GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 7 December 2012

ULAR-ULAR BERBISA ATAS GUNUNG BATU

Anda pernah mendaki gunung batu yang besar? Gunung batu biasanya tak ada kat Malaysia ni. Kalau kat Pakistan, Afghanistan & Cina, ada la kot. Kalau kat Gua Musang, itu dipanggil gua batu kapur. Saya pernah mendakinya pada tahun 2005 bersama Cikgu Din. Kami masa tu adalah penasihat Kelab Setia SMK Paloh.

Gua batu kapur yang saya maksudkan terletak di hadapan Stesen keretspi lama Gua Musang (GM). Kalau anda pernah pergi ke GM, tentu  anda nampak sebuah gua batu kapur yang tersergam indah di situ  Kalau anda ingin memanjat, anda mesti mulakan pendakian anda dengan naik secara menegak sekitar 15m (50.5 kaki). Ya Allah Ya Tuhanku, tingginya, seksanya.

Memang seksa pendakian peringkat awal ini. Lebih kurang macam panjat pokok kelapa yang paling tinggi. Kami terpaksa gunakan tali untuk berpaut. Kalau tidak, payah juga nak sampai ke atas.
Kemudian, baru jumpa pintu gua. Nak masuk ke dalam, mesti masuk seorang demi seorang. Kata orang putih, one by one. Pintu gua ini pula bersambung dengan satu laluan sempit sepanjang 3.5m (sekitar 10 kaki).

Laluan sempit itu terbentok oleh 2 batu besar pada kiri dan kanan lorong tersebut. Kawasan paling sempit & menyusahkan untuk dilalui ialah kawasan tengahnya. Memang memeritkan. Dah la gelap, lorong pulak sempit. Nak bergerak pun, mesti cara mengiring.

Bia sampai pada titik tengah tu, semua perut yang buncit, mengeleber, berketul atau yang setara dengannya mesti dikempiskan sekempis-kempisnya. Biar betul-betul solid. Nasib baik saya berjaya melepasi titik tengah tu. Fuh, lega.

Kemudian baru sampai ke satu kawasan lapang dalam gua. Ini dinamakan Gua Musang. Bila bergerak ke depan lagi, terjumpa satu lagi kawasan lapang. Ini dinamakan Gua Kelawar. Seronoknya kalau dapat berehat sekejap di sini. Teduh, nyaman & dingin.

Dari Gua Kelawar ini, kena naik ke atas lagi setinggi 5 meter (17 kaki) menggunakan tali atau akar-akar kayu. Masa ini mesti naik secara menegak seperti permulaan tadi. Hati-hati di sini, takut tergolek turun.

Melepasi bahagian ini, barulah sampai kepada kawasan selamat. Kawasan seterusnya landai sahaja tetapi memerlukan sekitar 30 minit untuk sampai ke puncak Gua Musang. Jalannya berliku-liku & penuh akar-akar kayu sepanjang perjalanan.

Di puncak bukit Gua Musang tu, kelihatan Bandar Gua Musang seluruhnya. Tempatnya cantik & aman. Tak ada seekor ular pun kelihatan. Bahkan sepanjang laluan tadi, saya tak terjumpa seekor ular pun. Saya boleh membuat rumusan begini. Mendaki Bukit Gua Musang adalah selamat. Insyaallah selamat.

Kalau terdapat ular, memang saya tak nak pergi. Frankly speaking, 1 am very afraid of snake. Ular besar saya takut. Ular kecil pun saya takut. Kalau ular sawa Anaconda, lagilah saya takut.

Itulah kehebatan Tuhan sebenarnya. Dia boleh menakutkan saya dengan seekor ular kecil ciptaanNya. Anda mungkin tak takut ular, tetapi anda mungkin takut kepada katak, biawak, lipan, tikus dan sebagainya. Maknanya, anda pun ada fobia. Dan fobia itu bermaksud anda pun lemah terhadap kekuasaan Allah S.W.T.

Saya paling takut kepada ular senduk (King Cobra) yang hidup di celah-celah batu. Ular itu memang berbisa. Ada yang kepalanya hitam, hijau, merah, biru dan berbelang-belang.

