GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 29 November 2012

MANUSIA PENGHUNI KUTUB PUNYA OTAK LEBIH BESAR



Penelitian terbaru menunjukkan orang yang hidup di daerah kutub mempunyai bola mata dan otak yang lebih besar. Peningkatan ukuran otak dan mata ini memungkinkan seseorang melihat lebih baik dari pada mereka yang tinggal di khatulistiwa



Dengan ini, bermakna orang yang tinggal di kawasan khatulistiwa (equator)  mempunyai bola mata yang lebih kecil & kapasiti otak yang relative rendah.

"Seseorang yang tinggal di daerah kutub akan memiliki bola mata 20 % lebih besar dari mereka yang tinggal di Khatulistiwa.," kata Robin Dunbar, Dekan Institute of Cognitive & Evolutionary Anthropology, Universiti Oxford seperti yang disiarkan oleh Discovery News.

"Orang yang tinggal di garis lintang tinggi (termasuk kutub) mempunyai aktiviti visual yang lebih tinggi daripada yang tinggal di kawasan Khatulistiwa" tambah Dunbar.


"Yang jelasnya, mereka memiliki penglihatan yang lebih baik untuk mengatasi masalah pencahayaan yang kurang di kawasan garis lintang tinggi (termasuk kutub)."

KEHEBATAN TUHAN TERHADAP MANUSIA
Inilah kehebatan Tuhan yang jarang kita sedari. Tuhan menyediakan kemudahan akomadasi untuk hamba-hambaNya. Di tempat panas, struktur manusianya begini. Di tempat yang sejuk, begini pulak.

Untuk penelitian ini, Dunbar dan rakannya,  Eiluned Pearce telah meneliti hampir 55 individu daripada 12 populasi berbeza. Penelitian ini difokuskan kepada volume (isipadu)  dan kapasiti tengkorak.

Individu yang diteliti merupakan orang yang hidup pada 200 tahun yang lampau dan tengkoraknya menjadi koleksi Museum Universiti Oxford.

Penelitian tersebut menghasilkan penemuan tentang hubungan yang signifikan antara garis lintang dengan volume otak.

Otak terendah dimiliki oleh jenis Micronesia yang banyak tinggal di sekitar garis katulistiwa dengan berat otak 40.6 ons. Sedangkan otak yang lebih besar dimiliki bangsa jenis Scandinavia yang banyak tinggal di kawasan garisan lintang tinggi, termasuk  sekitar kutub dengan berat 50.2 ons.

Saya melihat kajian ini ada signifikannya juga dengan tahap pembangunan Negara-negara tertentu yang berada pada 2 tempat berbeza itu. Walau bagaimana pun, ini hanya pendapat pribadi saya. Anda boleh setuju atau tidak.

NEGARA MAJU & NEGARA MEMBANGUN
Kebanyakan Negara-negara maju seperti Eropah, Jepun, Korea dan sebagainya berada pada kawasan garis lintang tinggi. Apakah kerana kapasiti otak mereka lebih besar?

Sementara Negara-negara mundur atau peringkat membangun banyak berada di kawasan khatulistiwa (equator). Contohnyya  seperti Malaysia, Indonesia, Negara-negara Asia Tenggara, Asia Barat, Afrika dan sebagainya.

Adakah kemunduran mereka disebabkan kapasiti otak mereka yang lebih kecil?

Cuba juga anda tengok negara-negara orang putih sebelah selatan (berhampiran Kutub Selatan) seperti Australia & New Zealand. Walaupun mereka terletak di kawasan garisan Jadi, mereka pun maju juga. Adakah kerana kapasiti otak mereka yang lebih besar?

SAMADA ANDA SETUJU ATAU TIDAK
Samada anda setuju atau tidak, kenyataannnya memang begitu. Walaupun Robert Dunhan menafikan kajian ini ada kaitan dengan tingkat kecerdasan manusia, tetapi reality yang kita perolehi menunjukkan hasilnya begitu.

Boleh jadi begini, oleh kerana tingkat pencahayaan yang rendah di kawasan garis lintang tinggi, maka mereka menjadi lebih kreatif & inovatif. Mereka menggunakan sepenuhnya dua KURNIAAN TUHAN terhadap mereka.

Apa dia? [1] Bola mata yang besar, [2] Kapasiti otak yang lebih besar.


MELIHAT SEJARAH LAMPAU
Kemudian bila kita membandingkan antara manusia zaman moden & manusia zaman lampau, kita dapati saiz badan, saiz kepala & saiz otak juga berbeza. Nabi Adam mempunyai ketinggian 60 hasta (lebih kurang 90 kaki), sedangkan kita secara purata, Cuma 5 – 7 kaki.

Begitulah juga perbandingan perkara-perkara lain, termasuk otak. Otak orang zaman lampau lebih besar daripada kita. Maka kerana itu, kita melihat tamadun zaman lampau sangat hebat. Mungkin sampai tidak terbuat oleh kita.

Saya beri beberapa contoh yang masih kelihatan sampai sekarang. [1] Piramid & Sphinx di Mesir, [2] Tembok Besar di Negeri Cina, [3] Taman Tergantung Babylon di Iraq, [4] Bangunan Petra di Utara Syria dan sebagainya.


 





KESIMPULAN YANG DAPAT  KITA BUAT
Manusia zaman lampau sangat hebat pemikirannya. Kehebatan itu pula dilakar kepada bangunan-bangunan yang saya sebutan di atas. Apakah kerana mereka memiliki kapasiti otak yang lebih besar daripada kita?

