GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday 20 August 2013

MESIR (4) Bagaimana Kesudahan Krisis Mesir. Mari Melihat Dalam Beberapa Tahun Akan Datang.



Kerajaan Mesir semalam (Selasa, 19/8/2013) mengaku tenteranya membunuh 36 anggota Ikhwanul Muslimin dalam tahanan kelmarin, ketika pemimpin tentera dan pergerakan itu masing-masing berikrar untuk terus berjuang demi masa depan negara itu. 

Inilah berita terbaru yang berlaku di Mesir, yang menyebabkan saya tertanya-tanya apakah/bagaimanakah kesudahan yang bakal berlaku di Mesir? Kalau krisis itu ibarat belon yang ditiup, maka ia semakin lama semakin besar dan mungkin akan pecah nanti.

Kematian itu adalah pembunuhan beramai-ramai keempat ke atas penduduk awam sejak tentera merampas kuasa pada 3 Julai lalu tetapi buat kali pertama sejumlah besar tahanan ramai yang mati serentak. 

Ketika mengesahkan pembunuhan tahanan itu kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mewajarkan tindakan itu dengan berkata ia dilakukan ketika penyokong Morsi itu cuba melarikan diri.

Namun Ikhwanul Muslimin menyifatkan kematian mereka sebagai pembunuhan beramai-ramai dan berkata, mangsa, yang dikatakan berjumlah 52 orang, ditembak dan dibedil dengan gas pemedih mata menerusi tingkap van penjara yang berkunci.

“Pembunuhan itu adalah petunjuk terkini masa depan Mesir masih terumbang ambing, dengan kedua-dua pihak tidak bersedia berundur, rakyat negara itu berpecah, dan tiada penyelesaian politik yang jelas,” kata penganalisis. 

Amerika sebenarnya cuba menjayakan Yinon Oded Plan bagi pihak Yahudi. Dia akan memastikan tiada kuasa lain selain Yahudi yang dapat menguasai Asia Barat. Dengan kata lain, jika krisis Mesir ini tidak dapat diselesaikan, maka Yahudi sangat takut kepada Ikhwanul Muslimin (IM).

Pelbagai cerita telah kita dengar sebelum ini. Paling awal, Israel telah mengiktiraf Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi sebegai hero kita. Kemudian, King Abdullah Arab Saudi memberi sumbangan $ 60 billion kepada AS untuk membina semula (rebuilt) Mesir menurut acuan baru dan terbaru, IM akan diharamkan oleh perlembagaan baru Mesir.

Dengan demikian, IM akan terhapus dari sebarang kegiatan politik dan diberi nama baru sebagai penganas (teroris). Jika ini berlaku, maka ada 3 situasi yang memberi wajah baru kepada Asia Barat.

[1] Mesir akan jadi seperti Syria, yang lumpuh ekonomi dan politiknya. Jika ini berlaku, pengembangan agama Islam melalui Al-Azhar menjadi tumpul. Mesir akan kembali seperti asal dan tidak lagi merupakan pusat Islam bagi ASWJ.

Dengan kata lain, Arab Saudi sangat gembira kerana pesaingnya, Mesir dan ASWJ telah roboh. Dan Agen-agen Dajjal akan lebih gembira kerana pengeringan nilai-nilai agama dari mahzab ASWJ juga telah kering.

Dan Yahudi yang paling gembira kerana umat Islam mulai jauh dari gedung ilmu mereka. ASWJ akan menjadi seperti anak-anak terbiar. Kalau pun ada para ulamak, maka mereka itu adalah seperti pengawas-pengawas sekolah yang siap berucap membaca skrip dari guru mereka, Kelompok Syaitan (AS-Nato-Zionis). .

[2] Asia Barat (AB) akan menjadi padang pasir yang kontang dan jauh dari agama. Maksud saya, semua gerakan politik akan hidup sebagai politik semata-mata, dan tidak berunsur agama sepertimana yang berjaya dilakukan oleh IM sebelum ini.

Jika ini berlaku, maka masing-masing akan menajamkan taring dan kuku untuk menyerang mangsa. Tidak akan ada lagi rasa belas kasihan atau simpati. AB akan menjadi seperti sebuah zoo besar yang penuh dengan nafsu-nafsu buas dan serakah. Kebuasan dan keserakahan itu pula akan terlihat  kepada darah dan daging yang merah. Mereka akan berebut-rebut makan tanpa mengira halal dan haram.

[3] AB akan dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin alaf baru yang condong 100% kepada Yahudi dan AS. Jika ini berlaku, maka rancangan Yinon Oded Plan akan berjalan dengan mudah dan Yahudi yakin AB  sepenuhnya akan jatuh ke tangan mereka.

Tuhan akan menunjukkan bukti (3 perkara di atas) pada saat kemunculan Al-Mahdi. Dan seperti yang kita semua tahu, kuasa Tuhan akan mengalahkan semua bukti itu. Al-Mahdi itulah pemimpin kita (hero kita) dan dialah yang akan mengagalkan Yinon Oded Plan Yahudi itu.

BUKTI[1] : Al-Mahdi akan muncul seorang diri di antara Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim. Kemudian malaikat menyeru supaya manusia membaaihnya. Maka datanglah para wali dari Mesir, Syam dan Iraq.

Ketiga-tiga Negara itu adalah negara yang telah musnah, yang telah hancur lebur dan yang telah diranapkan oleh putarbelit Yahudi & agen-agen Dajjal. Nabi SAW tidak menyebut kehadiran ulamak-ulamak lain di dalam hadisnya itu. Maka cuba anda perhatikan.

