GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 16 August 2013

MESIR (2) Keadaan Semakin Bercelaru Dan Merosakkan. Di mana PBT Dan IM di dalamnya?



Sepanjang hidup saya, selalu sahaja saya terdengar. Si Polan itu mukanya serius, nampak bengkeng, cengil tetapi hatinya baik. Jiwanya pemurah.

Ada pula yang lain. Katakan Si B. B itu mukanya manis. Kalau bercakap, lembut gigi dari lidah. Kata-katanya menyenangkan. Tetapi hatinya, masyaallah jahat seperti serigala. Suka mengumpat, menghina, mencela & adu domba. Dia itu syaitan.  

BAYANGAN CERITA DI ATAS
Kejadian berdarah di Mesir adalah bayangan dari 2 maksud cerita di atas. Ikhwanul Muslimin (IM) digambarkan jahat dan ganas, seolah-olah IM itu "Islam Radikal Paling Muwahidun".

Junta tentera Mesir pada dasarnya adalah sekelompok talibarut Amerika yang dikelola dengan gelontoran biaya dari King Abdullah Arab Saudi. Bahkan menurut Saudi Assange (nickname kepada Mujtahid), King Abdullah telah membiayai sejumlah wang (sekitar $1 billion) bagi pengulingan Mursi sebelum ini.

Maka kerana itu, diktator Al-Sisi harus mengikut perintah Amerika dan menerjunkan negaranya ke dalam perang saudara dengan dukungan penuh negara-negara Arab terutama Arab Saudi  dan  Emiriah  Arab Bersatu (UAE).

KEJAHATAN MELAMPAU
Apakah Yahudi, AS dan sekutu-sekutunya benar-benar ingin menghancurkan Mesir, sesudah telah menghancurkan Irak dan Syria?  Jawabannya, iya dan pasti.

Keganansan berdarah Mesir, 14/8/2013 menyaksikan bahawa mereka benar-benar nekad meneruskan cita-cita gila mereka. Dan lebih teruk daripada itu, sebahagian besar pemimpin Arab menyokong keganasan yang dilakukan pihak berkuasa keselamatan Mesir terhadap penyokong IM.

KEBIMBANGAN PENGARUH
Tindakan itu dipercayai kerana bimbang pengaruh kumpulan Islam itu yang kian berkembang sejak Revolusi Arab mengancam kuasa mereka, kata penganalisis.

Sejak penggulingan Mursi pada 3/7/2013 lalu, para penyokong Mursi membina khemah penunjuk perasaan di Kaherah dan berjanji akan kekal di situ hingga bekas pemimpin terbabit yang kini ditahan, dikembalikan jawatannya.

Kerajaan Sementara Mesir mengarahkan mereka bersurai dan selepas beberapa lama tertangguh, anggota polis yang disokong tentera menyerbu khemah itu Rabu lalu. Jumlah kematian akibat pertempuran kedua-dua belah pihak di ibu negara dan seluruh Mesir menjangkau 600 orang.

Hanya Qatar, penaung Ikhwan dan Tunisia, dengan Parti Ennahda yang memerintah mempunyai kaitan dengan Ikhwan, mengecam keras keganasan yang berlaku.

“Semua pemimpin monarki di Teluk kecuali Qatar dan Jordan bimbang revolusi Ikhwan akan dieksport ke negara mereka,” kata profesor Universiti Paris-Sud, Khattar Abou Diab.

“Atas sebab itu, mereka berharap Mesir diperintah semula oleh parti sekular,” katanya.

BERPERANG DENGAN SENJATA
Kemudian timbul khabar angin bahawa IM akan mengangkat senjata menentang polis dan tentera Mesir. Bila ini berlaku, maka gelaran "Islam Radikal Paling Muwahidun" akan disasarkan kepada IM.

Bagi saya, kesanggupan mereka itu bukan sekadar kepada polis dan tentera Mesir, tetapi kepada Yahudi dan agen-agen Dajjal itu sendiri. Bahkan anda jangan terkejut, kalau nanti anda menjumpai berita yang agen-agen Israel dan peralatan senjata mereka digunakan dalam keganasan baru-baru ini.

