GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 22 August 2013

BENARKAH SYRIA TELAH MENGGUNAKAN GAS KIMIA?



Pada hari Rabu, 21/8/2013, masyarakat dunia gempar kerana kononnya  telah berlaku satu serangan mengejut gas saraf oleh Tentera Syria menjelang waktu subuh di sebelah Timur Damsyik.

Benarkah berita tersebut? Kononnya tentera Syria telah menggunakan senjata ini untuk menghapuskan musuh-musuhnya. Lokasi kejadian adalah seperti berikut iaitu di Ain Tarma, Zamalka and Jobar.

Saya telah melihat beberapa keping gambar mayat kanak-kanak tersusun rapi di sebuah hospital. Menurut laporan, mereka adalah mangsa gas saraf dari tentera Syria.

SAYA ADA BEBERAPA SOALAN
Saya ada beberapa soalan, tetapi tidak tahu kepada siapa patut saya tanya. Sila anda melihat soalan-soalan saya. Jika anda jujur, jawablah secara jujur. Saya percaya kejujuran anda akan menjadikan hidup anda lebih tenang.

[1] Menurut laporan, gas saraf itu juga menyerang hospital sehingga ramai kanak-kanak di hospital itu mati sewaktu tidor. Bagaimana dengan para petugas hospital? Kenapa tidak terdapat mayat mereka yang mati?

[2] Serangan didakwa dilakukan menjelang subuh. Maksudnya, hampir 95% penduduk sedang tidur. Kenapa gambar yang ditunjukkan hanya melibatkan mayat kanak-kanak yang diatur rapi di dalam sebuah hospital. Mana mayat remaja? Orang dewasa? Wanita? Dan sebagainya? Mana bangkai lembu dan kambing?

[3] Katanya, gas saraf (maksudnya gas sarin) dibedil menggunakan roket. Maksudnya peluncuran roket ini menurut projection yang teratur dan tepat. Dengan kata lain, sasaran roket ini seharusnya ke atas kem-kem tentera Barisan Pemberontak Syria (SNC). Mana mayat mereka? Kenapa ditunjukkan gambar budak-budak pula?

[4] Sekiranya sasaran askar Syria itu dikira meleset, maka adalah tidak munasabah kalau dikatakan 3 tembakan roket (berisi gas saraf) ke tiga tempat berbeza (di Ain Tarma, Zamalka and Jobar) kesemuanya meleset sehingga tidak ada satu pun yang terkena kem militan (Barisan Pemberontak Syria) dari SNC. Maka, di manakah mayat tentera-tentera Barisan Pemberontak Syria sebagai bukti dari kejahatan ini?

DAKWAAN SNC
Barisan Pemberontak Syria (SNC) mendakwa 1300 orang terbunuh akibat serangan gas saraf pihak kerajaan ke kawasan militan  di Ain Tarma, Zamalka and Jobar.

Pada masa yang sama, kerajaan Syria dan pihak tentera menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka dalam kejadian tersebut.

AS, Kesatuan Eropah, Britain & Peranchis serta-merta mendesak supaya penyiasatan segera diadakan untuk kejadian ini.

MENDENGAR DESAKAN DI ATAS
Mendengar desakan seperti di atas, saya pun teringat nada yang sama semasa mereka membelasah Saddam Hussein dalam peristiwa penaklukkan Kuwait.

Kata agen-agen Dajjal Berempat saudara seperti di atas, Saddam Hussein itu jahat, zalim, penceroboh, dictator dan sebagainya.  Maka tanpa menunggu lampu hijau dari PBB, maka mereka (diketuai oleh AS) terus menyerang Saddam Hussein dan Iraq.

Apakah mereka merancang menyerang Syria pula?

DALAM MASA YANG SAMA
Dalam masa yang sama, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon menuduh Syria terlibat di belakang kejadian ini. Dari mana dia mendapat bukti?

Inilah bahasa rasmi musuh-musuh Islam. Mereka bercakap satu nada, satu irama semata-mata untuk menyalahkan orang lain. Sekarang mereka ingin membelasah Syria dengan alasan yang lebih berat.

PERMINTAAN RUSIA
Rusia juga meminta penyiasatan yang professional dan penuh objektif dilakukan segera, sambil menambah laporan-laporan seperti ini (sebelum ini) banyak terbukti salah.

Jurucakap Menteri Luar Rusia, Alexender Lukashevich berkata dalam satu kenyataannya seperti berikut.

“Setiap kali badan Penyaisat Senjata Kimia PBB sampai ke Syria, kami selalu terfikir bahawa kami akan terlibat sekali lagi dengan provokasi bahan-bahan beracun”

BANYAK KORBAN
Syria telah memakan banyak korban sejak bantahan rakyat pada March 2011 bila mereka meminta perubahan reformasi. Tetapi bila militan luar Negara datang, keadaan menjadi betambah teruk dengan kehadiran militant.  

AS berkata bahawa sejumlah 100.000 nyawa telah terkorban manakala 7.8 juta rakyat Syria terpaksa berhijrah ke luar Negara sejak meletusnya keganansan itu 2 tahun lalu.

