GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 24 October 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (5) tidak kedekut memberi pujian & sanjungan



Menjelang Aidil Adha pada 26.10.2012 (Jumaat), saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. MAAF ZAHIR & BATIN.

Sekarang saya lanjutkan pembicaraan saya pada episod yang kelima. Selamat membaca & selamat mengambil manfaatnya

Tanda ikhlas seorang mukmin itu ialah tidak kedekut memberi pujian dan sanjungan kepada yang berhak. Dan itulah tanda kelima kepada Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman yang akan saya huraikan nanti.

Dalam IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (4), telah saya sebutkan pendapat seorang HAMBA ALLAH yang mengatakan Imam Mahdi telah lahir pada tahun 1973 (menggunakan konsep setiap mujaddid yang lahir 100 tahun seorang) dan menganggap ia muncul pada tahun 1999 (menggunakan ramalan Nostradamus) semasa berumur 26 tahun.

HAMBA ALLAH itu mungkin betul juga kerana menganggap kemunculan mujaddid baru itu berlaku pada awal kurun. Tahun 1999M = 1420H. Dia menganggap Imam Mahdi keluar pada awal  kurun kerana ia juga seorang mujaddid .

Setiap orang ada pendapat. Dan saya sangat menghargai keberanian & kesungguhannya mengeluarkan pendapat. Dia mukmin yang baik kerana sentiasa menunggu kedatangan Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman itu.

Saya juga menunggu sepertinya. Mengharap-harap sepertinya. Sebelum ini, saya menggunakan perkiraan pribadi saya untuk menconggak tarikh kemunculan Imam Mahdi. Akan tetapi selepas saya terjumpa kalam dari sahabat Nabi yang mulia, iaitu Abu Hurairah r.a, saya terus berpegang padanya. (Rujuk entri saya, KISAH IMAM MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA).

Menggunakan kalam dari Abu Hurairah itu, saya perbetulkan apa yang tersurat. Saya setuju bahawa Imam Mahdi Al-Muntazar telah lahir sekitar 1970-an. Dikatakan ia lahir pada tahun 1973. Saya Cuma tak setuju ia muncul pada umur 26 tahun. Mana sandarannya?

Setahu saya, menurut hadis yang saya ketahui, ia bakal muncul pada umur 40 tahun. Dengan itu, tarikh kemunculannya ialah sekitar (1973 + 40) =  2013. Tahun ini lebih mendekati pernyataan Abu Hurairah, sahabat Nabi yang mulia, bahawa Imam Mahdi akan muncul sekitar 1420 atau 1430H.

HAMBA ALLAH yang berkenaan itu betul juga kerana tahun 1999 (menurut ramalan Nostradamus) adalah 1420H menurut kalam Abu Hurairah di atas. Tetapi saya berpegang kepada umurnya 40 tahun.

Kalam Abu Hurairah itu ialah apa yang disebutkan (diajarkan) Nabi S.A.W padanya. Kemudian dia memberitahu kita (orang ramai) atas dasar ilmu pengetahuan.

RAMALAN NOSTRADAMUS? Ia hanya seorang tukang tilik berbangsa Peranchis. Sebahagian ramalannya tepat. Kalau pun ia tepat, maka ia hanyalah kebetulan sahaja. Ia bukan Nabi atau Rasul. Kata-katanya tidak boleh dijadikan sandaran.

Saya setuju dengan kata-kata HAMBA ALLAH di atas, ramalan Nostradamus hanyalah fakta sokongan sahaja.       

Mari kita lihat sifat mulia yang kelima yang ada pada Imam Mahdi Al-Muntazar ini. Dia tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang memang layak dipuji dan menyanjung orang yang memang layak disanjung.

Dalam hal memuji dan menyanjung ini, selalunya ada dua bencana yang bakal muncul. Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang yang layak. Namun Imam Mahdi tahu meletak pujian dan sanjungannya.

Dia mewarisi sifat mulia yang ada pada keturunannya. Dia mempunyai sifat yang sama seperti Nabi Muhamad S.A.W. Untuk lebih jelas, mari kita ikuti pujian & sanjungan baginda kepada para sahabatnya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, seperti sabda Baginda tentang Abu Bakar yang bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbagi kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”



Sabda Baginda kepada Umar: “Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yang lain.”

