GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 12 August 2013

CERITA SEBENAR KONFLIK SYRIA (3) Mengenal Burhan Ghalioun dari Barisan Pemberontak Syria.



CERITA SEBENAR KONFLIK SYRIA (3) Mengenal Burhan Ghalioun dari Barisan Pemberontak Syria. Sekarang saya hendak bercerita pasal Burhan Ghalioun, Pengerusi Pertama Majlis Pembangkang Kebangsaan Syria, (SNC) atau dengan kata lain, Kumpulan Pakatan Pemberontak Syria dan sebab-sebab ia meletak jawatan

Kemudian, jika ada kesempatan, saya juga akan menyentoh tentang Abdulbaset Sieda (Pengerusi  Kedua  SNC dan Moaz Abdul Khateb (Pengerusi  Ketiga SNC) dan sebab-sebab mereka semuanya meletak jawatan.

Sebelum saya meneruskannya, saya hendak beritahu anda suatu maklumat penting. Dalam blog saya yang kedua (DIA YANG TERSEMBUNYI, rujuk Mybloglist di bawah, Hamba Allah Yang Faqir Lagi Hina), saya sedang menulis tentang Sungai Eufrat & Gunung Emas sebagai tanda kemunculan Imam Mahdi. Elok anda baca supaya pengetahuan akhir zaman anda meluas & penuh pelbagai perkara. Selamat membaca.



Mari kita teruskan berikutnya. Burhan Ghalioun (Arabic: برهان غليون) yang lahir pada 11 February 1945 di Homs, Syria, adalah seorang profesor sociology Peranchis (berketurunan Syria) di  Université de Paris III Sorbonne University in Paris, dan merupakan pengerusi pertama bagi Majlis Pembangkang Kebangsaan Syria (Syrian Opposition Transitional National Council, SNC). Dia telah dinamakan sebagai pengerusi pada 29/8/2011.

Mari kita mengenali beliau lebih dekat. Beliau merupakan seorang Sunni Muslim (maksudnya ASWJ). Semasa mudanya, beliau belajar bidang sosiologi & psikologi di University Damsyik (University of Damascus). Kemudian dalam tahun 1969, beliau berpindah ke Paris di mana beliau menerima Phd dalam bidang sains social daripada University of Paris VIII dan Phd keduanya dalam bidang kemanusiaan daripada Sorbonne University.

Dari latarbelakang akedemiknya, ternyata beliau seorang yang sangat bijak. Bahkan dipercayai juga beliau mempunyai fikrah Islamiah yang baik dan mempunyai hubungan rapat dengan Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) di Mesir.

MEMBINA KETOKOHAN
Pada penghujung tahun 1970, beliau membina ketokohannya sebagai seorang penentang Hafez Al-Assad (ayah kepada Basyar Al-Assad) dengan menerbitkan sebuah artikel berjudul  "A Manifesto for Democracy".

Mengikut tradisinya, artikel tersebut dianggap sangat merbahaya dan menjadikan dia sangat dimusuhi oleh Hafez Al-Assad. Burhan Ghalioun juga menulis di dalamnya bahawa pembaharuan demokrasi sangat diperlukan untuk menghapuskan kuasa dictator yang berlaku.

TIDAK MENYERTAI MANA-MANA PARTI
Walaupun artikel itu memberi kredit reputasi yang baik kepada kepimpinan Burhan Ghalioun, namun ia mengelak untuk menyertai mana-mana parti politik sepanjang era 1980an.

Walau bagaimanapun, dia kekal sebagai pengkritik utama kepada kerajaan Assad dan merupakan pembela utama kepada masalah Palestin.

Pada tahun 1983, dia merupakan salah seorang pengasas kepada Organisasi Hak-hak Kemanusiaan bagi Negara Arab (Arab Organization for Human Rights), dan dia juga memimpin Forum Budaya dan Sosial Syria (Syrian Cultural and Social Forum), satu badan yang memang anti kepada Assad.
PERANANNYA DALAM DAMASCUS SPRING
Merujuk kepada laporan Al Jazeera, pada tahun 2000, ia mengatakan bahawa semasa peringkat awal pemerintahan Basyar Al-Assad,  terlihat bahawa Syria kelihatan lebih terbuka dan tolerans (open & tolerans).