 
Saya tak tahu maksud perbezaan warna tersebut. Saya bukan pakar ular. Saya juga bukan ahli sains yang berminat mengkaji ular. Kalau pun saya boleh berkongsi pengetahuan tentang ular, saya suka menceritakannya dalam bentok mimpi.

Mari kita tengok perbezaan warna kepala mereka dalam mimpi.

Bermimpi melihat ular berwarna putih, lalu diangkat, bererti memperoleh martabat.

Jika ular berwarna hitam dan di sekelilingnya terdapat ular-ular yang kecil, bererti bertambah kehormatannya,

Jika ular-ular itu berwarna hijau, bererti beberapa musuh.

Jika ular-ular itu berwarna kuning, bererti musuh yang membawa penyakit.

Jika ular-ular itu berwarna merah, maka itu bererti musuh yang mempunyai anggota.

Bermimpi melihat ular licin (tidak kesat) dan mempunyai sayap dan ia bertindak sepertimana seekor ular bertindak, bererti mendapat harta simpanan milik penguasa atau menunjukkan orang yang bermimpi itu sangat penakut.

Bermimpi melihat beberapa ekor ular berkumpul di sekitarnya, bererti kaumnya (golongannya) ialah musuh-musuhnya tetapi tidak menyakitinya.

Mimpi melihat ular besar bererti mempunyai banyak musuh.

Menurut Al-Salimi , ular bererti musuh yang menyimpan permusuhannya. Ular darat adalah buruk tetapi ular jenis lainnya adalah lebih buruk.   

Demkianlah beberapa tafsiran yang saya tahu tentang ular. Ada lagi makna-makna lain yang berbeza, bergantung kepada orang yang bermimpi tentangnya. Sebagai contoh, anak gadis bermimpi dikejar ular, itu tandanya ada orang berminat kat dia. Tetapi kalau sampai dibelit oleh ular, itu sangat bahaya. He2.

SEMALAM SAYA BERMIMPI
Sebenarnya, semalam saya bermimpi. Bermimpi tentang ular. Seminggu dua ini, menang kerap benar saya bermimpi. Kebiasaannya, mimpi itu datang selepas saya bersolat hajat kepada Tuhan meminta pertolonganNya dalam urusan hidup saya.

Sejak muda lagi, saya memilih untuk menyelesaikan masalah saya melalui solat hajat. Dan saya akan membaca doa-doa pilihan saya dalam sujud terakhir saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik. Tuhan menolong saya seperti dalam doa saya.

Semalam saya bermimpi berada di atas sebuah gunung batu. Memang gunung batu sebab semua objek yang kelihatan di sekeliling saya adalah batu semata-mata. Masa itu, saya berada di puncaknya. Tetapi bukan puncaknya betul-betul. Kiranya di lereng gunung tersebut, sambil menikmati pemandangan indah di hadapan mata saya.

Tiba-tiba muncul seekor ular senduk (King Cobra) berkepala hitam di depan saya. Saiznya agak besar juga dengan panjangnya sekitar 5 kaki. Lidahnya menjelir-jelir ke arah saya seperti mahu mengapa-apakan saya. Saya jadi cemas dan ketakutan. Ya Allah, Ya Rabbi, tolonglah aku..

Tiba-tiba muncul 2 orang pemuda, berumur lingkungan 16 – 17 tahun di hadapan saya. Siapakah mereka? Dari mana mereka datang? Bagaimana mereka datang? Saya tak tahu nak menjawab macam mana. Memang saya tak kenal siapa mereka.

Pemuda-pemuda tersebut dengan segera memegang ular berkepala hitam itu dan melemparnya jauh ke bawah gaung. Alhamdulillah, saya selamat.

Belum pun reda perasaan takut saya sebentar tadi, tiba-tiba saya melihat ada seekor lagi ular senduk (King Cobra) di sebelah kanan saya. Ia smacam berada dalam sebuah gua besar di sebelah kanan saya. Yang ini bukan berkepala hitam, tetapi merah. Pelik sikit tu.

