GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 28 November 2012

MENGAPA SEMUT BERHENTI SEJENAK JIKA BERTEMU DENGAN SEMUT LAINNYA?



Mengapa semut akan berhenti sejenak jika bertemu atau berpapasan dengan semut lainnya?.



Inilah rahsia kehidupan semut yang kita tak tahu. Hang sedang buat apa tu? Hang sedang cakap apa tu?

Sebenarnya, cerita tentang semut sudah ada dalam Al-Quran. Dalam Surah An-Naml. Nabi yang boleh bercakap dengan binatang (termasuk semut) adalah Nabi Sulaiman a.s.

Meh, kita ikuti sebahagian ceritanya dalam Al-Quran, Surah An-Naml, ayat 18 – 19, "...Sehingga apabila mereka (Nabi Sulaiman & tenteranya) sampai ke suatu lembah, berkatalah raja semut kepada rakyatnya. “Masuklah kamu ke dalam sarangmu, agar kamu tidak terpijak oleh mereka, sedang mereka tidak mengetahui”.

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar perkataannya  (lantas memberhentikan tenteranya) seraya berdoa “Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Kau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dlaam golongan hambaMu yang soleh”.
.   
Kembali kepada cerita tadi, semut yang terlihat “mengadu kepala” pada saat bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. Mereka sedang bercakap sesama mereka.

Siapakah yang kata mereka sedang bercakap, sedang berkomunikasi? Beliau ialah Prof T.C. Schneirla, seorang pengkaji di Universiti New York.

Kononnya, dia pernah mengadakan satu ujikaji (eksperimen) khusus terhadap semut.

Ha2. Mari kita berhenti sebentar. Saya ada sesuatu untuk memberitahu anda.

Sebenarnya cerita tentang semut (termasuk binatang-binatang lain) boleh bercakap dah terrakam dalam Al-Quran sejak 1434 tahun yang lampau. Kisah ini pun berlaku dah lama, sejak zaman Nabi Sulaiman 3000 tahun lagi.

Inilah hebatnya Al-Quran. Ia mendahului semua ujikaji (eskperimen) yang kononnya hebat pada zaman moden ini. Kadang-kadang kita pun terikut-ikut standard pemikiran orang Barat  Sesuatu itu tidak sah (valid) kecuali kalau sudah diuji melalui  makmal. Atau dengan bahasa mudahnya, telah melalui ujikaji atau eksperimen.

Bukan setakat itu sahaja kehebatan Al-Quran, ia juga mengambarkan bahawa manusia (Nabi Sulaiman a.s) dalam peristiwa tersebut boleh memahami bahasa binatang. Wah hebatnya. Nabi Sulaiman boleh faham bahasa semut, bahasa burung dan sebagainya.

Itulah mukjizat Nabi Sulaiman a.s. Timbul pula soalan baru, bolehkah kita, manusia biasa ini memahami bahasa binatang seperti baginda?

He2. Ini soalan cepu mas ni. Saya tak mahu menjawabnya di sini. Tetapi saya ingin memberitahu anda begini. Julat pendengaran manusia sangat kecil, lebih kurang 2 kHz – 2000 kHz. Ia boleh mendengar bisikan manusia sehinggalah kepada bunyi kapalterbang yang terbang di angkasa tu.

Yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar daripada itu, kita tak boleh dengar. Tuhan adakan hijab. Tetapi kalau kepada nabi-nabiNya, maka Tuhan berikan mukjizat kepada mereka. Contohnya, Nabi Sulaiman boleh dengar faham percakapan binatang, Nabi Muhamad boleh dengar percakapan jin dan sebagainya.

Adakah perkara sebaliknya boleh berlaku? Maksudnya, adakah binatang-bintang itu faham bahasa manusia? Jawapannya ya. Sebab julat pendengaran mereka lebih luas daripada kita. Tengok sahaja kat sarkas, binatang-binatang tertentu telah dilatih menggunakan bahasa mereka masing-masing.    

Pengajaran dari Al-Quran itu boleh difahami begini. Apabila Tuhan menceritakan sesuatu, maka DIA akan menceritakan perkara yang  besar-besar, yang pelik-pelik dan yang hebat-hebat..

Tuhan tidak akan menceritakan perkara yang remeh temeh, perkara kecil, perkara ringan. Adakah anda faham maksud saya?

Maksud saya, kemampuan manusia (Nabi Sulaiman a.s) memahami bahasa binatang adalah perkara besar, perkara pelik & perkara hebat. Bagaimana kita tahu itu? Sebab dia dicatit dalam Al-Quran.

