GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 9 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (11) Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat




Saya mengucapkan terima kasih kepada pencinta-pencinta blog saya, terutama sekali kepada para pencinta kisah IMAM MAHDI AL MUNTAZAR.  Anda pun seperti saya. Tertunggu-tunggu akan kehadiran manusia suci akhir zaman. Di manakah dia sekarang ini? Di manakah kamu, wahai Mahdi Al-Muntazar.

Bila kita melihat Palestin diganyang oleh Yahudi Zionis, hati kita sangat sedih melihat saudara-saudara kita yang terkorban & luka parah. Begitu juga bila kita melihat penderitaan saudara-saudara kita di Iraq, Afghanistan, Kashmir, India, Mymmar, Thailand, Philipina & sebagainya. Di manakah kamu, wahai Al Mahdi?. Datanglah segera menolong kami.  

Rasulullah S.A.W diberi latihan minda & jiwa yang cukup kuat oleh Tuhan sebelum diangkat sebagai rasul. Ia bermula dengan kematian ayahandanya, kemudian bondanya, kemudian datuknya, kemudian menjadi pengembala kambing, sejenis binatang yang paling degil & paling sukar diajar. (Tengok dalam sarkas, ada tak kambing dilatih khusus)?

Sesudah menjadi rasul, bapa saudara kesayangannya mati, kemudian isterinya mati. Dalam waktu yang sama, baginda dipulau, diejek, diboikot, bahkan diperangi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Yang menentangnya, bukan bangsanya sahaja, bukan kaumnya sahaja, bukan kabilahnya sahaja, tetapi bapa saudaranya, Abu Jahal & Abu Lahab.

ADAKAH MEREKA JUGA DILATIH KHUSUS?
Maka dengan itu, saya berpendapat bahawa Imam Mahdi Al-Muntazar & Pemuda Bani Tamin (PBT) itu adalah 2 sosok pemuda yang sudah dilatih khusus oleh Tuhan untuk membina Daulah Islamiyah Akhir Zaman.

Mungkinkah Imam Mahdi itu berada dalam zon peperangan antara Palestin & Yahudi-Zionis? Semuanya mungkin. Mungkin berada di Tebing Barat. Mungkin juga Gaza. Kehidupannya selama berpuluh-puluh tahun dalam zon peperangan sebenarnya satu aset penting untuk membina jiwa yang kukuh & pribadinya yang mantap.

Mungkinkah juga Imam Mahdi itu bangsa Kurdish yang diseksa dan dikhianati di bawah pemerintahan Saddam Hussein? Baca semula post saya yang terdahulu, KISAH IMAM MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA. Memang benar dia telah dikhianati menurut kalam Abu Hurairah r.a, sahabat Nabi yang mulia itu. Tetapi tentang bangsanya, tidak jelas. Saya cuma mengagak sahaja. 

Apa yang ingin saya beritahu kepada anda ialah begini. Imam Mahdi itu adalah manusia lasak, yang sudah terbiasa bergelumang dengan kesulitan & peperangan, yang sudah merempuh pelbagai kepayahan & derita. PBT pun sama. Mereka sudah biasa melalui semua situasi itu.

Mari kita berhenti sebentar. Kita tarik nafas dalam-dalam. Kita berehat secukupnya.

Di antara sifat mulia Imam Mahdi ini ialah rakus terhadap amal yang paling diredhai Allah, dan bukan yang paling diredhai oleh dirinya sendiri. Anda mesti faham 2 perbezaan tersebut. Kalau anda tak faham juga, mari ikuti penjelasan kami.

Maksudnya, sebagai orang yang mukhlis kepada Tuhannya, maka beliau lebih mementingkan amal yang lebih banyak manfaatnya dan lebih mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.

Contohnya begini. Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha. Namun jika ada perbalahan atau konflik sesama umat Islam, maka itulah yang lebih dipentingkannya terlebih dahulu sekalipun banyak waktu digunakan untuk menyelesaikannya. Dalam sebuah hadith disebutkan:

“Ketahuilah, akan ku khabarkan kepadamu tentang sesuatu yang lebih utama daripada darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sebab kerosakan di antara sesama manusia adalah pemotong.”  (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)

DIA ADALAH PENDAMAI
Nah, itulah yang sepatutnya anda ketahui tentang Imam Mahdi. Dia hidup di kalangan kita sebagai pendamai antara 2 golongan muslim yang saling bersengketa. Dia tidak suka kepada peperangan & dia tidak suka kepada berpuak-puak. Dia memilih perdamaian, kerana perdamaian itu mendamaikan.

