GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 14 August 2013

MESIR (1) Tragedi Berdarah 14 Ogos 2013.



MESIR (1) Tragedi Berdarah 14 Ogos 2013. Hari ini saya merenung pemandangan jauh di depan mata saya. Hati saya berkotak katik mengenang pelbagai jenis fitnah yang menyerang Negara Islam. 

Pelbagai jenis fitnah bercampur gaul di dalam satu bekas sehingga sulit mengenal nasi, ikan, sayur dan sambal. Mana satu patut ku ambil dan suap ke mulutku?

Fitnah Syria berlaku antara Sunni dan Syiah. Syeikh Al-Qaradawi terang-terangan memihak kepada Barisan Pemberontak Syria (kebanyakannya Sunni) dengan bantuan peralatan perang, ubatan, logistik datang dari Amerika Syarikat, Britain, Perachis, Turki dan sebagainya.

YAHUDI DI BELAKANG MEREKA
Dengan kata lain, Yahudi berada di belakang mereka. Dia siap menerkam Basyar untuk menyembelihnya tanpa belas kasihan dan meminum darahnya. Basyar dikepung oleh musuh-musuhnya tanpa sedar atau tidak sedar. Tetapi ramai orang tidak faham bila saya menyebelahi Basyar. Sejahat-jahat Basyar, dia masih mengucap syahadat & mendirikan solat seperti kita,



Yahudi bukan sahaja berada di Syria, tetapi di Mesir juga. Apa yang terjadi di Mesir sekarang adalah rentetan permainan Yahudi dan agen-agen Dajjal. Pertempuran antara kelompok secular (gabungan tamarood, tentera, polis, koptik, secular dan sebagainya) dengan Ikhwanul Muslimin (IM) juga permainan Yahudi.

CUKUP MARAH DAN GERAM
Hati saya cukup marah dan geram takkala mendengar berita bahawa pasukan tentera dan polis Mesir mulai melancarkan serangan terhadap penyokong mantan presiden,  Muhammad Mursi, di Dataran Rabiah Adawiyah dan Dataran Al Nadhah, Kairo, pada hari ini, Rabu, 14/8/2013.

Bertambah geram saya kerana nama Rabiah Adawiyah (biasa juga dipanggil Rabiatul Adawiyah) adalah nama seorang wali wanita yang sangat tinggi mahabbah (cinta) kepada Tuhan. Sepatutnya semua rakyat Mesir berkasih-sayang sesama mereka. Sepatutnya tentera dan polis Mesir mengasihi rakyat umum dengan menjaga keamanan. Itu mahabbah juga namanya.

SUDAH BANYAK BUKTI SEBELUM INI
Tetapi Yahudi mengeledik masuk ke dalam politik Mesir dengan merasuk Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi mengulingkan Mursi. Jangan bertanyakan saya bukti-buktinya, kerana semuanya telah saya sebutkan sebelum ini. Kalau Setiausaha Keselamatan AS dapat memberi amaran sejam lebih awal kepada Mursi sebelum penggulingannya, itu tandanya Yahudi tahu semua perjalanan cerita. Titik. Noktah.

Bahkan Sisi sekarang terus bertambah tolol dan bebal sesudah kegagalannya memujuk Mursi melepaskan jawatannya. Dia sekarang mahu membantai IM habis-habisan, by hook or by crook, walau terpaksa menumpahkan banyak darah dan nyawa.

TRAGEDI BERDARAH MESIR
Inilah yang saya sebut dan tulis sebagai TRAGEDI BERDARAH MESIR. Saya menganggap Mesir itu sebagai negara saya, rakyatnya sebagai saudara saya, wanita-wanita tua itu sebagai ibu-ibu saya dan ulamak-ulamaknya sebagai guru-guru saya.



Saya mencintai Mesir sepenuh hati saya. Mesir itu dekat di hati saya kerana keramahan penduduknya, kerana keberkatan padanya dan kerana keutamaan gedung ilmunya. Alangkah ruginya kalau Mesir musnah dan hancur. Alangkah ruginya.