Lidahnya juga panjang. Terjelir-jelir ke arah saya. Belum pun sempat saya memanggil kedua-dua pemuda yang menolong saya tadi, tiba-tiba sahaja saya ternampak kedua-dua mereka sudah berada dalam gua tersebut.

Bila mereka pergi? Saya tak nampak pun mereka melintas di depan saya. Saya melihat seorang pemuda tersebut memijak kepala ular berwarna merah itu dengan kakinya. Kemudian mereka mencampak ular itu jauh ke bawah gaung.

Alhamdulillah saya selamat. Bila saya tersedar sahaja, jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Syukur kepada tuhan kerana menyelamatkan saya dalaam mimpi itu. Dan semoga tuhan juga menyelamatkan saya dalam kehidupan realiti ini.             

Saya tidak mempunyai musuh. Dan saya juga tidak suka mencipta musuh. Tetapi bila orang memperlakukan saya secara tidak wajar, saya akan bangkit mempertahankan hak saya. Itu kewajipan saya.

Kalau ada orang-orang tertentu yang tidak suka kepada saya & tidak suka kepada cara saya mempertahankan hak saya, maka itu urusan mereka. Saya no komen terhadap mereka.

Kita semua hidup dalam ruang lingkup masing-masing. Orang yang selamat ialah orang yang hidup mentaati tuhan. Saya menjaga kewajipan saya sekuat tenaga saya. Anda pun begitu. Dan semua orang begitu.

Kalau kita ada apa-apa yang perlu penyelesaian sesama kita, marilah kita berbincang dengan elok. Mari kita berbincang secara wajar, secara hormat & penuh toleransi. Hormatilah perasaan orang lain & hak orang lain menurut ajaran suci agama kita & budaya bangsa kita yang mulia. Hidup berbincang & bermesyuarat adalah hidup mulia.

Sekian.   8.12.2012     11.16 am.

1 comment:

  1. ULAR & MISTERI ULAR..... Tahun 2013 bagi orang China adalah Tahun Ular, kini sedang mengakhiri tempoh kekuatannya pada 31/01/2014. Kapan tanggal 31/01/2014 akan bermula masuk Tahun Baru China, Tahun Kuda pula. Apakah dia itu ular dan apakah lambang2nya..?? Antaranya ular adalah lambang Karmic...

    Dlm sejarah tamaddun manusia ular memaenkan berbagei2 peranan utama. Ada yg melambangkan ular itu simbol jahat, sial dsbnya. Ada juga ular melambangkan satu kekuasaan dan kekuatan, seperti crest ular pada mahkota Firaun. Ada ular dilambangkan sebagei "Guideance Of The Treasures" seperti dlm satu2 penobatan diraja, dll lagi. Ada juga kesah super power "Tongkat King Cobra", sekali dihentak kebumi pasti memancarkan mata-airnya....

    Bermula ular dikaetkan dgn Hikayat diSyurga. Ada dibilang kalo ngak karena ular, Tok Adam dgn Opah Siti Hawa ngak pernah kenal apa itu Buah Larangan. Hingga setelah tersentoh termakan Buah Larangan, terpaksa dihukum tercampak kedunia... Ada kesah2 mimpi ular, ada kesah2 terjumpa terpijak ular, ada kesah2 dibelit, dimakan ular. ada kesah2 terkena patukan ular...

    Ular ada berbagei2 jenis dan rupa. Ada ular sawa, ular kapak, ular tedong selar, ular naga bora dsbnya. Antaranya ada ular berbisa paling ditakuti, tapi dihampiri digemari karena dia satu2nya ular yg tidak bersisek, itulah dia "Ular Tedong Seluar". Kalo mematok ngak bisa, tapi akan bawa merana serba penanggongan berbulan2 lamanya....

    Malah The 21st Century Tahun 2001 adalah Tahun Ular. Selamat tinggal Tahun Ular Tahun 2013. Selamat Menyambut Tahun Baru China Tahun Kuda bermula pada 31 Januari 2014M.......

    Secret Doctrine : "TAHUN 2001 TAHUN ULAR THE BEGINNING OF THE 21ST CENTURY, ADA BERKAITAN DGN KEMUNCULAN IMAM MAHDI AS..."

    ReplyDelete