GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 16 December 2012

5 TANDA JANTUNG ANDA TIDAK SIHAT.


Maghrib tadi, saya tiba-tiba merasa sakit jantung. Hajat nak ke surau untuk solat Maghrib segera saya pendamkan. Saya solat sendirian di rumah. Segera saya menelan ubat jantung untuk meredakan ketegangan.

Sukar untuk saya ceritakan suasana semasa sakit jantung ni.  Dada jadi senak, wajah jadi berpeloh, tenaga jadi lemah & perasaan cepat marah. Dah hampir 1.5 bulan jantung saya tak meragam. Baru sekarang ia meragam.

Kebiasaannya, pada masa-masa begini, saya perlukan ketenangan zahir & batin. Suasana mesti senyap atau diam. Tidak boleh ada kebisingan. Kemudian saya juga perlukan penenang dalaman. Maksudnya ubat tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi di dalam badan.

MEREDAKAN KETEGANGAN
Ada 2 pilihan untuk saya. [1] Minum air rebusan jagung. Lebih baik kalau ada bulu jagung. Kalau tak ada jagung asli, boleh juga guna ketiak jagung yang dijual kat kedai, RM2.00 sepeket.

Atau [2] minum air daun serai kayu yang biasa dibuat nasi kerabu. Ambil secekak dan kemudian kisar (blend) biar dapat secawan air. Kemudian minum. Insyaallah, tekanan darah akan turun & jantung jadi normal balik.

Kedua-dua cara tadi memang sesuai kalau dapat diminum 3 hari sekali. Tekanan darah akan turun  dan tubuh jadi sejuk.

Mari kita melihat jantung sepintas lalu.  Jantung merupakan salah satu organ vital yang mempengaruhi bahagian-bahagian lain pada tubuh manusia.  Untuk itu, ketahuilah 5 gejala yang mungkin menjadi tanda bahawa jantung anda tidak sehat.

“Jantung bersama-sama dengan arteri berfungsi menghantar makanan (glukosa) kepada berbagai organ tubuh. Kalau jantung mula mengalami gangguan,  maka gejala-jegala tertentu akan  muncul pada bahagian-bahagian  tubuh yang berkenaan,” demikian kata Jonathan Goldstein, ahli jantung dari St. Michael’s Medical Center di Newark, New Jersey, sebagaimana dikutip dari MSN Health.

5 TANDA YANG MESTI DIKETAHUI
Berikut ini adalah 5 tanda yang menunjukkan bahwa jantung anda tidak sihat. Jika memiliki lebih dari 2 tanda tersebut, anda sebaik-baiknya menghubungi doktor untuk  pemeriksaan.  

[1] Sakit leher

Jika sering merasa leher sakit seperti tertarik, terutama jika terus menerus, maka eloklah anda memikirkan tentangnya..Pesakit yang telah mengalami serangan jantung kebanyakannya baru menyedari bahawa ia sering merasa pegal, sakit dan rasa seperti tertarik di leher akibat ketegangan otot.

Tanda ini selalunya sering diabaikan atau terabaikan. Ini kerana pesakit  lebih fokus pada rasa sesak atau sakit di bagian kiri dada. Mereka kurang mengambil berat kepada rasa pegal, sakit atau tertarik pada tempat yang berkenaan.

Keadaan ini terjadi karena saraf dari jaringan jantung mengirimkan isyarat (signal) rasa sakit yang naik turun ke sumsum tulang belakang yang membentang ke leher dan bahu. Rasa nyeri ini tidak terletak pada satu tempat spesifik dan biasanya tidak hilang dengan sentuhan dingin, hangat atau pijat otot (urutan).

[2]. Sering merasa pening, sesak napas atau pingsan

Journal of the American Heart Association melaporkan lebih dari 40% perempuan melaporkan sering mengalami sesak napas pada hari-hari sebelum daripada serangan jantung.

Seseorang mungkin akan mengalami masalah tidak dapat bernafas, pening atau pingsan. Dan jangan terkejut kalau ia mungkin terjadi pada waktu sedang berjalan atau membersihkan rumah yang sebelumnya tidak pernah bermasalah.

Keadaan ini terjadi karena darah yang melalui arteri untuk membawa oksigen ke jantung tidak mencukupi.

Plak (maksudnya lemak) yang menumpuk pasa salur darah akan membuatkan jantung sulit mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Bahkan kadang-kadang pesakit itu harus menarik nafas dalam-dalam. Biasanya ia berlaku secara tiba-tiba dan akan hilang setelah beristirahat.

[3] Sakit pada rahang dan telinga

Sakit pada rahang memang menjadi gejala misteri kepada beberapa  sebab, tapi kadang-kadang dapat juga menjadi petunjuk kepada  penyakit jantung koroner dan serangan jantung.

