Penelitian terbaru menunjukkan
orang yang hidup di daerah kutub mempunyai bola mata dan otak yang lebih besar.
Peningkatan ukuran otak dan mata ini memungkinkan seseorang melihat lebih baik
dari pada mereka yang tinggal di khatulistiwa
Ya Hafiiz, lindungilah kami dengan perlindunganMU. Ya Kariim, muliakanlah kami dengan kemuliaanMU. Wahai Tuhan Kami, berkatilah blog ini & semua pembacanya. Sayangilah kami sebagai para pencintaMU. Ampunilah segala dosa kami & kasihanilah kepada kami. Sampaikanlah kami kepadaMU, Ya Allah.(3X). (dari Samaniyah Naqsabandiyah Group).
Thursday, 29 November 2012
Wednesday, 28 November 2012
MENGAPA SEMUT BERHENTI SEJENAK JIKA BERTEMU DENGAN SEMUT LAINNYA?
Mengapa semut akan berhenti sejenak jika bertemu atau berpapasan dengan semut lainnya?.
Sunday, 25 November 2012
MUTIARA KATA SYEIKH BAQIR (SIRI 1)
MUTIARA KATA SYEIKH BAQIR
Beliau adalah anak kepada Syeikh Jaafar As-Sadiq & merupakan ciut
(keturunan kelima) kepada Rasulullah S.A.W melalui Syaidina Hassan. Oleh kerana ucapan beliau dalam siri ini mencapai 19 kata mutiara, maka kami bahagikannya kepada 2 siri. Kita mulakan dengan siri pertama.
Seperkara lagi, oleh kerana saya ini pendokong Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASJ), maka saya menggunakan perkataan Syeikh kepada beliau, bukan Imam Baqir (a.s) seperti yang dibuat oleh para Syiah. Mudah-mudahan anda mendapat kefahaman.
Thursday, 22 November 2012
MUTIARA KATA SYEIKH JAAFAR AS-SADIQ
DARI SYEIKH JAAFAR AS-SADIQ
Di antara keturunan Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Syeikh Jaafar As-Sadiq. Beliau adalah cicit Rasulullah dari keturunan Al-Hassan
Berikut ialah kata-kata hikmatnya yang termasyhur
Wednesday, 21 November 2012
MUKJIZAT NABI MUSA MEMBELAH LAUT MERAH
Dalam sejarah para Rasul, Nabi Musa di antara
rasul yang digelar Ulul Azmi. Baginda menghadapi cabaran getir dari Pharoah
(Firaun), sehingga akhirnya baginda & kaumnya terpaksa melarikan diri dalam
peristiwa Exodus Musa.
Monday, 19 November 2012
PANGGILAN JIHAD DARI GAZA
PANGGILAN JIHAD DARI GAZA
Semuanya bermula di Gaza. Pada 15 November
2012, pada waktu azan Subuh berbunyi, maka berlakulah serangan
Yahudi-Zionis ke atas Gaza.
Sunday, 18 November 2012
IBUKU SAYANG
IBUKU SAYANG
Saya tidak boleh membayangkan
orang yang hidup tanpa ibu. Sungguh sedih. Sangat sedih.
Melihat wajah ibu sebenarnya satu
nikmat. Sudah dapat pahala dari Tuhan. Merenung mata ibu lagi besar nikmatnya.
Kalau dapat mencium tangannya, lagi besar nikmat yang kita rasakan.
Friday, 16 November 2012
JENGLOT & KUASA SIFARNYA.
Ya ke ni?, Atau wayang budak2 kampong jew? Tak percayalah, gambar hantu boleh masuk kamera. Hebat kamera you. Camne jual kpd saya? |
KAMU TAKUT HANTU? Hampir semua orang takut. Wajah
hantu dikatakan huduh & menakutkan. Matanya merah & lidahnya panjang.
Kalau tinggal keseorangan di rumah, bunyi cicak mendecit sahaja sangat menakutkan. Kalau ada daun getah berdesir menimpa zink, hati bagaikan nak runtuh. Keberanian hilang entah ke mana.
