GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 4 November 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (7) Mencari Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia


Imam Ahmad, Tirmizi dan Nu’aim bin Hammad menukilkan dari Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Akan keluar daripada Khurasan panji-panji hitam. Tidak ada satu apa pun akan dapat menahannya sampailah panji-panji itu dipacak diatas Ilya’.” (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.60)


Saya akan cuba mengelak sebarang perbahasan mengenai Khurasan. Terpulanglah kepada takrifan anda mengenai Khurasan. Kalau anda kata, ia Afghanistan atau Pakistan atau Malaysia atau Indonesia, terpulanglah. Saya lebih cenderung mengatakan ia adalah Harrah di kawasan bergunung-ganang di Utara atau Barat-Daya Arab Saudi.

Sila rujuk IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (6) untuk mendapat kefahaman lebih jelas.

Imam Mahdi Al-Muntazar adalah hamba Allah yang ikhlas. Hidupnya mencari keredhaan Allah dan sama-sekali tidak mempedulikan keredhaan manusia terhadapnya. Dia hanya memburu kasih sayang Allah dan tidak peduli samada manusia benci atau tidak kepadanya.

Dalam hadis di atas, terdapat ungkapan “ TIDAK ADA SATU APA PUN AKAN DAPAT MENAHANNYA”. Maksudnya jelas. Dia akan terus berjuang, berjuang & berjuang sehingga mencapai kemenangan. Dia hanya mencari keredhaan Allah, tak kira samada dia hidup atau mati, menang atau kalah.

Dalam hidup yang penuh pancaroba ini, pelbagai kekangan membelit kehidupan setiap individu. Ada belitan politik, ekonomi, ketenteraan, budaya, social, jawatan, gelaran, pangkat dan sebagainya. Imam Mahdi tidak peduli semua belitan itu. Dia hanya mengharap keredhaan Allah S.W.T semata-mata.

ILYA merupakan sebuah bukit dekat Baitul Maqdis. Sasaran Imam Mahdi ialah memacakkan bendera Islam berwarna hitam di atas puncaknya dan membebaskan Kota Baitul Maqdis daripada Yahudi. Banyak halangannya untuk mendapatkan kemenangan, tetapi Imam Mahdi tetap yakin kepada kemenangannya. Dia yakin Allah akan membantunya. 
 
Kini, orang-orang Israel berbicara tentang perang yang tidak mustahil akan berlaku. Mereka sedang membuat perancangan masa terjadinya & cara-cara kerja yang patut dilakukan. Salah seorang panglima mereka, Abraham Rawtun mengakui, peperangan di masa Al-Mahdi akan melibatkan banyak front & melawan banyak tentera.

Imam Al-Qayyim mengutip nas Taurat dalam bahagian pertama dari Kitab Taurat yang tersebar luas di zamannya yang berbunyi (l.k) seperti berikut….”Nabi Muhamad S.A.W, kemudian Al-Mahdi dan keturunannya, kerana Al-Mahdi itu adalah seorang yang liar (?), yang akan mengertak setiap musuh Allah di akhir zaman”

Berlepas diri dari maksud liar yang buruk & tidak tepat, tentu maksud liar itu adalah sesuatu yang positif menurut pandangan Islam. Adalah janggal menyamakan Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman sebagai King Of The Monggols (seperti menurut Ramalan Nostradamus).

Mereka berbeza dari segi keimaman kepada Tuhan & kesolehan dalam beribadat. Akan tetapi mereka mungkin sama dalam hal berikut. TIDAK TAKUT KEPADA MUSUH MEREKA.

Barangkali itulah maksud “liar” sebagaimana yang tercatat dalam nas Taurat yang dibicarakan.

Imam Mahdi cuma takut kepada Allah S.W.T semata-mata & tidak takut sama sekali kepada musuh-musuhnya. Dia cuma mencari redha Allah & tidak peduli kepada redha manusia terhadapnya. Seharusnya kita semua bersikap sepertinya.

Saya, anda atau sesiapa sahaja akan terperangkap dalam lubang bahaya ini jika tidak berhati-hati. Maksud berhati-hati itu ialah membetulkan niat dalam melakukan sesuatu. Maksud lebih jelas ialah jangan memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Noktah.

Jangan pedulikan keredhaan manusia, kerana setiap orang saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yang tidak bertepi, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul.

Orang yang mukhlis tidak  peduli dengan keredhaan manusia  kerana solat dan ibadatnya, hidup dan matinya hanya untuk Allah. Mereka hanya mengharapkan Allah sahaja dalam hidup mereka.  Dan Imam Mahdi Al-Muntazar itu adalah seorang yang selalu berkeadaan begitu dalam hidupnya.