Sabda Baginda kepada Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yang para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”

Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau seperti kedudukan Harun di mata Musa.”

Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu darip pedang-pedang Allah.”

Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”

Masih ramai sahabat yang dipuji Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara mereka ada dari kalangan pemuda, seperti Usamah bin Zaid yang diangkat menjadi komandan pasukan perang, padahal dalam pasukan tersebut terdapat para pemuka sahabat.

Baginda mengangkat Itab bin Usaid sbagi pegawai di Makkah, padahal umurnya masih dua puluh tahun.

Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda. Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan daripada orang-orang yang terlebih dahulu memeluk Islam, kerana kelebihan dirinya, seperti Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash.

Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman bukanlah seorang pendengki. Dia tidak berjiwa kotor sehingga merasa berat untuk memuji seseorang yang patut dipuji.

Dalam dunia moden seperti sekarang, hampir semua orang berebut-rebut untuk dipuji. Mereka cuba menonjolkan kelebihan masing-masing untuk mendapat buah yang manis dari pujian. Tetapi mereka sendiri pula bersikap sebaliknya. Mereka takut pujian mereka menjadikan orang yang mereka puji lebih wangi & berharga daripada mereka. 

Boleh jadi seseorang tidak mahu memberikan pujian kepada orang yang layak dipuji, kerana ada maksud tertentu di dalam dirinya, atau kerana merasa iri hati yang disembunyikan. Contohnya seperti dia takut wujud campurtangan di pejabatnya atau menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga tidak mampu untuk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tidak perlu menyanjungnya.

Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yang meminta pendapat Ibnu Abbas dalam pelbagai urusan, padahal Ibnu Abbas masih sangat muda. Maka para pemuka sahabat berkata kepadanya, “Bicaralah wahai Ibnu Abbas. Kerana usia yang muda tidak menghalangimu untuk berbicara.”

WALI ABDAL & GOLONGAN ASOIB
Para sahabat itu menunjukkan kepada kita bahawa memuji itu tidak salah. Dan itulah yang akan dilakukan oleh Imam Mahdi Al-Muntazar. Beliau memuji keimanan & kesolehan para Wali Abdal dari Syam & Iraq. Bahkan dia juga memuji sikap yang sama terhadap golongan Asoib (kerohanian) dari Timur.

Pujian ke atas ketiga golongan itu adalah benar dan tepat. Mereka semua manusia terpilih yang sejak sekian lama menunggu kehadiran Imam Mahdi. Dan pujian terhadap mereka itu juga adalah symbol kedekatan mereka dengan Imam Mahdi. Kedekatan itulah yang membawa mereka menjadi pembantu & penolong setia kepada Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman. 

Mari kita melihat sebentar kepada beberapa quatrain Nostradamus berhubung serangan Amerika ke atas Iraq. Ia dikatakan memang terdapat dalam ramalan Nostradamus. Ia berbunyi begini:

The army of the sea will stand before the city (tentera musuh berada ditepi pantai)
Then depart, without making a long passage (kemudian mendarat, tanpa menunggu lama)
A great prey of citizens will be taken on land (mangsa-mangsa dikumpul pada sebuah dataran)
The fleet returns to seize, great robbery (penawanan berlaku, juga rompakan besar-besaran).


Sangat semakna dengan pendaratan tentera marin Amerika di Basra, Iraq yang tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menawan Iraq. Ramai rakyat Iraq menjadi pelarian manakala setengahnya tetap bertahan.



Akan tetapi marin USA tidak menunggu lama untuk menawan Baghdad (The fleets returns to seize). Rompakan besar-besaran (great robbery) juga cukup tepat apabila ia berlaku di sekitar Baghdad. Bukan sahaja  oleh tentera Amerika, bahkan oleh rakyat Iraq sendiri!!

Serangan Amerika ke atas Iraq adalah pada hari Khamis dan George Bush telah isytiharkan perang tanpa mandat PBB. Dia melakukannya dengan  sebahagian kecil rakan Eropahnya .