Ini menunjukkan bahawa Basyar Al-Assad cuba mengambil pendekatan berbeza daripada ayahnya. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang melihatnya sebagai satu ruang untuk lebih aktif.

Bukti nyata, Burhan Ghalioun, kerap melawat Syria dalam 12 bulan pertama dari rumahnya di Paris. Dan akibatnya, ia menjadi lebih aktif dalam politik Syria masa itu.

Kemudian pada tahun 2001, dia mengadakan satu ceramah ringkas dengan kerjasama Jadaliyya: Ini sangat mengejutkan pemerintah Parti Ba’th kerana sekitar 700 orang hadir  ceramah tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, ceramah tersebut juga tidak disebarkan melalui sebarang pengumuman atau oorganisasi. Ia cuma sebaran dari mulut ke mulut. Tetapi sambutannya sangat hebat dan mengejutkan.

DATANG ATAS MINAT PRIBADI
Burhan Ghalioun mengatakan semasa mereka mengacarakan ceramah itu, pendengar berduyun-duyun  datang atas minat pribadi mereka. Mereka bukan orang Parti Baath, tetapi mereka orang biasa yang ingin mendengar sesuatu yang benar.

Ini semua sangat menakutkan parti pemerintah. Mereka mula merasakan adanya gelombang kecil yang akan menjadi tsunami. Mereka juga mula menetapkan bahawa gelombang ini sangat bahaya dan mereka mesti menekan kemunculan penunjuk perasaan Damascus Spring.

Apa yang terjadi kemudiannya? Kemudian terjadilah apa yang terjadi. Basyar Al-Assad mula menangkap para penunjuk perasaan, menutup forum (ruang perbincangan), membekukan perjumpaan dan menjejak para intelektual yang menentang kerajaan.

Dia kemudian membuat kesimpulan umum bahawa keterbukaan politik Syria (“Syria political openness") akan berakhir pada penghujung tahun 2001 dan merancang tinggal di Perancis.  Peranchis itulah yang menjadi rumahnya selama 32 tahun. Di sanalah beliau menumpukan kepada kerja-kerja akedemiknya.

JANGAN TERLIBAT DENGAN BARAT
Pada tahun 2005, Burhan Ghalioun telah kembali semula kepada aktiviti politiknya. Beliau mengatakan bahawa kumpulan-kumpulan pembangkang Syria (Syrian opposition groups) patut menghindari kerjasama dengan pihak Barat dalam menghadapi rejim Basyar Al-Assad.

Sebaliknya, mereka mestilah berjuang dari dalam untuk menjatuhkan Basyar tanpa campurtangan asing sama sekali.

RENUNGAN (1)
Saya berpendapat saranan Burhan Ghalioun supaya menghindari kerjasama dengan Barat adalah suatu saranan yang sangat tepat dan cermat.

RENUNGAN (2)
Malangnya, selepas perletakan jawatannya, saranannya diabaikan. Para pengantinya mengambil pendekatan robust untuk melawan rejim Basyar Al-Assad.

Mereka berbaik-baik dengan Yahudi & Agen-agen Dajjal (AS, Britain, Peranchis dan sebagainya) dan telah menerima bantuan ketenteraan, logistik dan makanan daripada mereka. Akibatnya, perang semakin meluas, kemusnahan semakin banyak & rakyat semakin menderita.

Kita berhenti di sini dahulu & akan menyambungnya kemudian.  Anda patut mengenali tokoh ini supaya anda nampak peranannya dalam SNC.

Adakah dia yang mempelopori perang saudara dalam konflik Syria? Jawapannya ada dalam siri akan datang. Nantikan kemunculannya.

SELASA 13/8/2013

No comments:

Post a Comment