GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 11 August 2013

CERITA SEBENAR KONFLIK SYRIA (2) Kelompok Syaitan Versus Islam



Kami minta maaf sebab lama tak menulis. There is something wrong with my streamyx. So I can write nothing. Even to open and check my blogs too. However, Allah helps me to see you this morning. Assalamualaikum everybody. Abah comes again.

Pada siri yang lepas, kami telah menyatakan bahawa punca pergaduhan di Asia Barat kebanyakannya bermotif politik. Dan daripada politik itu, ia berkembang kepada ketegangan kaum, kabilah, bangsa, etnik, agama dan sebagainya.

Dalam semua pertempuran, setiap pihak akan menggunakan sepenuh kekuatan mereka. Dan pada saat itulah, fatwa takfiri menjadi sandaran untuk berjuang, sekaligus sebagai benteng kekebalan yang kuat menyelamatkan diri dari kesalahan.  

Anda faham maksud saya? Ia bermula dengan isu dan pergaduhan titik bengek. Sekumpulan budak-budak menconteng ayat di dinding sekolah, berbunyi KAMI MAHU JATUHKAN KERAJAAN.. Kemudian askar melihatnya dan menangkap budak-budak tersebut.

Kemudian budak-budak itu diseksa sehingga salah seorangnya meninggal. Kemudian ibubapa budak itu,  jiran-jirannya, sahabat-sahabatnya, kaumnya, kabilahnya & bangsanya ikut mengamuk sehingga menjadi perang saudara. Munasabahkah permulaan cerita itu?

Permulaan cerita itu mungkin benar seperti itu, tetapi sengaja diperbesar-besarkan sehingga menakutkan. Perkara seperti itu tidak pernah terjadi di Malaysia, bahkan di Indonesia, Singapura. Thailand dan lain-lain negara sekalipun.

Cerita itu sengaja diperbesar-besarkan, diperluaskan dan disebarkan untuk menampakkan kejahatan rejim Basyar Al-Assad. Maksudnya supaya majority rakyat bangkit marah dan melawannya.

Tidak mungkin budak yang hanya berusia sekitar 13-15 tahun menulis ayat setajam itu? Tidak mungkin pula askar menyeksanya (dikatakan mencabut kuku) sehingga mati? Tidak mungkin pula askar-askar Syria yang dianggap paling baik dan warak dalam sejarah ketenteraan Asia Barat sanggup melakukannya. Semuanya tidak mungkin.

Perkataan “tidak mungkin” itu sangat besar sehingga saya terpkasa melihatnya sebagai cerita rekaan yang sengaja ditokoktambah. Semua wayang gambar ini datang dari Barat. Tok Dalang (pemain)nya ialah Kelompok Syaitan iaitu AS-NATO-Zionis. Dan penontonnya pula ialah umat Islam seluruh dunia.



Di Syria, kita ada dua pihak yang bertentangan. Kononnya, kerajaan Basyar Al-Assad (Syiah) itu kejam dan zalim. Sementara Barisan Pemberontak Syria (Sunni) itu golongan baik yang mesti dibantu dan disokong. Dengan kata lain, peperangan ini adalah pertarungan antara baik dan jahat.

Kami tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Istilah baik atau jahat itu adalah slogan religious-sektarian yang dicanang oleh Barat. Memang ada beberapa perkara yang tidak betul dalam Syiah, tetapi penyelesaian secara perang bukanlah kehendak agama. Kami tidak bersetuju sama sekali.

Selepas ini kami akan mendedahkan beberapa perkara tentang Barisan Pemberontak Syria yang patut anda tahu. Mereka pun jahat dan zalim juga. Sila pastikan bahawa anda tidak diperbodoh-bodohkan oleh berita yang tidak benar atau pertimbangan yang tidak sihat.

WATAK SEBUAH LAKONAN
Saya selalu menyebut sejak dahulu bahawa Yahudi & Agen-agen Dajjal itu merancang sesuatu (maksudnya mempunyai agenda) kepada kita sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Bahkan mereka tidak pernah ikhlas sama sekali. 

