GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 16 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (16).Siapa PBT menurut Versi Al-Arqam & Muqtada Al-Sadr?



 Saya tahu ramai peminat blog saya yang mula tawar hati terhadap saya. Sebab saya dah tunjuk secara jelas arah kecenderungan saya terhadap PBT. Golongan A kata saya anti A, begitu juga golongan B, C, D dan seterusnya.

Secara gentleman, saya tak sokong mana-mana kumpulan. Saya juga tak anti kepada mana-mana kumpulan. Cara saya berfikir & bertindak sangat jelas. Saya menggunakan Al-Quran, Hadis & Kitab-kitab muktabar yang dikarang ulamak. Bahkan saya sangat anti kepada emosi melulu. Saya bukan manusia fanatik.

Berikut ialah cerita saya dengan Al-Arqam. Saya kenal Al-Arqam semenjak saya berumur 17 tahun lagi. Sekarang dah berumur 51 tahun. Dah 34 tahun saya mengikuti perkembangan Al-Arqam. Secara dekat atau jauh, secara langsung atau tak langsung, secara bersungguh-sungguh atau biasa-biasa sahaja.

Saya masih ingat, selepas SPM pada tahun 1979, saya pernah pergi ke Sg Penchala bersama Kamaruddin & kakaknya, Ramlah. Masa itu, Al-Arqam sangat popular & Sg Penchala merupakan markasnya yang dikunjungi ramai setiap minggu.

KEM PENGHAYATAN ISLAM
Saya pergi ke sana selama seminggu untuk Kem Penghayatan Islam, tetapi saya lupa macam mana keadaan saya tidor & di mana saya tidor. Yang saya tahu,  suasana di situ sangat Islamik dengan orang berjubah hijau & berserban di segenap tempat. Paling mengkagumkan, wajah mereka manis & mereka sentiasa tersenyum.

Yang perempuan pula sentiasa berpurdah. Tetapi mereka payah kelihatan. Kak Ramlah pun saya tak tahu berada di mana. Mereka semua sama sahaja dalam bentok pakaian.berpurdah hitam.

Kanak-kanak tidak berkeliaran merata. Mereka ada tetapi mereka berjaya dijinakkan dalam rumah masing-masing. Payah sungguh untuk saya mendengar jeritan tangis anak-anak kecil. Hebat sungguh didikan Al-Arqam.

Suasana solat berjemaah di masjid perkampungan tersebut sangat khusyuk & mendamaikan. Memang sedap & lazat. Anda tahu sebab apa? Kerana selama seminggu di sana, saya tidak pernah berzina mata melihat hiburan TV & gambar-gambar di akhbar.

KALAU ADA KEKURANGAN
Kalau pun ada kekurangan, hanya satu sahaja. Saya terpaksa mandi di sungai yang berlumpur kuning. Tetapi saya tak kisah. Bukan saya seorang sahaja, hampir semua kami mandi di situ. Kira OK la tu.

Selepas kursus tersebut, saya mula tertarik hati kepada Al-Arqam. Tetapi saya tak pernah serius dan tak pernah menjadi ahli yang komited. Jalan perjuangan saya agak sama dengan mereka (bertarikat) tetapi saya memilih Tarikat Samaniyah Naqsabandiyah untuk menuju kepada tuhan.

Saya mula serius bertarikat pada 30.8.1985 dan pada waktu itu juga, Al-Arqam mula popular dengan Aurad Muhamadiahnya. Tetapi Aurad tersebut menimbulkan polemik yang panjang sehingga membawa kepada pengharaman Al-Arqam. Dari jauh, saya memandang semua keadaan yang berlaku dengan satu tanda tanya.

Kenapa ini semua harus berlaku?  Kenapa Al-Arqam tidak mengekalkan semua situasi yang ada sehingga masyarakat menyayanginya? Kenapa Al-Arqam cuba menimbulkan isu-isu pelik sehingga masyarakat menjadi sangat terkejut & keliru tentangnya?

AMANAT GURU SAYA
Guru saya pernah berkata : Jangan kamu mengantung kalung mutiara pada leher kucingmu. Arahannya pendek & ringkas tetapi saya faham maksudnya. Perkataan jangan itu merupakan satu perentah yang besar. 

Gunakanlah akal dalam bertindak, kerana selagi akal digunakan, kita tidak mudah tersungkur atau tersesat.

Secara peribadi, saya tidak boleh menerima bahawa Syeikh Muhamad bin Abdullah As-Suhaimi yang telah mati di Kelang pada 1925 itu akan bangkit sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.