SERANGAN BERMULA
Wakil agensi berita, Antara  dapat melihat gas pemedih mata yang tebal menyelimuti Dataran Rabiah. Kereta kebal dan lori tentera bergerak dari Jalan Yusuf Abbas dan Jalan Tairan dari arah Jalan Salah Salim.

Serangan itu mulai dilancarkan sekitar pukul 7.00 pagi waktu setempat atau sekitar pukul 12.00 WIB.

Tentera mengepung kota Kairo dari seluruh pintu masuk dan keluar. Mulai dari jalan Port Saed di Kairo dan memerintahkan semua kendaraan untuk memutar arah.

BEKALAN ELETRIK DIMATIKAN
Bekalan elektrik di Dataran Rabiah Adawiyah kemudian dimatikan pasukan polis. Anda tentu ingin tahu kenapa? Kerana mereka tak dapat menghalang pihak media (suratkhabar, TV dan sebagainya) daripada memasuki medan dan merakam kejadian.

Tetapi dengan mematikan lampu, keadaan menjadi samar dan kelam. Kemudian ada orang melaporkan,  pelaku-pelaku penyerangan adalah agen-agen Israel. Mereka melakukan 100 % kerja-kerja pembantaian seperti yang pernah  dilakukan Israel.

Kami tidak pasti samada mereka itu memang benar-benar agen Israel atau dugaan semata-mata. Tetapi kami cukup percaya kalau ada orang mengatakan, mereka pernah mendapat latihan keras “kerja-kerja pembantaian” seperti yang terdapat di Israel.

TEMBAKAN SENJATA BERAT
''Tembakan senjata berat terdengar menggelegar, ribuan penunjuk perasaan termasuk perempuan dan anak-anak panik,'' sebut laporan Antara.

Bahkan menurut channel TV Al-Ahrar, korban syahid berjumlah hampir 450 orang syahid manakala yang luka melewati angka 10,000 lebih

Kami tidak pasti samada angka itu benar atau sengaja ditokok tambah. Tetapi angka-angka bandingan yang sampai kepada kami menunjukkan jumlah yang relative besar juga. Sesungguhnya serangan tentera dan polis Mesir terhadap IM sangat kejam dan sadis.

TERUS DIPENJARAKAN
Bahkan tidak mengejutkan juga jika selepas ini Mohamad Mursi akan terus dikurung selama 15 hari lagi.  Menteri Dalam Negeri Mesir, Muhamad Ibrahim akhir minggu lalu pernah mengatakan, Mursi berkemungkinan akan dipindahkan ke Penjara Tora tempat mantan Presiden Husni Mubarak ditahan.

Penjara Tora terletak di pinggiran Ibu Kota Kairo, Mesir.

Pada Jumaat lalu, Pengadilan Mesir memerintahkan Mursi ditahan selama 15 hari lagi untuk proses penyiasatan atas tuduhan pengintipan (spy)  dan hilang  dari penjara pada 2011 saat kerusuhan penggulingan Husni Mubarak, seperti disiarkan surat khabar Xinhua, Cina minggu lalu.

Ibrahim juga menambah kata,  ketua jawatankuasa penyiasatan akan memutuskan di mana akan menahan Mursi selepas itu, walaupun ada ura-ura akan ditahan di Penjara Tora.

KHABAR-KHABAR ANGIN LAIN
Walau bagaimanapun, wujud juga khabar-khabar angin yang berbeza. Media setempat melaporkan Mursi kemungkinan akan ditahan di A'aqrab atau "Penjara Scorpio" untuk menghindari Mursi ditahan di penjara yang sama dengan Mubarak.

Sebelumnya pihak tentera menyatakan Mursi kini masih berada dalam tahanan di markas militer Garda Republik di Kairo.

Kita berhenti di sini dahulu. Dan sebelum berpisah, saya ingin memberi nasihat pribadi kepada semua. Tegakkanlah solat 5 waktu pada awal waktu. Segeralah menunaikannya pada saat kamu mendengar azan. Mudah-mudahan nasihat pertama dari sekian banyak nasihat Imam Hassan Al-Banna ini berguna untuk saya dan seluruh kaum muslimin.