Mereka akan berbuat apa sahaja untuk meranapkan kita. Dan dalam contoh penggulingan Muammar Ghadafi di Libya, berbekalkan [1] sebuah fatwa, [2] sekelompok manusia bodoh dan [3] kotak pemikiran lama seperti pola fikir 1.000 tahun lalu, maka kita terus percaya bahawa kelompok AS-NATO-Zionis adalah tonggak pendukung setia Muslimin dalam berjihad menghadapi rejim diktator seperti Muammar Ghadafi.

MEREKA BUKAN HERO KITA
Begitu jugalah dalam kisah Saddam Hussein, Taliban di Afghanistan, Basyar di Syria dan sebagainya. Apa perlunya kelompok AS-NATO-Zionis menjadi hero kepada umat Islam? Tak mungkin mereka tiba-tiba menjadi sangat religious (warak) menolong kita sedangkan mereka itulah bangsa jahat, zalim dan bebal.  

Di sinilah  fatwa takfiriyah dari segolongan ulamak Islam diperlukan dan digunakan untuk mencapai tujuan tersirat mereka (AS-NATO-Zionis). Di sinilah terjeratnya ulamak Islam seperti Syeikh Yusuf Al-Qaradawi itu.

Sekarang mari kita menghitung menggunakan akal sihat terhadap hal ehwal konflik Syria yang kelihatannya lebih kompleks. Terdapat dua perkara yang digambarkan negative terhadap Basyar, tetapi kedua-duanya tidak berhasil meranapkannya.

PERKARA PERTAMA (GAMBARAN PALSU)
Sejak krisis politik berlangsung di Syria,  media Barat dibantu petrodolar Wahabi dan takfir telah bekerja keras memberitahu dunia tentang ramainya rakyat Syria menentang Basyar.

Dengan kata lain, mereka cuba membesarkan saiz gelombang penentang Basyar Al-Assad.

Ini agak lucu. Kerana kebenarannya tidak seperti itu. Sebagai contoh,  di dua kota terbesar Syria, Damsyik dan Aleppo, jumlah pendukung Assad yang mengadakan tunjuk perasaan jauh lebih besar dibandingkan dengan penentang Assad. Kenapa tidak disiarkan dalam media massa?

Maka ia menunjukkan bahawa Kelompok Syaitan (AS-NATO-Zionis) cuba memburuk-burukkan Basyar dengan memberI gambaran palsu yang rakyat membencinya.

PERKARA KEDUA (KEJAHATAN BASYAR)
Selepas usaha pertama gagal, maka Kelompok Syaitan menggunakan resepi kedua. Mereka cuba memberi gambaran kepada dunia bahawa Basyar ini jahat. Kononnya, dia akan membantai siapa sahaja yang menentangnya. Usaha ini pun gagal.

Pelbagai bukti telah menunjukkan sebaliknya: Para penentang Basyar (dalam konteks politiknya, Barisan Pemberontak Syria FSA) didapati telah menyerang dan membunuh polis yang mengawal tunjuk perasaan.

Kemudian dalam tunjuk perasaan itu, digambarkan polis bertindak ganas terhadap penyerang. Ada 2 tujuan di sebalik penyiaran itu. [1] mengelabui kecilnya jumlah barisan pembangkang & [2] membangun pandangan umum tentang kejahatan & kekejaman brutal  Assad.

Dan anda mesti tahu, bahawa media sosial seluruh dunia tidak banyak menayangkan kekejian pihak pemberontak, khususnya aksi kanibalisme Abu Saqqar di wilayah Qusair.

Bahkan tidak ada penyiaran tentang kata-katanya yang keji, SAYA TIDAK MENYESAL MELAKUKANNYA. Kalau anda mengatakan Barisan Pemberontak Syria ini baik kerana ia Sunni, nyata anda silap.

Nampak sangat kepada kita bahawa Barisan Pemberontak Syria itu hanya alat kepada Kelompok Syaitan untuk mencapai segala cita-citanya. Barangkali mereka lupa bahawa Kelompok Syaitan itu sangat jahat dan buta sebelah matanya.