The earth and air will freeze so much water (daratan & udara mengalirkan banyak air)
when they come to worship on Thursdays (bila serangan berlaku pada Khamis)
He who will come will never be as fair as (dia tak pernah adil)
 the few partners who come to honor him (seperti rakan-rakan yang juga sepertinya).

The King of Europe will come like a griffon (Raja Eropah itu datang seperti griffon)
accompanied by those of the North (ditemani rakannya dari Utara (NATO))
He will lead a great troop of red and white (memimpin USA, UK & Australia)
They will march against the King of Babylon (Mereka melanggar Saddam Hussein)

Demikianlah beberapa petikan (qauntrain) yang disebut Nostradamus berhubung Perang Teluk pada awal tahun 1991. Benar atau tidak, ia hanya merupakan fakta sokongan kepada perkara yang sedang diperbincangkan ini.

Sabda Rasulullah SAW:“Kami Ahlul Bait dipilih oleh Allah lebih daripada dunia. Kami umpama sebuah rumah dan Mahdi adalah umpama bata yang menutupi sebuah lubang Pada dinding.”

MARI HAYATI HADIS INI
Haakim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan keluar seorang yang dipanggil “Sufyani” dari tengah Damsyik. Kebanyakan yang mengikut mereka ialah dari qabilah Kalb. Dia akan membunuh orang sehingga membelah perut perempuan dan membunuh kanak-kanak. Maka berhimpunlah qabilah Qais untuk menentang mereka. Qabilah Qais dikalahkan sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka. Ketika itu keluar seorang dari ahli rumahku di Harrah. Berita kemunculannya akan sampai kepada Sufyani maka Sufyani dan bala tenteranya pergi untuk menyerangnya. Di satu padang pasir mereka ditelan oleh bumi dan tidak terselamat seorang pun dari mereka kecuali seorang yang menceritakan tentang mereka.” (Ini hadith sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka berdua tidak mengemukakan di dalam kitab masing-masing) (Mustadrak Hakim j.4 ms 250)

Nampaknya Konflik Damsyik akan berpanjangan. Sufyani (manusia kejam) keluar dari Tengah Damsyik seperti juga Saddam Hussein yang juga digelar Sufyani dalam kalam Abu Hurairah sebelum ini. Mereka sangat kejam dengan bantuan penjilat & pengampu mereka (Kabilah Kalb, Kalb itu anjing).

Mereka membelah perut perempuan & membunuh kanak-kanak. Memang benar ia berlaku sekarang. Akhlak mereka sangat zalim & jelek. Pada masa itulah, Imam Mahdi akan keluar di Harrah.

Anda boleh baca maklumat ini di Blog Satu Umat pada My Bloglist di bawah untuk mengetahui keadaan sebenar di sana. Tajuk entri dimaksudkan, APA YANG SEBENARNYA SEDANG BERLAKU DI SYRIA 

Di manakah Harrah (tempat Imam Mahdi keluar)? Maaf, saya tidak tahu. Anda juga tidak tahu. Mari kita teruskan dengan ramalan Nostradamus yang berkaitan dengan kemunculan Imam Mahdi.

The King enters Europe wearing the blue turban (Seorang raja memasuki Eropah dengan serban biru)
He will reign for less than a revolution of Saturn (dia akan memerintah sekitar 1 pusingan Saturn/Zuhal)
The King with the white turban ( Raja yang memakai serban putih)
His heart banished to Byzantium (Hatinya terbuang ke Byzantium)
Sun, Mars and Mercury near Aquarius (Matahari, Marikh, Merkuri berdekatan Aquarius) .

Perenggan di atas menyebut fasal dua orang Raja tetapi kedua-duanya memakai serban (turban) Diringkaskan cerita, Raja berserban biru itu ialah Imam Mahdi manakala Raja berserban putih itu ialah Nabi Isa.

Ramalan Nostradamus itu tidak menghairankan kita kerana perkara yang sama pernah berlaku sebelum ini. Sejarah kedatangan Nabi Muhammad SAW pernah diramalkan oleh tukang-tukang tilik Yahudi dan Nasrani sebelumnya. Dan anda  perlu tahu Nostradamus itu Yahudi. Ramalannya menjadi asas perjuangan kepada Yahudi zionis untuk memburu & membunuh Imam Mahdi.

