GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 24 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (19).PBT itu Pemuda Berkulit Kuning Langsat…mesti dibaca sebelum Tahun Baru


Saya akan meneruskan pembicaraan PBT melalui ciri-ciri pada kulitnya. Kita mulai dengan cirinya yang berkulit kuning langsat. Difahamkan kebanyakan mereka adalah  daripada kabilah Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang kebanyakan hari ini tinggal di Palestin dan Jordan. Atau sekurang-kurangnya berasal dari situ.

Saya tak suka berjela-jela memberi tafsiran. Mari kita tengok sebuah hadis berikut.  Bersabda Rasulullah SAW, “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “Wajib setiap orang mukmin menerimanya.” (Abu Daud, an-Nasa’I, al-Baihaqi & al-Husin)

Saya telah merenung kisah negeri Iraq yang penuh luka. Dan pada renungan saya, kedudukan pasukan Jamaat Ansar As-Sunna (JAS) menempati maksud hadis ini atau sekurang-kurangnya mendekati maksud hadis ini. Kalau anda baca semula post saya, IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (15) Siapa PBT menurut  Versi Al-Arqam & Jamaat Ansar As-Sunna?, tentu anda boleh faham maksud saya.

JAS mempunyai 2 orang ketua, Abu Abdullah As-Shafii (bertubuh besar & berkulit gelap) & Mullah Krekar atau nama sebenarnya Syeikh Najmuddin Faraj Ahmad (bertubuh kecil & berkulit kuning langsat). Seorang mewakili Arab Sunni & seorang lagi mewakili Arab Kurdish.
Di tengah Baghdad, terdapat Sungai Furat. Puak Arab Sunni berasal dari Selatan Sungai Furat, manakala puak Arab Kurdish berasal dari sebelah Utara yang bergunung ganang. Mereka bergabung dalam satu passukan. Samada tafsiran saya ini betul atau salah, saya serahkan kepada Tuhan. Wallahu ahlam.

Kalau pun bukan mereka yang dimaksudkan, tetapi mungkin penganti-penganti mereka selepas ini. Tetapi konsepnya ialah penyatuan 2 kumpulan berbeza yang saling tolong menolong.
.
Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim ini adalah sebahagian dari Ahlul Bait karena Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeda pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.  

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah  Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, yaitu Hijaz.

Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke Mesir, Jordan, Syria dan sebagainya. Ada juga yang lari ke selatan India dan ada juga yang membawa diri ke Nusantara atau Asia Tenggara ini.

Ramai orang terkeliru antara 2 nama. Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim.  Kedua-duanya berbeda. Kabilah Tamim bertebaran hampir seluruh Tanah Arab. Pendokong utama Kabilah Tamim ialah Syaidina Abu Bakar As-Siddiq.

Perbedaan pandangan ini tidak menjadi persoalan yang besar. Yang penting ialah Putra Bani Tamim itu memang berasal dari keturunan Ahlul Bait juga atau diakui oleh Rasulullah SAW sebagai ahlul bait.

Mari kita tengok sebahagian hadis berkenaan Pemuda Bani Tamim ini.

Sabda Nabi SAW, “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibn Majah)

Sabda Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Timur itu tidak jelas di mana. Istilah yang disebut Nabi SAW ialah KHURASAN. Syeikh Ali Al-Kurani, ulamak Syiah mengatakan bahawa Khurasan itu Iran. Saya menolaknya kerana tidak bersesuaian atas 2 sebab.

[1] Maksud Khurasan itu luas. Dengan itu sandaran makna kepada Iran adalah tidak tepat. Lagi pula akidah Syiah sangat bersalahan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Dan bersalahan pula dengan pegangan Imam Mahdi nanti.

[2] Saya cenderung mengatakan Khurasan itu sebagai Iraq berdasarkan kata-kata sahabat Nabi, bahawa Panji-panji hitam itu akan keluar dari Kufah, Irak.

Banyak hadis menerangkan siapa Pemuda Bani Tamim ini. Kerana itulah dia menjadi sebuah nama yang popular kepada mereka yang mengkaji perihal kronologi kiamat.

Antara tanda fizikalnya ialah [1] Sederhana tubuhnya, [2] Janggut nipis, [3] Tidak tinggi tidak rendah, [4]  Berkulit kuning langsat, [5]  Bergigi sulah dan lain-lain.

Dia juga di gelar al-mansur (yang ditolong) dan yang paling terkenal ialah Syuib bin Salleh (bermaksud lelaki baik, anak kepada lelaki baik) .

Kalau anda merenung kembali 2 hadis yang saya kembarkan sebelum ini, anda akan mendapati bahawa pasukannya (Panji-panji Hitam) tidak pernah kalah. Maka kita hampir-hampir menemui kesimpulannya seperti berikut.
Mullah Krekar (Syeikh Najmuddin Faraj Ahmad)
[1] Di dalam JAS itu, terdapat pejuang-pejuang Arab Sunni yang telah bertempur dengan banyak pihak. Pejuang-pejuang Kurdish Sunni juga sama. Mereka telah menentang pemerintahan Turki, Saddam Husein Iraq & sekarang AS & sekutu-sekutunya. Mereka tidak pernah mengaku kalah.

