GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 19 August 2013

MESIR (3) Pelajar-Pelajar Kita Mesti Balik. Kerana Mesir Sedang Menuju Kepada Kegelapan & Kesedihan.



Saya sangat sedih mengenangkan peristiwa pahit yang berlaku Di Mesir. Perang saudara nampaknya tidak dapat dihindari lagi. Jeneral Abdul Fateh Al-Sisi (Sisi) benar-benar menerjunkan Mesir ke dalam kancah pertempuran berdarah

Saya selalu berulang-kali menyebut bahawa Arab Spring itu permainan Yahudi & agen-agen Dajjal. Pada peringkat awal dahulu, ramai orang mencemuh saya termasuk beberapa orang yang rapat dengan saya. Tetapi saya pejamkan mata, pekakkan telinga dan terus yakin dengan pendapat saya.

Saya menerima ijazah tarikat Samaniyah Naqsanbandiyah dari guru saya sejak 31/8/1985. Hari itu Saiyyidul A’yam (Jumaat), selepas waktu Asar. Dah hampir 27 tahun berlalu. Dan kenangan itu masih cantik dan melekat.

Antara amalan saya ialah membaca doa cahaya sebagaimana yang diperturunkan guru saya. Dan doa itu adalah doa yang sentiasa diamalkan Rasulullah SAW pada saat baginda berjalan kaki menuju ke masjid untuk solat Subuh.

Tanpa saya menghuraikan lebih lanjut, semua orang faham bahawa doa itu sangat besar khasiatnya. Kita memohon cahaya (petunjuk) pada segala hal dan benda yang ada pada kita. Pada hati, mata, lidah, telinga, kubur, kedua-dua tangan, daging, urat, sendi dan sebagainya.

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana memberikan cahaya (petunjuk)Nya kepada saya untuk melihat konflik Syria, krisis Mesir dan keseluruhan Arab Spring itu dengan mata-batin saya. Saya bukan gunakan otak semata-mata, kerana kemampuan otak sangat terbatas. Saya gunakan juga pandangan batin saya, kerana pandangan seperti itu kadang-kadang lebih jelas, lebih tajam, lebih cerah daripada kedua-dua biji mata zahir ini.

Saya cukup bersetuju jika pelajar-pelajar kita di Mesir dihantar pulang ke Tanah Air. Mesir sudah tidak aman lagi. Dan jika perang saudara benar-benar berlangsung, maka keadaan tentu menjadi bertambah buruk dan huru-hara, Bahkan tidak hairan, jika Mesir & Syria sama-sama musnah dan hancur lebur.

Bukti-bukti sebelum ini menunjukkan Mesir sudah dikeronyok dengan teruk oleh campurtangan banyak pihak. Ia bermula dengan [1] pembiayaan sebanyak $1 billion oleh King Abdullah Arab Saudi untuk penggulingan Mursi (rujuk pendedahan Mujtahid), [2] campurtangan poltik AS (ketua agen Dajjal) sebelum kejatuhan Mursi dan sehingga sekarang, [3] kemasukan agen-agen dan senjata Yahudi-Israel dalam pristiwa pembantaian 14/8/2013, [4]  sokongan-sokongan Negara Arab & Teluk terhadap semua tindakan Sisi (dahulu & kini) dan sebagainya.

Mengapa AS dan Yahudi begitu bersungguh-sungguh mahu menghancurkan negara-negara Timur Tengah seperti yang berlaku sekarang? Iraq sudah musnah, Libya pun sudah musnah, Syria dalam proses kemusnahan, dan sekarang giliran Mesir.

Oded Yinon Plan“, satu rancangan jahat yahudi Israel sejak zaman Golden Meir lagi. Dahulu mereka merancang, tetapi sekarang dalam peringkat perlaksanaan. Mereka sekarang dalam proses remapping (pemetaan semula) peta Asia Barat dengan cara memusnahkan negara-negara Arab, tetangga Israel dan merebut semua tanah mereka yang membentang antara sungai Nil dan Efrat untuk Greater Israel, tanah yang dijanjikan.

Itulah sebab dan mengapa, Jenderal Wesley Clark mengungkapkan, Israel mengambil alih peranan AS melalui peristiwa 9/11 untuk menjayakan  sebuah rencana matang untuk menghancurkan tujuh negara dalam lima tahun, sebagaimana pernyataan “Clean Break” dalam dokumen Netanyahu. Apakah tujuh Negara tersebut? Silakan anda menghitung sendiri. Lima daripadanya sudah rosak musnah, sedangkan dua daripadanya (Turki & Arab Saudi) sedang menunggu giliran.

Sebuah rencana Yinon Oded untuk menghancurkan Timur Tengah semata-mata untuk Israel, untuk “Tanah yang dijanjikan”, untuk promised land sudah lama diketahui umum. Tetapi tahu sahaja tidak mencukupi. Keberanian untuk melawan Yinan Oded itu mesti ada dan selalu diperkasakan.

Sebab itu, saya tabik (salute) kepada Saddam Hussein (Iraq) dan Muammar Ghadafi (Libya) sekalipun mereka terkenal kejam dan zalim kepada rakyat mereka sendiri. Saya patut memuji mereka di atas kelantangan mereka menentang AS dan Yahudi.

Pada saya, mereka lebih mulia, lebih berguna dan lebih berfaedah daripada beberapa orang raja Arab & Negara-negara Teluk yang menjadi banci dan pak turut kepada AS.

Hanya ada satu cara untuk melawan genosida yang akan datang. Semua orang di Timur Tengah dan dunia, semua muslimin dan semua orang tanpa memandang agama atau kebangsaan, tanpa memandang sekte maupun mazhab, bersama-sama bersatu melawan Israel demi menggagalkan Oded Yinon Plan Zionis untuk tanah mereka.

Namun, apakah itu mungkin terjadi? Apakah Negara-negara pendokong fatwa takfiriyah bersedia melakukannya? Apakah Arab Saudi (selaku tuan besar Tanah Arab) yang berada dibelakang Oded Yinon Plan sedia meninggalkannya?

Imam Mahdi Akhir Zaman hanyalah manusia biasa tetapi di dalam hatinya, berisi kekuatan tawakkal kepada Tuhan. Dialah yang akan membetulkan semula fatwa takfiriyah yang sebelum ini condong kepada Yahudi & agen-agen Dajjal.

Al-Mahdi sangat benci kepada Yahudi & AS. Sebab itu, peperangan akhir zaman sangat diperlukan kerana mereka (maksudnya Yahudi & agen-agen Dajjal) itu sangat takut kepada jihad. Jihad umat Islam akan merobohkan mereka dan menyebabkan kepala mereka terputus dari badan atau menyebabkan tubuh mereka pecah berkecai tidak dikenali.

Saya juga patut memuji Mujtahid bin Hareth bin Hamman. Saya memujinya bukan kerana pendedahan beraninya terhadap King Abdullah Arab Saudi yang membiayai $1 billion kepada Sisi untuk pengulingan Mursi. Akan tetapi saya memujinya atas 5 sebab berikut.

[1] Mendedahkan siapa sebenarnya King Abdullah itu. Sepatutnya, penjaga Haramain (Mekah & Madinah) itu menunjukkan contoh terpuji seperti Sultan Abdul Hamid II yang sanggup mempertahankan Palestin daripada dijual atau dipajak kepada Yahudi.

Sebaliknya, baginda menjual Mesir itu kepada musuh-musuh Islam untuk disepak dan diteranjang sesuka hati. Alangkah besarnya kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Mesir akibat kelemahan jiwa dan pendirian pemerintah Negara Islam seperti King Abdullah itu.

[2] Siapa sebenarnya Al-Sisi itu? Adalah salah bagi mana-mana pemerintah Islam (termasuk Mohamad Mursi) yang mengabaikan solat istikharah dalam penentuan jawatan-jawatan penting Negara. Pemerintah Negara Islam mestilah berjiwa kuat, cermat dan berani seperti Syaidina Umar dan lain-lain khalifah As-Rasyidin dalam membuat keputusan penting.

[3] Pendedahan Mujtahid itu juga mendedahkan konspirasi antarabangsa yang melingkari sesiapa sahaja. Hanya orang yang mengenal mereka dapat menentang mereka. Maka kerana itu, kenalilah diri anda terlebih dahulu sebelum anda mengenal musuh-musuh anda.

[4] Musuh-musuh kita tidak pernah menyayangi orang-orang yang kita sayang. Bahkan mereka mungkin akan membunuh dan menyembelihnya di depan mata kita untuk menyakitkan hati kita. Sebab itu, jangan sesekali percaya kepada musuh.

Anda faham maksud saya? Di Mesir, ada dataran Rabiah Adawiyah (nama seorang wali wanita), tetapi di situlah manusia-manusia jahat melakukan kejahatannya. Di Syria, ada ulamak besar Syeikh Dr Ramadhan Said Al-Buti, tetapi di situlah mereka (orang yang membenci fatwa perdamaiannya) membunuhnya.