Secara peribadinya juga, saya tidak boleh menerima bahawa Abuya (Ustaz Ashaari Muhamad) yang mati di Kelang beberapa tahun yang lepas sebagai PBT.

ADA 3 SEBAB
Ada 3 sebab saya tidak boleh menerimanya. [1] Aurad mereka tidak salah tetapi dalam ucapan syahadat mereka, diselitkan Imamul Mahdi yang ditujukan khusus kepada Syeikh As-Suhaimi, [2] Mengatakan Syeikh As-Suhaimi sebagai Imam Mahdi mendahului ketetapan Tuhan terhadap batang tubuhnya, [3] Ustaz Asshaari mengatakan bahawa dia adalah PBT tanpa alasan-alasannya yang kukuh.

Dan sehingga sekarang, pengikut-pengikut Al-Arqam sangat yakin bahawa Abuya itu bakal PBT dan Syeikh As-Suhaimi itu pula akan menjadi Imam Mahdi Akhir Zaman.     

Saya minta maaf kepada rakan-rakan saya di dalam Al-Arqam kerana tidak bersetuju di dalam perkara penting ini.  Saya juga meminta maaf kerana tidak dapat memaksa diri saya menerima pengakuan-pengakuan tersebut. Ia pelik, ganjil & lucu bagi saya.

Dan sepertimana biasa, mari kita melihat “cross-checking” kepada The Mahdi Army pimpinan Muqtada As-Sadr di Iraq.Saya akan menulis menurut maklumat yang saya dapat dari Wikipedia. Dan saya tidak akan mengagung-agungkannya melebihi had yang sepatutnya.

Muqtada Al-Sadr kadang-kadang dipanggil Sayyid Muqtada al-Sadr. Gelaran Sayyid itu merujuk kepada keturunan Rasulullah S.A.W, dari jalur Jaafar As-Sadiq dan anaknya, Musa Al-Kazim. Ia lahir pada 12.8.1973 di Najaf, Irak. Mengikut hitungan, tahun depan dia akan berumur 40 tahun. Demikian maklumat yang saya dapat.

Saya perlu menyelidik lebih lanjut tentang jalur keturunannya. Kita tidak  boleh menjadi beras mentah yang terus dimentahkan.  Apa yang saya tahu,  Muqtada al-Sadr adalah anak keempat dari ulamak Syiah Iraq yang terkenal, Ayatollah Mohammad Mohammad Sadeq al-Sadr. Dia juga adalah menantu kepada Ayatollah Mohammad Baqir al-Sadr.

Muqtada al-Sadr adalah dari keturunan Iraq dan Lebanon. Datuknya ialah  Ismail as-Sadr.   Ayahnya, Ayatollah Mohammad Mohammad Sadeq al-Sadr. telah terbunuh bersama 2 abangnya oleh kejahatan Saddam Hussein. Bapa mertua Muqtada pula telah dihukum bunuh pada 1980. Bahkan sepupunya, Musa al-Sadr, pengasas Pergerakan Amal  Iranian-Lebanon telah hilang entah ke mana.

Muqtada al-Sadr mula masyhur selepas kejatuhan Saddam pada 2003. Dia bercita-cita mahu menubuhkan Demokrasi Islam di negaranya.   Muqtada segera mengumpulkan pengikutnya dan menubuhkan sayap bersenjata Jaysh al-Mahdi or Mahdi Army  Mereka gigih menyerang tentera AS dan tentera-tentera bersekutu di Iraq.

Mari kita tengok gambaran Jasyh Al-Mahdi ini sepintas lalu. Ambil contoh sebatang jalan di kota Najaf. Kelihatan anak-anak muda berbaju hitam, membawa roket berpeluncur granat, RPG, dengan gagah. Yang lain, mengikat surban dibahunya, dengan muncung senapang Kalashnikov AK-47 menyembul di sebaliknya.

Mereka bergerak dalam kumpulan di jalan-jalan raya. Bila bertembung askar Amerika atau polis Iraq, mereka segera menyingkir ke rumah penduduk atau masjid, lalu menyerang secara berani. Selain di jalanan, ramai yang menjadi penembak senyap (sniper).

Di sebalik kehebatan Jasyh Al-Mahdi itu, terdapat beberapa pihak yang berpendapat bahawa ulamak Syiah (Muqtada As-Sadr) tersebut adalah tali barut Amerika di bumi Iraq. Jangan marah kepada pendapat demikian. Mari kita dengar alasannya.

