GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 20 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (18) Siapa PBT menurut Versi Syiah....Hati-hati kalau nak baca



Sebenarnya, banyak lagi versi lain yang belum saya ketengahkan. Tetapi ada satu versi dari golongan Syiah yang menjerat perasaan saya. Ia berasal dari tulisan Syeikh Ali Al-Kurani dari bukunya, "Asr-adh-Dhuhur", terbitan Markaz an-Nasr li al Ilam al-Islami, cetakan pertama Shaaban 1408H, 1987M.


Secara terus-terangnya, saya tidak percaya kepada Syiah. 100% tak percaya. Bahkan bila mereka meletak nama Sayyid di depan nama ulamak mereka sekali pun, saya tak percaya. Bila Khomeini diagung-agungkan sebagai  Sayyid Maulana Ayatollah Ruhollah Khomeini, saya merasa jijik mendengarnya.

Dan kejijikan saya itu sebenarnya tepat apabila seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Syeikh Burhanuddin dari Albania mengkafirkan Sayyid Ayatullah Ruhollah Khomeini atas 5 sebab. Saudara layarilah internet & cari 5 sebab sebagaimana saya nyatakan.

Begitu juga dengan kedudukan Sayyid Muqtada Al-Sadr sebagaimana saya sebutkan dalam RAHSIA PEMUDA BANI TAMIN (3) Versi Al-Arqam & Muqtada Al-Sadr.  Saya kata dengan jelas bahawa gelaran Sayyid padanya mesti diperhalusi. Betulkah dia itu dari keturunan Rasulullah SAW, dari jalur Jaafar As-Sadiq & anaknya Musa Al-Kazim?

Syeikh Ali Al-Kurani di atas adalah ulamak Syiah. Buku ini ditulis pada tahun 1987, dan banyak juga perkara yang dinyatakan dalam artikel ini sudah terjadi atau boleh dikaitkan dengan kejadian-kejadian semasa. Perlu diingatkan bahawa artikel ini hanyalah secara umum di zaman kebangkitan, maka hadis-hadis hanya dinyatakan secara umum. InsyaAllah, perbahasan selanjutnya akan di upload dengan hujah-hujah yang lebih terperindi.

Menurut Syeikh Ali Al-Kurani, gambaran yang dipaparkan oleh hadis-hadis ini secara umumnya adalah mengenai keadaan dunia di zaman kemunculan Imam Mahdi, terutamanya kawasan yang meliputi Yaman, Hijaz, Iran, Iraq, Syria, Palestin, Mesir dan Maghribi. Di kawasan ini akan terjadi banyak peristiwa besar. Hadis-hadis ini juga memaparkan secara terperinci tentang nama-nama tempat dan orang-orang yang berkaitan dengan kemunculan Imam Mahdi.

Seterusnya, dia berkata bahawa proses kemunculan Imam Mahdi akan di mulai dari Makkah Mukaramah, setelah terjadinya beberapa peristiwa permulaan di peringkat antarabangsa dan watan. Di peringkat antarabangsa akan terjadi suatu pergolakan antara orang-orang Romawi (Barat) dan Turki atau saudara-saudara Turki (maksudnya Rusia) sebagaimana yang disebutkan oleh sejumlah hadis,  sehingga terjadi perang besar di peringkat dunia.

Kemudian, dia berkata lagi, bahawa di peringkat watan, akan berdirilah dua negara yang setia kepada Imam Mahdi iaitu Iran dan Yaman. Para pendukung awal Imam Mahdi adalah orang-orang Iran yang merebut kembali negara mereka setelah berperang lama dan akhirnya menang.

KITA STOP SEBENTAR. Kedudukan Yaman sebagai pendokong Islam memang disebut oleh Nabi. Tetapi kedudukan Iran tidak ada. Mana buktinya? Syeikh Ali Al-Kurani memasukkannya tanpa sandaran kuat.

MARI KITA BERFIKIR GUNA OTAK.Kenapa Nabi Muhamad SAW menyebut Yaman secara jelas, tepat, betul sebutannya, ejaannya dan sebagainya. Tetapi kenapa baginda tak sebut nama IRAN, sebaliknya hanya sebut KHURASAN?

PERTANYAAN PENTING. Bolehkah kita menerima KHURASAN itu sebagai IRAN? Atas alasan apa? Sandaran apa? Hujjah apa?

