GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday 13 August 2013

CERITA SEBENAR KONFLIK SYRIA (4) Mujahiden Sedunia Memberi Amaran. Adakah Al-Mahdi bersama mereka?



CERITA SEBENAR KONFLIK SYRIA (4) Mujahiden Sedunia Memberi Amaran. Adakah Al-Mahdi bersama mereka? 

Dalam siri (3) dahulu, anda sudah mengetahui bahawa Burhan Ghalioun itu seorang Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan pertentangannya dengan keluarga Assad bermula sejak zaman ayahnya (Hafez Al-Assad)  lagi.

Kemudian beliau juga sangat rapat dengan Ikhwanul Muslimin (IM). Dengan kata lain, jika Yahudi & agen-agen Dajjal tidak menyukai IM, maka mereka juga tidak menyukai Ghalioun.

Kalau begitu, mengapa Amerika Syarikat, Britain, Peranchis, Turki dan lain-lain negara lagi membantu Majlis Kebangsaan Syria (dikenali juga sebagai Barisan Pemberontak Syria) sedangkan mereka tidak menyukainya?

Ceritanya panjang berjela-jela. 3 hari 3 malam pun mungkin tidak selesai. Saya ada beberapa jawapan pendek. Kalau anda sudi mendengar, silakan baca seterusnya.

[1] Protes rakyat yang paling memuncak (yang paling popular) di Syria berlaku pada March 2012 sebagai lanjutan daripada  Arab Spring sebelum ini. Burhan Ghalioun serta-merta memberi sokongannya dalam media massa. Dia juga terus berkerja menyatukan semua pihak pembangkang dalam satu barisan yang kuat. Soalan saya, benarkah mereka kuat (bersatu padu) atau sedang bertelagah di dalamnya?.

[2] Majlis Kebangsaan Syria (Syrian National Council, SNC) telah ditubuhkan lebih awal iaitu pada Ogos 2011 sebagai payung utama untuk menyatukan semua  kumpulan penentang Basyar Al-Assad.

Ghalioun telah dinamakan sebagai pengerusinya. Beliau mendapat pengiktirafan sebagai pemimpin yang dijangka dapat berkerjasama dengan pihak Barat dan puak Islam Syria. Mampukah dia melakukannya? Dan selama mana dia dapat bertahan dengan tugasnya?

[3] Kepimpinannya mendapat kritikan hebat dari awal lagi oleh beberapa orang pemimpin pembangkang. Beliau dirasakan “tidak cukup bagus” untuk tugas kepimpinan tersebut. Nampak sangat mereka tak bersatu, macam kucing dengan anjing.

[4] Sementara yang lain pula berpendapat bahawa beliau sangat rapat dengan  Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin, Mesir) dan dilihat cuba memonopoli kuasa kepimpinan. Apakah Amerika Syarikat suka dengan orang seperti dia?

[5] Ghalioun pada peringkat awalnya menentang konsep “ketenteraan” yang ada pada pembangkang. Sebaliknya beliau lebih suka berkerja untuk mencari punca sebenar kepada masalah Negara Syria itu. Tetapi kenapa terjadi juga perang saudara yang tak selesai sampai sekarang?

Sebelum saya menjawab, saya nak bawa anda kepada amaran Mujahiden Sedunia. Pagi tadi, saya semak senarai komen. Salah satunya dari hamba Allah yang bernama Mujahiden Sedunia (MS).

MS kata, saya ini dah banyak menyeleweng ayat-ayat Allah dan menyuruh saya bertaubat. Dia juga menyuruh saya kembali kepada Al-Quran & Sunnah. Boleh jadi dia marahkan saya kerana saya menyebelahi Basyar Al-Assad dan menentang kelompok Yahudi & Agen-agen Dajjal di belakang Barisan Pemberontak Syria.

SAYA TAK MARAH
Saya tak marahpun kepada beliau, bahkan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya atas anjuran baiknya kepada saya. Selepas ini, insyaallah saya akan banyakkan solat taubat saya & mengkaji tafsir Al-Quran dan hadis-hadis Nabi.

