dengan ginjalnya tidak berfungsi hinggakan air kencing tertahan serta mati keracunan.

Syamsu Badran dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri. Hamzah Basyuni terlanggar trak hingga tubuhnya koyak-rabak bertebaran di tanah. Al-Askari Ghunaim ditemukan mati di tengah kebun. Ash-Shaul Yasin pula telah diserang untanya sehingga retak tulangnya dan mati. Dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang zalim dihukum Allah atas kezaliman mereka.

Allah telah menunjukkan Kekuasaan-Nya terhadap mereka yang berani melakukan kezaliman. Jamal Abdul Nasir yang masih hidup, maka kehidupannya dipenuhi dengan ketakutan dan keresahan tidak kira dalam lena atau terjaga. Bahkan kuburnya digenangi aliran air. Semua ini patut menjadi iktibar bagi mereka yang ingin insaf. Kepada Sisi, Adly Mansour dan sesiapa sahaja yang zalim, segeralah berubah arah kepada kebaikan sebelum laknat Tuhan turun kepada kamu.

Jika anda memahami cerita saya di atas, maka ketahuilah Jamal Abdul Nasir itu seorang pembohong dan tidak boleh dipercayai. Maka ketahuilah juga, Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi itu juga seorang pembohong dan akan mengulangi kezaliman demi kezaliman.

Begitulah cara Jamal Abdul Nasir merayu Syeikh Abdul Qadir Audah, lalu menggantungnya. Mursi sepertinya sangat paham tentang tipudaya ini. Dan dia telah belajar bagaimana Nasher menghianati Abdul Qadir Audah sebelum ini.

Saya selalu menyebut. Jangan percaya kepada Yahudi. Jangan percaya juga kepada Agen-agen Dajjal. Jangan makan makanan keluaran mereka. Jangan pakai sebarang pakaian seperti mereka. Dan jangan sekali-kali hidup seperti mereka.

Kemudian ada lagi bukti nyata yang terjadi. Selain Mursi sedang diperangkap dengan janji maut, kemudian Parti An-Nuur, sebuah parti Islam (yang menyokong rampasan kuasa tentera) juga telah dipinggirkan.  Tidak ada satu pun menteri yang berasal darinya. Parti An-Nour telah diperbodoh-bodohkan dan sekarang menerima nasib malang dari kebodohannya.

Begitu juga yang terjadi kepada Syekh al-Azhar. Dia akhirnya mengurungkan diri di rumah, setelah ditipu oleh pihak tentera. Alasan tentera bahawa rampasan tentera itu  untuk rekonsiliasi (penstabilan) nasional hanyalah satu pembohongan sahaja.

Pemerintahan yang baru dibentuk hanya dari kelompok tertentu sahaja. Tidak ada pun wakil-wakil sah dari semua pihak yang bersangkutan atau yang dijanjikan. Hampir mereka kesemuanya golongan tamarood yang berfikiran sekular. Dan IM terus menjadi mangsa pembantaian

Mursi.. Engkau memang benar.. Maka hendaklah engkau tegar dengan prinsipmu..

JUMAAT 19/7/13

6 comments:

  1. mentari senja di ufuk timur
    dah tak lama abah, saya takut bah

    ReplyDelete
  2. Abah faham ketakutan dirimu. Bahkan abah pun takut. Fitnah akhir zaman ini sungguh dahsyat. Penuh huruhara & kacau bilau. Nanti zaman dajjal lagi teruk.

    ReplyDelete
  3. dajjal tu muncul bila dah sampai climax chapter, lepas dia muncul, pemimpin haq akhir zaman (Isa Ruhullah) akan settlekan dia. walaupun dajjal mempunyai kelebihan kelebihan luar biasa, dia tak akan sanggup nak lawan hamba Allah itu. sebelum dia muncul secara zahir, fitnahnya sudah sangat besar dan melata di muka bumi dan hampir keseluruhan manusia berada dalam sistemnya. siapa yang nak selamat sekurang-kurangnya perlu mengamalkan apa yang terkandung pada surah al kahfi, bukan sekadar baca dan tidak faham atau baca dan faham tetapi tidak amal atau baca, hafaz, faham tetapi tidak amal. oh ya, dajjal belum zahir, makanya sesiapa sahaja pun layak nak jadi dajjal...

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum Abah
    nak betanya,
    apa sudah ada kabar prihal saudara MS itu Abah?

    ReplyDelete
  5. Wassalam. Abah selalu berhbung dengan dia, sering bertanya khabar dan sebagainya. Dia sihat saja & sering mengikuti semuanya tentang kita.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum Abah. Saya Mohammad Amir dari Brunei saya baru mengikuti blog Abah dan saya terasa sangat menyukainya lebih lebih bab kita di akhir zaman tentang pencarian iman Mahdi mdhan kita semua dapat berjuang bersama sama dgn beliau. Aamiin

    Tapi saya tertanya sekarang kerana sdh lama Abah tidak update mdhan Abah dalam keadaan sihat dan lindungan Allah jua.

    ReplyDelete