GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 15 August 2013

CERITA SEBENAR KONFLIK SYRIA (5) Mengenal Seida, Pejuang Kurdish & Jabhah Al-Nusra. Benarkah Jabhah Al-Nusra itu PPHDT?




Saya hendak mulakan post saya hari ini dengan 3 soalan berikut. Kenapa saya mesti berbuat begitu? Tujuannya supaya anda berfikiran bebas atau maksud lainnya tidak fanatik.

Sebelum saya teruskan, saya ingin bertanya. Sudahkah anda membaca Kisah Ekslusif tentang pembelotan Putra Khaled bin Farhan dari keluarga Monarki Arab Saudi? Kalau belum, silakan ke blog saya yang kedua...DIA YANG TERSEMBUNYI (rujuk Mybloglist di bawah).

Bismillah. Terus terang cakap. ,Saya tidak suka kepada manusia yang fanatik. Saya juga tidak suka kepada manusia yang emosional (beremosi) dan  lemah jiwa. Mari kita dengar beberapa soalan berikut. Sebab itu, anda perlu membaca & memahami kehendak soalan-soalan saya di bawah.

[a] Kenapa Abdulbaset Seida (selepas ini di panggil Seida) menjadi Pengerusi SNC selama 6 bulan sahaja?

[b] Di pihak mana, pejuang Kurdish berada? Di pihak kerajaan Basyar Al-Assad atau di pihak penentang kerajaan (SNC)?

[c] Benarkah Jabhah Al-Nusra itu layak dipanggil sebagai Panji-Panji Hitam Dari Timur (PPHDT)? Kalau benar, mengapa mereka sanggup menyerang orang Kurdish & membunuh mereka?



MENGENAL SEIDA
Abdulbaset Sieda, dalam bahasa Arabnya, عبد الباسط سيدا‎ adalah seorang Kurdish, dilahirkan pada 22/6/1956. Dia merupakan seorang tokoh akedemik, sekaligus politikus dari kalangan bangsa Kurdish-Syrian.

Dia merupakan bekas pengerusi Majlis Kebangsaan Syria (SNC), selepas Burhan Ghalioun yang telah saya sebutkan sebelum ini. Maksudnya, dia adalah pengerusi kedua SNC. Tarikh dia mula memegang jawatan ini ialah pada June 2012. Tetapi sama seperti Burhan Ghalioun, dia juga meletak jawatan 6 bulan selepas itu.

Apakah factor yang mendorong dia meletak jawatan? Elok anda teruskan membaca. Insyaallah, anda akan menemui jawapannya.

MAKLUMAT PENTING DARI AL-ALAM
Saya ada satu berita penting tentang Syrian National Council (SNC) atau umumnya dikenal sebagai Barisan Pemberontak Syria. Maklumat ini saya dapat dari agensi berita Al-Alam berpusat di Tehran.

Cerita ini berlaku beberapa hari yang lepas (maksudnya selepas Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini).

Masyarakat Kurdish Syria (puak asal Abdulbaset Seida) telah mengangkat senjata melawan kumpulan Jabhah Al-Nusra  dan kumpulan-kumpulan  Takfiri selepas kumpulan-kumpulan tersebut gagal mematuhi perjanjian yang mereka buat semasa perayaan Aidil Fitri baru-baru ini.

PENOLAKAN MEREKA
“Kami menolak sekeras-kerasnya kumpulan Salafi yang menyerang perkampungan Kurdish di Tel Hassel , Tel Aran and Tal Abyad”., demikian Saleh Muslim Mohammad, Setiaausaha Agung Kurdish Democratic Union Party (PYD)  memberitahu saluran berita TV Al-Alam pada Isnin lalu.

Kami siarkan juga teks Bahasa Inggerisnya sebagai bukti bahawa perkara itu benar-benar terjadi. “We have fiercely repelled Salafi groups who attacked Kudish enclaves of Tel Hassel , Tel Aran and Tal Abyad,”

Dia berkata bahawa orang-orang Kurdish terpaksa memerangi Salafi tanpa menghiraukan mereka itu Islam atau tidak. Ini kerana menurut pendapatnya, jika benar Salafi itu Islam, maka dia tentu tidak melakukan tindakan-tindakan berbentuk jenayah dan penyelewengan.

“Banyak kumpulan bersenjata mengaku sebagai bebas, tetapi Salafi dan Jabhah Nusra (Al-Nusra Fronts) bukan kumpulan bebas dan bukan juga askar yang berorganisi (an organized army),” demikian Setiausaha Agung PYD terus memberitahu Al-Alam.

