GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 1 December 2012

SEBUAH MIMPI MENAKUTKAN



TARIKH : 28 NOV 2012 (RABU)
JAM : 4.15 PAGI

Sudah lama saya tidak bermimpi. Tetapi malam ini, tiba-tiba saya bermimpi. Sebuah mimpi yang permulaannya hebat, tetapi pengakhirannya menakutkan.

Saya tidak pernah bermimpi sepelik ini. Seperti tajuk yang tertera, memang ia sebuah mimpi yang menakutkan.

Ia bermula dengan kami, (saya & isteri saya) memandu sebuah jet. Saya tak pasti samada ia jet pribadi atau jet yang disewa khas. Tetapi yang pastinya, isteri saya yang memandu jet itu.

Di bawah kami ialah air laut yang putih bersih. Bersinar & bercahaya dengan cahaya kemilau indah. Waktu itu sekitar jam 3.00 petang dengan pemandangan lautannya yang cukup indah & mempesonakan. 

Tiba-tiba terserlah di depan kami, sebuah pulau yang pasirnya putih & indah memanjang.  Saya menyuruh isteri saya mendarat perlahan-lahan. Selepas mendarat, kami bercadang akan terbang lagi ke langit tinggi.

ISTERI SAYA BERJAYA MENDARAT
Isteri saya berjaya mendarat. Tetapi kami tidak berhenti seperti lazimnya. Jet kami tetap bergerak perlahan-lahan seolah-olah seperti kami beriar-siar sahaja di pulau itu. Setelah puas melihat pemandangan  pulau itu, isteri saya kemudiannya melajukan jet kami.

Jet kami kemudiannya semakin laju, laju & laju. Bila sampai sahaja ke gigi air & kami sudah bersedia meninggalkan daratan, tiba-tiba jet itu seperti terjunam ke bawah.

Dalam keadaan biasa, ia tidak mungkin terjadi. Mana ada kawasan “air terjun” di perairan pulau seperti itu?

Tetapi dalam mimpi saya itu, jet kami seperti daun yang mengelongsor jatuh bersama air terjun. Saya melihat air putih memercik & membasahi pada kiri & kanan cermin jet kami. Bahkan jet kami seperti tenggelam dalam gelombang air terjun itu & hanyut dengan laju ke bawah.

Kalau anda pernah melihat Air Terjun Niagara di Kanada, anda pasti terkejut melihat air terjun itu sahaja sepanjang 500 meter (0.5 km). Seperti itulah suasana semasa jet kami terjunam & dihanyutkan gelombang air.

Saya cuma takut satu perkara. Saya bimbang isteri saya kelemasan sebab ia tak pandai berenang. Saya tak kisah tentang saya. Walau pun air belum lagi memasuki jet kami, tetapi saya bimbang ia akan menerobos masuk & memenuhi jet kami.

Memikirkan itu, segera saya mencabut tali pinggang keledar isteri saya. Selesai sahaja saya melakukan demikian, tiba-tiba saya tersedar.

APAKAH TAFSIRANNYA?
Setakat ini, saya belum pasti tentang tafsirannya. Bila saya merujuk Buku Tafsir Mimpi Ibnu Sirin pun, tafsirnya pelbagai menyebabkan saya tidak berani untuk berpegang kepada mana satu.

Laut dalam mimpi bererti seorang khalifah atau penguasa atau orang pandai yang mulia.

Mimpi pasir ada kaitannya dengan kematian, kehidupan, kekayaan dan tempat tinggal, kerana pasiri tiu sebahagian daripada bumi

Mimpi berjalan di atas pasir bererti menghilangkan kesibukan orang yang sedang sibuk dengan cara membantu.

Mimpi melihat laut yang jernih airnya, bersih & bersinar, bererti penguasa yang adil dalam agamanya.

Mimpi tenggelam di laut, kemudian berenang sambil timbul dan tenggelam sekali sekala dan mengerakkan kedua-dua tangannya, bererti memperleh kedudukan.

Mimpi air laut menutupi dirinya bererti mendapat kesusahan, terutama jika airnya keruh & berlumpur.

Mimpi duduk dalam sampan, sedangkan sampan itu berada pada tempat yang tinggi lalu sampan tu berjalan, bererti mendapat kedudukan yang tinggi serta kehormatan yang disebabkan oleh penguasa atau pembesar.

Mimpi melihat perahu berjalan di udara , bererti mati

Mimpi melihat perahu keluar dari tempat yang tak semestinya, bererti ia mendorong seseorang kepada kebaikan & darjat yang tinggi & terkenal di kalangan orang ramai, tetapi kadangkala tafsiranya kurang baik.

Mimpi bila berada dalam perahu atau sampan lalu tengglam, berterti tenggelam dalam masalah duniawi, dan akibatnya baik.

TARIKH : 29 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
JAM : 2.18 PAGI

Malam itu,  saya tersedar secara tiba-tiba daripada tidur saya. Dada  merasa senak di sebelah kiri. Kenapa jantung saya tiba-tiba sahaja sakit malam ini?

Saya segera bangun & mengejutkan isteri saya. Tanpa berlengah-lengah, segera saya menelan beberapa biji ubat yang berkenaan. Dalam 20 minit, keadaan saya beransur-ansur reda. & saya tidur semula.

Apakah keadaan saya itu merupakan tafsiran kepada mimpi saya sebelum itu? Entahlah. Mungkin ya, mungkin tidak. Saya sendiri pun agak sukar mencari tafsiran mimpi saya itu. Ia agak pelik & mengelirukan.

Apakah saya akan mati?.Mengingatkan itu, saya jadi sangat takut. Wahai Tuhan, panjangkanlah umurku. Kalau diizinkan Tuhan, saya ingin mati pada umur 63 tahun, seperti umurnya junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.