Betapa mulianya para wali dari ketiga-tiga negara itu yang telah dipilih Tuhan untuk mengesahkan kehadiran Al-Mahdi. Suatu hal yang penting diketahui ialah mereka berasal dari negara-negara bermasalah perang. Mereka ibarat biji-biji benih yang tertanam di dalam bumi dibawah kekotoran darah hanyir dan pembunuhan & penyembelihan yang berlaku, 

Dan mereka pasti dapat berkata, bahawa kami telah menwarisi keadaan sulit dari putarbelit Yahudi & agen-agen Dajjal. Merekalah punca kemusnahan negara kami.

Tetapi di sebalik semuanya, mereka selalu berdoa dan tidak berhenti-henti berdoa supaya Tuhan sentiasa mengampunkan, merahmati, menampung & memperbaiki keadaan umat Islam. Mereka tidak luput berdoa kepada Tuhan. Maka itulah darjat mereka di sisi Tuhan.

Kemudian ada satu lagi golongan asoib (kerohanian) dari Timur, yang sentiasa terbuka mata-batinnya untuk bersama Al-Mahdi. Mereka juga akan membaaih Al-Mahdi dan bersama-samanya meneruskan perjuangan selepas itu.

KEMUDIAN PERHATIKAN JUGA
Ketiga-ketiga negara di atas (Mesir, Syam & Iraq) adalah 3 buah negara Islam yang ada sifat mereka masing-masing. Mari kita dahului dengan Iraq. Iraq memegang kunci keberanian, Syam dengan kesolehannya & Mesir dengan gedung ilmunya.

Kemusnahan Iraq bererti kehilangan keberanian bagi Islam. Kemusnahan Syam (Syria) bererti kehilangan orang-orang yang baik di atas muka bumi Tuhan. Dan kemusnahan Mesir bererti kemusnahan orang-orang berilmu kerana Mesir itu adalah pusat gedung Ilmu Islam.

Tetapi Tuhan akan memberi pemimpin yang baik (Al-Mahdi) kepada mereka semua. Tuhan akan memberi keberanian, kesolehan & ilmu melalui Al-Mahdi dan seterusnya melalui para wali itu kepada negara-negara yang terpilih itu. 

Maka jadilah saki baki bangsa yang tertinggal di AB itu adalah golongan banci yang hanya tunduk patuh kepada Yahudi & agen-agen Dajjal. Inilah maksud kepada kehadiran wali-wali Allah dari ketiga negara terebut. Tuhan memilih mereka dari negara yang berani, terkenal soleh & berilmu agama.

BUKTI[2] : Tuhan tidak menarik ulamak-ulamak zahir yang ada di sekitar Asia Barat untuk membaaih Imam Mahdi di Mekah. Akan tetapi Tuhan mendatangkan manusia-manusia pilihanNya untuk membaaih manusia suci yang dikasihi itu.

Maka ini menunjukkan bahawa bukan manusia biasa sahaja terkena fitnah, bahkan ulamak-ulamak juga. Maka awasilah diri anda, kata-kata anda, fatwa-fatwa anda atau apa sahaja, supaya anda terjauh dari fitnah yang gila dan menakutkan ini.

Saya tidak mengata bahawa ulamak-ulamak mutakhir ini jahat (ulamak dunia) semuanya, akan tetapi sebenarnya kebanyakan mereka telah terkena fitnah. Mereka tidak berani menyatakan kebenaran sebelum kebenaran itu disahkan (verified) oleh pihak-pihak atasan mereka. Maka itu menunjukkan bahawa zahir-batin mereka masih terbungkus oleh debu-debu kekotoran yang melekat walaupun pada hujung jari mereka.

BUKTI[3] : Tuhan mendatangkan malaikat yang menyeru manusia dengan kata-kata berikut, “Inilah Al-Mahdi, maka ikutlah dia”. Kemudian tuhan juga mendatangkan  malaikat untuk memelihara Al-Mahdi, seperti kejadian akan berlaku di Padang Pasir Al-Baida. Musuh-musuhnya akan terbenam ke dalam ke bumi kerana ingin mengejar dan membunuhnya.

Ini menunjukkan bahawa manusia-manusia akhir zaman hidup penuh kebuasan dan keserakahan. Maksudnya, mereka hidup nafsu-nafsi. Mereka tidak boleh diharap untuk menjaga dan memelihara IM itu sendiri. Bahkan anda jangan terkejut kalau saya katakan IM itu akan diejek, dihina, dipersendakan oleh manusia-manusia sekitarnya lantaran dirinya yang gagap dan kakinya yang pincang.

Maka kita patut malu kerana Tuhan tidak menghiraukan kita di dalam menjaga keselamatan manusia pilihanNya itu. Tuhan hanya memilih malaikatNya dan orang-orang pilihanNya (para waliNya & para asoib) sahaja.

Kalau anda hanya mengejar dunia, maka percayalah dunia itu akan mencelakakan anda. Tetapi kalau anda mengejar kemulian hidup dunia dan akhirat, maka percayalah bahawa ia berada di dalam agama.

SELASA 20/8/2013.  

2 comments:

  1. Semakin seram sejuk saya mengenangkan keadaan di Mesir..bakal rakan FB abah..

    ReplyDelete
  2. Ya, semoga kita dapat bertemu nanti. Abah hanya insan biasa, insan faqir yang kurang lagi hina.

    ReplyDelete