GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 8 December 2012

IMAM MAHDI AL MUNTAZAR (10) senang jika ada orang bergabung dengannya



Sekarang ini kecoh dalam media massa, bahkan dalam fb juga bahawa pada 23, 24 & 25 Disember 2012, akan berlaku jajaran serentak bagi Matahari, Marikh & Zuhal. Menurut ramalan Nostradamus, ia dikenali sebagai Sun, Mars & Utarid Near Aquarius.

Kononnya, bila ini berlaku, maka akan keluarlah manusia berserban biru atau Mr Blue Turban (dirujuk kepada Imam Mahdi Al-Muntazar). Ramai blogger membuat kajian bahawa jajaran serentak 3 planet besar itu berlaku selama 2 bulan, dari 23/12/2012 sehingga 23/2/2013. Kalau mengikut Kalendar Hijrah, ia meliputi bulan Muharram, Safar, Rabiul Awal & sebahagian Rabiul Akhir Tahun 1434H.

Persoalannya, adakah Imam Mahdi Al-Muntazar akan keluar  pada waktu yang diramalkan Nostadamus ini? Kita melihat ada 2 perkara berbeza dalam mentakrif waktu kemunculan Imam Mahdi ini.

Abu Hurairah r.a, dalam kalamnya (rujuk IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT, ANDA MESTI MEMBACANYA) mengatakan Imam Mahdi akan keluar sekitar 1420H atau 1430H. Dia tidak memberi tarikh tepat atau waktu yang tepat untuknya. Tetapi Nostradamus lebih spesifik perhitungannya. Tetapi anda mesti percaya cakap saya, tidak semua ramalan Nostradamus itu tepat. Banyak yang meleset.

Saya berpendapat, tidak mungkin Imam Mahdi akan keluar secepat ini sedangkan Pemuda Bani Tamin (PBT) , pemegang Panji-panji Hitam dari Khurasan belum kelihatan lagi. Agak lucu apa yang cuba digambarkan oleh media massa & agak lucu juga kalau kita mengatakan Imam Mahdi akan muncul pada saat ini.

Menurut ulamak, Imam Mahdi akan muncul 18 bulan (1.5 tahun) selepas kemunculan PBT. Kalau kita mengatakan PBT akan keluar sekarang, maka tempoh kemunculan Imam Mahdi akan berlaku pada musim haji tahun depan, 1435H. Perosalannya, adakah PBT akan keluar pada waktu ini. Wallahu ahlam.

Mari kita menyambung balik kisah tentang IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR sesudah sekian lama menyepi. Saya diam sambil mengkaji & menelaah. Tajuk kali ini merujuk kepada kesenangan hati beliau jika ada yang sudi bergabung dengannya.

Imam Mahdi itu mempunyai keikhlasan sebagai hamba Allah yang muttaqin. Dia berasa senang jika ada seseorang yang mempunyai kemampuan  bergabung dalam barisannya Atau mereka itu ingin beramal bersama-sama dengannya. Atau mereka juga bercita-cita untuk menegakkan bendera taat atau ikut taat dalam beramal.

Imam Mahdi sangat suka kalau semua kelompok Islam bersatu hati, bersatu akal & bersatu jiwa untuk pembinaan Daulah Islamiyah Akhir Zaman. Tetapi semua itu meminta keikhlasan & menjurus kepada pengorbanan.

MARI KITA FAHAMI BEGINI
Marilah kita fahami begini. Seseorang itu haruslah diberikan kesempatan kepadanya, sehingga dia dapat mengambil tempat yang sesuai dengan kedudukannya. Seseorang yang berwatak pemimpin harus diberi tugas kepimpinan. Seseorang yang berwatak kepahlawanan harus pula diberi tugas-tugas peperangan kepadanya. Begitulah juga dengan aspek-aspek lain dalam kehidupan.

Seseorang yang mukhlis tidak harus berasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah kerana kehadiran seseorang yang lain. Mereka mesti berada di dalam satu saf kepimpinan untuk ditadbir oleh manusia suci, Imam Mahdi Al-Muntazar.

Tanda orang mukhlis itu ialah jika ia melihat ada orang lain yang lebih baik daripada dirinya dan  mahu memikul tanggungjawabnya, maka dengan senang hati dia akan mundur, memberikan tanggungjawabnya kepada orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan tersebut kepadanya.

