GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 23 August 2012

20 WASIAT PENTING UNTUK SUAMI ISTERI


 
Di bawah ini kami utarakan 20 wasiat daripada Rasulullah S.A.W kepada menantunya, Saidina Ali tentang perkara jimak di dalam Islam. Harap dapat anda baca dan mengambil manfaat daripadanya.

Walau pun, wasiat ini disampaikan Rasulullah kepada Saidina Ali, namun ia juga sebenarnya untuk kaum muslimin  dan muslimat. Khususnya kepada para suami & isteri.

Sebab itu, kami namakan entri ini 20 WASIAT PENTING UNTUK SUAMI ISTERI

Kami berpendapat, larangan ini berkait dengan masa, kelakuan dan tempat semasa menjatuhkan sperma lelaki terhadap perempuan. Boleh jadi sperma lelaki atau ovum perempuan akan memberikan tindakbalas tertentu berdasarkan larangan tersebut.

Kami berharap agar para ilmuwan, doctor, saintis, pakar psikologi & mereka yang berkaitan dapat memberi ulasan dan penjelasan di sebalik larangan nabi itu. Kerjasama anda, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila (termasuk tekanan jiwa, kemurungan dsb), gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

Awasi. Jangan XXX selepas zohor

2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

Jangan bercakap tau
3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

Larangan baca Al-Quran semasa XXX
 5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

Banyakkan takbir malam ini. Banyakkan berdoa & berzikir

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

Sama macam Aidil Fitri la

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

Awasi pendedahan cahaya matahari.

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

Lebatnya buah mempelan ni.
 11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

Jangan lupa doa ni

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..Sumber : Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq,

Larangan masa :
1.      Selepas Zohor
2.      Pada waktu Maghrib
3.      Antara azan dan Iqamah
4.      Malam sebelum bermusafir
5.      Sewaktu musafir 3 hari 3 malam
6.      1 hari pertama, 1 hari pertengahan & 2 hari yang akhir setiap bulan
7.      Malam Aidil Fitri
8.      Malam Aidil Adha
9.      Malam Nisfu Syaaban

* Larangan 2 hari yang akhir setiap bulan sudah dimasukkan ke dalam no 6.

Larangan kelakuan :
1.      Syahwat terhadap perempuan lain
2.      Syahwat terhadap ipar perempuan
3.      Semasa isteri hamil
4.      Jangan guna 1 tuala. Masing-masing mesti ada 1 tuala.
5.      Jangan sapu mani lelaki & perempuan dengan 1 tuala.
6.      Jangan bercakap-cakap semasa jimak
7.      Jangan baca Al-Quran.

Larangan tempat :
      1.   Bawah pohon kayu yang berbuah
      2.   Terkena cahaya matahari
      3.   Di atas loteng    

SEKIAN ADANYA. TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

26 OGOS 2012.   5.15 PM

2 comments:

  1. bermanfaat??ntah mana2 ko copy.. ada dalilnya? ada dlm hadis?

    ReplyDelete
  2. Bukankah ini semua diambil dari buku Syiah من لا يحضره الفقيه
    Berhati-hati kita semua..

    ReplyDelete