Kita jangan hanya menyumpah, “Sisi gila, Israel berok, Amerika Dajjal” atau lain-lain perkataan berbaur kemarahan dan kegeraman terhadap mereka. Langkah paling baik ialah menyedari bahawa kekalahan dan tangisan kita hari ini tidak akan selamanya begini.

Kita hanya perlu berusaha dan berjuang. Kuatkan semangat, bulatkan cita-cita, teguhkan tekad, tawakkal kepada Allah, kemudian terjunlah ke medan perjuangan. Insyaallah, Allah SWT akan menggantikannya dengan kemenangan dan senyuman.

PBT DAN AL MAHDI
Pemuda Bani Tamin (PBT) akan datang. Tetapi bila dan di mana, saya sendiri pun tak tahu. Yang saya tahu, dia berdiri di atas peperangan (maksudnya di atas darah & air mata). Boleh jadi Mesir ini tempatnya. Entahlah. Wallahu Ahlam.

Untuk mengetahui sedikit cerita mengenainya, sila ke Blog DIA YANG TERSEMBUNYI, baca post terbaru kami, KEMUNCULAN IMAM MAHDI (4) Saatnya semakin dekat & dekat.

Imam Mahdi (Al-Mahdi Al-Muntazar) pun akan datang. Tetapi bila dia muncul, saya pun tak tahu. Semuanya menjadi semakin sukar dan kompleks. Negara-negara Islam (tempat dijangka keberadaan sosok Imam Mahdi) pun telah dimusnahkan seluruhnya. Tetapi tak jumpa-jumpa. 

Dimanakah dia sebenarnya? Ada pihak berkata, Asia Tenggara (AT) akan digeledah selepas ini. Kononnya AT berada pada ranking ke 13. Saya berani jamin, Yahudi & agen-agen Dajjal tetap gagal menemuinya. Mereka itu bebal dan bodoh.

Mari kita tinggalkan kisah itu. Malas saya nak fikir benda-benda macam ini. Sosok Imam Mahdi itu pasti ada. Biarlah Allah sahaja yang menjaga kekasihnya dan memberinya sebaik-baik perlindungan.

TIGA HAL PENTING
Mari kembali kepada kisah Mesir di atas. Sesungguhnya ada tiga hal yang akan menyebabkan gerakan Ikhwanul Muslimin akan mengangkat senjata terhadap musuh-musuh mereka. Mari kita melihatnya dengan teliti.

[1] Ikhwanul Muslimin akan menjaga maruah kewujudan dan harga diri gerakan mereka. Dengan kata lain, IM adalah anak dari bapa yang teraniaya. Sang anak mesti menunjukkan keberanian dari keberanian bapa sebelum ini.

[2]. Ikhwanul Muslimin akan berusaha membebaskan semua pejabat tinggi gerakan yang ditawan oleh tentera. Ini bermaksud semua pemilikan harta IM akan terus dipertahankan sekalipun pernah dirampas/disita oleh mereka yang zalim dan jahat.
 
[3]. Ikhwanul Muslimin akan menjaga demokrasi dan mempertahankan presiden mereka yang terpilih secara demokrasi. Menganggap bahawa presiden itu adalah bapa kepada rakyat Mesir umumnya dan kepada IM khususnya, maka mempertahankan demokrasi itu adalah satu kewajipan moral yang tinggi.

MEREKA MESTI
Bagi saya, IM mesti mempertahankan eksistensi (kewujudan)nya dan mengubur dalam-dalam pengkhianatan Kerajaan Arab-Arab berigal, terutama Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ikhwanul Muslimin akan menggelar perang ini sebagai   perang suci demi maruah dan harga diri mereka. Dan saya juga berkata begitu. Ini perang suci, perang mulia, perang keberanian.

Anda faham maksud saya? Mari saya jelaskan. Antara dua medan perang (Syria dan Mesir), anda akan melihat dua jenis askar yang berperang menurut niat yang berbeza.