 So, perkara sebaliknya adalah perkara kecil sahaja. Binatang boleh faham bahasa manusia adalah perkara kecil. Sebab itu, kisah-kisah macam ini tidak ada dalam Al-Quran. Manusia boleh fikir sendiri. It is a simple matter.

 Arwah datuk saya menggunakan bahasa kerbau semasa memelihara kerbaunya. Arwah ayah saya menggunakan bahasa lembu semasa menjaga lembunya.

Saya sendiri pernah memelihara kambing, ayam & itik. So, saya menggunakan bahasa mereka semasa mengurus mereka. Mereka faham apa yang saya kata.

Timbul satu soalan lain. Adakah anda boleh bercakap dengan binatang-binatang bukan peliharaan anda seperti ular, katak, harimau, singa, gajah dan sebagainya?

Kalau kita tengok kat sarkas, kita dapati harimau, singa, gajah dan sebagainya faham apa yang diajar kepada mereka. Mereka seperti anak-anak kecil yang boleh dibentok.

Bagaimana dengan harimau yang tiba-tiba muncul di kampong anda? Boleh anda bercakap dengannya? Bagaimana dengan singa yang pertama kali terserempak dengan anda? Boleh anda bercakap dengannya? Bagaimana dengan gajah yang tiba-tiba naik minyak di tempat anda? Bagaimana anda nak menguruskannya?

Sejarah telah menceritakan bahawa seorang sahabat Nabi, Salman Al-Farisi telah menghalau seekor singa yang menganggu orang lalu lalang. Dia mendekati singa tersebut, berkata sesuatu & singa itu pun berlalu pergi.

Wah, hebatnya sahabat Nabi yang mulia ini. Bahkan beliau juga pernah memanggil seekor kijang yang melintas di hadapannya untuk disembelih bagi menjamu tetamunya. Bahkan pernah juga beliau memanggil beberapa ekor burung di angkasa untuk tujuan yang sama.   

Demikian hebatnya sahabat Nabi, Salman Al-Farisi ini. Tetapi anda kena tahu amalannya. Beliau mengamalkan Ayat 5 sebagaimana yang diajarkan Nabi S.A.W.

Cucu Rasulullah, Syaidina Hassan juga pernah menghalau seekor singa di tempatnya. Kaedah yang digunakan pun sama juga seperti Salman Al-Farisi.

Berbalik kepada persoalan, bolehkah manusia  bercakap dengan binatang-binatang tertentu yang bukan peliharaan mereka?. Jawapannya boleh Tetapi ada syarat khusus. Mereka mesti mempunyai aura khusus yang disegani oleh binatang-binatang tadi.
  
Sebelum saya terlupa, selain Ayat 5 yang saya sebutkan di atas, anda juga boleh mengamalkan Surah An-Naml (ayat 15 – 19)  untuk tujuan memahami bahasa binatang. Amalkan sehingga anda Berjaya. Khasiatnya bukan sekadar itu. Banyak lagi yang lain. He2.

Hampir semua binatang mempunyai aura merah di tubuhnya. Kalau dia melihat manusia yang mendekatinya mempunyai aura merah sepertinya, maka dia menganggap manusia tersebut sama level dengannya. Maka dengan itu, dia bergantung kepada budi baik orang itu padanya. Contohnya seperti di sarkas. Dia terhutang budi kepada orang yang memberi makanan kepadanya.

Binatang sangat segan kepada orang yang mempunyai aura hijau. Siapakah mereka? Mereka ialah orang yang banyak membaca Al-Quran, banyak bertahajjud, kuat berzikir, banyak berpuasa sunat dan sebagainya. Dalam kalangan bukan Islam, mereka ialah golongan vegetarian. Binatang pun sangat segan kepada mereka.   

Kehebatan Al-Quran seterusnya. “Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar katanya (maksudnya, kata Raja Semut itu)”. Tuhan menggunakan dhomir “ha” yang merujuk kepada perempuan/betina. Ini bertepatan dengan penemuan sains bahawa raja kepada semut itu adalah betina. Raja (pemimpin) mereka adalah Sang Ratu.

Rupa-rupanya, kes semut dan lebah itu sama sahaja. Raja (pemimpin) mereka adalah  Sang Ratu mereka.