Kemudian dia (Syeikh Ali Al-Kurani) menyambung lagi : Sebelum kemunculan Imam Mahdi, terdapat pemimpin politik yang bergelar Sayydi al Khurasani ( keturunan Nabi dari daerah Khurasan) dan pemimpin tentera yang bernama Shuaib bin Shaleh. Dengan kepimpinan dua orang ini, orang-orang Iran akan memainkan peranan penting dalam kemunculan Imam Mahdi.

KITA STOP SEBENTAR. Siapakah itu Sayydi Al-Khurasani itu?  Kalau ia ditujukan kepada Sayyid Muqtada Al-Sadr, pemimpin Syiah Iraq itu, maka tentu salah dakwaan tersebut bagi para pendokong ASWJ. Elok anda baca semula post saya tentangnya. 

KITA STOP SEBENTAR. Siapa pula Syuaib bin Shaleh itu? Adakah ia bermaksud Salah Al-Ubaidi, jurucakap Muqtada Al-Sadr itu? Kalau benar, maka ia pun sama sesatnya seperti ketuanya. ASWJ tidak berminat menerimanya.

Mari kita sambung semula keterangan Syeikh Ali Al-Kurani dalam kitabnya : Adapun para pendukungnya dari Yaman akan dimulai dengan revolusi besar beberapa bulan sebelum kemunculan al Mahdi.  Nampaknya orang-orang Yaman ini akan berfungsi sebagai pengisi kekosongan politik yang terjadi di Hijaz, dan membantu gerakan kemunculan beliau di wilayah ini.

Kekosongan politik ini terjadi apabila seorang raja dungu(?) dari keluarga kerajaan Hijaz yang bernama Abdullah dibunuh. Golongan bangsawan Hijaz akan berselisih tentang penggantinya. Abdullah ini merupakan raja terakhir yang berkuasa di Hijaz, kerana selepas pembunuhan beliau, kumpulan bangsawan berselisih tentang penggantinya.

KITA STOP SEBENTAR. Ulamak Syiah itu memanggil King Abdullah itu raja dungu (bodoh). Inilah ajaran dari pemimpin tertinggi mereka yang suka menganggap orang lain itu bodoh & kotor. Mereka hanya menganggap diri mereka yang cerdik & suci. 

Penerangan selanjutnya berbunyi : Perselisihan ini akan berlanjutan sehingga munculnya Imam Mahdi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Basyir disebutkan: “Ketahuilah jika Abdullah sudah mati, manusia tidak akan dapat dipersatukan lagi kecuali oleh shahib (maksudnya Imam Mahdi) kalian, insyaAllah. Kerajaan yang berkuasa selama bertahun-tahun itu akan punah dalam hitungan hari dan bulan.” Lalu aku bertanya: “Apakah masa antara kejadian ini dan kemunculan Imam Mahdi akan berlangsung lama?” Beliau menjawab: “Tidak.”

KITA STOP DAHULU DI SINI. Penerangan Syeikh Ali A-Kurani di atas boleh diterima dalam beberapa sudut yang bersamaan dengan ASWJ. Tetapi ternyata ia melebihkan Iran sebagai pendokong kuat Imam Mahdi. Sayangnya, kami tidak mempunyai bukti. Dan dia (Syeikh Ali Al-Kurani) pun tidak memberi bukti.

KHURASAN itu bukan mutlaknya Iran. Ia merujuk kepada satu kawasan di sebelah timur yang tidak jelas kedudukannya. Mungkin Iran, Iraq, Utara Saudi, Afghanistan, Pakistan dan sebagainya.

Kenyataan Syeikh Ali Al-Kurani bahawa Iran itu adalah KHURASAN & merupakan pendokong kuat Imam Mahdi, bagi saya sangat bersalahan & tidak boleh diterima. Maaf, saya tidak bersetuju.  

SEDIKIT PERTANYAAN KEPADA SYEIKH: Kalau Syuaib bin Shaleh itu dianggap sebagai Pemuda Bani Tamin (PBT), maka kedudukan Sayydi Al-Khurasani itu sebagai apa?   

Kalau Benar Sayydi Al-Khurasani (Maksudnya Sayyid Muqtada Al-Sadr)  & Syuaib bin Shaleh (maksudnya Salah Al-Ubaidah)  itu diterima oleh Imam Mahdi Al-Muntazar di Mekah, maka apakah doktrin-doktrin mereka juga diterimapakai?

Maksudnya, apakah Imam Mahdi juga akan mempercayai bahawa Kota Qum (di Iran) & Najaf dan Karbala (di Iraq) adalah kota-kota suci juga selain Mekah, Madinah & Baitul Maqdis?