TARIKH : 30 NOVEMBER 2012 (JUMAAT)
JAM : 6,30 PETANG

Adek saya menelefon dan memberitahu saya bahawa ibu saya telah meninggal dunia. Saya terduduk sekejap menenangkan jiwa. Dan seperti biasa, saya mengucap ucapan mulia (   ) yang ertinya, Dari Allah Kami datang, dan kepadaNya kami akan dikembalikan.

Saya segera memberitahu isteri & anak saya. Kami serta merta bertolak ke Kok Lanas. Oeh kerana adek saya, Imi berada di Pahang & Zool berada di Kl, maka saya & adek ipar saya sahaja yang bergerak ke sana ke mari malam itu.

Kami mulakan tugas kami selepas Isyak & berakhir sekitar 11.30 malam. Banyak perkara yang mesti diuruskan. Report ke balai polis, urusan mandi mayat, solat jenazah, kain kafan, ambulans & talkin. Penat jugalah ke sana ke mari.

Saya hanya dapat tidur sekitar jam 1.00 pagi di sebelah jenazah ibu saya. Imi sampai dari Pahang sekitar 4.00 pagi. Zool & familynya hanya sampai dari KL pukul 8.00 pagi keesokan harinya.

Mengingatkan apa yang berlaku, barulah saya faham tafsiran mimpi saya itu. Mimpi meihat perahu (sampan) berjalan di udara , bererti mati (Rujuk Kitab Tafsir Mimpi, ms 569). Dalam kitab Tafsir Mimpi itu, jet pribadi  tidak mempunyai rujukan. Maka ia mesti dikiaskan kepada kenderaan yang tertulis iaitu sampan.

Merujuk kepada sampan (maksudnya jet pribadi saya) yang dilihat terbang di udara, bermakna akan berlaku kematian. Siapakah yang akan mati?  Laut dalam mimpi bererti seorang khalifah atau penguasa atau orang pandai yang mulia. Khalifah atau penguasa bermaksud ketua. Ini bererti kalau dalam keluarga, maka ia mesti ibu saya atau ayah saya. Ayah saya dah mati, maka mimpi itu tentu merujuk kepada ibu saya. Kalau bermaksud orang yang mulia, maka itu juga kembali kepada nilai seorang ibu.

Mimpi melihat laut yang jernih airnya, bersih & bersinar, bererti penguasa yang adil dalam agamanya. Kalau itu tafsirnya, saya sangat-sangat mengharapkan semga ibu saya tergolong orang yang baik. Dan seperti yang selalu saya doakan, ibu saya ditakdirkan mati pada Hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah. Mudah-mudahan ibu saya terlepas dari fitnah kubur. Insyaallah.

Mimpi berkaitan pasir ada kaitannya dengan kematian, kehidupan, kekayaan dan tempat tinggal, kerana pasir itu sebahagian daripada bumi

Mimpi berjalan di atas pasir (maksudnya, jet saya bergerak di atas pasir) bererti menghilangkan kesibukan orang yang sedang sibuk dengan cara membantu. Memang benar, saya & isteri saya sibuk 24 jam menguruskan pengebumian ibu saya. Adek-beradek saya yang lain kebetulan tidak ada di rumah waktu itu.

Mimpi melihat sampan (maksudnya jet pribadi itu) keluar dari tempat yang tak semestinya (maksudnya di dada langit), bererti ia mendorong seseorang kepada kebaikan & darjat yang tinggi dan terkenal di kalangan orang ramai, tetapi kadangkala tafsiranya kurang baik.

Perkara tersebut memang benar berlaku selayaknya. Isteri saya berjaya memainkan perananya dengan baik. Bahkan anak saya juga. Alhamdulillah.Saya bangga dengan kedua-dua mereka.

Mimpi duduk dalam sampan (maksudnya jet pribadi itu), sedangkan sampan itu berada pada tempat yang tinggi lalu sampan itu berjalan, bererti mendapat kedudukan yang tinggi serta kehormatan yang mulia, disebabkan oleh penguasa atau pembesar. Ya benar perkara itu berlaku. Syukur kepada Tuhan kerana memberi taufik & hidayah kepada saya untuk dapat berbakti pada saat kematian ibu saya. Alhamdulillah.

Mimpi tenggelam di laut, kemudian berenang sambil timbul dan tenggelam sekali sekala dan mengerakkan kedua-dua tangannya, bererti memperleh kedudukan. Ya, memang benar. Saya & isteri sibok menguruskan segalanya. Maksudnya pun sejalan dengan tafsiran sebelum ini.

Mimpi air laut menutupi dirinya bererti mendapat kesusahan, terutama jika airnya keruh & berlumpur. Memang benar air laut menutupi kami, tetapi airnya jernih & bersih. Kami tak rasa susahpun, sebaliknya merasa bangga kerana dapat berbakti kepada ibu.

Mimpi bila berada dalam sampan, lalu tengglam bererti tenggelam dalam masalah duniawi, dan akibatnya baik. Syukur alhamdulillah kerana saya telah berjaya melakukan tugasan saya dengan baik. Memang saya sibok. Memang saya penat. Tetapi saya berbangga kerana dapat berbakti kepada ibu saya pada saat kematiannya. Alhamdulillah.  

Demikianlah tafsie mimpi yang saya tidak mengetahui kisahnya itu. Ia rupa-rupanya memberi maksud yang baik.

Sekian, terima kasih.   2.12.2012    6.46 pm

4 comments:

  1. Syukur alhamdulillah. Rupa2nya sebuah mimpi yang baik

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, mimpi yang baik

    ReplyDelete
  3. TK semuanya. Semoga ibu saya mendapat ganajaran yang baik dari tuhan.

    ReplyDelete