Sekarang mari kita kembali kepada ujikaji atau eskperimen yang saya sebutkan sebelum ini.  Siapakah yang kata semut sedang bercakap, sedang berkomunikasi semasa mereka “bertemu kepala” itu? Beliau ialah Prof T.C. Schneirla, seorang pengkaji di Universiti New York.

Ia mengambil seekor semut  (kita namakan semut A) lalu ditaruh dalam tempat yang berisi makanan. Kemudian dia mengambil seekor semut lain (semut B) lalu ditaruh dalam tempat yang berisi semut-semut musuh.

Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika berpapasan dengan teman-temannya di jalan.

Dari penelitian itu, Prof T.C. Schneirla menyimpulkan bahwa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut menempel pada semut itu.

Ketika bertemu dengan semut temannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).

Nah, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.

Sekian, terimakasih.  29.11.2012    7.56 am


15 comments:

  1. Salam Abah, saya peminat blog abah. Saya sangat tertarik dengan amalan ayat 15-19 surah an naml. Boleh saya mohon izin dapat kaifiat amalan ayat tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerna bertanya. Saya akan memberitahu beberapa khasiat. Syaratnya mesti amalkan 40 hari berturut2. Baca sekali sehari atau lebih elok tiap2 lepas solat.
      Antara khasiatnya, memahami bahasa binatang (termasuk burung), boleh memerintah jin (termasuk menghalau jin keluar dari tubuh), mengubati histeria, pengasih, berwibawa dan ditakuti, menjadi hamba Allah yang soleh, dan sebagainya.
      Saya ijazahkan kamu. Tetapi sebelum itu, tolong baca ayat ini di depan mana2 ustaz untuk pembetulan tajwid dan makhraj. Selamat berjaya.

      Delete
    2. Alhamdulillah. Terima kasih byk2 abah. Moga abah diberi kekuatan oleh Allah terus menerus menyumbang kepada dakwah islam

      Delete
  2. Salam.. saya pengunjung baru blog ni.. Subhanallah .. baru saya tahu.. Alhamdulillah... Saudara, saya ingin meminta izin share artikel ini di blog saya .... Saya akan backlinkk an pada blog saudara.. Saya ingin berkongsi supaya orang ramai pun akan dapat pengetahuan ini di samping menyebarkan dakwah.. Insyaalllah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum.. Salam silaturrahim buat Abah. Mohon izin untuk mengamalkan ayat 5-9 dari surah annaml.mohon do'a dan restunya Abah.

    ReplyDelete
  4. Maaf Abah mksudnya ayat 5-19 dari surah annaml.

    ReplyDelete
  5. terima kasih, syukur kepada illahi. Mohon izin saya amalkannya

    ReplyDelete
  6. Salam, izin diamalkn dan mohon di ijazahkn. T.kaseh

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum abah.. Sy juga tertarik dgn artikel ini. Cuma yg saya ingin tahu, selepas diamalkan, haruskah meneruskannya atau ada waktunya? Kalo bole, sy juga mahu mengamalkannya sementelah memberikan kesan positif..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum abah.. Sy juga tertarik dgn artikel ini. Cuma yg saya ingin tahu, selepas diamalkan, haruskah meneruskannya atau ada waktunya? Kalo bole, sy juga mahu mengamalkannya sementelah memberikan kesan positif..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih, atas perkongsian bermanfaat. Mohon izin saya amalkannya

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum abah. sy mohon abah ijazahkn amalan Surah An-Naml (ayat 15 – 19).

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum abah,,,,,saya ingin sedikit berbagi cerita sekaligus bertanya,,,, skitar 10 tahun yg lalu tanpa sengaja saya tidak bisa tidur selama 3 hari 3 malam,,,pas waktu malam yg ke 3 skitar jam 3 pagi saya ke kamar mandi yg kebetulan gentengnya ada yg pecah hingga ada sinar bulan yg masuk dan menyinari air di dalam bak mandi,,kejadian nya pada saat saya melihat air jernih yg tersinari cahaya rembulan di situ saya melihat gambar potongan kepala memakai ikat sorban besar sebentar berubah gambar wajah lain dan terus berubah wajah lain lagi begitu hingga beberapa kali sampai yg terakir gambar yg saya lihat di cermin air tersebut adalah gambar persis wajah saya sendiri,,,,tlong adakah penjelasan secara islam kejadian yg pernah saya alami itu klo memang ada tlong jawaban nya saya tunggu,,,, wassalam

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ,Boleh saya mohon izin dapat kaifiat amalan (ayat 15-19) surah an-naml.

    ReplyDelete