KISAH LEBIH DETAIL
Masyarakat Kurdish di kawasan Utara Syria mengumumkan genjatan senjata selama 3 hari (selama perayaan Aidil Fitri) sebagai tanda berakhirnya Ramadhan. Walau bagaimanapun, kumpulan pemberontak anti kerajaan ini tidak menghormati genjatan senjata tersebut dan terus melakukan serangan terhadap penduduk.

Tarikh tamat genjatan senjata itu berakhir Ahad selepas Raya. Maka kerana itu,  masyarakat Kurdish terpaksa mengadakan operasi ketenteraan seperti biasa untuk melindungi masyarakatnya.

APA KATA KERAJAAN TURKI?
Pemimpin Parti Kurdish Democratic Union Party (PYD) itu berkata bahawa dalam lawatannya ke Turki, dia telah menjelaskan kepada pihak berkuasa Turki tentang serangan Salafi dan Jabhah Nusra itu, tetapi Ankara (Turki) berkata bahawa ia tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan 2 kumpulan tersebut. Kami hanya menyokong Free Syrian Army (FSA) sahaja.

Demikianlah beberapa kecelaruan dalam SNC. Saya pun tidak faham bagaimana Jabhah Nusra (Al-Nusra Front) boleh terlibat dalam serangan seperti itu. Dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, lantaran ramai orang yang menganggapnya sebagai Panji-Panji Hitam Dari Timur (PPHDT).

MENGENAL SEIDA DARI DEKAT
Anda patut mengenalnya dari dekat dan patut pula mengetahui kenapa dia tidak bertahan lama sebagai Pengerusi SNC.

Abdulbaset Seida (selepas ini dipanggil Sieda) dilahirkan di Amuda, satu kawasan padat penduduk Kurdish di Wilayah Hasakah Utara Syria. Dia mendapat Ph.D dari University Damasyik dan menjadi professor Universiti Libya sejak 1991 – 1994. Beliau banyak mengarang buku tentang orang-orang Kurdish di Syria.

Selepas berkhidmat di Libya, beliau kemudian pergi ke Sweden dan membuat pengkhususan dalam kajiannya tentang sejarah tamadun purbakala.

Dia menyertai SNC dalam tahun 2011 sebagai aktivis biasa (dan bukan sebagai ahli politik) dan kemudian terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi. Dia kemudian terpilih sebagai ketua jabatan Hak Asasi Manusia dalam SNC.

SAYA TIDAK FAHAM SATU PERKARA
Saya sebenarnya tidak faham kenapa Seida menyertai Barisan Pemberontak Syria. Apakah wujud ketegangan antara bangsa Kurdish dengan Basyar? Atau dia Cuma ingin mencari pengaruh untuk mempopularkan dirinya?

Berikutnya, pada Jun 2012, dia telah mendapat mandat untuk menjadi Presiden SNC selama 3 bulan, mengantikan Burhan Ghalioun yang telah memimpinnya sejak 2011.

Pegawai-pegawai SNC mentakrifkan beliau sebagai tokoh yang jujur dan berdedikasi. Beliau dianggap berkelayakan untuk menyatupadukan semua kumpulan kecil dalam SNC dan dianggap juga berkebolehan merayu kepada semua minority etnik dan agama di Syria (yang sebelum ini takut kepada pemberontak) supaya menyertai SNC.

TUGAS UTAMANYA
Selepas pemilihanya, dia berkata tugas utamanya adalah untuk mengembangkan dan memperbaharui semula organisasi SNC. Tujuannya ialah supaya SNC menjadi lebih esklusif dan demokratik.

Di peringkat Syria, dia mahu menguatkan dan mengukuhkan lagi hubungan SNC dengan Free Syrian Army (FSA). Dan kemudian pada peringkat yang lebih tinggi, dia mahu Setiausaha Agung PBB meluluskan Bab 7 PBB  (Chapter VII of the U.N. Charter) yang membenarkan penggunaan tentera dan senjata untuk melawan.

Secara ringkasnya, Seida ini merupakan tokoh yang mengerakkan tindakan tentera FSA terhadap Basyar. Bahkan dia jugalah yang mempersetujui penerimaan bantuan senjata perang, makanan, ubatan dan sebagainya dari Amerika Syarikat & agen-agen Dajjal yang lain kepada Barisan Pemberontak Syria. Bahkan dia jugalah yang menyokong fatwa takfiriyah dan menerima kedatangan para mujahidin dan militant Al-Qaeda.