PERKARA KETIGA (RELIGIUS-SEKTARIAN)
Oleh kerana kedua-dua perkara (resepi) di atas gagal menjatuhkan Basyar, maka mereka memilih resepi ketiga. Resepi inilah yang dipanggil Religius Sektarian (peperangan kerana mahzab agama).

Kalau anda melihat cara Yahudi & Agen-agen Dajjal menjatuhkan seseorang pemimpin yang tak disukai, mereka akan memberi pelbagai label kepada tokoh berkenaan. Saddam Hussein digelar dictator, kejam, kuku besi dan sebagainya.

Muammar Ghadafi dianggap kejam, tak adil, tak berhati perut dan sebagainya. Mohamad Mursi dianggap tak cekap, tak adil kepada seluruh rakyat dan sebagainya.

Basyar Al-Assad juga ditohmah begitu, tetapi kesannya tak kuat. Maka dipilih religious sectarian. Untuk menjayakannya, mereka memerlukan seorang pemberi fatwa. Di sinilah, saya merasakan bahawa saya tidak boleh bersetuju dengan fatwa Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.

SAYA TIDAK BERSETUJU
Sama anda bersetuju atau tidak, terpulanglah kepada anda. Tetapi saya tidak bersetuju sama sekali. Ada 3 sebab yang kuat kenapa saya tidak bersetuju.

[1] Fatwa Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi menyeru supaya pemuda-pemuda Islam berjihad menentang Basyar sejalan dengan cita-cita AS-NATO-Zionis (dipanggil juga kelompok Syaitan) untuk menjatuhkan Basuar.

[2] Fatwa itu datang kemudian dari cita-cita Kelompok Syaitan. Ini bermaksud bahawa fatwa Al-Qaradawi itu adalah alat untuk menjayakan cita-cita jahat kelompok Syaitan.

[3] Fatwa itu berat sebelah atau semacam tidak adil. Kenapa pemuda-pemuda Islam tidak disuruh berjihad ke Palestin, Iraq, Afghanistan, Mymmar dan sebagainya?

Sebab itulah, saya mengatakan fatwa ini hanyalah alat untuk memuaskan nafsu Kelompok Syaitan. Mereka sudah kehabisan cara dan merancang supaya pertempuran Sunni-Syiah ini lebih teruk dan parah.

BERFIKIRAN KRITIS & LUAS
Mari sejenak kita mengamati masalah konflik Syria ini  dari pelbagai sudut. Kita jangan terburu-buru percaya kepada sumber A atau B atau C. Seelok-eloknya kita berfikiran kritis dan meluaskan cakrawala pemikiran kita.

Memang benar majaority rakyat Syria penganut  mazhab Sunni (ASWJ). Tetapi, ada banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di sekelilingnya.

Apakah majority penganut mazhab ini berada di pihak pembangkang? Atau mereka juga pendukung setia Basyar Assad? Jawabannya beragam.

Pertanyaan lainnya: Apakah kelompok pembangkang benar-benar memberontak berdasarkan motif sektarian (perbezaan mahzab Sunni-Syiah) ini? Jawabannya jelas tidak.

Anda tahu mengapa? Karena barisan pemberontak Syria itu pada dasarnya merupakan gabungan pelbagai pihak  yang terdiri dari pelbagai latarbelakang agama, mazhab dan etnik.

Mereka juga bertelagah sesama mereka dalam urusan pengagihan bantuan senjata dari AS, Negara-negara Eropah, Turki dan sebagainya. Mereka tidak mempunyai akar umbi persefahaman yang kuat, kerana masing-masing ada ideoloji dan pembawaan tertentu.

Pertanyaan lain lagi: Apakah AS, NATO, Eropah dan sejim-rejim diktator Arab mendukung Barisan pemberontak Syria (FSA) atas dasar religious-sektarian? Maksudnya, adakah mereka menyokong FSA kerana dia Sunni dan membenci Basyar kerana dia Syiah?