Maka apa lagi yang dapat saya katakan. Pembunuh-pembunuh tadi (samada di Mesir, Syria atau di mana-mana sahaja) adalah mereka yang dimandilimaukan oleh Yahudi & agen-agen Dajjal. Mereka memperolehi restu kedua-duanya untuk melakukan kejahatan terhadap umat Islam.
  
[5] Imam Mahdi akan datang bila tiba waktunya. Pastikanlah diri anda berada bersamanya untuk menentang musuh-musuh Allah. Saya berkata begini kerana…

KERANA pada saat kemunculannya, ramai orang akan menolaknya. Mereka lebih suka mendengar kata-kata dari Yahudi, agen-agen Dajjal dan golongan-golongan derhaka (asi). Bahkan ulamak-ulamak yang ada sekarang ini pun, mungkin ramai akan menolaknya.

Ya Allah Ya Rabbi, tolonglah aku dan kami semua mencapai kebenaran semasa kemunculannya. Bantulah kami dengan kemenangan atau dengan syahid di jalan di jalanMU.

ISNIN  19/8/2013

8 comments:

  1. Ya Allah,
    karuniakan dan limpahkanlah segera kemenangan-kemenangan untuk hamba-hambaMu para muhajidin yang sedang melaksanakan jihad fisabilillah dipermukaan bumi ini,
    belas kasihi mereka, maafkan kesalahan-kesalahan mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
    lindungi mereka, berikanlah kekuatan dan kekuasaan untuk mereka, berilah pertolonganMu dan kirimkanlah pasukan langitMu untuk mendamping mereka, berilah kepada mereka rizki yang melimpah, kabulkan doa-doa mereka, sejahterakan dan rahmatilah mereka serta bila mereka meninggal dunia syahidkan mereka.
    Amin.

    Ya Allah,
    yang mempunyai azab yang sangat pedih,
    berikan segera azab yang sangat pedih itu,
    untuk orang-orang yang membuat kezaliman di muka bumi ini,
    hinakanlah mereka di dunia dan di akhirat,
    kalahkan mereka pada peperangan-peperangan,
    turunkan rasa takut yang sangat ke dalam hati, jiwa dan pikiran mereka,
    Amin.

    ReplyDelete
  2. Sedih saya membacanya..perasaan takut..geram..benci..berani..dlm hati saya..semoga kita beroleh kemenangan.. bakal rakan FB abah he..he..

    ReplyDelete
  3. Allahu rabbi.. suka sgt blog.ni... fb abah apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah memang nak berhubung dengan semua orang...tetapi abah terikat dengan janji. Abah memang nak kenal kamu dan berkenalan dengan kamu, tetapi waktunya belum mengizinkan. Bersabarlah ya. Insyaallah, kita akan ketemu nanti.

      Delete
  4. abah, Imam Mahdi itu sangat pengasih orangnya, sama seperti datuk-datuk dan moyang-moyangnya dari keturunan Nabi-nabi. dia mengasihi semua manusia bahkan semua makhluk Allah, tak terkecuali Yahudi, Nasara, Majus dan lain-lain. Kasihnya melata. Tinggal lagi dia memerangi Yahudi dan Nasara atas perintah Tuhan, bukan atas dasar kebencian. Itupun hanya siapa yang menentang sahaja akan diperangi.

    arab saudi sudah lama melakukan kerosakan, sejak dari zaman mereka menjatuhkan khalifah uthmaniyyah sehinggalah sekarang, menumpahkan lautan darah manusia. jika mereka tidak mahu taubat dan kembali, maka nantikan pembukaan Hijjaz oleh Imam Zaman dan sudah pasti, Arab Saudi akan dikalahkan, dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  5. Raja Abdullah sedang sibuk memprovokasi dirinya, agar dia cepat jatuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...sampai waktunya dia akan jatuh. Arab Saudi & King Abdullah hanyalah makhluk2Nya. Mereka harus tunduk kepada kekuasaanNya.

      Delete
  6. Semoga Islam kembali Jaya...dan saya semoga janganlah termasuk musuh Imam Mahdi..hingga saya bisa menemuinya dalam keadaan sempit ataupun lapang...Ya ALLAH jadikanlah anak2 saya juga jadi pendukung Imam Mahdi..

    ReplyDelete