GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 24 August 2013

MESIR (4) Adakah Rampasan Tentera Mesir (RTM) Akan Membawa Jeneral Al-Sisi ke Tingkat Shurga Paling Atas?



MESIR (4) Adakah Rampasan Tentera Mesir (RTM) Akan Membawa Jeneral Al-Sisi ke Tingkat Shurga Paling Atas?  Jeneral Abdul Fateh Al-Sisi pernah berkata, bahawa segala tindakannya adalah untuk menstabilkan Mesir. Benarkah dakwaannya? Atau dia sedang menempah lorong menuju ke neraka.

Selepas berjaya "membersihkan" Medan Rabiah Al-Adawiyah yang menyaksikan ribuan rakyat Mesir terkorban digempur tentera pada Rabu, 14/8/2013 lalu, pihak tentera Mesir (atas arahan Al-Sisi) terus memburu rakyat yang berkumpul merata-rata tempat.

Pada Jumaat (15/8/2013) lalu, Medan Ramsis menjadi pusat himpunan "Jumaat Kemaraan" oleh penyokong Ikhwanul Muslimin (IM)  bagi membantah pembunuhan beramai-ramai rakan mereka oleh tentera di Medan Rabiah Al-Adawiyah sebelumnya.

Tentera Mesir seperti orang yang mabuk darah. Mereka sedia menembak sesiapa sahaja. Himpunan itu juga turut berdepan serangan peluru hidup pihak keselamatan Mesir yang kononnya atas alasan mahu "menyuraikan himpunan" yang mengakibatkan ratusan penyokong Morsi terkorban dan ribuan lagi cedera.

Masjid Al Fath, yang menjadi tempat berlindung dan tempat pengumpulan jenazah yang terkorban juga di kepung dan diserang oleh samseng upahan dan pihak polis.

Keadaan Mesir sudah menjadi huru-hara. Al-Sisi telah benar-benar melakukan sesuatu yang tidak patut dibuat. Dia sanggup membunuh rakyat Mesir dan memandikan jenazah mereka dengan darah merah pekat.

Mereka (samseng upahan & pihak polis) telah  memaksa penyokong Morsi termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlindung didalamnya keluar, dengan melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Tidak cukup dengan itu, penyokong Morsi yang bertindak keluar dari masjid itu akibat kelemasan asap gas pemedih mata, dipukul pula oleh pihak samseng upahan serta polis sebelum ditahan.

Maka kita pun tertanya-tanya siapakah samseng upahan yang siap membantai penyokong-penyokong IM itu? Benarkah mereka itu agen-agen Israel yang datang bersama peluru dari kargo-kargo yang sampai pagi Rabu, 14/8/2013?

Kemudian kami pula mendapati pasukan tentera dan polis menempatkan penembak tepat (snipper) di atas bangunan-bagunan termasuk di menara masjid bagi memudahkan "operasi pembunuhan" tersebut.

Pihak Hospital Lapangan Ramsis menyebut, lebih 150 korban dicatatkan dan ratusan lagi cedera akibat serangan terbaru di Ramsis itu.

Dalam pada itu, serangan di Ramsis itu menyaksikan cucu kepada Imam Hassan Al-Banna (pengasas Ikhwanul Muslimin), Khaled Al Banna, 30, terkorban.

Turut menjadi mangsa kekejaman tentera termasuk Ammar Muhammad Badie' iaitu anak lelaki kepada Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Muhammad Badie'.

Kedua-dua mereka terkorban selepas terkena tembakan peluru hidup. Selain mereka, turut menjadi mangsa korban adalah penyanyi terkenal Mesir Mohamed Bayomi dan ahli gusti Abdul Rahman Al Tarabilee 

Sementara itu, pasukan tentera dan polis mesir kini menjalankan operasi tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin Ikhwan Muslimin dan parti Islam lain.

Dilaporkan juga bahawa ribuan penyokong IM telah ditahan oleh tentera atas tuduhan kononnya mencetuskan keganasan dan memiliki bom dan senjata api.

Tindakan kerajaan sementara itu juga dipercayai bertujuan melemahkan Ikhwan Muslimin di mana mereka kini sedang berusaha untuk mengharamkan gerakan Islam itu.

Maka kami pun tertanya-tanya, Jeneral Al-Sisi itu mahu pergi ke mana? Ke Shurga paling tinggi atau ke neraka paling bawah?

Dia telah membunuh ramai manusia. Bahkan juga telah membunuh orang-orang ternama yang terkenal baik dan soleh.

Kemudian, salah seorang pimpinan IM yang lain, Mohamed El Beltaji juga menjadi mangsa sadis kekejaman Al-Sisi. 

