GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 21 November 2012

MUKJIZAT NABI MUSA MEMBELAH LAUT MERAH



Dalam sejarah para Rasul, Nabi Musa di antara rasul yang digelar Ulul Azmi. Baginda menghadapi cabaran getir dari Pharoah (Firaun), sehingga akhirnya baginda & kaumnya terpaksa melarikan diri dalam peristiwa Exodus Musa.  

 
Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas, Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli sejarah, di situlah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah.

Masih ingatkah kita semua tentang mukjizat Nabi Musa yang membelah Laut Merah dengan tongkatnya? Sebuah kisah kenabian yang meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Lokasi penyeberangan dikatakan berlaku di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter.


LEBIH KURANG 23 TINGKAT BANGUNAN SEKARANG
Mengambil kira kedalaman sebelah Arab (900m), maka itu bersamaan dengan 900 X 3 = 2700 kaki.. Kalau 1 tingkat bangunan = 12 kaki, maka ketinggian tembok air dalam pristiwa Exodus itu lebih kurang 23 tingkat bangunan. Ketinggian yang relatif tinggi.    


Sudut kemiringan (kecondongan) laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derjah

Dengan itu, boleh kita katakan bahawa lorong itu senget perlahan-lahan (senget reletif)  ke hadapan. Maka perjalanan menjadi lebih mudah & cepat.  

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter. Dengan itu, keluasan lorong yang ditempuh oleh Nabi Musa & kaumnya adalah 900  meter X 1800 meter = 1.62 juta meter persegi..

Dapatkah kita membayangkan berapakah daya yang diperlukan untuk membelah air laut pada keluasan seperti di atas. 

JUMLAH TEKANAN (PREASURE) DIPERLUKAN?
Menurut sejarah, pengikut Nabi Musa A.S  berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang). Waktu yang digunakan untuk menyeberang dianggarkan sekitar 4 jam.

Menurut kiraan fizik, tekanan (maksudnya, daya perluas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau 2.8 juta Newton/m2 diperlukan. Ia setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut sehingga kedalaman 280 meter.  

KEKUATAN ANGIN DIPERLUKAN?
Jika kita mengaitkan daya tadi dengan kekuatan angin, maka kecepatan seragam bagi angin yang diperlukan ialah 30 meter/saat (atau 108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka masa  4 jam. Sungguh luar biasa. Allah Maha Besar.

Semuanya kuasa Alllah Taala. Dia boleh melakukan apa sahaja yang Dia mahu. Dia boleh mendatangkan angin sekuat itu pada sebanrang waktu untuk menolong hambaNya.

PENDAPAT YANG SALAH
Akan tetapi, sesetengah orang (termasuk blgger  muslim) berpendapat kejadian di atas ada kaitannya dengan alliens (makhluk asing). Bahkan mereka berani mengatakan bahawa pristiwa itu adalah BUKTI  kepada kewujudan alliens. Mereka  mengatakan para allienslah yang membelah laut tersebut & menahan tembok air daripada runtuh. Subhanallah.

Allah S.W.T tidak memerlukan alliens kerana Dia sudah mempunyai para malaikatNya. Mereka itulah tentera-tentera Allah yang sedia melakukan apa jua tugas yang diamanahkan.

DOA YANG MUSTAJAB
Saat Nabi Musa berada di tepi laut Merah, sedangkan Pharaoh & bala tenteranya yang besar sedang mengejarnya dari belakang. Di situlah, Nabi Musa membaca doa memohon pertolongan Tuhan. Bunyi doanya (dimelayukan) : “BagiMu segala puji. KepadaMu segala permohonan ditujukan. Dan Engkaulah yang memperkenankan segala doa. Tiada daya & kekuatan kecuali daya & kekuatanMu”.   

Nabi Muhamad S.A.W pernah mengajarkan doa ini kepada para sahabatnya. Kemudian diperturunkan generasi demi generasi. Doa ini ampuh untuk mengusir kecemasan & ketakutan.


KUDA JANTAN & BETINA
 

Pada saat laut sudah terbelah, kuda jantan tuggangan Nabi Musa takut untuk masuk ke dalamnya. Maka diceritakan, Tuhan menghantar seorang kuda betina berwarna putih dari shurga untuk meransang keberanian kuda jantan tersebut. Saat kuda betina itu masuk ke dalam laut yang terbelah, kuda jantan itu pun mengekorinya. Wallahu ahlam.

Pengajarannya,  lelaki mesti bersifat berani kerana keberanian itu sememangnya sifat lelaki. Kamu mesti berjiwa besar & kuat.

Mari kita dengar laporan khusus dari Ron Wyatt, seorang arkeolojis tentang peristiwa laut terbelah itu..

Dia seorang arkeologis yang telah berjaya menemui beberapa bukti tentang laut terbelah itu. Pada tahun 1988,  katanya telah berjaya menjumpai beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah.

Menurutnya, mungkin itu merupakan bangkai kereta tempur Pharaoh (Firaun) yang tenggelam di lautan tersebut selepas mengejar Nabi Musa A.S bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama pasukannya juga telah menemui beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.