Thursday, 15 November 2012
SPIRIT, JEALANGKUNG & BLOODY MARY
REMAJA MASAKINI & KAITANNYA DENGAN MISTERI, KHURAFAT & TAHYUL
Saya ingin memaparkan sebuah
entri misteri. Anak-anak zaman sekarang agak moden & ingin lepas bebas.
Semua remaja, sekitar 13 – 17 tahun menginginkan sesuatu sebagai milik pribadi mereka.
Mereka ingin memiliki akaun facebook, telefon bimbit pribadi & pelbagai
keperluan lain
Wednesday, 14 November 2012
Tuesday, 13 November 2012
GAMBAR UFO DIRAKAM NASA BERADA DEKAT PERMUKAAN MATAHARI?
Sebenarnya sudah hampir sebulan video objek
misteri ini beredar dalam khalayak ramai. Ia menunjukkan sebuah objek berada di
sekitar permukaan matahari. Gambar tersebut tertangkap oleh SOHO
(Solar and Heliospheric Observatory), sebuah pesawat pengawas matahari yang
dilancarkan NASA
Monday, 12 November 2012
IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (9) Sabar Sepanjang Jalan
Kalau anda mendengar berita TV3 beberapa hari
yang lepas, terdapat laporan saintis yang mengatakan bahawa “Matahari, Marikh,
Utarid akan berada selari dalam Buruj Aquarius (Sun, Mars and Mercury near
Aquarius) pada 23 Disember 2012. Mereka akan berkeadaan begitu sehingga 24
Februari 2013. Tempohnya ialah selama 2 bulan.
Thursday, 8 November 2012
IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (8) Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah, Bukan Kerana Kepentingan Peribadi
Dalam hadis-hadis sahih yang
terdapat dalam sebuah manuskrip lama,
bertajuk Harb Akhir zaman (Perang Akhir Zaman), karangan seorang ulamak
Maghribi, Muhamad bin Karim Al-Din Al-Asyhab pada kurun ke 13 hijrah ada
menceritakan tentang perang pada zaman Mahdi. . Buku tersebut tersimpan di
perpustakaan Dar Al-Qutub Al-Qadimah di Rabat, bernombot 98/Turath Qarn Thalith
Asyar H
Tuesday, 6 November 2012
MAT YO, KENAPA ENGKAU DIAM?
MAT YO, KENAPA ENGKAU DIAM?
Saya ada sebuah cerita tentang
Mat Yo. Konon-kononnya, Mat Yo dan dua orang rakannya, Jeri & Syafiq menaiki
sebuah kereta menuju ke Perak melalui
Lebuh Raya Timur Barat pada suatu malam yang hening. Waktu pada masa itu
sekitar jam 10.00 pm.
Mereka sebenarnya nak balik ke
Perak setelah bercuti selama beberapa hari sempena hari raya korban baru-baru
ini. Jeri yang memandu. Syafiq pula menjadi co-pilot di sebelahnya. Mat Yo
pulak duduk keseorangan di belakang kereta.
Barangkali Mat Yo sangat letih.
Dia tentu ingin berehat & tidur. Maklum sahaja dia orang tersohor. Semua
orang kenal Mat Yo. Kalau ada sesiapa tak kenal Mat Yo, mungkin dia bukan
rakyat Kelantan atau seseorang yang tak ambil berat pasal sukan tanahair.
Rakyat Kelantan mesti kenal Mat Yo. Peminat sukan juga mesti kenal Mat Yo.

Saya suka kepada corak permainan Mat Yo. Dia cergas, ligat & tangkas. Sebelum ini, dalam perlawanan akhir antara Kelantan (TRW) dan ATM, saya dah menconggak peluang TRW menang hanya berada pada paras 50-50. Kalau nasib baik, insyaallah menang. Kalau sebaliknya, apalah daya kita.