Jurutera-jurutera zaman moden pun gagal membina seperti mereka. Bukan setakat itu, mereka juga gagal mengenalpasti bagaimana ia dibuat, komposisi bahan yang digunakan dan sebagainya.

Kalau benar telahan saya, maka benarlah pendapat umum yang mengatakan Orang Barat (maksudnya Orang Eropah) lebih cerdik daripada Orang Timur kerana kepalanya yang lebih besar. Sebab bila saiz kepalanya besar, maka kapasiti otak juga besar. Wallahu ahlam.

Berkaitan dengan itu juga, maka benarlah pendapat umum bahawa orang zaman lampau lebih cerdik & lebih pintar dari manusia di zaman moden ini berdasarkan saiz kepala mereka & kapasiti otak mereka. Wallahu ahlam.

Ini hanya pendapat saya. Anda boleh setuju. Anda juga boleh tidak setuju. Terpulanglah. Saya hanya bercakap menggunakan bukti yang ada.

KEMBALI SEMULA KEPADA KAJIAN
Mari kita kembali semula kepada kajian yang dibuat oleh Robert Dunhan & rakannya itu.
      
Mereka kata, dalam banyak sample yang mereka gunakan itu, mereka tak menggunakan (abaikan) tengkorak warga penghuni Kutub Utara. Walau bagaimana pun, mereka membuat analisa bahawa otak penghuni kutub itu 20%  lebih besar berdasarkan data yang mereka punya. Namun, pengkaji tersebut mengatakan volume otak ini tidak berkait sama sekali dengan tingkat kecerdasan umum.

Saya berpendapat sebaliknya. Orang-orang yang tinggal di kutub itu sebenarnya sangat cerdas. Mereka pandai menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang mereka alami. Kalau tidak pun demikian, mereka akan berhijrah ke Negara-negara Scandinavia & membentok kehidupan baru di situ. Maka di situlah, mereka membina kepintaran baru yang kita kagumi sekarang.

Kita selalu sebut Amerika maju, Kanada maju, Norway maju, Finland maju, Perachis maju dan sebagainya. Mungkin pencetus kemajuan mereka itu berasal dari Kutub Utara yang berhijrah turun ke bawah. Wallahu ahlam.  

Kata para pengkaji itu lagi, "Kesimpulannya,  yang ingin kami maksudkan ialah orang yang memiliki otak lebih besar kebanyakannya tinggal di garis lintang tinggi, tetapi itu tidak berarti mereka lebih cerdas. Itu hanya berarti mereka memiliki peningkatan volume otak yang digunakan untuk penglihatan dan ini telah meningkatkan ukuran otak secara keseluruhan,"

Mungkin benar kata mereka. Tetapi saya telah menjumpai beberapa kesimpulan yang menarik dari kajian mereka. Anda boleh setuju dengan saya atau tidak. Terpulang kepada anda.

KESIMPULAN PERTAMA
Orang-orang yang tinggal di Garisan Lintang tinggi (terutamanya Eropah, Rusia, Jepun, Korea dsb) memiliki kapasiti otak lebih besar  daripada kita. Maka dengan itu, mereka lebih maju daripada kita.

KESIMPULAN KEDUA
Manusia zaman lampau umumnya mempunyai saiz badan, saiz kepala & saiz otak yang lebih besar daripada kita. Maka mereka lebih pintar daripada kita. Buktinya, merka berjaya membina beberapa peradaban, bangunan, objek yang kekal sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, saya menemui juga kesimpulan baru dari kedua-dua kesimpulan saya di atas. Mari kita baca kesimpulan ketiga saya. Penting untuk saya. Penting untuk anda. Dan penting untuk sesiapa sahaja.

KESIMPULAN KETIGA
Walau sehebat manapun kita, secerdas manapun kita, segenius manapun kita, kalau kita kufur kepada Allah, derhaka kepada Allah, suka menentang kebenaran dan sebagainya, maka Tuhan akan menghukum kita. Lihat sahajalah kepada tamadun manusia lampau. Tuhan menghancurkan Kaum Ad, Kaum Tsamud, Namrud & kerajaannya,  Firaun & kerajaannya tanpa membinasakan peninggalan tamadun mereka. Supaya jadi bukti & pengajaran kepada kita.

Lihat juga kepada orang-orang Barat, Jepun, Korea dan sebagainya. Mereka sesat dalam dunia mooden mereka. Mereka tersasar dengan kemajuan & pembangunan mereka. Kemodenan mereka tidak berteraskan iman. Jalan yang mereka pilih sangat salah. Marilah kita memburu kemodenan dengan memperkasakan ketakwaan dalam diri kita. Berkerjalah kamu untuk dunia seolah-oolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi. Dan berkerjalah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati besok. 

Sekian dahulu. 30.11.2012 9.26 am

4 comments:

  1. satu post yang menarik. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. SAYA SETUJU PADA KESIMPULAN KETIGA.

    ReplyDelete
  3. saya setuju dengan awak, mami

    ReplyDelete
  4. Aku rasa , ini adalah faktor lingkungan yang menyebabkan bangsa-bangsa ini berevolusi dengan seperti yang digambarkan (Mata besar, otak besar etc)
    Dalam erti kata lain,persekitaran yang membentuk siapa kita. Kita akan berevolusi sesuai 'telunjuk' lingkungan kita.

    ReplyDelete