Jika anda pernah menonton episod terakhir siri X-Files, anda akan mendapati  Agen Mulder telah mengetahui bahawa pada tahun 2014,  ‘alien’ akan menyerang dunia. Walau pun ia hanya sebuah filem, tetapi plot-plot penting pada tarikh & tempat adalah buah catur dari kedengkian Yahudi. Jika ini benar, maka pelaksana kepada semua kedengkian ini adalah agen-agen Dajjal di sekeliling kita.

Ia barangkali selari dengan desas-desus yang terdengar, kononnya Mekah akan diserang pada tahun 2014. Saya terkejut & tergaman. Kalau benar berita itu, nyata Yahudi sudah sangat yakin bahawa kita (umat Islam) sudah sangat lemah & tak dapat berbuat apa-apa lagi. Saddam Hussein &, Muammar Ghadafi sudah ranap. Siapakah lagi yang berani mengangkat kepala kepada musuh-musuh Islam?   

At Tabrani menukilkan di dalam Mu’jam Al Ausath daripada Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w. pernah memegang tangan Ali r.a. seraya berkata, “Akan keluar dari sulbi dia ini (dari keturunannya) seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Bila kamu lihat keadaan itu hendaklah kamu ikuti pemuda At Tamimi. Dia akan datang dari Timur dan dialah yang memegang bendera Al Mahdi.” (Ibid j.2 ms.62)

Menurut statistik yang ada sekarang, kekuatan Israel terhadap Arab (sekiranya mereka semua bersatu) ialah kereta kebal (1 : 4), bilangan pasukan (1 : 3)  dan  pesawat pejuang  (1 : 3)   juga. Oleh kerana pemimpin-pemimpin Arab tidak bersatu, maka Israel dengan mudah sahaja dapat menganyang mereka.

Bila Pemuda Bani Tamin muncul diikuti Imam Mahdi Al-Muntazar, pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia akan berada di sisinya. Mereka pun akan mula berkerja, iaitu menakluk benteng atau tembok-tembok milik Yahudi di hadapan mata mereka. Tanpa ada pilihan, Yahudi terpaksa bersembunyi di bawah tekanan ketakutan & kegentaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini.  Israel dan Yahudi sedang menempah maut di atas kebodohan  dan kejahatannya sendiri.

Gambaran “alien” itu adalah sebuah kepalsuan.  Yahudi cuba menjadi hero dengan membantas kepala “alien” (maksud mereka, Imam Mahdi) yang akan muncul. Pada mereka, Imam Mahdi Al-Muntazar akan menjadi mayat pada saat penyerangan itu. Yahudi akan menjadi hero menyelamatkan dunia..  

Satu lagi, jika anda pernah bermain permainan komputer ‘Ghost Recon’, 'Ghost Recon: (Desert Siege)' dan 'Ghost Recon: (Island Thunder)', anda tentu akan dapat membaca secara langsung niat jahat Amerika untuk menakluk seluruh dunia,  siap dengan tarikh-tarikh perancangannya sekali (dari tahun 2006 hingga tahun 2013) dan juga semua lokasi simulasi peperangan bermula dari Tbilisi di Georgia, Red Square (Moscow), Ethiopia hinggalah ke Cuba di mana Fidel Castro mati pada tahun 2009 sewaktu anda memegang watak sebagai askar Amerika dalam permainan itu.

Ada satu lagi game komputer iaitu America's Army (Operation Recon). Kesemuanya mempunyai pertalian langsung antara mereka. Sayangnya,  cuma umat Islam tidak sedar tentang pertalian tersebut. Atau memang mereka cuai untuk mengambil perhatian berat terhadap masalah ini.

Terdapat sebuah manuskrip usang di perpustakaan Pope di Vatikan City, bernombor 96 Turath Islami. Mujahid menceritakan daripada Janadah bin Umayyah dari Ali r.a berkata : “ Pada hari kemunculan Al-Mahdi, api dan pembenaman bum (1)i. Api tersebut adalah perang Tuhan Baitullah. Kejahatan (2) mereka membuat tipu helah, lebih makar (daripada) orang yang mereka hukum (3). Dan burung melaknat orang yang berbuat zalim. Maka mereka dibakar dan ditelan bumi (4) oleh Tuhan pasukan tentera Baida”

Penuilis sebenar manuskrip itu ialah Al-Karassyi bin Abdur Rahman, seorang ulamak di Madinatul Muanawarah pada kurun ketujuh hijrah. Mari kita cuba fahami maksud perkataan bernombor 1, 2, 3 dan 4 di atas.

[1] Api mungkin bermaksud api pembenrontakan rakyat. Wallahu ahlam. Kalau ini benar, maka kita dapat melihat bahawa rakyat tak berhenti-henti memprotes & menolak kejahatan Sufyani yang rakus dan kejam. Pembenaman bumi (bermaksud tengelamnya sepasukan tentera di padang pasir). Kedua-duanya tanda kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar.