JAWAPANNYA IALAH TIDAK
Jawabannya jelas tidak, lantaran sulit rasanya kita membayangkan Blok Barat tiba-tiba menjadi religious (warak, baik, soleh) takkala melihat konflik Syria iaitu  pertembungan antara Sunni dan Syiah sebelum ini.

Semua Sunni yang jujur dan ikhlas juga pasti menolak mazhab Sunni yang bernaung di bawah perlindungan AS- NATO-zionis, apapun alasannya.

Kalau mereka tetap menerimanya, maka kami anggap Sunni demikian sangat rosak akhlaknya. Barangkali mereka lupa kafirrin itu tidak akan redha terhadap mereka (Islam), di manapun mereka berada.

PERTANYAAN-PERTANYAAN LAIN LAGI
Sebaliknya, apakah blok pendukung Assad juga bersikap atas dasar kepentingan dan motif religius-sektarian? Jawabannya juga tidak, kerana negara-negara yang bergabung dalam pakatan BRICS (Rusia, Cina, India, Brazil dan Afrika Selatan) juga tidak bermazhab Syiah-Nusairiyyah-Rofidhoh-Alawi.

Dengan sejumlah fakta di atas, kita tentunya dapat membuat kesimpulan umum seputar konflik Syria. Secara jelas, ia adalah sebuah konflik politik yang bersumber daripada problem politik yang memerlukan pula penyelesaian politik.

Malangnya, kesimpulan umum di atas  inilah yang hendak diabaikan oleh sejumlah penentang Basyar Al-Assad dari kalangan Arab, terutama kerajaan-kerajaan diktator di sekitar Teluk, terutama Qatar dan Arab Saudi. Mereka berdualah yang banyak menjaja memanipulasi motif “ religius-sektarian” di sebalik konflik tersebut.

Apa yang berlaku sungguh jelas. Didukung oleh pemerintah dan ulama takrifiyah, mereka sebenarnya berusaha menterjemahkan semula doktrin George Bush bertahun-tahun dahulu : you are with me or against me.

Bagi mereka, Syria-Iran & Hizbullah adalah paksi syaitan yang sungguh merbahaya di Asia Barat. Bagi mereka, doktrin George Bush itu mesti dibuktikan betul. Tetapi mereka lupa satu perkara. Bagaimana dengan Israel yang berterusan jahatnya?

3 comments:

  1. salam...

    memang beginilah nasib umat islam akhir zaman..kata2 ini bknlah mengeluh atau menyoalkan takdir allah swt...cuma perkara2 begini memang sudah dijanjikan allah swt..lahirnya ulama jahat yg mereka ini sehina2 makhluk di langit dan bumi..

    inilah taktik dajjal laknatullah asuhan syaiton nirrojim utk menjerat umat manusia khususnya islam..

    sungguh mudah mereka memaksa kita menurut kehendak mereka hanya dengan menggunakan ulama2 ini..

    tatkala terang terangan allah mengharamkan riba..maka mereka hadir berfatwa mengharuskan penggunaan duit kertas..mengharuskan pinjaman dengan bank konvensional (sblm ada bank islam)

    bila umat islam sedar nk tukar balik dr duit kertas pada emas..maka pada masa itu lahirlah ulama2 yg mencipta bank islam..maka diharamkan pula bank konvensional dan diharuskan menggunakan bank islam walaupon tidak 100% islamik...

    beginilah caranya mereka mempermainkan kita umat islam yg gagal berfikir sepertimana yg disarankan oleh allah swt dalam quran...

    spt yg ditulis oleh penulis kenapa tiada fatwa jihad di saat penduduk kashmir, selatan thai, palestin, burma, ditindas oleh kafirun laknatullah

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komentar anda...tajam tetapi bernas.

    ReplyDelete
  3. Salam abah.... artkel yang sangat bermanfaat. Teruskan dakwah abah. Kerana golongan Khawarij lah Saidina Ali dan Muawiyah bergaduh. itulah detik hitam dalam sejarah Islam. Hati-hati dengan dengan agenda jahat pihak ketiga. Sama sama kita renungkan kata kata Allah dalam surah Al Hujurat Ayat 6 :
    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

    ReplyDelete