Meskipun Ghadar & Indera tak ada,
tetapi Mat Yo & Mat Trojan menunjukkan kemampuan yang sangat luar biasa. Di
antara keduanya, Mat Yo terbukti lebih mampan & perkasa. Dia Berjaya membolos
2 gol ke pintu lawan.
Hebat Mat Yo. Pada saya, dia
memang hebat. Dia ada skill (kemahiran). Cara dia membawa bola, melambung bola & mengelecek bola,
sangat hebat & mengkagumkan. Tubuhnya lembut macam spring. Dia memang layak
menjadi pemain terbaik Piala Malaysia 2012.
Saya ini bukan kaki sukan, bukan juga
peminat bola sepak. Tetapi mencintai watan (tanahair) itu juga termasuk perkara
iman. Kelantan itu negeri saya. TRW itu pasukan negeri saya. Kalau saya & rakyat
Kelantan tak menyokongnya, siapalah yang akan menyokongnya?
Cuma saya rasa sukan itu
memerlukan pembaharuan Islamik. Adalah lebih baik pemain memakai seluar pendek
di bawah paras lutut. Kemudian cuba
elakkan permainan sebelum Isyak. Pastikan semua pemain bersolat Maghrib &
Isyak dahulu. Kemudian pihak stadium sediakan surau berpagar.
Maksudnya, penonton boleh keluar
dari stadium untuk bersolat dalam surau yang lebih besar & selesa tetapi
masih dalam pagaran stadium. Maksudnya, selepas itu dia boleh masuk balik ke
dalam stadium tanpa membeli tiket baru.
Islam tidak mengharamkan sukan, kerana
sukan juga dapat membawa umat Islam kepada kesihatan. Rasulullah S.A.W
mengalakkan umat Islam mengajar anak-anak mereka berenang & memanah. Biar
tubuh mereka sihat. Kerana akal yang sihat itu berpunca dari badan yang sihat.
“JERI, BERHENTI SEKEJAP, AKU NAK
KENCING”, demikian jerit Syafiq di sebelahnya. Berdentum bunyi pintu yang
dihempap Syafiq yang tergesa-gesa. Begitu juga pintu sebelah kiri di tempat
duduk belakang. Mat Yo pun nak kencing juga.
Selepas 5 minit, Syafiq masuk
semula ke kereta. Kemudian terdengar pula pintu belakang ditutup. Mat Yo dan
Syafiq keluar serentak & masuk hampir serentak. Pemain bola yang cergas
macam Mat Yo mestilah tangkas bergerak. Cepat keluar, cepat pulak masuk ke
dalam kereta.
Jeri segera menderum kereta Wira
yang dipandunya. Mula-mula 50 km/j, kemudian meningkat kepada 60 km/j, 70 km/j,
80 km/j, 90 km/j, 100 km/j dan seterusnya meningkat kepada 130 km/j. Dia
melihat Syafiq lentok di sebelahnya. Tetapi dia melihat Mat Yo semacam tegak
sahaja di tempat duduk belakangnya.
“Minta mancis”, demikian Mat
Yo meminta mancis daripada Jeri yang
memandu kereta.
Jeri menghulur kepadanya. Tetapi keadaan selepas itu senyap sahaja. Mat Yo, kenapa engkau ini diam sahaja? Demikian jerit hati Jeri di malam yang gelap itu.
Setelah setengah jam memandu,
sampailah kereta mereka ke pinggir Bandar Grik. Jeri perlahan-lahan
memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai makan. Dia segera membangunkan
Syafiq & Mat Yo. Syafiq bangun sambil mengenyeh matanya. Mat Yo pula senyap
membisu.
Jeri menoleh ke belakang. Dia tak
Nampak kelibat Mat Yo. Dia mencuit Syafiq. Syafik juga mendapati Mat Yo tak
ada.
MANA MAT YO INI? KE MANA DIA
PERGI?
Jeri menceritakan semua pristiwa
yang berlaku sebentar tadi. Dia kata Mat Yo memang ada. Mat Yo juga meminta
mancis daripadanya. Kenapa pula dia sekarang tak ada?. Mat Yo, ke mana engkau
ni?.