[2]  Kejahatan mereka ialah membuat pelbagai janji palsu, tipu daya, program-prgram tak berfaedah & segala yang merugikan rakyat. Bahkan mereka menekan rakyat dengan peraturan-peraturan yang ketat & mnyeksakan.

[3] Bila rakyat bangun memberontak & menyalakan api pemberontakan secara meluas, maka mereka segera menghukum rakyat. Yang lelaki dibunuh, perempuan pula dibelah perutnya manakala kanak-kanak pula ditembak.  Mereka kejam & sadis.

[4]  Berlaku kisah mengejutkan. Satu pasukan tentera tebenam di  padang pasir kerana mengejar Imam Mahdi. Semuanya mati kecuali seorang sahaja yang selamat. Dialah yang akan menjadi pembawa khabar kepada peristiwa mengejutkan itu.

Mari kita ikuti bagaimana ia akan berlaku.

Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah yang dimarfukan kepada Ali menyebutkan : “ Sesungguhnya Al-Mahdi ialah dari keturunan kami Ahlul Bait. Allah bukakan baginya Mesir dengan seluruhnya dan Dia bukakan untuknya Syam dengan peperangan yang tidak ada cercaan”

Maka itu menunjukkan bahawa tentera Mesir akan melipatgandakan kekuatan tentera Mahdi sehingga menjadi ketumbukan tentera yang besar. Tidak ada satu pun negara yang mampu menandinginya.

Kemudian Imam Mahdi akan menakluki Syam secara berperingkat, wilayah demi wilayah. Akan tetapi Sufyani cuba melakukan perlawanan. Di sinilah dia cuba menghimpun bala tenteranya & berhasrat meranapkan Imam Mahdi Al-Muntazar di hadapannya. Kemudian berlakulah apa yang berlaku. PEMBENAMAN AL-BAIDA.    

Bilakah semua ini akan berlaku? Percayalah, tidak berapa lama lagi. Bila? Sangat dekat, dekat & dekat. Buktinya? Anda akan melihat semuanya sebelum……INSYAALLAH.

SELAMAT DATANG WAHAI MAHDI AL-MUNTAZAR

Disiapkan 4.11.2012    8.22 pm

3 comments:

  1. Sejak berzaman Umat Manusia terutama dari Agama Samawi menunggu kedatangan ‘Penyelamat dunia’:
    Kepada umat Islam Imam Al-Mahdi, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

    Kami adalah Pendokong Imam Al Mahdi (a.s), pengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s). Kami daripada pelbagai bangsa dan negara keseluruhannya memperakukan bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah pendiri (Qoim) keluarga Muhammad (a.s) iaitu Al Yamani, pewaris dan utusan Imam mahdi (a.s) kepada umat Islam, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

    Untuk lebih mendalam sila rujuk:

    http://www.hashemstudios-board.com/ English – video ‘The Arrived”
    http://almahdyoon.org/ - Laman rasmi Arab
    http://www.saviorofmankind.com/ Laman rasmi English
    http://pendokongalyamani.blogspot.com/ - Ansar Nusantara
    http://yamani.org/ - Ansar Nusantara

    ReplyDelete
  2. *
    ..... PETANDA2 KEMUNCULAN IMAM MAHDI AS .....

    SEJARAH YG BERJELA2 KAMI RINGKASKAN UTK SENANG DIFAHAMI.
    CLUE TERDEKAT NASAB IMAM MAHDI AS WAJIBLAH DULU DICARI.
    MAQAM LELUHURNYA DITANAH MERAH KELANTAN TERSEMBUNYI.
    SAORANG AHLULBAIT SANG SAKA MERAH PUTEH DIA RADEN ALI..

    KESIAN BUNG BERJELA2 MENCARI SEMUANYA PALSU SYOK SENDIRI.
    DULU KAMI BILANG KUMAN SEBERANG LAUTAN BUNG TERUS CARI.
    GAJAH DEPAN MATA SENDIRI NGAK BISA JUMPAI MATA BUTA LAGI..
    ANAK KERA DIHUTAN DISUSUI ANAK SENDIRI DIRUMAH HAUS MATI..

    KESIAN BUNG/ARWAH ABAH HINGGA MATI SIAPA MAHDI DIA RAGUI.
    SEDANGKAN YG DICARI DEPAN MATA DIKELANTAN TANAH SENDIRI.
    PULAU BESAR MELAKA TEROKAI KEKELANTAN LELUHURNYA SEMADI.
    TELAH BANGKIT IMAM MAHDI DISATU NEGERI DIA SEDANG PERHATI..

    ( DARI KHIDIR AS / IMAM MAHDI AS / ZULQARNAEN PROPHECY... )

    ReplyDelete