Buktinya, bentok perjuangannya yang tak konsisten. Dimaklumkan dia mendapat bantuan persenjataan & kewangan dari Iran untuk menghapuskan pencerobohan tentera Amerika di bumi Iraq. Kemudian pada 2008, perjuangannya terhenti dan dia hilang terus ke Iran. Sekitar 2010, dia menemui penyokongnya di Najaf, kemudian kembali semula ke Iran. Kononnya untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang ugama untuk nanti layak menjadi Ayatollah. 

 AKHIRNYA SUNNI SAHAJA YANG KOMITED BERJUANG
Akhirnya hanya pihak Sunni sahajalah yang komited berjuang Tugas Amerika menjadi semakin mudah kerana hanya menumpukan kepada perjuangan Sunni sahaja. Dan pihak Sunni ini sahajalah yang terpaksa menahan kehancuran infrastruktur, kematian,  kecedaraan parah, kehilangan angota keluarga dan sebagainya hasil dari serangan Amerika.  

Bagaimanakah sikap anda terhadapnya?  Sangat lucu rasanya jika pada suatu hari pada tahun 2008 itu, dia telah menyeru pengikut-pengikutnya supaya menggantung serangan mereka terhadap tentera AS dengan alasan supaya mereka (tentera AS) dapat meninggalkan Iraq sehingga tarikh akhir pada tahun tersebut.

Tetapi alasanya ternyata tidak konsisten dan lucu. Mari kita dengarkan. “Oleh kerana keinginan saya untuk mencapai kemerdekaan Iraq dan mempunyai keinginan supaya kuasa-kuasa penyerang menarik diri dari tanah suci (maksudnya Najaf & Karbala), ia telah menjadi penting bagi saya untuk menghentikan operasi ketenteraan ini sehingga kuasa-kuasa penceroboh melengkapkan pengeluaran mereka, “kata Sadr dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh jurucakap beliau, Salah al-Ubaidi .

Itulah yang telah berlaku. Menurut pendapat yang saya dengar, Syiah dan Yahudi mempunyai persamaan dalam menghancurkan golongan Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Bahkan mereka rela bersengkongkol dengan pelbagai tipu helah & putar belit supaya Amerika Syarikat & sekutu-sekutunya dapat bertindak lebih kejam ke atas Sunni. .

TEORI MUDAHNYA BEGINI 
Jika Amerika dan sekutu-sekutunya ingin memburu dan membunuhnya (maksudnya Muqtada As-Sadr), maka mereka pasti dapat  melakukannya pada bila bila masa. Bahkan mereka pernah berkata, mereka boleh menghapuskan Muqtada As-Sadr & Jaisyh Al-Mahdi (tentera Mahdi) pimpinannya  ini 3 hari 3 malam sahaja.

Saddam Hussein yang bersembunyi di dalam sebuah lubang bawah tanah di sebuah kampong di tengah-tengah padang pasir pun dapat dijumpai oleh perisik AS, masakan mereka gagal berbuat begitu kepada Muqtada As-Sadr.

Sebagaimana orang lain juga, saya juga percaya bahawa flip-flop Muqtada As-Sadr ini adalah sebuah komplot dari Rumah Putih Amerika, untuk mengelakkan lebih ramai Askar Amerika & sekutu-sekutunya terbunuh. Mereka juga tidak mahu Iran campurtangan secara besaran dalam konflik di Iraq ini,  maka kerana itu, dicipta sebuah episode untuk menyejukkan keadaan. .

Banyak juga cerita-cerita lain tentang Muqtada. Dia terlibat dalam banyak pembunuhan ramai ulamak Sunni Iraq. Bahkan juga telah membunuh ulamak-ulamak Syiah yang tidak sependapat dengannya. Bahkan juga telah membunuh ramai bijak pandai Syiah yang tidak sealiran dengan dia.

Anda boleh melayari Internet untuk melihat semua kisah ini. Dan anda juga mesti tahu bahawa Muqtada As-Sadr mempercayai kewujudan tanah suci Qum di Iran & tanah suci Najaf & Karbala di Iraq. Apa maksud tanah suci berkenaan? Bukankah kita hanya mempunyai tanah suci Mekah Al-Mukarammah, Madinatul Munawarrah & Baitul Muqaddis sahaja?

Sebab itu, saya kata lebih awal bahawa saya perlu memeriksa jalur keturunannya yang kononnya berasal dari Rasulullah S.A.W. Tidak mungkin seorang sayyid percaya kepada sesuatu yang tak sepatutnya.

KAABAH SYIAH DI NAJAF
Cuba anda perhatikan Ka’bah Syiah yang tertulis nama Ali r.a di Najaf  Mereka menyembah Ali, bukan Allah SWT. Bandar Najaf digelar al-Najaf al-Ashraf (Najaf yang Suci). Sekaligus merupakan kota saingan kepada Makkah dan Baitul Maqdis (qiblat pertama islam) di Palestin, dua kota yang menjadi qiblat kepada umat islam.