Atas JASA BAIK yang dilakukannya, tugasnya terus disambung 3 bulan lagi. Tetapi keadaan tidak menyebelahinya. Walaupun beliau disukai oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, termasuk Yahudi, tetapi beliau sangat dibenci oleh bangsanya sendiri.

DIBOIKOT BANGSANYA SENDIRI
Walau bagaimanapun, ramai aktivis dan politikus Kurdish di wilayah asalnya menjauhkan diri daripadanya. Para pembangkang anti kerajaan menaikkan sepanduk mengutuknya dan menganggap dia bukanlah wakil mereka. Alasannya ialah kerana dia menentang PERSEKUTUAN(federalism)

Anda tentu ingin tahu maksud persekutuan atau federalism itu. Mari kita sambung.  

Seorang jurucakap dari Pergerakan Pemuda Kurdish (Kurdish Youth Movement), sebuah pergerakan pemuda yang terbesar dalam kawasan Kurdish di Syria dan merupakan satu komponen dari Majlis Kebangsaan Kurdish  (Kurdish National Council) berkata seperti berikut,

“Sieda (maksudnya Abdulbaset Seida) telah menyertai rangkaian musuh-musuh orang Kurdish” bila dia enggan keluar dari SNC pada March 2012 bila ramai pemimpin Kurdish lain meninggalkannya.

Seorang tokoh pemimpin dari Parti Demokratik Kurdistan di Syria mengatakan bahawa Seida tidak berjuang atas nama agenda Kurdish, sebaliknya dia hanya mewakili dirinya dalam SNC itu.

SAYA BERPENDAPAT BEGINI
Saya tidak faham maksud sebenarnya “rangkaian musuh-musuh orang Kurdish” dalam SNC. Apakah itu ada kaitannya dengan kemasukan rangkaian-rangkaian Al-Qaeda dalam SNC? Kalau benar, maka ada 2 pendapat seperti berikut.

[1] Al-Qaeda pernah menceroboh wilayah utara Iraq (kepunyaan Kurdish) dan menguasainya semasa penentangan terhadap Saddam Hussein. Dengan itu maka ia dianggap sebagai penceroboh kepada wilayah kekuasaan Kurdish.

[2] Abu Musab, seorang pemimpin kanan Al Qaeda selepas Osama bin Laden dan Ayman Al-Azwari adalah rakyat Mesir dan banyak mengembara ke Palestin sebelum masuk ke Iraq dan melebarkan pengaruh di Utara Iraq.

Jika pendapat (1) atau (2) diulas berasingan atau jika dicantumkan bersama, anda akan mendapati wujud dendam lama antara bangsa Kurdish dan gerakan-gerakan tertentu dalam Al-Qaeda, terutama dengan Abu Musab sendiri.

BERITA TERBARU
Kemudian ada berita terbaru dari Asia Barat. Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov berkata bahawa Majlis Keselamatan PBB mesti mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan rakyat Kurdish oleh puak radikal Jabhah Nusra di Syria baru-baru ini.

Lavrov mengatakan perkara tersebut pada Rabu, 13/8/2013 yang mengesahkan tentang pembunuhan 450 orang Kurdish, termasuk di dalamnya 120 orang kanak-kanak.

Kalau benar berita ini, saya menjadi sangsi tentang anggapan umum terhadap Jabhah Nusra (dikenali juga sebagai Al-Nusra) tentang cirri-ciri mereka sebagai PPHDT.  

This was not the first report of such a massacre, but the continued violence is going off the scale. Yesterday there was a new terror attack in Damascus. It must be stopped immediately,” Lavrov said.

“Itu bukan laporan pertama tentang kejadian ini, tetapi tindakan-tindakan ganas itu telah banyak berlaku sebelum ini. Kelmarin terdapat satu serangan ganas ke atas Damsyik (maksudnya pembunuhan itu). Ia mesti diberhentikan segera” Kata Lavrov. 

MASOUD BARZANI
Masoud Barzani, Presiden bagi Wilayah Kurdistan Iraq berkata bahawa dia akan menggunakan  segala cara untuk mempertahankan orang Kurdish yang sekarang diancam oleh pejuang-pejuang  Al-Qaeda (maksudnya Al-Nusra) seperti dalam kes konflik Syria ini.

Kenyataan ini dikeluarkan beberapa hari selepas kejadian itu.  