Saya juga sedang menulis kisah ekslusif tentang pembelotan Putra Khaled bin Farhan Al-Saud dari keluarga Diraja Arab Saudi. Saya merancang 3 siri kisah ekslusif. Silakan membacanya di blog DIA YANG TERSEMBUNYI (rujuk My Bloglist)  supaya anda tahu kisah sebenarnya.

Terima kasih. Jumpa lagi.

7 comments:

  1. Salam sejahtera,
    Abah Yth,
    Menyimak apa yang abah kaji tentang suriah, saya melihat ada yang kurang tepat, karena abah selalu menonjolkan SNC. Informasi yang saya dapatkan bahwa di suriah ada kelompok SNC (sekuler), mujahidin jabhah nusrah dll (bercita-cita mendirikan kekalifahan/daulah islam), FSA (ada yang Ke SNC dan sebagian ke mujahidin). Informasi tersebut, saya dapatkan dari arrahmah.com. Dugaan saya insya allah,mujahidin jabhah nusrah dll adalah merupakan salah satu pasukan panji hitam. Terimakasih. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Abah juga sedang mengkaji FSA dan beberapa kelompok mujahidin. Tanpa mengira siapa, kita mesti mengatakan yang benar dan menyokong pula yang benar. Kalau abah tersilap, maafkan abah & abah sedia menerima pembetulan.

    Wbp, abah tetap akan mebuat semakan & penyelidikan untuk mengetahui yang benar di dalamnya. Terima kasih di atas teguranmu, anakku. Semoga Allah merahmatimu & kita sekalian.

    ReplyDelete
  3. Abah juga pernah mendengar khabar bahawa jabhah nusrah itu adalah panji-panji hitam dari Timur. Tetapi pengesahan ttg itu belum ada. Mendengar sahaja tidak cukup tanpa pemerhatian mendalam.

    ReplyDelete
  4. ALAF BARU "THE 21ST CENTURY" telah bermula pada tahun 2001. Year 2001 was the year of the Karmic Snake. For 12 years the Snake shedding the skin. And now the Karmic Snake reborn in year 2013. All unsettled issues in year 2012 during reign of the Mighty Dragon will be accumulated resurfaced and burst in the year of the Karmic Snake. Once uncoiled the Karmic Snake will attack with no mercy....

    ReplyDelete
  5. 2013 YEAR OF THE KARMIC SNAKE... Ancient Egypt was the land of the Pharoah. Where his prides, powers and Majestic Crown were symbolised by the sleeky sensuous Snake. A "Dark Stranger" travels a smooth road free of entanglements. A "one-eyed" lame man steps on the Snake's tail for sure the Snake bites. Cautiously stepping on the Snake's tail, one is not harmed. Conquering aggression only the Serpent Charmer will tame the Snake...

    KONFLIK DISYRIA DAN DIMESIR.. Kemelut diSyria sudah sekian lama berlarutan. Belum sempat reda diSyria, Dunia Islam bergolak lagi, kini timbul pula konflik politik diMesir. Dalang disebaliknya tidak lain percaturan licik Dajjal Al-Masikh dan Yakjod Makjod, bagi mereka tertapak kukuh. Pembunuhan kekejaman terhadap Ummat Islam sudah melampaui batasan. Apakah itu petanda2 kemunculan Imam Mahdi sudah dekat..?? Allahu'alam... Man Plans but God Laughs..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Abah.

    Hati saya juga cenderung untuk mengatakan Jabhah Al Nusra itu terasing dari kelompok NSC kerana perbezaan matlamat perjuangan mereka. Mungkin juga pejuang Jabhah Al Nusra ini termasuk dalam golongan Panji Hitam dari timur.

    Wallahu A'lam

    Farid Arifin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamau mesti banyak mengkaji untuk melihat jabhan al nusra itu dari sudut yang lebih tepat. Yq

      Delete