GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 1 November 2012

KENAPA TUHAN MENJADIKAN TAHAP KECERDASAN KITA BERBEZA?



Seorang anak angkat saya, H  menghantar sebuah sms sekitar 10.19 pm malam tadi. Kebetulan saya baru balik dari Majlis Solat Hajat SPM di sekolah saya. Keletihan sangat. Lagi pula pertanyaannya sangat berat. Tak sesuai menjawab secara sms. Lebih baik saya menggunakan medium blog

Fikir punya fikir, elok saya jawab di sini. Ia sebuah soalan universal yang ingin ditanya semua orang & jawapannya ingin diketahui semua orang.

“Kenapa Tuhan menjadikan manusia berbeza-beza sedangkan mempunyai akal fikiran yang sama?. Kenapa mesti ada kelebihan & kekurangan?”

Oleh kerana soalan ini berbentok akedemik & berkaitan kemampuan akal, maka eloklah saya menjurus jawapan itu kepada perbahasan kecerdasan.

KENAPA MANUSIA ITU BERBEZA KECERDASANNYA?

Ya, Kenapa manusia itu berbeza kecerdasannya sedangkan mereka diberi akal fikiran yang sama? Kenapa Tuhan tidak menjadikan tingkat kecerdasan itu sama sahaja? Why the level of our intelingent differ each other?

SAYA SUKA MENJAWAB SEPERTI INI.

Di Malaysia, semua orang makan nasi. Macam-macam jenis nasi ada dijual. Di Kelantan, ada nasi berlauk, kerabu & dagang. Di Trengganu pun begitu. Kalau waktu tengahari, ada pula nasi ayam dan nasi campur. Ada yang berlauk ikan atau ayam atau daging. Ada yang suka makan sayur pucuk paku, kacang panjang & bendi. Ada  pula yang suka makan terung, kobis dan sebagainya.  

Sedapnya nasi ayam
Wah banyaknya kepelbagaian nasi yang kita makan. Maknanya banyak benda yang mesti kita campurkan untuk membentok nasi tersebut. Contoh nasi ayam atau nasi campur, mesti ada beras, ikan atau ayam atau daging, sayur, sambal, ulaman dan sebagainya.

Nasi campur, sedap dimakan
Yang menghasilkan beras biasanya para petani, samada di Kedah, Kelantan, Perak, Selangor atau kita impot dari luar.

Yang menghasilkan ikan biasanya para nelayan di tepi pantai. Merekalah yang bertungkus lumus siang malam mencari ikan untuk dijual.

Yang menghasilkan ayam atau daging, biasanya para penternak yang berada di merata tempat. Ada yang mengusahakan secara kecil-kecilan, dan ada juga secara feedlot.

Begitu juga tentang sayur. Ada yang datang dari kampong, Setengahnya pula dari ladang-ladang persendirian. Manakala setengahnya pula dari Cameroon Highland.

Secara perbandingannya, para petani, nelayan, penternak & pekebun sayur mempunyai tahap pendidikan yang agak relatif rendah. Ada beberapa factor. Boleh jadi peluang pendidikan tidak meluas di zaman mereka, masalah kemisikinan atau memang Tuhan telah mentakdirkan mereka mempunyai tahap kecerdasan agak rendah.

Maaflah. Saya tidak  berniat menghina sesiapa. Saya sendiri berasal dari keluarga miskin. Ibubapa saya pernah berkerja sebagai penoreh getah, pekebun & penternak. Saya sendiri pernah menoreh getah, menanam sayur & memelihara lembu, kambing dan ayam.

Adek beradek saya 5 orang. Saya yang sulong (guru), adek kedua (perempuan) berniaga kecil-kecilan di kampong, adek ketiga (lelaki) buruh binaan,  adek keempat (lelaki) pekerja kilang besi di KL & yang bongsu (lelaki), pereka dalaman di KL.

Tahap pendidikan kami tak sama, tahap kecerdasan juga tak sama, kerja juga tak sama. Kenapa semuanya berlaku sedangkan kami berasal dari ibu & bapa yang sama? Jawapannya, kerana TUHAN MENTAKDIRKAN PERBEZAAN ITU.

Berbalik kepada cerita  para petani, nelayan, penternak & pekebun sayur di atas, hendaklah kita terima ketentuan Allah S.W.T. Tuhanlah yang mentakdirkan pekerjaan setiap orang.  

Dan untuk menentukan kesesuaian setiap orang dengan pekerjaannya, maka diberilah tahap kecerdasan yang berbeza. Ada yang genius, pandai, sederhana pandai, lemah, lemban dan sebagainya.

TUHANLAH YANG MENTAKDIRKAN PERBEZAAN ITU.

Sebab itu, orang yang pandai, cerdik, kaya, mulia dan setara dengannya (mari kita namakannya, golongan elit, golongan profesional), jangan sesekali menghina, membenci, mengherdik, menjerkah dan sebagainya terhadap orang yang miskin, hina, lemah, lemban dan sebagainya (golongan  marhein).

 
Kalau tak ada golongan marhein, kita semua tak dapat makan nasi, tak dapat makan ikan segar, tak dapat merasa ayam proses atau daging yang segar. Kita juga tak dapat makan sayur yang pelbagai.