Dia tidak merebut pangkat & darjat, tetapi dia merebut peluang berada di dalam jemaah Imam Mahdi untuk membina & mentadbir Daulah Isamiyah yang dicita-citakannya. Dia mencari keredhaan Allah dan tidak berminat samasekali mencari keredhaan manusia terhadapnya.

MALAIKAT PENYERU
Sesungguhnya, nanti akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya terdapat malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia. Juga hendaklah diketahui bahawa Pemuda Bani Tamim (PBT) dari Timur adalah pemegang panji-panji Imam Mahdi.

Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat, maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Sebahagian orang yang memegang jawatan, lebih-lebih lagi jika berada di barisan hadapan, tidak mahu menyerah dalam mempertahankan kedudukannya, tidak mahu berundur walau bagaimanapun keadaannya dan suka menekan orang lain.

Dia berkata, “Ini merupakan kedudukan yang telah diberikan Allah kepadaku, maka aku tidak mahu melepaskannya. Ini adalah pakaian yang telah dikenakan kepadaku, maka aku tidak mahu membukanya. Kedudukan ini datang dari langit.”

Inilah perangai orang-orang bodoh yang mabuk kepada jawatan. Mereka mestilah dijauhi & jangan mengambil sedikitpun pedoman daripada mereka.

Adakah kamu mengira bahawa dia akan membawa kamu kepada penggabungan dengan Imam Mahdi? Hatinya rakus sedangkan Imam Mahdi itu tidak rakus. Dia mencintai jawatan pemimpin sedangkan Imam Mahdi tidak begitu.

Hendaklah kamu ketahui, bahawa Imam Mahdi Al-Muntazar tidak berkehendak jawatan pemimpin akhir zaman ditimpakan kepadanya. Ia tidak mempunyai hasrat untuk itu. Dan dia juga tidak sedikitpun berniat untuk mendapatkannya.

Imam Mahdi dipiih Tuhan kerana kesucian hatinya. Hatinya sangat berbeza dengan hati “orang-orang lain” yang mengintai peluang untuk menjadi pemimpin, penguasa, pegawai atasan atau sesiapa sahaja.

KETAMAKAN NAFSU MANUSIA
Mari kita tengok ketamakan nafsu manusia dalam perkara ini. Padahal waktu terus berlalu, keadaan berubah dan kekuatan menjadi lemah. Setiap masa diperuntukkan bagi mereka yang sesuai dengannya, sebagaimana setiap tempat diperuntukkan bagi orang yang memang sesuai dengan tenpat itu.

Banyak cemuhan ditujukan kepada penguasa yang bermati-matian mempertahankan kerusi dan kedudukannya, dengan anggapan bahawa merekalah yang paling mampu mengendalikan perahu dan menjaganya dari terpaan angin taufan.

Imam Mahdi Al-Muntazar tidak suka kepada pemimpin yang seperti itu. Mereka gelojoh  & tamak dengan kuasa di tangan mereka. Dia mahukan pemimpin yang berhati suci & mulia, yang menganggap jawatannya sebagai amanah, bukan sebagai hak miliknya secara pribadi.

Orang yang ikhlas boleh mendengar kritik sesiapa sahaja, walau sepedas dan setajam manapun. Ketika mendapat kritik dari orang lain, orang yang ikhlas tidak boleh menutup mata atau menutup telinga mereka. Orang yang ikhlas mesti mendengar luahan rakyat.

Imam Mahdi Al-Muntazar suka kepada pemimpin yang dekat kepada rakyat. Buktinya di mana? Dia sangat tegas kepada para pembantunya tetapi sangat penyayang kepada rakyatnya. Dia tegas tetapi penyayang. Adakah para pemimpin yang tamak itu mempuyai sifat yang akrab dengan rakyat?

Mereka (para mukhlis) juga tidak boleh lepas  tangan dari sebarang kerja atau tugasan demi kemaslahatan dakwah. Kerja dakwah adalah kerja agama. Kerja agama ini pula menuju kepada Allah Taala. Dengan bahasa mudahnya, orang mukhlis  mesti memikul tugas ini sekuat tenaga mereka sebagaimana orang lain  tidak boleh lepas tangan demi kemaslahatan negara dan ummah.