PALSU & REKAAN SEMATA-MATA
Menteri Penerangan Syria telah menerangkan bahawa gambar korban gas kimia itu adalah gambar-gambar yang terancang (preplanned) dan rekaan (fabricated) semata-mata.
.
Kerajaan Syria telah mengeluarkan garis panduan lengkap tentang penggunaan senjata ini kepada askar-askarnya di Wilayah Rif Dimashq, demikian  Omran Al-Zoabi (jurucakap Kerajaan Syria) memberitahu agensi berita Al-Alam pada Rabu lalu.

“Beberapa saluran berita Arab dan bukan Arab telah menayangkan  beberapa video dan photo yang memang “telah dirancang awal” (preplanned)  dan rekaan (fabricated) semata-mata”.

MEMBUAT TUDUHAN
Sambungnya lagi, ‘Tujuan penyebaran gambar itu adalah bertujuan untuk menuduh tentera bersenjata Syria menggunakan senjata kimia terhadap penduduk-penduduk di kawasan Rif Dimashq, tetapi Damsyik menafikan semua perkara tersebut dan menganggapnya sebagai tidak berasas dan palsu”

Tentera Syria tidak pernah melakukan perkara-perkara salah terhadap penduduk Syria, kecuali menumpukan tugas mereka melawan pemberontak-pemberontak yang disokong kuasa asing di Syria.

TINDAKBALAS RUSIA
Laporan AS yang mengatakan askar Syria menggunakan senjata kimia adalah rekaan semata-mata, demikian kata seorang pengubal senior undang-undang Rusia.

“Maklumat tentang penggunaan senjata kimia oleh Basyar Al-Assad  adalah rekaan, sama seperti yang berlaku kepada Saddam Hussein di Iraq”, demikian kata Alexei Pushkov, Pengarah Hubungan Luar Bagi Parlimen Russia di dalam twitternya pada Jumaat lepas.

President Obama “is going the same way” as former President George W. Bush did then,

“Presiden Obama sedang mengikuti jalan yang sama, sebagaimana Presiden George W. Bush lakukan”, demikian kata Puskov.

CERITA TENTANG SADDAM HUSSEIN
Saddam Hussein dikatakan menggunakan gas ini pada tahun 1988 ke atas penduduk Kurdish di Halajba sehingga mengorbankan 5000 orang manakala sejumlah 10,000 orang tercedera.

Cerita ini kemudian diperbesar-besarkan sehingga menampakkan bahawa Saddam Hussein itu sangat jahat. Entah cerita itu betul atau tidak, tidak ada sesiapapun yang dapat mengesahkannya.

Bahkan bila Badan Penyiasat PBB datang ke Iraq untuk menyiasat perkara itu, didapati perkara itu tidak jelas dan gagal dibuktikan kesahihannya.

Kemudian timbul nama Ali Kimia (sepupu Saddam Hussein) yang dikatakan terlibat dengan kejadian gas kimia 1988 serta perkara yang berkaitan dengan senjata nuclear sehingga menyebabkan kedatangan Badan Penyiasat PBB beberapa kali ke Iraq, namun ia tetap gagal membuktikan keterlibatan Saddam Hussein di dalamnya.

HIGH CONFIDENCE
Rumah Putih mendakwa baru-baru ini bahawa kini ia percaya dengan penuh keyakinan (high confidence) bahawa Syria telah menggunakan senjata kimia ini beberapa kali dalam konflik 2 tahun ini.

Dengan itu, Timbalan Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Ben Rhodes berkata, bahawa Obama telah menetapkan beberapa langkah untuk terus menghantar bantuan, termasuk sokongan tentera kepada pemberontak Syria sebagai hasil tindakbalas.

SKOP DAN SKALA LEBIH BESAR
Rhodes enggan menjelaskan samada sokongan ini melibatkan senjata-senjata berat kepada SNC, tetapi berkata bahawa bantuan ini akan berbeza secara besar-besaran dalam “skop dan skala” bantuan.

Tujuan bantuan kali ini adalah untuk mengukuhkan keberkesanannya (to “strengthen their effectiveness).”

Maka jawapan-jawapan itu akhirnya sampai kepada kehendak sebenar AS & Yahudi. Mereka ingin meranapkan segera Syria tanpa perlu menunggu lebih lama. MEREKA MAHU MELAKUKANNYA SEGERA.

KHAMIS. 22/8/2013   8.27 PM







3 comments:

  1. Korban pembantaian senjata kimia di pinggiran Damaskus meningkat, 1188 warga muslim syahid
    Muhib Al-MajdiRabu, 14 Syawwal 1434 H / 21 Agustus 2013 17:15
    Untuk melihat foto korban remaja dan dewasa
    - See more at: http://www.arrahmah.com/news/2013/08/21/korban-pembantaian-senjata-kimia-pinggiran-damaskus-meningkat-1188-warga-muslim-syahid.html#sthash.pqvbVNRN.dpuf

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Saya telah melihat gambar-gambar itu. Anda telah menunjukkan bukti2 yang semakin jelas untuk saya. Maka saya, insyaallah pasti menyiasat lebih lanjut.

    ReplyDelete
  3. jgn ckp apa2 psal gas kimia ni. bkn hal kita

    ReplyDelete