Kalau depa mogok selama seminggu je, kita semua akan lapar, kebulur, kurus  kering macam hantu jerangkung. Laki bini akan berkelahi tak berhenti-henti pasal tak cukup makan. Anak-anak pula akan menangis & meraung kelaparan siang malam.   

Kalau nak diharapkan kepada golongan elit & profesional, supaya menanam padi atau sayur, menangkap ikan di laut, sungai atau tasik  atau memelihara ayam & lembu,  sampai kiamat pun tak jadi, tak selesai. Depa tak reti apa-apa. Tak reti sikit pun.   

SETIAP PEKERJAAN ADALAH IBADAH.
Kepada yang jadi petani, berkerjalah dengan niat menyara keluarga dan mengenyangkan hamba Allah yang lain, maka perkerjaannya itu adalah ibadah dan mendapat pahala yang banyak dari Tuhan. Sampai anda masuk ke kubur, pahala itu akan berterusan masuk kepada anda.

Demikian juga kerja-kerja lain. Nelayan, penternak, penoreh, pekebun sayur dan sebagainya. Selagi pekerjaan itu memberi manfaat kepada manusia umumnya dan orang Islam khasnya, maka selagi itu anda mendapat pahala dari Tuhan. Pekerjaan anda itu dikira ibadah.

TERIMA KASIH AYAH BONDAKU
Terima kasih, wahai ayah bondaku kerana pernah memberi pengalaman berharga kepadaku seperti menoreh getah, menanam padi, menanam tembakau, menternak lembu, kambing & ayam. Pengalaman itu menjadikan saya sangat berterima kasih kepada mereka (golongan marhein).. Jangan sesekali menghina & merendahkan mereka. Tangan mereka lebih mulia daripada kita. Hati mereka lebih jernih daripada kita. 

CONTOH MAKRO
Apa yang saya sebutkan di atas itu adalah contoh makro. Setiap orang, samada doctor, jurutera, guru, akitek, askar, polis atau sesiapa sahaja sangat mengharapkan kewujudan golongan marhein untuk mendapat keperluan hidup mereka. Tolong jangan meninggi diri, bongkak, sombong, berlagak & sebagainya. .

Begitu juga sebaliknya, Mereka juga memerlukan kita untuk hidup mereka. Pendek kata, setiap orang perlu bantu membantu & lengkap-melengkapi. Golongan marhein dengan penghasilannya, Guru dengan sumbangan pendidikannya, doctor & jururawat dengan sumbangan kesihatannya, askar & polis dengan sumbangan kawalannya dan sebagainya.

CONTOH MIKRO
Dalam sesebuah universiti, akan wujud pelajar yang cemerlang sehingga mendapat Sijil Dekan (SD) berturut-turut. Ada pula yang sederhana pandai. Dan ada juga yang terkial-kial. Kenapa Tuhan tak menjadikan mereka sama sahaja? Demikian maksud sms H yang saya fahami.

Saya akan menjawabnya dari sudut pengalaman saya. Saya juga pernah belajar di Universiti. Ada subjek yang saya skor, dan ada juga yang saya lemah sampai gagal beturut-turut. Konsep penyelesaian masalah saya mudah sahaja.

[1] MEMPUNYAI STUDY GROUP  yang konsisten. Kalau timbul masalah, kami akan berkumpul setempat untuk mencari jawapan & membuat pembahagian tugas. Ada masanya saya suka lone-ranger (bersendirian) tetapi ada masanya study group itu sangat diperlukan.

[2] PENYELESAIAN SEGERA. Slogan saya belajar dahulu ialah PENYELESAIAN SEBELEUM MATAHARI TERBENAM. Kalau saya ada masalah tak faham, tersangkut atau apa sahaja, saya akan selesaikan hari itu juga. Saya tak suka bertangguh-tangguh, kerana bertangguh-tangguh itu tak menjadi. Kadang-kadang saya tanya rakan, pensyarah atau terus ke perpustakaan.

[3] TIDAK KEDEKUT ILMU. Saya percaya Ilmu itu adalah cahaya dan patut disebarkan. Saya suka buat kelas tuisyen percuma kepada rakan-rakan yang lemah. Ada 2 manfaat. [1] Dapat menolong rakan &  mendapat pahala kerananya, [2] Ilmu saya semakin berkembang & saya semakin faham. Saya tak rugi apa-apa.

[4] BERZIKIR KEPADA TUHAN. Saya suka mengamalkan YA LATIIF (Yang Maha Lemah Lembut) 130X selepas Subuh untuk memudahkan semua kerja akedemik saya. Dan saya juga suka mengamalkan Surah Al-Baqarah (1-5), Ayatul Kursi, 2 ayat sesudahnya, Amanar Rasul & 1 ayat sebelumnya sebelum tidor. Gabungan ayat-ayat ini adalah sebagai penguat hafalan & mudah faham. Kalau anda nak amalkannya, tolong istiqamahkannya sehingga 40 hari. Kalau berterusan, lagi baik.

Bagi maksud kefahaman H itu, sebenarnya tahap kecerdasan yang berbeza itu membolehkan kita saling berinteraksi, berkomunikasi & tolong-menolong satu sama lain. Hidup ini sangat indah jika kita dapat berkampung dengan tugasan masing-masing. Kemudian kita saling bantu-membantu untuk lengkap-melengkapi.

Disiapkan pada Jumaat 2.11.2012   7.48 am.

No comments:

Post a Comment