Rasa sakit yang muncul sepanjang rahang sampai ke telinga gagal menemukan dari mana berasalnya rasa sakit itu. Keadaan ini terjadi karena jaringan jantung yang rosak telah mengirimkan isyarat ke sumsum tulang belakang hingga mempengaruhi saraf di sepanjang rahang sehingga ke telinga.

Rasa sakit yang muncul itu berbeza dengan sakit gigi atau infeksi telinga yang biasanya di satu titik. Tetapi rasa sakit pada rahang ini  lebih bersifat menyebar dan kadang-kala mempengaruhi bahu serta lengan terutama di bagian kiri.

Tetapi anda mesti ingat kepada satu situasi ini. Jika anda mendapati gusi anda, tak kira samada pada rahang atas atau bawah, maka jantung anda sedang BERMASALAH. Elok anda berjumpa doctor serta merta.

[4]  Gangguan pencernaan, mual atau rasa perih di perut

Jika anda seorang perempuan dan mengalami gangguan pencernaan yang parah. Maksudnya anda selalu mual (loya), maka itu mungkin  menjadi tanda awal serangan jantung atau myocardial infarction.

Dalam satu kajian, didapati perempuan 2 kali ganda lebih mungkin mengalami muntah, mual dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan menjelang serangan jantung dibanding laki-laki.

Keadaan ini terjadi karena sumbatan lemak pada arteri akan mengurangkan bekalan darah ke jantung yang biasanya terjadi di dada. Tetapi kadang-kala tanda ini muncul di perut.

Hal ini bergantung pada bahagian mana daripada jantung yang mengalami gangguan sehingga ia mengirimkan isyarat rasa sakit di bahagian tubuh yang lebih rendah dari dada.

[5] Gangguan seksual

Serangan jantung juga berkait rapat dengan gangguan seksual. Maksudnya tanda kepada sakit jantung dapat dilihat kepada tahap ereksi lelaki. Kepada lelaki yang berkenaan, doktor akan melakukan pemeriksaan kardiovaskular.

Keadaan ini terjadi karena arteri di sekitar jantung yang menyempit . Dengan itu bekalan darah yang sampai kepada senjataanya kurang isipadunya sehingga membuatnya sulit mencapai atau menjaga ereksi.

Demikianlah 5 tanda yang perlu anda awasi. Samada anda berumur 40 tahun atau belum, penjagaan kesihatan itu sangat perlu.

KONSEP KESIHATAN YANG MUDAH
Ramai rakan-rakan saya telah meninggal dunia akibat jantung. Saya suka memberikan anda satu konsep kesihatan yang mudah.

LEBIH BAIK ANDA MENGETAHUI PENYAKIT ANDA DARIPADA ANDA MENGANGGAP ANDA SIHAT TANPA PEMERIKSAAN DOKTOR.

Saya mula terkena penyakit jantung ini sejak tahun 2009 semasa berumur 48 tahun. 5 hari kena tahan di wad Hospital Kuala Krai. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang merawat saya masa itu.

Sekarang saya mesti berjumpa doctor pakar 3 bulan sekali. Doktor akan memeriksa tahap kesihatan saya, penyakit jantung, kencing manis & darah tinggi saya. Kadang-kadang boring juga berjumpa mereka. Tetapi nasihat berguna mereka sangat penting kepada saya.

Sebagaimana saya selalu menasihati pelajar saya supaya selalu rajin belajar, maka doctor  juga selalu menasihati saya supaya selalu menjaga kesihatan. Kedua-dua kes di atas berkait dengan ambil berat dan cakna. Orang yang mengambil berat tentang kita adalah orang yang sayang kepada kita.    

Baru-baru ini, Khamis 15.12.2012, .saya telah berjumpa doctor pakar. Darah tinggi saya 158/103. Kencing manis pulak 10.8, Kolestrol pulak 7.3. Doktor menasihatkan saya supaya kawal makanan berlemak & banyakkan senaman berjalan kaki.

Dia suruh saya berjalan kaki seluruh kampong atau taman selepas subuh. Buat tiap-tiap hari. Dia juga menyuruh saya banyakkan rehat dan jangan stress. Saya senyum sahaja. Pasal rehat & stress, memang saya dah OK.

Saya cuma kalah kepada roti canai. Kena makan 2 dalam 1. Kalau sebiji, maaflah tak cukup. Tetapi saya bukan makan tiap-tiap hari. Kadang-kadang jew. Saya juga kalah kepada gulai lemak, gulai kerutup & nasi goring. Aduhai.

Memang saya selalu beringat dah. Selepas makan benda-benda tadi, saya selalu minum cuka khurma (khal) untuk mencairkan lemak & mengurangkan kolestrol.

Sekian dahulu. Marilah kita sama-sama menjaga jantung kita.

Ahad, 16.12.2012     9.21 pm.

1 comment:

  1. Terima kasih tuan kerana berkongsi pengalaman bersama kami. Kisah tuan memberi peringatan penting buat saya agar jagalah kesihatan jantung sebaik mungkin.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete