GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday 11 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (13) Berkerajaan Seperti Iskandar Zulkarnain




Imam Mahdi dikhabarkan wujud seperti kewujudan Maharaja Besar Dzul Qarnain (biasa dipanggil Iskandar Zulkarnain), seorang penakluk perkasa. Ia mempunyai ciri-ciri kekuatan dan pembelaan diri yang mantap, yang dipusatkan pada petunjuk dan keimanan yang sejati kepada Allah SWT.

Kami telah mengabarkan kepada anda bahawa Imam Mahdi akan memerintah dan menguasai Mesir Raya. Bukan sahaja itu, dia juga akan menguasai Syam & wilayah-wilayah sekitarnya.

Sila baca post-post kami yang terdahulu, IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR, (SIRI 7, 8 & 9) untuk melihat penguasaannya terhadap Mesir secara aman dan penguasaannya terhadap Syam secara peperangan.

Sebagai buktinya untuk itu, kami sertakan kembali hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, berbunyi seperti berikut :

“Al-Mahdi adalah keturunan kami, Ahlul Bait. Dia akan mengusai Mesir dan Syam dalam keadaan tertutup dan panas”.

Tertutup itu bermaksud secara perdamaian (mudah) sedangkan maksud panas itu secara peperangan.

Imam Mahdi juga akan menguasai Yaman, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan sebagainya dengan mudah dan selesa. Mereka tunduk dan patuh kepadanya tanpa banyak basa-basi & soal-jawab.

Bahkan dia juga akan menguasai Iraq, Iran, Turki, Pakistan, India, Afghanistan, Indonesia, Malaysia, Singapura & Filipina. Tidak ada yang payahnya dalam usaha penaklukan ini kerana Tuhan akan memudahkan segala usahanya.

Kemudian dia akan meluaskan aktivitinya di Libya, Negara-negara Maghribi Arab & Afrika Selatan. Kemudian dia juga akan melakukan penaklukan Timur yang Islami. Dan pada waktu ini, bermulalah saat kehancuran bagi New York & Florida yang masyhur itu.

MARI KITA MENELITI MANUSKRIP INI
Kalau anda tidak percaya kepada kami, mari kita lihat kepada sebuah manuskrip yang mengandungi beberapa riwayat penting. Manuskrip ini ditulis dalam kurun ketiga hijrah oleh Tabi’in Allamah Al-Manawi bin Arafah. Gelar terhadapnya ialah Ibn As-Sirr Al-Amin yang mendiami Bandar Musal, di Iraq (ms 202, Imam Mahdi Di Ambang Pintu).

Manuskrip ini telah ditulis beberapa kali dan ianya dari peninggalan-peninggalan apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa tatar dan pencurian-pencurian yang berulang kali terhadapnya. Ia sekarang berada dalam Perpustakaan Besar Iraq di Baghdad yang asalnya Istana Khalifah Al-Makmum yang diubahsuai menjadi perpustakaan untuk simpanan manuskrip-manuskrip tua.

Di dalam manuskrip yang saya sebutkan itu, terdapat riwayat yang di antaranya, adalah riwayat dari Ibnu Abbas , dia berkata :

“Setiap Timur & Barat akan tunduk kepada Al-Mahdi. Allah akan menolongnys ke atas negeri yang mempunyai bendera-bendera yang ada sehelai daun dari sepohon pohon kayu & air terjun” (maksudnya Kanada).

“Dan DIA menolongnya atas negeri yang benderanya ada bintang-bintang, yang menjaga yahudi” (maksudnya Amerika Syarikat). 

“Dan negeri-negeti yang benderanya kapak dan kepala” (maksudnya England & Peranchis)

“Dan negeri-negeri yang benderanya ialah berwarna kehitam-hitaman pasti menyerah kepadanya tanpa perang” (maksudnya Iran & negeri-negeri bekas jajahan Soviet Union)

“Dan negeri-negeri yang benderanya rahsia dari suatu perkara, akan menyerah kepada Al-Mahdi” (maksudnya Jerman dan Itali)

“Dan  negeri-negeri yang benderanya salam dan salib, mereka rukun dengan Bangsa Arab yang mereka tidak mengatakan kepada mereka sesuatu tentang Al-Quran, peperangan dan tiada peperangan”. (maksudnya Sweeden)

“Dan negeri-negeri yang benderanya dua kayu palang, di atasnya ada tanda penolakan dan pemadaman berita gembira bagi orang yang menuntut gembira” (maksudnya Australia, New Zealand & Fiji)

“Dan negeri-negeri yang benderanya beruang dan rambut (maksudnya Rusia), Al-Mahdi akan merehatkannya selepas bercabis-cabis kerajaannya. Dan Al-Mahdi akan menguasainya sehina-hina negeri, dan baginya padanya tentera seperti hitan dan besi dan dengan mereka itu, Allah meninggikan Islam” 

“Dan negeri-negeri yang benderanya bulat merah dan matahari yang kuning”  (maksudnya, Cina, Korea & Jepun).

“Dan singa yang paling jahat dari perlindungan adalah negeri Dajjal, tetapi Al-Mahdi akan menguasainya dengan peperangan”.

“Dan padanya ummat Islam yang benderanya ialah petunjuk. Jikalau tidak, pedang yang dibenci keluarga Al-Mahdi daripadanya”.

Oleh itu Al-Mahdi akan menguasai dunia seluruhnya, kadangkala menerusi peperangan dan kadangkala pula menerusi diplomasi perdamaian dan alam seluruhnya tunduk kepadanya.   

BEGITU JUGA HAMIR DAN HAMRA
“Bahagialah hari peperangan besar untuk Hamir dan Hamra (iaitu Negeri Andalusia) . Demi Allah, sungguh Allah akan memberikan kepada mereka dunia & akhirat, dan jika sekalipun manusia membenci”

Demikian kata-kata Kaab al-Ahbar r.a, sahabat Nabi yang mulia takkala mengupas peperangan akhir zaman antara Imam Mahdi Al-Muntazar dengan penduduk di negara tersebut.

Mereka cuba melawan tetapi mereka dileburkan. Kalahlah Negara Andalusia tersebut di tangan pemimpin Islam akhir zaman. Kita berjaya merebut semula negara tersebut daripada golongan musyrikin.

PENDUDUK YAMAN YANG BAIK-BAIK
Kemudian, terdapat satu riwayat dari Al-Auza’i tentang penduduk Yaman yang baik-baik. Katanya, telah sampai kepadaku bahawa rasulullah S.A.W telah bersabda ;

“Lenggang-lenggok kuda-kuda manusia pada hari peperangan dan Yaman adalah penghulu Islam”

Betapa sayangnya Rasulullah S.A.W kepada penduduk Yaman dapat dilihat dalam doa baginda seperti berikut :

“Ya Allah, berkatilah untuk kami negeri Yaman kami”

Dalam sebuah manuskrip tua, terdapat ungkapan berikut yang ternyata amat menggembirakan penduduk Yaman (ms 218, Imam Mahdi Di ambang Pintu)

“Selepas bintang berekor besar, penduduk Yaman akan membaiah seorang pemuda di Baitul Haram (maksudnya Imam Mahdi), maka dia jadikan Yaman sebagai syurga Naim.”

Kita dapati ada petunjuk atau indicator baru di situ. Iaitu sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan keluar sejenis bintang berekor yang besar. Apakah mungkin berlaku sebuah hentaman atau tebrakan besar di bumi kita ini? Kita tidak dinyatakan apa-apa. Dan kita pun sangat berharap agar tidak berlaku apa-apa.

AS-SUFYANI KETURUNAN KHALID
Al-Mahdi akan mengirim utusan kepada lelaki al-Sufyani yang memerintah Iraq (maksudnya seluruh Syam) dan majority Jazirah Arab. Menurut Syaidina Ali, Sufyani itu seorang lelaki yang kepalanya besar, dengan wajah kesan-kesan penyakit cacar, dan di matanya ada tanda putih. Dia dari keturunan Khalid bin Yazid bin Abu Sufyan.

Dalam satu riwayat, dikatakan bahawa pada salah satu matanya, terdapat satu tanda kemalasan.

Dikatakan bahawa dia akan memasuki Damaskus (Damsyik), imarat-imarat di Turki dan Semenanjung Arab sebelum Al-Mahdi sedikit (awal sedikit daripada Imam Mahdi)

Al-Mahdi akan mengirim utusan kepada kerajaan-kerajaan imarat Arab, Qatar, Kuwait & Amman. 

Selanjutnya kepada Afghanistan, Pakistan & negeri-negeri Islam yang bebas dari pengaruh Soviet Union.

Juga kepada Indonesia, Malaysia dan Kawasan Mindanoa yang terpisah daripada Filipina.Maka datanglah, pelbagai rombongan silih berganti. Utusan demi utusan dihantar kepada seluruh Negara. Semuanya mendatangi Al-Mahdi untuk mengiktiraf kekuasaannya.

Termasuk Al-Sufyani sendiri yang datang dengan rombongan tentera yang besar  kononya mahu membaiah Imam Mahdi. Tetapi dia mempunyai niat jahat di hatinya. Maka Tuhan menyelamatkan kekasihnya dengan membuka tembelang jahat As- Sufyani itu..      

SATU RAHSIA BESAR
Kami akan membuka satu rahsia besar di sini. Bahawa As-Sufyani itu akhirnya dipecat oleh Al-Mahdi sebagai pemerintah bagi Iraq dan Syam. Maka dia sangat mendongkol dan mengaku bahawa dia sebenarnya lebih berhak mentadbir Semenanjung Hijaz, Negara-negara Arab, Iraq, Mesir, Syam dan sebagainya. Kononnya dia adalah Ahlul Bait juga, keturunan dari Rasulullah juga.

Maka Imam Mahdi Al-Muntazar akan menbuka tembelangnya, asal-usul keturunannya dan siapakah dia sebenarnya. Nanti saudara akan melihat sebuah peperangan yang besar di sekitar Kota Madinah.

Cerita ini payah untuk difahami. Tetapi anda mesti memahaminya. Imam Mahdi Al-Muntazar adalah ahlul bait keturunan Rasulullah. Manakala As-Sufyani adalah seorang pemerintah sebuah kerajaan besar yang mendakwa ia juga ahlul bait berketurunan Rasulullah. Hanya satu yang benar. Yang benar itulah akan menang.

Kami akan berhenti rehat (menangguhkan) siri ini buat sementara waktu. Sebenarnya siri ini akan berlangsung sehingga 30 siri. Kami akan memberi laluan awal kepada kisah Pemuda Bani Tamin (PBT) sebanyak 9 siri

Waktu sudah dekat & tanda-tandanya sudah banyak, elok kita memberi laluan kepada PBT. Anda mesti ingat satu perkara, kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar didahului oleh PBT. Jarak antara mereka ialah 18 bulan

Sekian adanya, Wassalam

12.12.2012    11.14 am  

2 comments:

  1. Bagaimana dengan negara-negara lain? Ada x keterangan lain dalam manuskrip yan tuan jumpai?

    ReplyDelete
  2. Adakah As Sufyani itu kumpulan ISIS sekarang?

    ReplyDelete