Penemuan itu tentunya semakin memperkuat dakwaan bahwa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan sebahagian dari kerangka askar Pharaoh yang tenggelam di laut Merah. Apatah  lagi, analisis yang dijalankan di Stockhlom University mendapati ia telah berusia sekitar 3500 tahun silam (tahun yang hampir sama dengan Exodus Musa)

Selain itu, ada suatu benda menarik yang juga ditemui,  yaitu poros roda (lihat gambar atas) dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya tertutup oleh batu karang. Sehingga saat ini, bentuk aslinya sangat sulit dilihat secara jelas.

Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-NabiNya merupakan suatu hal yang nyata & bukan mitos semata-mata.

Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemui pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang diperbuat daripada emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Pharaoh sang raja.

3 comments:

  1. Ini pulak apa yg diceritakan oleh Sang Penglipur Lara : Kuda Jantan yg ditonggang oleh Pak Moses berwarna "Hitam". Sedangkan Kuda Betina yg didatangkan dari Syurga berwarna "Putih" bak mutiara. Maka berkejar2an mereka didalam belahan Laut Merah...

    Apabila Laut Merah bercantum semula, malangnya Kuda Betina Putih sudah keletehan ngak pantas lagi berlari, lalu lemas tenggelam didasar laut. Mujurlah Kuda Jantan Hitam tonggangan Pak Moses maseh kuat lagi. Lantas sempat meluncor keluar dgn selamat mendarat semula dibumi...

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
  2. LADUNI LADUNA LADUKA ampunya cerita... Tatakala Tohan bertanya siapakah orang yg paling beriman..?? Lantas dijawab Pak Moses sangkaannya dirinya adalah orang yg paling beriman dikala itu. Lalu dijawap Tohan jika kamu mahu tahu apa itu Hakeqat Iman, mahulah kamu cari dan berguru dgn seorang diantara Hamba2 Kami Yg Beriman, yg telah Kami kurniakan padanya Ilmu dari sisi Kami. Tempat hadirnya dipertemuan 2 lautan..

    Yg dimaksodkan Hamba-Nya yg beriman itu dialah Nabi Allah Khidir AS, yg dinobatkan Sang Penguasa Ilmu Laduni. Berjayakah Pak Moses mencari dan menjejaki dimana keberadaannya Nabi Khidir AS..?? Kalo udah ketemuan apakah mampu Pak Moses mengikuti dan menuruti perjalanan perguruan Nabi Khidir AS..??

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
  3. ...Jawabannya seperti apa yg tersurat dgn ajaib sekali dlm Surah Al-Kahfi. Namun jawaban yg tersirat dgn hikmah2 dan lambang2 yg tersembunyi, hanya Allah Rabbul Izzati itu jua Yg Maha Mengetahui.. Allahu'alam...

    SURAH AL-KAHFI (SURAH GUA) : Maka Surahtul Kahfi sebanyak 110 Ayat itu bisa dibahagikan kepada 4 Bab. Walo pun terbahagia namun ianya saling berkaitan :

    BAB PERTAMA : Mengesahkan penghuni Gua Ashabul Kahfi. Kisah pemuda2 beriman yg lari dari Raja yg kufur, lalu bersembunyi hingga tertidur sekian lama dlm sebuah gua. Hingga beberapa lama dibangkitkan semula kemudiannya. Gua tersebut diawasi oleh seekor anjing. Ada pendapat bilang namanya Kithmir, dibilang juga ianya satu2 anjing dlm dunia yg bisa masuk Syurga.. (Ayat 1 - 59)...

    BAB KEDUA : Bab ini mengesahkan perguruan Nabi Musa AS dgn Nabi Allah Khidir AS. Satu pencarian penuh miteri, perjalanan penuh mistik. Apakah disini mengesahkan Pak Moses dikurniakan Tongkat Mukjizat membelah Laut Merah itu..?? Kata Tok Raja Wali : Pak Moses membelah Laut Merah adalah dgn Tongkat Mukjizat pusaka hadiah dari Nabi Syuib AS, yaitu pak mertuanya. Kisahnya ada tersurat diSurah yg laen.. (Ayat 60 - 82)...

    BAB KETIGA : Mengesahkan Sang Penguasa yg Allah Rabbul Jalal kurniakan padanya keperkasaan menguasai Timur dan Barat, itulah "ZULQARNAEN". Antara kuasanya membina benteng / tembok bagi mengawal kemaraan Makhlok Perosak Sang Yakjod dan Makjod. Siapakah sebenernya "ZULQARNAEN" itu..?? Maka berbagei2 pendapat telah coba menghuraikannya. Namun hanya Allah Khaliqqul Alim itu jua Yg Maha Mengetahui. Karna dia Insan Misteri, maka biarkan dia ghaib diAlam Misteri.. (Ayat 83 - 100)...

    BAB KEEMPAT : Adalah bab menggulong dan penutup.. (Ayat 101 - 110)...

    Allahu'alam...

    01/02/2013 @ 1:09 AM

    ReplyDelete