Imam Mahdi Al-Muntazar itu adalah manusia berani yang keras jiwanya, tetapi dia juga manusia lembut yang sangat mencintai perdamaian. Dia mewarisi sifat datuknya, Syaidina Hassan yang menjadi pendamai antara 2 golongan Islam pada zamannya. Nah, anda sudah mengetahui sifatnya yang pertama, iaitu sangat rakus mendamaikan manusia, melebihi daripada ibadat-ibadat sunat yang dia sendiri sukai.  

Kalau ada orang mengajak anda kepada perpaduan, terimalah dengan hati terbuka, sambutlah dengan lapang dada. Perpaduan sesama Islam adalah jalan menuju kepada keredhaan Allah Taala

Contoh keduanya begini. Dia mendapat kesenangan di hatinya dan kegembiraan di dalam jiwanya jika boleh melaksanakan umrah pada setiap bulan Ramadhan dan haji pada musimnya.

Tetapi dikatakan kepadanya, “Sumbangkan saja wang itu untuk saudara kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yang sedang mengalami kehancuran.” Maka dia segera membantu, kerana dia lebih tahu yang manakah lebih utama. Imam Mahdi sangat rakus untuk menolong sesama saudaranya.

Jika anda memilih untuk menolak ajakan tersebut & merasa tidak lapang kerananya,  maka anda adalah seperti apa yang dikatakan oleh Al-Ghazali sebagai orang yang tertipu.

ANDA MENCINTAI NAFSU ANDA SENDIRI
Anda bukan pencinta Imam Mahdi, tetapi pencinta kepada nafsu anda sendiri. Imam Mahdi adalah manusia yang rakus kepada amal-amal yang lebih bermanfaat, yang lebih diredai oleh Tuhan. Tetapi anda sebaliknya. Awasi sikap anda itu.

Mari kita melihat contoh ketiga. Ada seorang penderma dari salah satu negara kaya yang berkunjung ke Afrika untuk membangun sebuah masjid. Di sana dia ditemui oleh para wakil masyarakat, yang mengusulkan agar dia membaiki beberapa masjid lama yang hampir roboh. Sementara masjid-masjid itu berada di tempat strategik di tengah permukiman penduduk dan kewujudannya sangat diperlukan.

Tabung yang asalnya hanya untuk membangun satu masjid yang direncanakan, cukup untuk membaiki sepuluh masjid lama yang sudah ada dan hampir roboh itu. Tetapi ternyata dia menolak, kecuali jika namanya digunakan untuk nama-nama masjid tersebut.

Inilah juga contoh manusia yang tertipu. Imam Mahdi tidak menyukai manusia seperti ini, yang menyintai pujian & kebesaran diri. Dia mahukan seseorang yang berjiwa besar, yang boleh memberi manfaat kepada manusia ramai.

Adakah anda dapat melihat manusia yang mulia seperti Imam Mahdi itu dalam masyarakat kita hari ini?. Semuanya sangat gelap dan kabur dan tertutup oleh awan. Secara pribadinya, saya mengakui bahawa amat payah untuk menemui manusia seperti dia.

Kalau adapun, hanya bermanis muka. Atau ada udang di sebalik batu. Baik yang ada makna tersirat. Manusia yang hidup di zaman ini mempunyai kepentingan-kepentingan pribadi, yang hanya Allah sahaja mengetahui.

BILAKAH DIA AKAN KELUAR?
Bilakah waktunya Imam Mahdi Al-Muntazar akan keluar? Soalan ini payah dijawab. Semakin saya mengkaji & menulis tentang Imam Mahdi, semakin payah rasanya untuk mendapatkan tarikh atau waktunya. Sungguh hebat Allah menyembunyikan manusia pilihannya ini. Semakin dicari, semakin celaru jadinya.

Tadi saya terjumpa satu  maklumat dari sebuah buku yang dikarang oleh penulis Indonesia, Jaber Bolushi. Buku itu (Oktober 2015 – Imam Mahdi akan datang) sangat popular sekarang.

Antara kandungannya berbunyi seperti berikut :

23 Oktober 2015 :  Imam Mahdi muncul di Mekkah.

(Saya mendapat informasi dari orang soleh dan beriman, bukan dukun / tukang sihir bahwa Imam Mahdi sebetulnya sudah ada namun dihilangkan ke alam lain oleh Allah sama seperti Nabi Isa (kalau tidak salah dihilangkan tahun 1927 atau 1935. saya lupa, dicari catatan sudah hilang), jadi Imam Mahdi akan muncul lagi ke bumi secara langsung di Mekah. Jadi percuma mencari Imam Mahdi sekarang tidak akan ketemu, karena telah dihilangkan oleh Allah SWT. Dan Ini juga mengagetkan saya, bahwa Imam Mahdi yang kita tunggu itu ternyata orang Indonesia dari sebuah kota kecil di Jawa Tengah, awalnya saya tidak percaya, dugaan saya Imam Mahdi pastinya orang Arab tapi ternyata ya benar Imam Mahdi adalah seseorang dari Jawa Tengah tersebut, ciri-cirinya juga mirip, namanya sama dengan nabi Muhammad, yakni Muhammad bin Abdullah dan banyak ciri-ciri lainnya, namun beliau ini sudah meninggal (dihilangkan) dan akan muncul lagi tahun Oktober 2015).

24 Oktober 2015 : Imam Mahdi dibai’at di Ka’bah.

ADAKAH CERITA INI SAMA?
Cerita dalam buku tersebut sejalan dengan kepercayaan golongan Al-Arqam yang mempercayai bahawa bahawa Syeikh Muhamad bin Abdullah As-Suhaimi (meninggal dunia pada 1925, 82T)  di Kelang sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.

Adakah orang yang ditanggapi oleh Jaber Bolushi & golongan Al-Arqam itu sama? Kalau sama, di mana persamaannya? Kalau tidak sama, maka sangat banyak huru-hara yang timbul daripadanya. Adakah anda faham maksud saya?

Golongan A mengatakan A sebagai Imam Mahdinya, golongan B kata B sebagai Imam Mahdinya. Nanti akan keluar golongan C, D, E dan sebagainya. Kepercayaan yang bercelaru seperti ini menambahkan kepenatan kita berfikir untuk mencari kebenaran.

Yang jelasnya, saya lebih percaya kepada kata-kata sahabat Nabi yang mulia, iaitu Abu Hurairah. Melalui kalamnya, yang diterimanya sendiri daripada Nabi Muhamad S.A.W, beliau mengatakan bahawa Imam Mahdi Al-Muntazar telah dikhianati oleh Saddam Hussein dalam satu peristiwa di antara mereka.

SILA BACA SEMULA POST INI
Sila baca semula post saya yang terdahulu, KISAH IMAM MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA. Buktinya ada di situ. Mustahil Abu Hurairah itu berbohong dalam kalamnya. Seorang sahabat Nabi yang mulia tidak mungkin ada sifat-sifat pembohongan seperti itu.

Maka, saya ingin mengajukan soalan berikut kepada mereka.

[1] Adakah Syeikh Muhamad bin Abdullah As-Suhaimi (menurut kepercayaan Al-Arqam) & Wali Allah di Jawa Tengah (menurut kepercayaan Jaber Bolushi) hidup sezaman dengan Saddam Hussein di Iraq?

[2] Pernahkah Saddam Hussein melakukan pengkhianatan terhadap mereka?

Saya memohon maaf kerana mengutarakan soalan ini. Mari kita mencari kebenaran secara benar, bukan secara emosi melulu. Pendapat Jaber Bolushi itu pun dibantah habis-habisan oleh para pembacanya. Mereka mahukan sesuatu yang jelas & boleh diterima akal.

Sekian adanya. Maafkan saya.

Isnin, 9.12.2012  9.18 am
  

No comments:

Post a Comment