[2] Saya lebih cenderung mengatakan perwatakan atau keperibadian seperti Mullah Krekar (Syeikh Najmuddin Faraj Ahmad) atau orang-orang yang berkulit kuning langsat sepertinya sebagai PBT. Dia juga digelar Al-Mansur (Yang ditolong) kerana mendapat kerjasama baik daripada sekutunya dalam JAS. Dengan ini, kami melebihkan Mullah Krekar.

Syeikh Ali Bapir, dari Komal Islam Kurdistan.
Kemudian ada seorang tokoh lain yang juga menarik perhatian saya iaitu Syeikh Ali Bapir dengan Pergerakan Komal Islamnya. Beliau seorang Kurdish Sunni tetapi tidak mempunyai gabungan kerjasama seeperti Jamaat Ansar As-Sunna.

Buat masa sekarang, begitulah keadaannya. Tetapi kami tidak tahu tentang masa depan yang berlaku.  Kulitnya sawo matang dan kadang-kadang juga kuning langsat seperti Mullah Krekar. Dengan itu, kami tidak pasti untuk melebihkan siapa.

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang Syeikh Ali Bapir, elok anda baca post kami, IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (18)...Siapa PBT menurut Versi Syiah?. Kisah beliau ada saya selitkan pada bahagian penghujungnya.
 
CIRI SERBAN BIRU : Sesetengah pencari Imam Mahdi dan PBT menekankan konsep pencarian serban biru (Mr Blue Turban) sebagaimana disebut dalam ramalan Nostradamus. Kami melihat Syeikh Ali Bapir dalam setiap gambarnya sentiasa memakai serban biru atau hitam biru seperti di atas.

Apakah itu salah satu tandanya? Dengan itu, kami melebihkan Syeikh Ali Bapir menurut aspek tersebut.   .

CIRI UTAMA KEDUA-DUA MEREKA : Kedua-duanya bangsa Kurdish & sangat mencintai Islam. apakah kedua-duanya dari keturunan Bani Tamim yang disebut Nabi?

Kemudian mari kita tengok hadis-hadis Nabi yang lain berkenaannya.

Hadith Nabi SAW: " Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalul jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".

KEFAHAMAN KITA : Maka itu bermaksud Bani Tamim adalah satu golongan yang mencintai kebenaran agama Islam & kuat beramal dengannya. Maka mereka berhak mendapat syafaat & berhak pula terhadap shurga berbanding golongan lain.

Hadith Nabi SAW juga menyebutkan: "Bani Tamim merupakan suku bangsa Arab yang paling fasih berbahasa Arab berbanding suku Arab yang lain ".

KEFAHAMAN KITA ; Bermakna mereka sangat menjaga Al-Quran & mencintai percakapan mereka dalam Bahasa Arab. Mereka terlibat secara serius dalam mepelajari Al-Quran & mengajarkan pula kepada orang lain.

Anda lihat sahaja peribadi mereka. Walau mereka terlibat sebagai pejuang yang setiap saat mengangkat senjata, tetapi kecenderungan  mereka terhadap agama sangat tinggi. Wajah-wajah mereka bersih, akhlak mereka terpuji & amalan mereka selari dengan tuntutan agama.

lmam lbnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim yaitu: "Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam, sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan"

KITA STOP SEBENTAR ; Ini satu maklumat yng sangat baik. PBT itu merupakan pemimpin bagi kaumnya atau kabilahnya atau tempat di mana dia berada. Itu tentunya tidak bersalahan kalau kita merujuk kepada kepimpinan Mullah Krekar dalam JAS atau pemimpin-pemimpin yang lain dalam pasukan masing-masing.

Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan: "Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ".

MAKSUDNYA ; Jangan bercakap sebarangan terhadap Bani Tamim kerana akhlak mereka yang terpuji. Mereka itu orang baik-baik & mengkehendaki yang baik-baik sahaja. Walau sekali imbas kamu memandang kepada mereka, nyata terdetik dalam hatimu, MEREKA ITU ORANG BAIK-BAIK.

Sabda Nabi SAW: " Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami"

MAKSUDNYA : Akidah mereka, akhlak mereka, budi bahasa mereka & amalan mereka sangat baik & terpuji. Mereka pun sangat warak. Nabi sangat menyayangi mereka & memuliakan mereka.

Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim. Mari kita ikuti Hadith Nabi SAW  yang berbunyi seperti berikut: " Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman"

Sabda Nabi SAW: " Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal "

MAKSUDNYA : Mereka membenci komodenan melampau (yang dibawa oleh Dajjal) di dalam urusan hidup mereka. Mereka sangat berhati-hati agar tidak terjerat dengan dunia sehingga melupakan akhirat. Saudara boleh melihat sendiri gaya hidup mereka.

Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa; " Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah ke hari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya".

ISNIN   24.12.2012    9.33 PM

No comments:

Post a Comment