Dalam suratnya yang dia hantar secara online kepada laman web Kurdistan Regional Government (KRG),  dia mengatakan bahawa dia telah menghantar wakil-wakil Kurdish pergi ke Syria untuk menyiasat laporan ini.

“If the reports are true, showing that citizens, women and children of innocent Kurds are under threat from murder and terrorism, Iraq’s Kurdistan region will make use of all its capabilities to defend women and children and innocent civilians,”

“Jika laporan ini benar yang menunjukkan bahawa rakyat, wanita dan kanak-kanak tak berdosa menjadi mangsa pembunuhan dan keganasan, Kerajaan Kurdish Iraq akan menggunakan segala upayanya untuk melindungi wanita, kanak-kanak & mereka yang tak berdosa”

Setakat ini, tidak terdapat pengesahan dari Kerajaan Syria atau Barisan Pemberontak Syria (SNC) tentang perkara ini. Perkara ini datang dari Stesen Berita Al-Alam berpusat di Tehran, diulas oleh Rusia dan diperbesar-besarkan oleh Kerajaan Kurdish Iraq (KRG).

CERITA DARI SUMBER LAIN
Walau bagaimanapun, terdapat cerita yang hamper sama dari sumber kedua iaitu agensi berita RT. Saya nak maklumkan satu perkara. RT ini badan bebas dan dialah juga yang mengeluarkan berita tentang pembelotan Putra Khaled Farhan baru-baru ini.

RT berjaya mendapat laporan dari sumber-sumber Kurdish yang dipercayai yang mengatakan bahawa pertempuran telah berlaku di banyak tempat semasa kejadian itu.

“Militan Al-Nusra dan lain-lain kumpulan pemberontak mengepung kampong. Mereka kemudian bergerak dari pintu ke pintu dan memasuki setiap rumah. Jika terdapat orang lelaki, mereka akan membunuhnya dan kemudian mengambil wanita dan kana-kanak sebagai tebusan”

KEJADIAN SEBELUM INI
Laporan-laporan ini sebenarnya mengekori apa yang pernah disebut oleh Menteri Luar Rusia bulan lepas bahawa kumpulan-kumpulan Al-Qaeda ini telh menahan 200 orang Kurdish sebagai tahanan.

Kononnya, militant ini membalas dendam atas penangkapan ketua mereka, Abu Musab oleh puak Kurdish.500 orang Kurdish telah dibunuh manakala sebahagian besar yang lain akan dibebaskan dengan syarat pembebasan Abu Musab. Bila Abu Musab dibebaskan, maka 200 orang lagi terus ditahan sebagai tahanan.

“In these areas, there has long been confrontation between the troops of the international extremists affiliated with Al-Qaeda and local Kurdish militias who stood up to protect their homes from attacks by radical Islamists,”

“Dalam kawasan ini, konfratansi berterusan akan berlaku antara militan-militan Al-Qaeda dengan militant Kurdish tempatan yang bangun berjuang mempertahankan rumah dan kediaman mereka”

Demikian kenyataan Menteri Luar Syria, Sergey Lavror pada hujung bulan Julai lepas.

MARI BERFIKIR SECARA KRITIS
Ada beberapa perkara yang menusuk fikiran saya.

[1] Adakah Barisan Pemberontak Syria (SNC) berada di atas landasan yang betul bila ia disertai oleh pelbagai puak yang berbeza kepentingan & saling berdendam antara satu sama lain? Puak Kurdish dan Jabhah Al-Nusra pernah berdendam sejak zaman Saddam Hussein di Iraq. Adakah kemasukan bersama mereka ke dalam SNC boleh membetulkan semua perkara?

[2] Bangsa Kurdish rela berpisah/keluar dari SNC dan memprotes sekuat-kuatnya kemasukan militant Al-Qaeda yang ganas dan kejam itu ke dalamnya? Adakah kita patut menganggap bangsa Kurdish itu kurang cerdik dan matang semata-mata untuk membenarkan tindakan Al-Nusra sebagai PPHDT?

[3] Adakah Basyar terlalu jahat sehingga kita dapat mengkelompokkan YAHUDI, AGEN-AGEN DAJJAL & SEKUTU-SEKUTUNYA ke dalam kumpulan yang sama dengan FSA, Jabhah Nusrah, Mujahidin dan sebagainya dan menamakan mereka sebagai sunni yang baik dan beriman?

Silakan anda jawab sendiri. Dan pastikan suara anda itu tidak sampai kepada telinga saya. Saya menyoal dan anda menjawab. Sekian. Terima kasih.

9 comments:

  1. Abah, RT tu bukan agensi berita Russia ka?

    ReplyDelete
  2. abah baru siap membuat semakan. Memang benar katamu, ia sumber berita Rusia. Terima kasih kerana membetulkan abah. Semoga Tuhan sts merahmati kamu dan abah juga dalam kebenaran.

    ReplyDelete
  3. abah... ni lari sikit dr tajuk.. apa pandangan abah tentang hujan meteor yg berlaku di malaysia baru baru ini..kelihatan begitu indah menerangi langit bila saya melihat dlm internet gambarnya.. jujur saya tdk melihat secara langsung..

    gayanya menerangi seluruh langit tanah melayu.. cantik..

    saya bertanya kerana saya selalu mengikuti catatan abah.. saya ingin bertanya sesuatu tapi saya mau melihat dulu jawaban abah..

    terima kasih abah..

    ReplyDelete
  4. abah belum melihatnya. kalau meteor ini kelihatan di yaman, itu tandanya al mahdi sudah sangat dekat. Abah mahu tahu juga adakan meteor ini kelihatan di indonesia. Nanti abah bertanya rakan2 di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah.. ingatlah tarikh mlm jatuhnya meteor menerangi langit di tanah melayu teramat penting seperti yg selalu abah doakan dlm tulisan abah.. setau saya tdk ada di indo.. ini mungkin baru permulaan.. doakan kita semua berjaya melalui dugaan dunia akan dtg.. mungkin peperangan di bumi islam akan bertambah dahsyat.. ingat tarikh itu ya abah..

      Delete
  5. Fenomena tahunan ini lebih berkaitan dengan percikan dari komet yang di beri nama "Swift-Tuttle" dgn pusingan orbit setiap 113 tahun dan tahun ini dikatakan yang terakhir sehingga pusingan seterusnya dijangka pada 2125. Kalau fenomena yg di atas saya lebih cenderung menurut nota yg saya sertakan.

    Sebahagian post saya mengenainya; Bagus saya tengok ramai yang minat dan terlompat-lompat "excited" darihal fenomena hujan meteor ini. Namun jangan lupa untuk turut menilainya dalam konteks Islam dan akhir zaman. Kekerapan berlakunya fenomena-fenomena langit sejak akhir-akhir ini ada hubungkait yang jelas dengan perancangan-perancangan jahat dan tersembunyi kelompok-kelompok perosak dan pelaku fasad mukabumi ALLAH SWT.

    Beberapa ayat Al Quran menjelaskan rumusan kepada kita bahawa fenomena langit berupa limpahan meteor atau tahi bintang yang berjatuhan ke mukabumi adalah kejadian langit yang digunakan untuk melontar syaitan, yang cuba mencuri berita dari langit. Keterangan yang serba jelas dan terperinci ada dalam hadits Abu Hurairah (Riwayat Sohih Bukhori: 4800)
    Pautan saya: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=385246088264057&l=e54540c251


    Untuk perhatian saudara, sekiranya dalam konteks Imam Mahdi, kami lebih cenderung memerhatikan pada fenomena yg dijangka berlaku di suku ke4 tahun ini (Oct-N0v-Dec) darihal penemuan sebuah komet terbaru pada tahun lepas yg digelar Komet C/2012 S1 (ISON).

    Komet ISON ini dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu dijangka boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Allahu a'lam

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas info anda. Saya sedang menyiapkan sebuah artikel tentangnya serta meteor2 lain yang bersangkutan. Keadaan nampaknya semakin jelas sekarang. Wallahu ahlam.

    ReplyDelete
  7. Oh,begitu rupanya keadaannya skrg di syria .baru sy fhm.. Maklumlah skrg kita di akhir zaman. Bnyklah perpecahannya. Wlaupn begitu tuhan maha adil kpd hamba2 nya.. Situasinya skrg ni rakyat syria terpaksa berperang. . Andai mereka mati di wktu perang ini Allah akn bangkitkan mereka atas niat masing-masing.. MZB .salam.

    ReplyDelete
  8. Spin Casino | The Best Casino Site In Asia | ChoEgocasino
    Spin Casino is a popular online casino in Asia. The company has more 카지노사이트 than 5000 online casino games including 바카라 사이트 slots, roulette, blackjack, deccasino baccarat,

    ReplyDelete