Apakah tujuan hadis-hadis palsu Syiah yang menyatakan tanah Karbala’ di Kufah lebih afdal dari tanah Makkah ? Mengapakah tanah Karbala’ menyertai solat mereka?
 
Jika Abrahah pernah membuat satu Ka’bah di Yaman untuk menyaingi Baitullah al-Ka’bah di Makkah dianggap sebagai orang yang sesat, maka Syiah sebenarnya lebih jahat dan sesat dengan sebab kejahatan mereka. [1] Mereka membina Kaabah palsu di Najaf,  [2] mereka menulis nama Ali di sekeliling kaabah mereka, [3] mencuri Hajar al-Aswad dan dibawa ke Najaf semasa Daulah Fatimiyyah berkuasa dahulu untuk ditambahkan kepada Qiblat mereka di Najaf.

Banyak lagi kejahatan-kejahatan mereka. Dan Muqtada As-Sadr itu bukanlah harapan kita sebagai seorang PBT. Jauh panggang dari api.
 

Isnin  17.12.2012     12.47 pm

8 comments:

  1. Ramai org memusuhi dgn perkara yg tidak mereka ketahui kan lebih elok ambil pendekatan tunggu lihat shj supaya bila tiba waktunya tak terasa menyesal

    ReplyDelete
  2. Assalamu alaikum wr,wb ... Pertama-tama kami mengucapkan terima kasih banyak atas khazanah pengetahuan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada hamba pilihannya untuk membuat tulisan di dalam situs atau blog ini. Dengan hormat dan sangat memohon maaf, kalau kami mengajak dan mengundang saudara untuk mengunjungi situs atau blog kami www.laskarbuniarroadtothe.blogspot.com sekedar untuk berbagi informasi dan pengetahuan. Semoga bermanfaat untuk kita semua. JANJI AKHIR DI GUNUNG PAMATON PUTRA BUNIAR / SATRIO PININGIT (PEMUDA GHAIB ATAU TERSEMBUNYI) TANGGAL 24 OKTOBER 2014 M / BERTEPATAN MALAM 1 MUHARRAM 1436 H
    Wassalam …

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera. Ya Allah dengan berkat Abuya, pimpinlah kami ke jalan yang benar. Jangan tinggalkan aku tanpa pimpinan Mu..siapalah aku yang tidak ada apa-apa kuasa..

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera. Saya cadangkan saudara merujuk kepada Manaqib Syeikh Suhaimi untuk mengetahui lebjh jelas tentang salah silah keturunan Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi. Tentang Abuya Imam Ashaari Attamimi pula aku sudah tidak mempunyai kata-kata yang paling indah untuk dikatakan tentangnya. Tiada terkata seindah bahasa nak ku huraikan nak ku ceritakan tentang dirimu wahai Abuya. Andai ku dapat mengepul awan akan kupintal kujadikan oh nama mu. Akan kutulis akan kulukiskan semuanya kerana kau semata-mata. Biar "masa" menentukan sebuah kebenaran..kita hanyalah manusia. Saudara dengarlah lirik-lirik lagu ciptaan Abuya yang menyentuh jiwa. Perjalanan hidup kita semua di dunia ini sejak kita kecil tidak sama. Saya amat bersyukur kerana Tuhan memilih saya untuk mengenali Abuya dan saya amat mengharapkan dengan berkat Abuya, Tuhan menjadikan saya orang bertaqwa selama-lamanya. Siapalah aku di dunia ini tanpa Abuya..

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera. Wahai Abuya Imam Ashaari Attamimi..jangan tinggalkan aku tanpa pimpinan mu..siapalah aku yang tidak punya apa-apa..

    ReplyDelete
  6. Aduhai kesian anak2 buah Abuaya bagai anak2 ayam kematian Bapak Ayam laga diserang Garuda. Abuaya dah sah mati telah masuk alam kubur, dia udah ngak punya apa2. Usah berpegang lagi pada urang yg sudah mati.... Carilah pula dan pelajarilah pada yg hidup yg ngak bisa mati2.... Selemilah pada Badan-Diri mu sendiri karna disitulah Guru Sejati itu sedang ketiduran bersembunyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gurumu itu sebenarnya adalah nafsumu... Maka komentarnya mcm orang isem..

      Delete
  7. Ashari dah batal sebagai pengamal aurad Muhammadiyah , sila rujuk pada manaqib syeikh Muhammad As Suhaimi

    ReplyDelete