Dan dia juga akan menerima pembinaan Kaabah di Kota Najaf (bertuliskan nama Ali di sekelilingnya) sebagai binaan yang sah dalam Islam?

Syeikh Ali Al-Kurani, pengarang kitab itu cuba membuat satu kenyataan yang seolah-olah Iran itu sama pentingnya dengan Yaman dalam menyambut Imam Mahdi. Seorang Syiah seperti dia sangat merbahaya, sama seperti bahayanya kepercayaan Syiah kepada kita.

MAKA SAYA BERPENDAPAT ; Pejuang-pejuang Arab Sunni dan Kurdish Sunni di Iraq itu adalah golongan terpenting dalam membina watak PBT. Mereka yang lebih berhak untuk itu.

Sebelum ini, saya telah menampilkan Syeikh Abu Abdullah As-Shafeii & Syeikh Najmuddin Faraj Ahmad (Mullah Krekar) dari Jamaat Ansar Al-Sunna sebagai tokoh penting ASWJ. Pasukan merekalah yang masih komited melawan AS & sekutu-sekutunya. Sila baca post saya, RAHSIA PEMUDA BANI TAMIN (2) Versi Tabligh & Jamaat Ansar  As-Sunna.

Kemudian, jangan anda percaya sedikit pun (hatta 0.01%) kepada Sayyid Muqtada Al-Sadr & tentera Mahdinya. Mereka telah berlepas tangan dari menentang AS & sekutu-sekutunya. Mereka itu pembohong besar. Sila baca post saya yang terdahulu, RAHSIA PEMUDA BANI TAMIN (3) Versi Al-Arqam  & Muqtada Al-Sadr.

Saya akan menampilkan seorang lagi pejuang ASWJ yang sampai sekarang menentang AS. Beliau yang dimaksudkan ialah Syeikh Ali Bapir.

Beliau ialah pemimpin pergerakan "Komal Islam", sebuah pertubuhan Islamik yang diwakili oleh 2 orang Ahli Parlimen , yang sah dalam pemilihan  peringkat Baghdad & Parlimen Kurdish di Arbil, Beliau seorang sufi & menggunakan kaedah tasawwuf dalam perjuangan "Komal Islam"nya.

Mullah Ali Bapir akhirnya dipenjarakan oleh Amerika pada Julai 2003 sehingga April 2005. Sejumlah 22 bulan atau  650 hari dalam penjara sangat menyeksakan. Katanya, “saya selalu membilang hari-hari tersebut”

Kata Ali Bapir, dia telah diseksa dengan teruk & kehilangan sehingga hilang 15 kg. Askar Amerika telah menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan berikut. [1] Merancang serangan ke atas tentera bersekutu, [2] Membantu kumpulan esktrimis Islam, Ansar Al-Islam (nama sekarang Jamaat Ansar As-Sunna) dan [3] masih mengekalkan hubungan dengan kerajaan Saddam Hussein dan juga Iran.

Ali Bapir menafikan semua tuduhan ini. Di dalam penjara, dia menghabiskan masa beberapa bulan dalam ruang seluas hanya 2.5 meter X 2.5 meter yang mempunyai hanya satu jendela kecil & katil. Kemudian penderaan dikurangkan dan dia mula dapat keluar dari biiknya 3 atau 4 jam sehari.

“Pada mulanya, saya tak tahu bahawa saya ini tahanan VIP bersama pemimpin-pemimpin Parti Baath. Kami tak dibenarkan bercakap semasa latihan jasmani. Kami dipaksa untuk menjarakkan kedudukan kami atau kami akan dihukum. Selepas satu tahun, peraturan ini mula longgar & kami sudah diizinkan bercakap sesama kami”. 

SEBENARNYA, KAMI TAK PERNAH BERTEMU .
“Saya dipenjarakan bersama  Tarek Aziz (Menteri Keselamatan Dalam negeri),  Taha Yassin Ramadan (Bekas Naib Presiden),  Ali Hassan al Majid (dipanggil juga Ali Kimia , yang membunuh ramai orang Kurdish dengan gas beracun),  Barzan Takriti (Abang Ipar Saddam Hussein and Bekas Pengarah Perisikan Iraq) dan Sultan Hachem (Bekas Menteri Pertahanan).

“Sudah tentu, saya tidak pernah mengenali mereka. Saya hanya melihat mereka dalam TV. Sekarang saya bersama mereka (pemimpin Paeti Baath) dalam satu penjara. Tetapi saat bertemu saya, perbualan kami menjadi mesra. Saya memberitahu mereka, ini semua salah kamu. Kemudian saya memimpin mereka solat berjemaah. Semua mengikuti saya kecuali Barzan Takriti dan Tarek Aziz (seorang Kristian).