Berapa lama Imam Mahdi Al-Muntazar memerintah? Selama 1  pusingan planet Saturn mengelilingi matahari iaitu selama 29 tahun 154 hari 18 jam 26 minit 48.80947212 saat. Tentu saja fakta ini sangat hampir kepada pendapat jumhur ulama berdasarkan hadis iaitu selama 30 tahun. 

Satu persoalan lagi ialah kenapa ‘Raja Berserban Putih’ hatinya condong atau ‘rasa terbuang’ keByzantium iaitu di Rom? Persoalan itu akan kita bincang kemudian. Insyaallah 

Bilakah Imam Mahdi Al-Muntazar keluar? Kita perhatikan kepada waktu bila "Sun, Mars and Mercury near Aquarius" dalam Episod berikutnya. 







5 comments:

  1. pasal Nostradamus yang saya tahu, pak dia nihh dulu salah seorang knight templar yg telah menyerang/jajah jerusalam dan membawa lari kitab2 tinggalan nabi daud/sulaiman..saya tak berapa pasti(tak igt sangat pasal kisah dia nih) sama ada kitab2 tinggalan nabi daud/sulaiman atau kitab2 tinggalan orang islam yang terkemudian atau kedua-duanya sekali...dan dia memang arif bab2 kitab Allah dan hadis2

    sebab tu dia nih tau serba-serbi, saya syak dia nih salah seorang daripada wali setan

    walluhalam hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia itu yahudi...dia atau ahli keluarganya pernah mencuri kitab2 lama. Kemudian tidak semua ramalannya tepat.

      anggap sahaja kalau benar, maka itu kebetulan sahaja dan sebagai fakta sokongan

      dia bukan nabi bukan rasul. Dia Yahudi

      Delete
    2. mmg ramai yahudi yang tahu kitab Allah bahkan kenal nabi lebih dari orang lain tapi bila dah taow masih lagi nak lawan Allah, pelik sungguh depa nih...hati cap apa pon tak taow

      Delete
    3. tuhan telah mementeri (cop) hati, telinga dan penglihatan mereka. Tuhan itu maha hebat. Dia boleh buat hijab (pendinding) yang tersembunyi. Contoh paling mudah...telinga dengar azan ttp masih malas ke masjid. Telinga cap apa tu?

      Delete
  2. Raja berserban biru itu adalah Ayatullah Khomeini yg menjadi Imam kpd Revolusi Islam & kembali ke Iran (Khorasan) pada 1 Februari 1979 utk mnjadi Wali Faqih kpd satu2nya Republik Islam di dunia. Raja berserban putih itu adalah Shah Reza Pahlavi yg menjadi Raja Iran terakhir yg hatinya cenderung kpd Barat (Byzantine) & selepas dijatuhkan oleh revolusi rakyat beliau telah lari berlindung ke Amerika Syarikat (waris Byzantine). Manakala Saddam Husein adalah Sufyani kejam yg telah menggunakan senjata kimia dlm peperangan 8 tahun Iraq-Iran (1980-1988) dgn mendapat bantuan senjata dari kuasa2 besar dunia Soviet Rusia & Amerika semuanya berpakat utk menjatuhkan Raja berserban biru (Imam Khomeini). Selepas gagal mengalahkan Republik Islam pimpinan Wali Faqih, Amerika menyerang Iraq & menangkap Sufyani Saddam Husein utk menutup rahsia2 pakatan sulit dgn Saddam & utk sorok rahsia senjata kimia yg mereka bekalkan utk digunakan melawan Iran. Sekarang 2014 perang beralih ke wilayah Syria di mana ada pakatan baru antara salafi dari Saudi, Iraq & Syria dengan dibantu oleh Amerika, Eropah & Israel utk menjatuhkan Presiden Syria yg merupakan sekutu Republik Islam Iran. Tiba2 bangkit tentera Hizbollah dari Lebanon utk berhadapan dgn pakatan Amerika, Eropah, Israel, Saudi & pembangkang Iraq & Syria. Maka, peperangan kini makin menghampiri wilayah Israel & hanya menunggu tentera Raja berserban biru utk melancarkan peluru berpandunya ke arah Israel & perang Armageddon akan berkecamuk.

    ReplyDelete