Putri tunggalnya telah pergi meninggalkannya. Remaja putri yang manis dari lembah Sungai Nil, Asmaa Mohamed El Beltaji kini telah tiada (sudah arwah).

Dalam usianya yang relative muda 17 tahun, ia telah bergelar syahidah dalam tragedi berdarah di Dataran Rabiah Al Adawiyah pada Rabu 14/8/2013 lalu.

Pernah Mohamad El Beltaji mengisahkan, dulu ia terlalu sibuk dengan aktivitinya sebagai pimpinan dan tokoh Ikhwanul Muslimin. Hingga putri tunggalnya itu  sering mengeluh bahwa ia jarang sekali mendapat waktu untuk bersama ayahnya

"Terakhir kami duduk bersama di Dataran Rabiah Al Adawiyah, dia berkata padaku, 'Bahkan ketika Ayah bersama kami, ayah tetap sibuk.' Saat itu kukatakan, 'Tampaknya kehidupan ini tidak akan cukup untuk kita menikmati setiap kebersamaan, jadi aku berdoa kepada Tuhan agar kita menikmatinya kelak di surga'." Kisah El Beltaji dalam tulisannya yang di posting di sebuah blog.

Dua hari sebelum putrinya terbunuh, El Beltaji sempat bermimpi tentang putrinya. Dalam mimpi itu, ia melihat putrinya memakai gaun pengantin berwarna putih. "kau terlihat begitu cantik," ujarnya.

Dalam mimpi itu El Beltaji sempat berbincang-bincang dengan putrinya. Putrinya dengan manja berbaring duduk disampingnya. "Aku bertanya, 'Apakah ini malam pernikahanmu?'  Kau menjawab, 'Waktunya adalah di petang hari Ayah, bukan malam'." kisahnya.

Ternyata tafsir dari mimpi itu mengatakan padanya, petang itu putrinya tewas di Medan Rabiah Al Adawiyah. "Aku mengerti apa yang kau maksud dan aku tahu Allah telah menerima jiwamu sebagai tebusan.  Kau memperkuat keyakinanku bahwa kita berada di atas kebenaran dan musuh kita berada pada kebathilan." katanya.

El Beltaji begitu terpukul akibat kehilangan satu-satu putrinya. Bahkan, ia sama sekali tidak bisa menyaksikan putrinya untuk terakhir kalinya.

"Aku tidak dapat melihatmu untuk terakhir kalinya, tidak mencium keningmu, dan memilki kehormatan untuk memimpin shalat jenazahmu."

Kehilangan putri satu-satunya tidak membuat El Beltaji putus asa. Bahkan, semangatnya untuk berjuang menyelesaikan revolusi Mesir saat ini makin membara di dadanya. Ia mengatakan, ia tak peduli lagi dengan nyawanya. ia tak takut lagi dengan tentera dan penjara. Putrinya telah berkorban nyawa untuk revolusi negara Nabi Musa itu, sekarang apakah ia akan lari dan meninggalkan perjuangannya?

"Aku tidak mengucapkan selamat tinggal, tapi aku mengucapkan sampai jumpa. Kita akan segera bertemu dengan Nabi kita tercinta dan sahabat-sahabatnya di surga. Keinginan kita untuk menikmati kebersamaan kita akan menjadi kenyataan," tutup tulisan tersebut. 
SABTU 24/8/2013  9.43 PM

6 comments:

  1. nk kata ke surga tu xtau la.tp al sisi buat utk kpntgn mesir.mesir akn jd lbh truk dgn morsi.percaturan zionis yg lbh krg dgn syria

    ReplyDelete
  2. Morsi akan jadikan Mesir lebih teruk..?kamu si anon umpama ahli nujum terbilang yg pernah membuat ramalan Malaysia akan jadi lebih teruk jika PR memerintah...taktik yg sama..!

    ReplyDelete
  3. PR di M'sia jauh langit dari bumi jika dibandingkan dengan IM di Mesir.. PR memang jauh lebih teruk dan tidak boleh diyakini. Eloklah BN diperbaiki sebelum PR dipercayai oleh rakyat Msia.

    ReplyDelete
  4. BN sudah terbukti teruk ! Hosni mubarak jg terbukti teruk ! Tetapi...PR yg belom pernah mnjadi kerajaan...dan Morsi yg baru setahun memerintah jgk yg dikatakan teruk...mmg teruk cik anon...

    ReplyDelete
  5. ye la bkn mcm dlm crita muvi. inshaallah tk berkesudahan smpai kiamat

    ReplyDelete