PANGERAN AKRAM
Ini seorang Hamba Allah yang kemudian menyanggah kata-kata MS terhadap saya. Saya mengkagumi kejernihan fikirannya. Dengan kata lain, dia tahu membezakan apa yang sebenarnya berlaku.

Saya menyebut bahawa penentang Basyar itu sebenarnya Yahudi dan agen-agen Dajjal. SNC atau Barisan Pemberontak Syria itu hanyalah alat atau mesin pembajak sahaja. Kalau anda tidak percaya, mari lihat jawapan saya seterusnya.

RENUNGAN (1)
Kita mulakan dengan soalan pertama saya sebelum ini. Soalan saya, benarkah mereka kuat (bersatu padu) atau sedang bertelagah di dalamnya?.

JAWAPAN SAYA : Perlantikannya sebagai Pengerusi SNC tidak mendapat persetujuan sebulat suara. Beliau dianggap kurang berwibawa untuk tugas besar itu. Bahkan kalau anda membaca semula jawapan saya di atas, Nampak sangat beberapa pemimpin lain tidak menyetujuinya.

Bahkan kalau anda mengetahui tentang sukarnya memenuhi kepuasan hati beberapa kelompok pemberontak dalam SNC, tentu anda faham maksud saya bahawa tugas pengerusi SNC itu hanyalah sebagai boneka semata-mata.

Kehidupan dalam SNC itu seperti kucing dan anjing, bertelagah, berbeza pendapat & berkonflik juga satu lumrah bagi mereka. Sekiranya ada yang berpendapat ada penyatuan antara mereka, maka itu merupakan satu pembohongan besar.

Mereka menyerang Basyar atas niat yang berbeza-beza. Saudara MS sendiri boleh mengesahkan perkara ini. Ada yang pergi berperang atas niat politik, agama, taksub kepada fatwa takfiriyah, dendam, kebencian dan sebagainya.

RENUNGAN (2)
Mari kita melihat kemampuannya menjalin hubungan dengan Barat dan kumpulan Islam Syria. Mampukah dia melakukannya? Dan selama mana dia dapat bertahan dengan tugasnya?

JAWAPAN SAYA : Beliau seorang sunni yang baik & mempunyai hubungan rapat dengan Ikwanul Muslimin. Dengan itu, beliau dilihat sangat anti kepada Barat & tidak mengharapkan campurtangannya. Dengan itu, bolehlah kita katakan bahawa perlantikannya sebagai pengerusi SNC tidak disukai oleh Amerika Syarikat.

Akibatnya, dia hanya memegang jawatan tidak sampai setahunpun. Pengantinya, Abdulbaset Seida cuma 5 bulan sahaja. Kemudian pengantinya, Moaz Al-Khateb juga beberapa bulan sahaja. Kemudian naik pula, George Sabra (Kristian) pun sebentar sahaja. Dan sekarang naik pula Ahmad Assi Jabra.

Kesimpulannya, dalam masa 2 tahun, sudah ada 5 orang pemimpin SNC sedangkan Basyar Al-Assad belumpun mati. Adakah anda fikir Al-Mahdi berada dalam kelompok ini?

RENUNGAN (3)
Beliau cuba mengelak peperangan dan tidak menginginkan sama sekali perang saudara. Tetapi kenapa perang saudara berlaku juga? Ikuti huraian kami berikutnya.

JAWAPAN SAYA : Anda perlu membaca kisah penganti-pengantinya selepas ini. Anda perlu kenal Abdulbaset Saieda, Moaz Al-Khateb, George Sabra dan terkini Ahmad Assi Jabra. Betulkah mereka semua mengkehendaki perang saudara di Syria? Kalau mereka tidak mahu, kenapa ia berlaku?

Mari kita ambil contoh Moaz Al-Khateb (bekas imam Masjid). Mari kita dengar katanya kepada Al-Jazeera selepas perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Ketiga SNC.