PERBEZAAN NIAT BERPERANG
Di Syria, askar-askar pemberontak yang menggempur dan menghancurkan Syria adalah askar-askar upahan  takfiriyah (terutamanya Jabhah Al-Nusra) didikan Arab Saudi, Qatar, Turki, AS dan beberapa negara Eropah,

Anda jangan marahkan saya. Kalau tak percaya, tunggu kupasan saya tentang Moaz Al Khateb nanti. Saya akan buka ceritanya.

Sementara di Mesir nanti, pejuang-pejuangnya adalah warga Mesir sendiri dengan Saudi Arabia, Qatar dan UAE berada dibelakang tentera sebagai musuhnya. Dan kerana itu, jangan marahkan saya bila saya berkata bahawa Yahudi dan agen-agen Dajjallah musuh kita yang sebenar.

TAMPARAN HEBAT KEPADA IKHWAN
Bagi Riyadh dan Abu Dhabi, rampasan kuasa Mesir baru-baru ini memberikan tamparan hebat kepada pesaing mereka di rantau itu iaitu Ikhwan.

“Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu kini menjadi penaung utama kerajaan tentera yang baru dan juga penyokong utama mereka. Kerana itu mereka tidak akan menyelar sama-sekali keganasan berdarah 14/8/2013 baru-baru ini.

Selama 30 tahun, Arab Saudi dan IM menjalin hubungan baik, tetapi ia terjejas teruk selepas IM mengkritik Riyadh kerana menerima penasihat ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di negara itu ketika Perang Teluk pada tahun 1991.

Dan hubungan baik itu kononnya berlanjutan sehingga sekarang. Kalau kita anggapkan ia bermula dari bayi kecil, maka bayi itu sudah menjadi remaja 22 tahun. Sayangnya, remaja itu tidak mengenal musuh sebenar pada dirinya.

BEBERAPA KEKOTORAN POLITIK SAUDI
Atas nasihat AS, maka Arab Saudi rela membuat hubungan gelap dengan Yahudi-Israel, membenci Negara-nenara paksi syaitan (Syria, Iran & Hizbullah) di Asia Barat, membiayai askar-askat takfiriyah ke Syria dan sebagainya.

Bahkan jangan terkejut, kalau saya katakan bahawa di belakang keganasan berdarah Mesir 14/8/2013, bukan sahaja terdapat AS, Arab Saudi, UAE, Turki dan sebagainya, bahkan terdapat juga Yahudi dan agen-agen Israel di dalamnya.
   
PESAWAT KARGO ISRAEL
Terdapat laporan menyatakan, pesawat kargo Israel dilihat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada hari berkenaan (14/8/2013) sejurus sebelum tentera Mesir melancarkan gerakan menyuraikan penyokong Mursi secara paksa.

Laporan itu disahkan oleh koresponden agensi berita Mi’raj Dany Novery. Menurutnya, senjata Israel mungkin tiba pada hari berkenaan kerana alat yang digunakan untuk menyerang penyokong Mursi dan anggota IM, termasuk gas pemedih mata dan peluru mempunyai tulisan bahasa Ibrani.

Demikianlah jahat dan bebalnya manusia yang bernama Abdul Fateh Al-Sisi dan Adly Mansour ini. Walaupun tidak ada tangan manusia yang boleh menyentuhnya, tetapi saya percaya kuasa Tuhan mengatasi kuasa kedua-duanya.

AMRAN HAMDANI
Pada masa sama, seorang lagi wartawan agensi itu, Amran Hamdani berkata, laporan media tempatan menyatakan, pesawat Israel itu mungkin membawa senjata yang didakwa untuk membantu tentera Mesir.

Memang benar kata Hamdani itu. Kedua-dua musuh itu telah bersatu menghentam umat Islam. Amat malang negera Mesir kerana mempunyai seorang jeneral yang jahat dan keji seperti itu.