PEMIMPIN ITU MESTI KOMITED
Imam Mahdi Al-Muntazar juga suka kepada pemimpin yang bersungguh-sungguh menjalankan kerjanya. Dia tak suka kepada pemimpin “hangat-hangat tahi ayam”, pemalas, tak komited, tak cakna dan sebagainya. Pemimpin macam itu adalah golongan haprak yang tak berguna sama sekali.

Adakah anda faham bahawa bila seseorang itu berlepas tangan, maka ia mungkin merupakan belenggu syaitan dan godaan yang dibisikkannya ke dalam hati pencinta Islam?.

Sehingga jika ada yang berbicara, maka pembicaraan mereka adalah tentang kepentingan diri sendiri, kecintaan kepada kedudukan dan dunia. Dan lucunya, pembicaraan mereka itu dianggap sebagai pengabdian terhadap agama.

Berhati-hatilah, pada akhir zaman manusia sangat rakus kepada kedudukan atau jawatan. Bahkan dalam organisasi agama sekalipun, mereka berebut-rebut di dalamnya seperti anjing yang lapar. Bahkan bila mereka berlepas tangan sekalipun, sebab-sebabnya ialah kerana mereka tidak mendapat apa yang mereka INGINKAN.

Imam Mahdi Al-Muntazar tidak menyukai mereka kerana hati mereka yang cenderung kepada dunia. Mereka pandai bercakap, berhujjah, berdebat, berdakwah dan sebagainya, tetapi hati mereka kotor dengan kecintaan terhadap dunia. Orang seperti ini tidak perlu bergabung dalam jemaah Imam Mahdi

Berhati-hatilah juga, pada akhir zaman berapa ramai jemaah atau harakah yang disusupi kezaliman dari luar, pengaruh dari dalam atau kepincangan dalam berfikir dan beramal. Bahkan setengahnya tiada inovasi dan tajdid. Anda tahu sebabnya? . Kerana terdapat kerakusan  satu atau dua orang yang terlibat di dalamnya.

Inilah bahaya kepada pejuang agama akhir zaman. Mereka rakus kepada jawatan atau gelaran. Mereka menggelepar  & gelisah kalau tidak mempunyai apa-apa jawatan atau gelaran. Mereka tidak ikhlas, bahkan telah menjadi hamba kepada kebodohan nafsu mereka sendiri.
.  
Dia tidak mahu melepaskan kedudukannya kepada orang lain. Dia lupa bahawa bumi ini terus berputar, planet-planet terus berlalu, dunia terus berubah. Tetapi ternyata mereka tidak mahu berputar seiring dengan putaran bumi, tidak berubah seiring dengan perubahan waktu dan tempat serta keadaan manusia.

BARISAN PEJUANG YANG IKHLAS
Imam Mahdi AlMuntazar Akhir Zaman mencari barisan pejuang yang ikhlas bersamanya untuk menegakkan Daulah Islamiyah. Dia tidak mahu kepada mereka yang rakus. Dia juga tidak mahu kepada mereka yang tak komited dalam perjuangan. Dia juga tak suka kepada mereka yang tak bersifat penyayang.

Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan meme­nuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama  Pe­muda dari Bani Tamim. Dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. – (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim, maksudnya: daripada Tsauban, telah bersabda Rasu­lullah SAW: “Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mere­ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter­paksa merangkak di atas salji”. - (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Secara lebih lanjutnya, dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi,  telah bersabda Rasulullah SAW:

“Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi”. - (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Bagaimana pula dengan pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di Mekah.

Mari kita lihat hadis berikut. Rasulullah SAW bersabda:   “Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya: “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manu­sia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbai’ah kepadanya antara rukun Al Aswad dan maqam Ibrahim, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera (panji-panji) hitam dan mereka menuju ke Syam. Dan Allah menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantunya. - (Al Hadis dari kitab As’afur Raghibin)

Sekian dahulu. Nanti kita jumpa dalam Siri (11).

Ahad, 8.12.2012   11.42 am

2 comments:

  1. kalo pasal imam mahdi al muntazar sy mesti baca
    sy rasa seronok dan teruja.. tahniah cikgu! rasa xsbr nk tggu imam mahdi. nk bersama2 jihad demi ALLAH semata2..

    ReplyDelete
  2. BAGUS2. ANAK MUDA YANG BERTANGGUNGJAWAB. SYABAS

    ReplyDelete