Ditanya apakah perasaannya semasa dipenjarakan,  Ali Bapir menjawab berterus-terang. “Saya jujur dengan mereka. Kalau bukan kerana ajaran agama Islam, saya takkan mengucap salam kepada mereka. Saya juga berkata kepada mereka. Kamu semua banyak berdoasa semasa bersama Saddam.

Setengah mereka mengaku bersalah. Mereka kemudian bersembahyang & mempelajari Al-Quran. Setengahnya berkata mereka tidak tahu pun tentang peristiwa Anfal (pembunuhan Kurdish secara besar-besaran 1988). Untuk itu, mungkin Ali Kimia sahaja yang tahu.

Bapir Ali menghabiskan banyak masa berhubung dengan pemimpin-pemimpin Baath. Tetapi dia hanya dapat melihat Saddam dari jauh semasa beliau dibawa berjumpa doktr.

Bila habis sahaja penderaan, semua tahanan dirawat secukupnya. “Kami semua adalah tahanan-tahanan VIP. Sayalah yang paling muda. Kami hormat kepada peraturan. Tidak ada pilih kasih”

Selepas 7 bulan tahanan, beliau dibenarkan menerima surat dari keluarganya. Kemudian 5 buan selepas itu, beliau dibenarkan membuat panggilan telefon kepada mereka.

Selepas 6 bulan pulak, beliau disiasat pulak oleh agen-agen British yang lebih bertimbang-rasa. Mereka memberikan kepadanya jam, kertas & pensil untuk belajar Al-Quran. “Mereka tahu saya tak bersalah tetapi mereka boleh memenjarakan saya selama mana mereka tahu atas-sebab-sebab keselamatan Negara”.

Satu hari, serang pegawai penjara memberitahunya bahawa dia dibebaskan. Saya sangat terkejut, tetapi mereka mahu memerdekakan saya dengan beberapa syarat. [1] Saya dikehendaki menandatangani satu surat sumpah bahawa saya tidak akan menyertai semula Parti Baath, [2] Mesti memberitahu pihak berkuasa sebarang aktiviti anti kerajaan.

Secara jelasnya, saya tak mahu menandatangani dokumen ini. Kemudian Timbalan Menteri Kehakiman datang sendiri ke penjara, tetapi  saya tetap enggan. Akhirnya, mereka membebaskan saya begitu sahaja.

Ali Bapir kemudian memberitahu AS bahawa dia telah bersedia untuk mengadakan jihad. Dia juga berbesar hati kerana Saddam telah tiada.

“Saya juga memberitahu AS supaya sentiasa dapat berhubung dengan baik dengan pemimpin-pemimpin sederhana Islam. Jangan sebarangan menuduh mereka pengganas. Kalau tidak, kamu pasti merasakan akibatnya”

Ditanya tentang penyerang berani mati di Iraq, Ali Bapir menjawab : “Kalau wujud kekejaman, maka ia tentu membawa kepada tindakbalas yang sama. Tidak ada cara lain, sama seperti yang berlaku di Palestin”

Ditanya tentang cara penentangan yang melibatkan pembunuhan polis Iraq, pekerja-pekerja social & rakayat tak berdosa, Ali Bapir menjawab : “ Tindakan itu tidak dibolehkan sekali pun anda membunuh 100 orang musuh. Kita tidak mahu ada kematian seorang manusia tak berdosa di antaranya”

Ditanya tentang masalah yang wujud antara Sunni & Syiah, dia menjawab : “Biarkan ulamak-ulamak mereka menyelesaikannya. Kita tidak mahu campurtangan luar”.

Ditanya tentang penyerang bom berani mati yang telah membunuh beratus-ratus nyawa tak bernyawa, dia menjawab : “ Saya menjarakkan diri saya dari pelampau-pelampau Islam seperti itu. Saya tidak mahu terlibat”.

Kemudian ada satu cerita darinya untuk menunjukkan ketegasannya terhadap agama Islam. Katanya : “ Pada tahun 1989, adek saya Omar (berumur 16 atau 17 tahun) telah menghantar satu maklumat sulit kepada Parti Baath untuk menangkap panglima tentera saya. Saya tiada pilihan. Saya kemudian menghantar komando saya membunuhnya.”


Jumaat 21.12.2012     12,30 pm


         

No comments:

Post a Comment