“Tugas saya hanya menandatangani perjanjian dan dokumen. Kemudian ketua-ketua kumpulan akan melakukan apa yang mereka mahu”

Inilah kehidupan sebenar dalam perjuangan SNC. Dan sebab itulah Moaz Al-Khateb meletak jawatan. Bukan sahaja dia, tetapi mereka yang sebelumnya.

PENGERUSI HANYA BONEKA.
Pengerusi hanyalah sebuah boneka, kemudian ketua-ketua kumpulan pemberontak akan mengambil senjata yang dihulur oleh Yahudi dan agen-agen Dajjal untuk berperang. Mereka akan bunuh dan tembak sesiapa sahaja. Sebab itu, kami tengok ada banyak kecelaruan di Syria. Dan atas maksud itulah, ia dinamakan fitnah besar akhir zaman.

JAMAAH ANSAR AS-SUNNA
Kalau anda membandingkan antara SNC dengan Jamaah Ansar As-Sunna (JAS) di Iraq, ternyata JAS lebih bersistematik dan berorganisasi dalam menentang Amerika Syarikat. Mereka lebih terpimpin dengan ketua yang lebih berwibawa. Silakan anda baca post saya yang terdahulu mengenainya.

KISAH SETERUSNYA
Mari kita teruskan dengan kisah Burhan Ghalioun ini. Dia kemudian dinamakan lagi sebagai pengerusi SNC untuk selama 3 bulan pada February 2012. Keputusan ini menyebabkan bantahan beberapa orang pemimpin lain dan menyebabkan mereka keluar dari majlis.

Pada tarikh 15 May 2012, tugasnya disambung lagi untuk 3 bulan berikutnya. Dalam usahanya untuk menyatupadukan semua kumpulan dalam SNC, Ghalioun mengumumkan buat pertama kalinya sokongannya terhadap bekalan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria (Free Syriaan Army, FSA).

Bila Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (sebuah badan yang mengagihkan bantuan) mengugut untuk meninggalkan SNC, maka Burhan Ghalioun mengambil keputusan lebih awal meletak jawatan 2 hari selepas itu.

MELETAK JAWATAN
Alasannya meletak jawatan mudah sahaja. “Saya tak mahu menjadi calun yang mempelopori perpecahan”. Pngundurannya disambut baik oleh sebilangan pemimpin SNC tetapi dikritik oleh sebahagian pihak yang lain,

Anda faham maksud kata-katanya?. Mari saya jelaskan. Dalam SNC, terdapat banyak kumpulan. Dikatakan ada 114 kumpulan kecil. Masing-masing berebut hendak dapatkan senjata, ubat, selimut, peluru dan sebagainya.  

Kritikan itu memang berasas juga sebab pengundurannya mungkin membawa kepada perpecahan yang lebih teruk & kucar-kacir yang lebih parah. Pada 10 June 2012, dia telah digantikan oleh seorang aktivis Kurdi. bernama Abdulbaset Sieda.

MAKLUMAT LAIN SETERUSNYA
Anda tentu ingin tahu tentang kisah terbaru yang berlaku kepada keluarga Diraja Arab Saudi. Mari kita tinggalkan Syria ini sekejap dan pergi ke Arab Saudi untuk menyiasat mengenai pembelotan Putera Khaled bin Farhan Al-Saud.

Kami tidak menulis hal itu di sini. Silakan anda pergi ke blog saya yang satu lagi, DIA YANG TERSEMBUNYI (rujuk Mybloglists HAMBA ALLAH YANG FAQIR LAGI HINA). untuk mengetahui kisahnya. Insyaallah ada 3 siri semuanya.

Dunia ini memang penuh dengan fitnah yang sukar dikisar dan sukar pula mendapatkan bahannya yang asli. Silakan anda membacanya. Semoga bermanfaat.

1 comment:

  1. "Maka kerana itu, menurutnya, para pembangkang sesebuah negara Arab mestilah berjuang untuk pembaharuan demokrasi di negaranya."

    pembaharuan demokrasi sepatutnya dibaca: pembaharuan sistem politik dajjal). satu lagi produk ikhwan menyokong sistem dajjal?

    ReplyDelete