Kita berhenti di sini dahulu. Jumpa selepas ini.
 SABTU 16/8/2013

14 comments:

  1. Saya amat meminati tulisan Abah..sampai berjaga lewat malam membacanya..amat menarik sekali..saya ingin minta FB Abah..bolehkan..

    ReplyDelete
  2. Terima ksih kerana meminanti tulisan abah. Sebenarnya abah ini hanyalah insan biasa, orang kampung biasa jah, kerja pun biasa2 jah, menulis inipun kerana Li llah Taala. Semoga Tuhan sts memberkati hidupmu, hidup abah dan hidup semua kaum muslimin muslimat.

    Kalau ada masa dan kelapangan, nanti kita akan bertemu jua. Buat sementara waktu ini, abah belum mahu mendedahkan diri lagi atas sebab2 tertentu. Bersabarlah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah.. sts tu singkatan dari perkataan apa ye? TQ

      Delete
    2. Maaf lupa nag beritahu...sts = sentiasa

      Delete
    3. owh, thanks

      Delete
  3. Salam..kalau begitu saya minta pencerahan dari abah ada pendapat mengatakan bahawa imam mahdi lahir dari keturunan saidina hassan.mungkinkah Muhammad yg abah katakan tu ada kaitan dgn saidina hassan..

    ReplyDelete
  4. ya...kakek buyut (moyang)nya dari yaman. Kemungkinan dari keturunan Syiadina Hassan,cucu Rasulullah SAW itu besar sekali.

    ReplyDelete
  5. Masyallah... Semoga apa yg kita harapkan akan menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
  6. Minta pencerahan sekali lg..adakah benar kebykan keturunan Rasullalah dari pancuran saidina hassan byk turun dr hadra maut yaman dan menetap di kebykan kawasan Asia tenggara terutamanya kwsan patani, Kelantan, kepulauan Borneo dan Sulawesi... Dari bakal kwn FB...

    ReplyDelete
  7. Benerkah Imam Mahdi lahir dari keluarga Hassan..??
    Hanya Imam Mahdi Palsu lahir dari keluarga Hassan.
    Sampei kiamat Mahdi tak tobet dari keluarga Hassan.
    Imam Mahdi Asli lahir dari genetic nasab Hussein.
    Antara Hassan dan Hussein hanya "1" orang cucu Nabi.

    ReplyDelete
  8. Maafkan saya. saya tak mahu berdebat/berbahas samada Hassan atau Hussein. Berdasarkan pengajian, bacaaa, kajian dam sumber-sumber ilmu kerohanian saya selama ini, maka saya mendapati ia berasal dari keturunan Hassan.

    Kalau anonymous berkeras mengatakan ia datang dari Hssein, maka bagi saya, terpulanglah. Saya menghargai pandangan tersebut. Walau apapun asal keturunannya, ia datang dari Rasul SAW. Ia tetap ahlul bait.

    Tak payahlah kita berlarut-larutan dalam masalah ini. Harpa maklum.

    ReplyDelete
  9. Anon 23:55

    Pada pendapat saya anda seorang berfahaman Syiah.
    Dalam pada kita berusaha mencari persamaan, usah anda cuba mencetus perbezaan.
    Siapapun Al Mahdi, dia pasti akan meleraikan kekusutan dan kekeliruan fahaman Islam, Insya Allah.
    Saidina Hassan atau Saidina Hussein, kedua2 mereka adalah cucunda Rasulullah yang mulia.

    Wallahu A'lam

    ReplyDelete
  10. HASSAN budak pemalas jaga lembu,
    Hari2 Hassan kerjanya curi jampu,
    Walo Tok Penghulu sudah pun tahu,
    Namun kesian Hassan gak kena palu..

    HASNAH budak pompuan sangat jahat,
    Hari2 kerja Hasnah curi ikan sepat,
    Walo Tok Penghulu telah jelas lihat,
    Namun sayang Hasnah ngak kena sebat..

    (Tamad sedikit Khidir/Al-Mehdi Prophecy)

    ReplyDelete