Kedua-dua Jeri & Syafiq
tergaman sebentar. Mat Yo yang berada dalam kereta sebentar tadi pastilah bukan
Mat Yo, rakan mereka. There must be something wrong.
Jeri & Syafiq segera memandu kereta
ke tempat di mana Syafiq & Mat Yo turun kencing sebentar tadi. Saat mereka
sampai, terlihat Mat Yo sedang berjalan kaki. Segera mereka mengambil Mat Yo
dengan cepat.
Di dalam kereta, terbongkarlah
rahsia bahawa bila Mat Yo sudah siap qadial hajat & hendak menuju ke
kereta, tiba-tiba sahaja Jeri menderum pergi. Kemudian Mat Yo cuba menahan
beberapa buah kereta yang lalu lalang, tidak ada satu pun mahu berhenti. Maka
terpaksalah dia berjalan meski pun dia ketakutan.
SAYA MEMINTA MAAF
Saya meminta maaf kerana membuat
induksi menggunakan nama Mat Yo. Tetapi
penumpang kereta Wira itu pun dipanggil Mat Yo juga oleh rakan-rakan sekampung.
Saya tidak mengubah sedikit pun.
Cerita di atas adalah cerita
benar 100%. Kak Mah yang menyampaikannya kepada isteri saya. Jeri itu anak
kepada Kak Mah. Syafiq itu pula anak saudaranya. Maka Jeri & Syafiq itu
sepupu. Mat Yo itu pula rakan mereka yang tinggal di Kg Dewan, Labok.
Mereka bertiga nak balik Ke Perak
semasa Hari Raya Korban baru-baru ini. Buat pengetahuan pembaca, kawasan Lebuh
Raya Timur Barat itu memang keras. Bukan kerana jalannya keras kerana berturap
atau penuh batu-batan, tetapi kerana persekitarannya yang kosong dari manusia
& pembangunan.
NASIHAT SAYA
Sebelum memandu, pastikan anda
membaca Ayatul Kursi. Kemudian sepanjang pemanduan anda itu, banyakkan membacanya
dengan niat memohon keselamatan & pertolongan Tuhan. Lebih elok kalau anda
dapat menambahinya dengan Ayat 33.
Kalau anda tak lancar membaca Ayatul
Kursy atau Ayat 33, baca sahaja 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas). Ulang
3X setiap satu. Jangan sesekali memasang keset lagu, terutama pada waktu
Maghrib atau selepasnya. Lagu atau hiburan akan menarik syaitan & jin
kepada anda.
Untuk mendapat berkat, elok anda
beli keset atau VCD Al-Quran. Yang eloknya, anda beli Surah Al-Baqarah, sebab
syaitan & jin sangat takut kepadanya.
Cerita di atas adalah tentang
gangguan jin bukit kepada manusia. Berhati-hatilah semasa memandu. Jangan
lalai, cuai & alpa. Sentiasalah bergantung harap kepada Tuhan. Saya minta maaf kepada Mat Yo TRW kerana
cerita ini tiada kaitan sedikitpun dengan anda.
Saya juga meminta maaf kepada
semua pembaca blog berhubung nama Mat Yo. Anda tentu mengharapkan yang lain
dari saya. Tetapi inilah sebenarnya yang ingin saya beri kepada anda.
MINTA MAAF & TERIMA KASIH.
Disiapkan pada 5.11.2012. 5.23 pm.
Sunday, 4 November 2012
IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (7) Mencari Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia
Imam Ahmad,
Tirmizi dan Nu’aim bin Hammad menukilkan dari Abu Hurairah, katanya, Rasulullah
s.a.w. bersabda, “Akan keluar daripada Khurasan panji-panji hitam. Tidak ada
satu apa pun akan dapat menahannya sampailah panji-panji itu dipacak diatas
Ilya’.” (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.60)
Subscribe to:
Posts (Atom)